demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Tuesday 30 June 2015

Claire Brown - Samanlah Sarawak Report Jika Benar Kami Bersalah !



Secara kebetulan saya sempat berjumpa dengan kawan baik iaitu Claire Rewcastle Brown, editor Sarawak Report di London beberapa hari yang lepas serta sempat berbual panjang mengenai konspirasi penangkapan Xavier Andrea Justo di Thailand baru-baru ini.

Claire Brown telah mengesahkan bahawa peguam syarikatnya telah menghantar notis kepada syarikat 'cyber intelligence' PGI untuk mengesahkan samada PGI menghantar laporannya kepada New Straits Times sepertimana yang dilaporkan dalam akhbarnya mengenai berita yang ditulis dalam Sarawak Report berteraskan kepada dokumen yang telah dipalsukan oleh Justo kononnya.

PGI gagal untuk mengesahkan samada berita yang ditulis dalam NST adalah dari sumber matlumat syarikat mereka. Kenapa syarikat PGI ini takut pulak untuk mengesahkan kepada peguam Sarawak Report bahawa syarikat merekalah yang mengeluarkan kenyataan bahawa semua penulisan dalam portal Sarawak Report adalah palsu kerana kononnya sumber matlumat dari Justo telah diubah-suai faktanya ?

Clare Brown turut mengesahkan kepada saya bahawa fakta penulisannya tiada kena mengena dengan matlumat dari Justo. Penulisan di dalam Sarawak Report adalah berdasarkan fakta matlumat yang sahih serta tepat.

Kalau penulisannya berdasarkan fakta palsu selama ini kenapa 1mdb atau Putrajaya tidak pernah mengambil sebarang tindakan undang-undang keatas Sarawak Report serta dirinya selaku penyunting berita portal tersebut ?

Claire turut mencabar 1mdb dan Putrajaya untuk menyaman syarikatnya seandainya mereka berkata semua fakta dalam portal Sarawak Report adalah palsu!!

Malahan Clare Brown turut mengesahkan bahawa pihak Polis di Raja Malaysia (pdrm) pun tak pernah menghubungi diri serta syarikatnya dalam tempoh masa penahanan Justo.

Kita amat hairan dengan sikap Putrajaya yang secara spontan membuat kenyataan bahawa penulisan di dalam Sarawak Report adalah palsu kerana kononnya syarikat itu mendapat matlumat yang telah diubah-suai oleh Justo sebelum polis Thailand menjalankan siasatan keatas Justo!! Putrajaya pulak kelihatan melepasi pihak polis Thailand untuk mengeluarkan kenyataan seolah-olah berdasarkan andaian rambang saja!!

Editor Sarawak Report ini memberitahu saya bahawa semua tuduhan Putrajaya dan Pdrm tidak mempunyai asas sama sekali!!
Dalam isu penahanan Justo, Putrajaya dan media perdana milik kerajaan serta Pdrm telah memberi satu tindakbalas secara mendadak serta membuat kenyataan-kenyataan yang belum sahih faktanya yang bersifat prapenghakiman!!

Situasi ini telah mempamerkan kepada seluruh dunia akan sikap tidak matang dan kurang professional Putrajaya. Putrajaya sepatutnya menunggu laporan komprehensif terlebih dahulu dari pihak polis thailand sebelum membuat kenyataan secara andaian!!

Belum pun pihak polis Thailand mengambil kenyataan Justo dan perbicaraan terhadap Justo pun belum ditetapkan lagi, Putrajaya dah mengesahkan bahawa laporan dalam Sarawak Report serta The Edge adalah palsu semata-mata. Putrajaya turut mengeluarkan kenyataan kononnya beberapa individu dari negara kita terlibat berhubung dengan Justo di Thailand. Putrajaya juga berkemungkinan akan mengekstradisi rakyat malaysia yang terlibat ke Thailand untuk bantu siasatan di sana.

Hakikatnya, Putrajaya telah membuat percaturan serta menunjukkan pendirian yang amat berat sebelah dalam isu penahanan Justo dan memberi gambaran seolah-olah semua fakta yang dipertikaikan dalam kes skandal 1mdb tidak benar sama sekali!!

Tapi dalam masa yang sama Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan pentadbir 1mdb masih gagal untuk menjawab secara berfakta mana hilangnya berbillion ringgit dana syarikat 1mdb??!! Ini amat pelik bagi saya. Jawablah dulu sepertimana yang ditanyakan oleh Tun Dr Mahathir!

Tun Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung, beliau cuma mahukan ekonomi negara diurus-tadbir secara terbaik mungkin demi kepentingan bangsa, agama mahupun negara kita yang tercinta ini. Bukan saja Tun Dr Mahathir, saya rasa keseluruhan rakyat Malaysia tidak mahu lihat negara kita bankrap seperti negara Greece!! Mahukah malapetaka ini berlaku kepada kita semua?!

Sikap Putrajaya begitu tergesa-gesa dan bersungguh-subgguh untuk bantu siasatan kes penahanan justo. Tetapi dalam kes siasatan skandal 1mdb yang telah banyak kali saya buat laporan Polis nampak tidak responsif serta proaktif pun?!

Saya senantiasa berdoa agar Pdrm tidak bersikap berat sebelah dan memilih bulu dalam menjalankan siasatan secara adil lagi saksama dalam kes skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah di tanahair kita.

Tan Sri Zetty Akhtar Aziz selaku Gabenor Bank Negara pun nampak banyak membisu dalam kes skandal 1mdb ini. Namun, saya pun telah buat laporan polis keatas beliau dalam beberapa isu mengenai skandal 1mdb ini.

Seandainya Putrajaya dalam sekelip mata sudah mempunyai pelbagai matlumat dan bukti sahih dari isu penahanan Justo yang menyatakan laporan-laporan di dalam Sarawak Report itu palsu belaka, saya ingin sarankan kepada Putrajaya, 1mdb serta Pdrm untuk terus mengambil tindakan undang-undang keatas Sarawak Report tanpa berlengah lagi!!

Apa yang menggembirakan saya ialah Justo sudah pun membuat pengakuan tidak bersalah dan telah melantik peguam untuk membela dirinya dalam perbicaraan kelak.

Seperkara lagi yang pelik pihak polis Thailand kata penahanan Justo adalah atas dasar memeras ugut bukan mengenai kebocoran mahupun pemalsuan matlumat!!

Saya benar-benar geli hati melihat sikap Putrajaya dalam isu penahanan Justo serta kecewa lihat sikap kurang cerdik segelintir menteri-menteri kabinet dan juga pemimpin-pemimpin di negara kita yang amat tidak bersikap professional di dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran yang telah membuatkan rakyat semakin mual terhadap prinsip penting diri mereka!!

PENAHANAN JUSTO BAKAL MEMBONGKAR LEBIH BANYAK SALAHLAKU 1MDB


Tolong bagi tahu kaki-kaki bodek minda lemah bahawa penahanan Justo di Thailand tiada kaitan dengan isu skandal 1mdb di negara kita malahan bakal membongkar lebih banyak salahlaku syarikat tersebut.

Pada pengamatan saya, ini kemungkinan merupakan satu konspirasi peringkat tertinggi oleh kalangan tertentu untuk mengalih pandangan rakyat seolah-olah semua polemik skandal 1mdb tidak benar sama sekali!! Kaedah ini adalah jalan yang terbaik untuk mengalih serta memesongkan pandangan rakyat dari isu skandal 1mdb di saat Perdana Menteri Malaysia tidak boleh jawab semua persoalan yang timbul kebelakangan ini.

Justo mengaku tidak bersalah dan telah 'engage' peguam untuk membelanya di mahkamah kelak.

Yang pelik beberapa minit setelah Justo ditahan oleh pihak polis Thailand, Putrajaya telah mengeluarkan kenyataan kononnya semua dokumen-dokumen mengenai usaha-sama di antara Petrosaudi dan 1mdb telah dipalsukan. Siasatan belum dijalankan lagi pun oleh pihak Polis Thailand pada waktu itu!!

Apa bukti Putrajaya ada untuk menyatakan bahawa semua dokumen telah dipalsukan oleh Justo. Malahan terdapat kenyataan dari Polis Thailand yang menyatakan bahawa penahanan justo adalah atas dasar ugutan terhadap bekas majikannya bukan kerana memalsukan dokumen serta membocorkan matlumat palsu kepada Sarawak Report dan akhbar The Edge.

Kalau Putrajaya dah dapat matlumat dari Polis Thailand kenapa tak saman terus Sarawak Report dan akhbar The Edge?! Kalau Putrajaya dah tahu serta mempunyai bukti bahawa terdapat beberapa individu yang ulang alik ke Thailand kononnya mempunyai hubungan dengan Justo, namakan kalangan ini dan ekstradisi lah mereka ke Thailand untuk bantu proses siasatan di sana. Tunggu apa lagi?!

Jangan bersikap retorikal kerana Putrajaya hanya popular dengan bersikap 'cakap tak serupa bikin'!! Imej ini tidak baik untuk Putrajaya!!

Saya amat berharap Putrajaya jangan mainkan isu yang bersifat prapenghakiman!! Kita kena sabar serta seharusnya menunggu laporan lengkap dari Polis Thailand terlebih dahulu untuk mengkaji unsur-unsur penahanan Justo sebelum membuat kenyataan yang bersifat prapenghakiman!!

Putrajaya tolong jangan terlalu gembira serta membuat andaian yang bersifat prapenghakiman kerana justo pun belum dihadapkan ke mahkamah lagi.

Saya akan sabar menunggu laporan penuh hasil siasatan ke atas Justo serta bakal meneliti keputusan penghakiman ke atas beliau terlebih dahulu dan tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan Polis terhadap semua pihak terlibat untuk menipu rakyat Malaysia dengan menyatakan semua laporan mengenai skandal 1mdb dalam transaksi usahama di antara petrosaudi dengan 1mdb adalah berunsur fitnah.

Sikap Putrajaya yang melangkaui undang-undang amat tidak bijak dan dikesali. Jangan selalu anggap rakyat kita bodoh serta akan terima semua kenyataan mereka secara membabi-buta saja.

Kenyataan putrajaya yang disiarkan melalui saluran media perdana milik kerajaan adalah berunsur 'hearsay' kerana sehingga kini pihak putrajaya juga gagal mempamerkan sebarang bahan bukti untuk menyokong kenyataan rasmi mereka. Saya rasa pada ketika Putrajaya membuat kenyataan yang tidak berasas itu mereka pun belum mendapat laporan dari Polis Thailand secara komprehensif.
Cara putrajaya menangani serta menunjukkan tindak balas terhadap isu penahanan Justo amat bersifat kebudak-budakan yang tidak matang sama sekali!!

Dalam apa jua keadaan, kalangan segelintir menteri kabinet dan golongan kaki bodek minda lemah yang menyokong kemungkaran telah lupa bahawa mereka mungkin mampu membohongi jutaan rakyat pada saat ini tetapi puak ini juga terlupa bahawa mereka tidak akan mampu sama sekali untuk menipu Allah swt Yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil.

Insya Allah kebenaran yang mutlak bakal timbul dalam sedikit masa lagi!!

Saya juga sedang berada di London, Paris dan Switzerland ke arah membuktikan kebenaran mutlak tersebut bakal serta pasti timbul dengan izin dari Allah swt. Kita tidak bercakap kosong tetapi apa saja bentuk salahlaku yang kita pertikaikan dikaji secara komprehensif dan diterjemahkan kepada rakyat jelata dengan nawaitu untuk menyelamatkan negara kita dari hancur dengan sebarang bentuk unsur jenayah rasuah!!

Rasuah mesti dibanteras tanpa memilih bulu!!

Saturday 27 June 2015

NAJIB JANGAN GUNA UGAMA SELINDUNG SKANDAL 1MDB

Secara jujur dan ikhlas saya ingin nasihatkan Perdana Menteri Malaysia agar jangan guna kaedah agama untuk menutup kes skandal 1Mdb. Takut nanti makan diri DS Najib itu sendiri!!

Sesiapa pun tidak menafikan sejumlah kecil dana 1Mdb digunakan untuk bina Masjid Jamek Kampung Baru dan bagi menghantar segelintir imam-imam masjid menunaikan fardhu haji. Alhamdulillah. Ini amalan baik sebab itu tiada siapa pun pertikaikannya.

Masalah di sini, sejumlah besar dana serta kewangan 1Mdb kita tak tahu pergi mana?! Mana duit 1Mdb yang kononnya dilaburkan di kepulauan Cayman sejumlah lebih RM7 billion berada pada masa ini??

Perdana Menteri kata kedudukan kewangan syarikat 1Mdb kukuh memandangkan hutang syarikat tersebut hanyalah rm42 billion manakala asetnya bernilai lebih rm51 billion. Malangnya, syarikat 1Mdb terpaksa berhutang untuk bayar hutang.

Pelbagai pembohongan terpaksa dilakukan oleh Perdana Menteri serta kuncu-kuncu kaki bodek minda lemahnya untuk mengelirukan pandangan rakyat demi untuk mempertahankan imej syarikat yang amat bermasalah serta dibebani dengan hutang piutang ini.

Perdana Menteri terpaksa menipu parlimen pada bulan Mac 2015 dan akhirnya meminda jawapan bertulisnya di dalam Dewan Rakyat yang mulia itu.

Begitu juga dengan politikus yang gemar berbohong iaitu Dato Ahmad Maslan yang menafikan di dalam dewan rakyat bahawa Kementerian Kewangan Malaysia tidak pernah mengeluarkan surat jaminan kerajaan di atas pinjaman syarikat 1Mdb sejumlah rm5 billion tetapi akhirnya terpaksa dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib Parlimen serta terpaksa mohon maaf secara terbuka di Parlimen.

Kini Dato Ahmad Maslan tipu rakyat lagi dengan mengatakan kritikan Tun Dr Mahathir terhadap kerajaan menyebabkan nilai ringgit jatuh susut dengan teruk sekali. Kononnya Gabenor Bank Negara Malaysia yang menyatakan kepada beliau.

Pengerusi 1Mdb TS Lodin Wok Kamaruddin pernah berkata syarikat 1Mdb tiada kaitan dengan kerajaan serta tidak ada kena mengena dengan wang rakyat!!

Semua mereka kata Jho Low tiada kaitan langsung dengan syarikat 1Mdb tapi terbukti di mahkamah London nama Jho Low disebut sebagai mewakili syarikat 1Mdb di dalam transaksi pembelian sebuah hotel di London. 

Ada transaksi 1Mdb bayar sejumlah USD700 juta ke dalam akaun syarikat jho low. Bukankah ini menipu lagi?!

Semua pelaburan-pelaburan 1Mdb tak dapat dilaksanakan kerana syarikat ini sedang hadapi masalah yang amat teruk. 1Mdb terpaksa jual aset-asetnya untuk langsaikan hutang piutang mereka.
Berbillion ringgit dana 1Mdb hilang tanpa sebarang jawapan dari Menteri Kewangan Malaysia.

Inilah asas kepada persoalan yang rakyat sedang pertikaikan mengenai urus tadbir dana syarikat 1Mdb yang amat misteri. Sehingga kini,  syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia itu masih gagal untuk audit akaun mereka berakhir Mac 2015!!

Bila salahlaku dan penyelewangan berlaku, apakah rakyat yang bertanggungjawab terhadap bangsa serta negaranya tak boleh atau tidak mempunyai sebarang hak untuk mempersoalnya?

DS Njib kena sedar seandainya segala tanggungjawab dilaksanakan secara amanah serta jujur, yakinilah semua rakyat tidak akan mempertikaikannya langsung. Bila semua mantan menteri-menteri Kewangan Malaysia mempersoalkan mengenai urustadbir dana 1Mdb maka yakinilah sesuatu salahtadbir yang menyalahi undang-undang sedang berlaku!!

Perdana Menteri jangan terlalu guna alasan agama untuk tutup kemungkaran pentadbiran 1Mdb. Jangan nak kelabukan serta alihkan pandangan rakyat dengan mengatakan bahawa 1Mdb telah bina sebuah masjid bernilai rm20 juta dan hantar segelintir imam-imam ke tanah suci Makkah.

Jumlah dana 1Mdb yang dibelanjakan ke jalan Allah swt ini terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan jumlah wang 1Mdb yang hilang secara misteri terlalu besar tanpa sebarang bentuk jawapannya!!

Saya amat takut sekiranya Allah swt bakal menurunkan bala yang bakal mengaibkan DS Najib seandainya beliau terlalu gemar menggunakan kaedah agama untuk tutup kemungkaran pentadbiran syarikat 1Mdb!!

DS Najib jangan mempersendakan agama untuk melindungi kemungkaran salah tadbir syarikat 1Mdb ini!!

UMNO PERLU PERUBAHAN


Umno perlu perubahan dengan memilih pemimpin-pemimpin baru yang lebih ikhlas di dalam perjuangan untuk menyakinkan semula rakyat di negara kita ke arah terus mendokongi serta menyokongi wadah perjuangan umno.

Buat masa ini dengan mengekalkan muka-muka lama di dalam Majlis Kerja Tertinggi Umno ramai daripada ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi mahupun keseluruhan rakyat jelata dah mula hilang keyakinan dengan kepimpinan DS Najib yang dibelenggui oleh berbagai skandal rasuah serta kos sara hidup yang meningkat naik yang benar-benar memeritkan penghidupan harian masyarakat marhaen.

Rakyat dibebani dengan bebanan GST serta kos hidup yang melonjak naik tidak seimbang dengan punca pendapatan mereka.
Imej Umno cukup teruk kini. Negara sedang menghadapi krisis keyakinan yang begitu teruk kebelakangan ini!!

Kita bakal menghadapi 6 juta orang pengundi baru pada PRU 14 kelak. Kalangan gen Y ini majoritinya tidak menyokong kerajaan lagi. PRK Rompin dan Permatang Pauh merupakan kayu pengukur yang terbaik untuk mengkaji paksi sokongan gen Y terhadap parti Umno.

Keputusan kedua-dua PRK tersebut telah menterjemahkan secara jelas akan kelemahan Umno untuk meraih undi dari kalangan anak muda.

Di atas dasar ini, Presiden Umno tidak sepatutnya menunda Pemilihan parti Umno tahun 2016. Pemilihan tersebut cukup penting untuk memilih tokoh-tokoh pemimpin baru Umno khususnya membuka lebih banyak ruang bagi pemimpin pemuda dipilih bagi menduduki saf kepimpinan baru yang lebih diterima oleh rakyat jelata.

Masa sudah sampai buat pemimpin-pemimpin lama untuk berundur bagi mengorak langkah baru dari kalangan pemimpin muda sama-sama membantu menerajui kepimpinan Umno secara bernafas ataupun bersemangat baru.

Ini merupakan masa ketika yang sesuai untuk memilih muka-muka baru yang lebih diterima oleh keseluruhan rakyat.

Oleh yang demikian adalah tidak wajar bagi Presiden Umno untuk menunda tempoh pemilihan kali ini yang sepatutnya dijadikan platform kearah mentransformasikan serta meremajakan imej umno baru sebelum menghadapi PRU 14.

Umno adalah sebuah parti yang cukup matang yang mana sesiapa saja pemimpin baru yang bakal dipilih akan mempunyai matlamat yang sama bagi menjaminkan kesinambungan serta survival parti keramat orang Melayu ini.

Biarlah akar umbi yang memilih semula anggota-anggota Majlis Kerja Tertinggi yang baru mengikut selera dan keperluan rakyat bagi memacukan lagi parti Umno ke arah kejayaan yang lebih cemerlang oleh tenaga kerja baru dengan mempamerkan semangat wadah perjuangan yang baru bagi menghadapi PRU 14 yang amat mencabar dalam sejarah salasilah politik malaysia.

Tambahan pula kedudukan serta populariti Presiden Umno amat mantap. Tiada alasan untuk Presiden Umno mempunyai perasaan 'insecure' memandangkan semangat SOLARIDITI yang disemai oleh beliau pada perhimpunan agung Umno tahun lepas cukup mekar sehingga kini di kalangan keseluruhan ahli-ahli Umno di tanahair kita.

Akhir sekali, DS Najib harus jadikan Pemilihan tahun depan sebagai platform membuktikan kepimpinan beliau mendapat mandat sebenar dari keseluruhan ahli Umno sebagai syarat utama usaha ke arah penyatuan parti Umno dan BN dalam berdepan cabaran utama PRU14 kelak.

Tuesday 16 June 2015

Tanah TRX Milik TH - PELABURAN BAIK ATAU TAK BOLEH JUAL??!!

Saya ingin tanya beberapa ahli parlimen yang menyarankan agar TH jangan jual tanah TRX kononnya itu pelaburan yang baik ataupun sebenarnya TH tak boleh jual balik kerana ianya dibeli pada kadar yang amat tinggi!!

Azeez Rahim kena tegaskan pendiriannya pada kesemua pencarum akaun TH kini samada mereka akan jual semula tanah TRX sepertimana yang beliau janjikan dahulu.

Azeez Rahim jangan putar belit fakta dan tolong jangan menipu lagi!! Dulu beliau kata PM menasihati TH untuk jual semula tanah tersebut berdasarkan kepada sensitiviti bantahan para pencarum TH!!

Malahan Azeez Rahim juga membuat kenyataan secara terbuka mengatakan mereka sudah ada pembeli baru untuk ambil-alih tanah tersebut. Dan Azeez Rahim juga katakan TH bakal buat sedikit keuntungan pada hasil penjualan semula tanah tersebut.

Saya ingin tanya Azeez Rahim tolong beritahu siapa pembeli baru tanah TRX tersebut?? Berapa harga TH boleh jual pada pembeli baru tersebut?? Berapa untung TH boleh buat dari penjualan semula tanah trx itu?? Berapa kos yang TH kena tanggung kerana tanah tersebut dijual semula dalam masa beberapa bulan saja?? Berapa cukai penjualan semula TH kena bayar pada kerajaan kerana transaksi jual beli tersebut tak sampai setahun??!!

Saya ingin merayu kepada semua pencarum TH agar membantah secara sekeras-kerasnya sekiranya TH tak mahu jual semula tanah TRX tersebut yang dibeli secara senyap-senyap tanpa dimaklumkan kepada para pencarum.

Bila matlumat bocor kepada rakyat, Azeez Rahim menafikan pada peringkat permulaannya dalam laman tweeternya. Keesokannya pula beliau mengaku pulak kebenarannya.

Inilah masalah dengan sikap kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib pada masakini. Semuanya nak buat secara senyap-senyap!!

Malahan cara DS Najib nak terangkan isu pun nak dibuat secara tertutup serta senyap2!! Macamana rakyat nak faham kalau begini??!!

TH kena pegang pada janjinya sepertimana yang diumumkan satu masa dahulu bahawa mereka akan jual semula tanah TRX tersebut seperti yang telah dijanji kepada semua pencarum TH!!

Ahli Parlimen Simpang Renggam tolong jangan kalut sangat!! Beliau bukan pencarum TH dan tolong jangan masuk campur dalam urusan TH!! Beliau bukan boleh pergi ke Makkah pun!! Sila jangan masuk campur dalam urusan TH kerana kami adalah pencarum yang mempunyai 'direct locus standi' untuk mempertikaikan agenda TH dalam isu pembelian secara senyap-senyap tanah TRX!!

Monday 15 June 2015

NAJIB DENGAR SARANAN TAN SRI IBRAHIM ABU SHAH

Saya amat setuju dengan saranan ikhlas ahli Majlis Tertinggi Umno TS Ibrahim Abu Shah agar DS Najib selaku anak harus pergi mengadap Tun Dr Mahathir untuk menyelesaikan kemelut isu semasa negara.

DS Najib jangan hanya jadi jaguh untuk serang Tun Dr Mahathir dari jauh dan hanya pandai bercakap melalui forum-forum tertutup saja. Jangan hanya dok bercakap pada ahli Umno secara tertutup saja. Yang dengar hanya 1,500 orang. Tapi macamana hasrat 30 juta rakyat Malaysia yang lain yang ingin mendengar penjelasan DS Najib secara terbuka ?

Ramai yang menghadiri program tertutup yang dianjurkan oleh Umno mengatakan DS Najib tidak jawab segala persoalan yang keseluruhan rakyat sedang bertanya mengenai isu 1mdb khususnya.

Tapi malangnya segelintir dari kaki bodek minda lemah kata DS Najib dah terangkan secara terperinci ??  Itu yang kita nak tahu PM terang apa??!! Semua persoalan yang ditanya oleh Tun Dr Mahathir serta laporan polis saya tidak pernah dijawab pun oleh DS Najib.

Mahu tidak mahu dan suka tidak suka, DS Najib harus berjumpa dengan Tun Dr Mahathir dan Umno harus anjurkan sesi penerangan secara tertutup sekurang-kurangnya dengan seluruh ahli-ahli umno dari seluruh pelusok tanahair.

Kalau takut nak jemput orang luar dan ngo-ngo untuk hadir kemungkinannya akan mengggugat keselamatan serta ketenteraman awam sepertimana yang dirisaukan oleh Ketua Polis Negara adalah memadai buat permulaannya biarkan Dato Sri Najib serta Tun Dr Mahathir beri pencerahan secara bersemuka dengan ahli-ahli umno dahulu.

Saya tak faham dengan sikap segelintir kaki bodek DS Najib ni. Bila Tun Dr Mahathir bertanya dan memberi pandangannya semua marah. Tetapi bila DS Najib serang Tun Dr Mahathir dengan menggunakan platform media mereka dari jarak jauh ok pulak??!!

Apa yang DS Najib takut sangat nak berdepan serta bersemuka dengan Tun Dr Mahathir?? Tun Dr Mahathir hanyalah rakyat biasa saja sepertimana kata penyangak Nazri Aziz. Tun Dr Mahathir dah tua dan cakap pun cukup lembut. DS Najib takut apa dengan Tun Dr Mahathir??!! Jumpa dan bersemukalah.

Saya sokong sangat kenyataan ikhlas Tan Sri Ibrahim Abu Shah. DS Najib mesti jumpa Tun Dr Mahathir untuk cari satu formula bagi menyelesaikan kemelut politik negara kita. Kalau berlarutan ia tidak akan beri suasana baik kepada bidang ekonomi kita juga.

Sebagai PM, Presiden Umno serta Menteri Kewangan Malaysia yang memegang seribu satu kekuasaan janganlah takut lagi untuk berhadapan dengan Tun Dr Mahathir yang kini hanya rakyat biasa saja.

Namun, kalau DS Njib setuju dengan pendapat budak bangang Nazri Aziz agar PM tak seharusnya berjumpa rakyat biasa macam Tun Dr Mahathir kini maka itu adalah haknya lah.

Mungkin mereka percaya dan berpegang pada kasta serta darjat sebelum nak berjumpan dengan seseorang itu!! Mungkin ini stail kepimpinan Umno masakini!!

Saturday 13 June 2015

NAZRI AZIZ JANGAN ANGKUH....

astroawani

Nazri Aziz jangan terlalu angkuh!! Kenapa Nazri ni bangang sangat?? Manusia dengan manusia darjatnya sama saja. DS Najib pun manusia biasa dan naik dalam kareer politik kerana Tun Dr Mahathir lah yang mengacunya selama 22 tahun.

Nazri Aziz ni memang budak bangang!! Dia ni kurang cerdik!!

Sekarang ni sepatutnya PDRM menyiasat DS Najib kerana saya telah buat beberapa laporan polis terhadap beliau.

Mana Nazri  Aziz boleh tahu yang DS Najib tak bersalah?! Polis, SPRM, PAC, Bank Negara dan Ketua Audit Negara tengah siasat kes 1 mdb, bagaimana Nazri dah tahu DS Najib tak bersalah?!

Imej dan kredibiliti DS Najib telah tercalar dengan teruknya dengan skandal penyelewengan 1mdb ini. Beberapa laporan polis telah saya laporkan keatas DS Najib secara peribadi. Cuma buat masa ini kita tidak tahu pendirian PDRM macamana?! Sepatutnya PDRM kena panggil DS Najib dan Jho Low dlm proses siasatan ini kerana sudah ada pelapor yg melaporkan kepada pihak polis untuk siasat DS Najib.

PDRM harus terangkan kepada keseluruhan rakyat jelata mengenai status laporan polis saya ke atas DS Najib dan juga ahli keluarganya.

Budak bangang macam Nazri Aziz ni jangan terlalu angkuh. Mereka lupa dulu mereka naik pun dengan Tun Dr Mahathir. Sekarang boleh kata Tun Dr Mahathir rakyat biasa dan DS Najib Perdana Menteri jangan layan rakyat biasa macam Tun Dr Mahathir. Kepala otak dia Nazri Aziz ni!!

Bodoh sungguh Menteri Pelancongan ni!! Nazri lupa rakyat biasalah yang mengundi memberi kuasa pada mereka untuk memerintah!! Tanpa rakyat bawahan macam kami yang undi mereka, hari ni mereka pun tiada kuasa!!

Sebab itu rakyat menyampah dengan pemimpin Umno yang angkuh macam Nazri Aziz ni!! Pemimpin bangang macam Nazri Azizlah yang bakal menjatuhkan Umno!!

Kenapa Nazri Aziz kata Tun Dr Mahathir tak ada locus standi. Setiap warganegara Malaysia yang bayar cukai di negara kita mempunyai direct locus standi ke atas setiap dasar kerajaan. Rupanya Nazri Aziz ni amat bangang!!

Kalau Nazri Aziz kata DS Najib kuat, tolong bagi tau panglima bugis yang bacul dan penakut tu untuk bubar parlimen seterusnya panggil PRU14 dengan segera. Sama- sama kita tengok nanti Umno dan BN akan berada di mana?!

Budak bangang Nazri Aziz ni juga tolong bagi tahu presiden parti Umno agar jangan tangguh pemilihan Umno penggal hadapan!! Kalau DS Najib kata dia kuat sangat tolong jangan tunda pemilihan parti Umno tahun depan.

Namun bagi tahu Nazri Aziz jangan terlalu yakin serta angkuh!!

Kalau Nazri Aziz ada masa saya nak ajak dia makan durian di hartamas berhadapan tapak lama restoran uncle don kerana sambil makan durian saya dan Nazri boleh imbas semula kisah silam di hartamas!!

Friday 12 June 2015

APA STATUS REPORT POLIS SAYA KEATAS NAJIB, ROSMAH, RIZA AZIZ DAN JHO LOW??



Apa status laporan polis yang telah saya buat untuk menyiasat kekayaan keluarga DS Najib, Rosmah, Riza Aziz termasuk Jho Low??

Saya berdoa dan harap pihak polis melakukan siasatan keatas kekayaan serta kemewahan DS Najib, isteri dan anak tirinya. Kemewahan Rosmah dan anaknya juga telah dilaporkan oleh akhbar The New York Times serta juga melalui saluran sosial media di negara kita.

Begitu juga dengan kekayaan Jho Low sepertimana yang dilaporkan oleh Sarawak Report yang telah mempamerkan pelbagai bukti sokongan dokumen mengenai beberapa transaksi dana 1mdb yang dimasukkan ke dalam akaun-akaun syarikat yang dikawal oleh beliau.

Rakyat Malaysia amat berharap pihak PDRM akan menyiasat laporan polis saya itu secara telus dan berintegriti tanpa sebarang bentuk 'cover up' untuk membuktikan keluhuran undang-undang di negara kita masih utuh serta terpelihara.

DS Najib jangan merepek serta jangan menipu dengan buat berbagai kenyataan yang mengelirukan rakyat!!

Kalau DS Najib agak parti Umno serta BN kuat di bawah kepimpinannya, bubar parlimen dan buatlah PRU 14!! Kita nak tengok apa yang bakal terjadi pada BN kelak!!

Diri saya selaku ahli Umno di peringkat akar umbi boleh nampak imej Umno dan BN amat teruk masakini.

Rakyat khususnya gen y sedang menolak kepimpinan najib yang dengan dibelenggui dengan berbagai skandal kewangan dan kos sara hidup rakyat begitu membebankan.

Situasi inilah yang bahaya kerana DS Najib dikelilingi oleh kaki-kaki bodek yang sedang bagi matlumat salah sehinggakan beliau sedang mimpi di siang hari.

Pada hemat saya Tun Dr Mahathir amat risau kerana rakyat jelata dari pelbagai lapisan masyarakat di tanahair kita berjumpa beliau secara berterusan untuk mengadu hal mengenai kepimpinan najib pada hari ini.

Rakyat sayangkan Umno tetapi pada hari ini masyarakat akar umbi khususnya gen y sedang menolak dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan DS Najib.

Sebab itu juga, kita dapat lihat ramai daripada penjawat awam membocorkan berbagai matlumat kepada rakyat. Apa maknanya itu??

Apa saja yang baru dibincangkan seperti cadangan kenaikan kadar tol oleh kerajaan telahpun dibocorkan oleh penjawat awam sendiri. Ini membuktikan semua lapisan masyarakat mulai benci dengan kepimpinan DS Najib.

Najib sedang dibuai mimpi di siang hari!! Saya ingin sarankan kepada DS Najib agar jangan berani serang Tun Dr Mahathir hanya dari luar. Tidak salah bagi najib untuk bersemuka dengan tun dr mahathir bagi mengupas secara professional mengenai isu-isu semasa yang keseluruhan rakyat amat resah gelisah!!

Kini, rakyat nak lihat sendiri penerangan dari mulut DS Najib serta Tun Dr Mahathir!! Ini hakikatnya!!

Kalau takut nak anjur forum terbuka atas alasan keselamatan awam kononnya, suruh saja Menteri Penerangan jemput hanya DS Najib dan Tun Dr Mahathir ke studio rtm seterusnya anjurkan siaran bicara di antara kedua tokoh ini secara 'live' untuk tatapan rakyat di seluruh pelusok tanahair.

Bagi saya dalam apa jua keadaan sekalipun DS Najib adalah berdarah pahlawan bugis yang penakut serta bacul!! Jadi tolong jangan tunjuk hero dan nak berlagak angkuh!!

DS Najib juga jangan angkuh kerana kareer politiknya begitu lama digilap serta diacukan oleh Tun Dr Mahathir. DS Najib jangan lupa sejarah!!  Jangan jadi kacang lupakan kulit!!


SALLEH TUN SAID DENGAN SHAHRIL SAMAD - Janganlah Tunjukkan IQ RENDAH !

Saya amat hairan dengan sikap DS Panglima Salleh Tun Said dengan TS Shahril Samad yang menampakkan seolah mentaliti mereka cukup rendah.

Apa yang tak sesuainya untuk PM berdebat dengan Tun Mahathir pada forum Nothing2Hide ? Tun Mahathir adalah tokoh negarawan terulung yang amat professional serta cukup menghormati proses undang-undang berteraskan 'the rule of laws.'

Tun Mahathir bukan personaliti haprak yang mempunyai sikap suka nak bergaduh. Tun Mahathir dijemput di bawah platform NGO untuk mendengar ucapan serta penerangan PM mengenai isu semasa negara seterusnya ingin menanya soalan-soalan yang menjadi 'public issues' ketika ini di negara kita khususnya kes 1mdb.

Apa salahnya jika Tun Mahathir nak tanya soalan seterusnya memberi pandangannya secara professional di dalam sebuah forum yang tajuknya pun membawa maksud Tidak Ada Apa Mahu DiSembunyikan ?

Salleh tun said dan shahril samad tak pergi pun ke pwtc hari itu dan mereka tak layak jadi pecacai tv3 untuk memberi komen mengenainya.

Salleh Tun Said dan Shahril Samad tidak nampak dengan mata sendiri pun situasi di dewan PWTC yang hakikatnya cukup aman, tenteram serta harmoni. Sebab itu ramai daripada rakyat marah apabila PDRM kata dihentikan atas dasar menjaga ketenteraman awam kononnya.

Tidak berlaku sebarang unsur provokasi mahupun kekecohan pada hari itu!!

Inilah masalahnya dengan segelintir pemimpin Umno kaki bodek minda lemah yang berani menyerang Tun Mahathir dari jarak jauh dengan menggunakan saluran komunikasi milik kerajaan ataupun Umno, suka memberi komen akan sesuatu yang mereka sebenarnya tidak tahu apapun !

Bila Tun Mahathir merendahkan diri sudi hadir ke forum tersebut untuk menanya soalan seterusnya memberi pandangan secara jujur serta ikhlas mengenai isu semasa negara, malangnya PM pula takut untuk hadir untuk berdepan dengan beliau.

Apa saja alasan yang PM serta kuncu-kuncunya beri, rakyat tahu realitinya yang puak kaki bodek ini hanya berani bersuara di belakang Tun Mahathir saja.

Kalau mereka takut nak berdepan dengan Tun Mahathir, mulai esok beritahu lah Salleh Tun Said serta Shahril Samad untuk duduk diam-diam sajalah.

Amat memalukan mereka seringkali kata sanggup memberi jawapan kepada persoalan Tun Mahathir tetapi bila diajak berdepan, semua takut!! Mereka hanya mampu memberi pelbagai alasan untuk mengelak.

Tidak salah bagi PM dan Tun Mahathir berhujah secara professional dan memberi kupasan masing-masing kearah menyelesaikan semua isu semasa yang sedang melanda negara kita.

Saya tak yakin PM dan Tun Mahathir sanggup berdebat ala samseng. Tengoklah cara Tun Mahathir berucap, tak pernah tinggi suara pun. Tetapi mereka cuba nafikan setiap ungkapan beliau sebagai amat berilmiah serta berfakta. Inilah yang digeruni oleh musuh-musuh Tun Mahathir kerana mereka tidak akan mampu menangkis buah pandangan beliau.

Tun Mahathir adalah ilmuan yang sukar bagi sesiapa pun untuk berdepan khususnya mereka yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka pada bangsa serta agama.

Hentilah mecipta pelbagai cerita yang tak masuk akal kononnya forum Nothing2Hideitu tidak sesuai bagi PM untuk hadir.

Siapa dia PM ? Malaikat ka ataupun Rasul kah ? Apa istimewa sangat PM tu kerana beliau pun hanyalah manusia biasa seperti kita semua! Maka tolonglah jangan terlalu angkuh!!

Thursday 11 June 2015

PDRM DAH AMBIL KENYATAAN NAJIB DAN JHO LOW??

Saya amat teruja apabila mendengar khabar berita bahawa pihak PDRM sudah selesai laporan siasatannya mengenai kes 1mdb yang saya telah buat beberapa laporan polis mulai 12.12.2014.

Kini yb menteri dalam negeri telah mengesahkan bahawa laporan siasatan PDRM kini telah dihantar ke pejabat peguam negara pada bulan mac yang lepas.

Namun, boleh kah tan sri ghani pattail selaku peguam negara mengesahkan kenyataan yb menteri dalam negeri ini? Kenapa pejabat peguam negara masih membisu seribu bahasa tanpa membuat sebarang kenyataan untuk mengesahkan kenyataan yb menteri dalam negeri.

Saya ingin memohon peguam negara untuk buat sedikit pengesahannya dan memaklumkan mengenai statusnya memandangkan pihak PDRM telahpun menghantar kertas siasatannya sudah hampir 3 bulan ke pejabatnya!!

Dalam masa yang sama saya ingin tanya pihak PDRM bahawa adakah dato sri najib tun razak selaku menteri kewangan malaysia dan pengerusi 'advisory' board 1mdb telah dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak PDRM??

Adakah yb husni hanadzlah iaitu menteri kewangan 2 turut dipanggil oleh pihak PDRM untuk mengambil kenyataannya mengenai isu 1mdb??

Bagaimana dengan jho low?? Apakah pihak PDRM telahpun mengambil keterangan jho low??
Bagaimana pulak dengan tan sri zetty iaitu gabenor bank negara?? Adakah tan sri zetty juga telah diambil keterangannya??

Arul kanda kandasamy, shahrol, tan sri lodin wok kamaruddin serta keseluruhan ahli lembaga pengarah 1mdb adakah pihak PDRM telah memanggil mereka semua untuk proses siasatan serta merakam kenyataan masing-masing??

Soalan ini penting kerana saya telah pun membuat laporan polis keatas semua individu-individu tersebut. Saya sebagai pelapor amat berharap pihak PDRM dan peguam negara dapat memberi sedikit pencerahan mengenai statusnya.

Namun dalam masa yang sama, kenyataan yb menteri dalam negeri di parlimen beberapa hari yang lepas agak bercanggah sikit dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang menyatakan lebih kurang pada bulan mac bahawa siasatan keatas kes 1mdb berdasarkan kepada laporan polis saya akan disiasat oleh satu badan 'task force' yang dianggotai oleh SPRM, pejabat peguam negara serta beberapa anggota lagi.

Apakah ini bermakna pihak PDRM melakukan dua siasatan iaitu dari PDRM secara 'stand alone' dan 'task force' yang baru ditubuhkan??

Bagaimana pulak dengan status siasatan oleh SPRM yang pada hakikatnya saya amat tidak yakin dari awal lagi!!

Saya telah mula hilang hormat dan terhakis keyakinan pada SPRM bila tan sri abu kassim selaku Pesuruhjaya SPRM katakan bahawa SPRM tidak boleh siasat kes 1mdb sehingga ketua audit negara siapkan laporannya!!

Kenyataan tan sri abu kassim amat janggal dan pelik!! Badan-badan glc lain mereka boleh siasat tanpa tunggu laporan ketua audit negara terlebih dahulu tetapi siasatan keatas 1mdb kena tunggu laporan dari ketua audit negara pulak!! 
 
Apakah ini SOP kaedah siasatan SPRM??


Rakyat di seluruh negara sedang memerhatikan sistem perundangan kita secara amat dekat kini untuk mengetahui samada ianya telus ataupun tidak untuk keseluruhan warganegara malaysia terus berpegang pada 'keluhuran undang-undang' secara adil sepertimana yang termaktub di dalam Rukun Negara kita.

Dari FB Khairuddin Abu Hassan

Tuesday 9 June 2015

ROMBAKAN KABINET ? SUKAR UNTUK NAJIB BERTAHAN !

Apa saja pendekatan yang bakal dilakukan oleh DS Najib untuk mengukuhkan kedudukannya dalam parti serta kerajaan akhirnya akan menjatuhkannya juga kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinannya.

Sudah mula tersebar khabar angin yang menyatakan kemungkinan akan berlaku rombakan kabinet tidak lama lagi bagi mengukuhkan kedudukan DS Najib yang semakin goyang !

Andaikata benarlah yang DS Najib mahu merombak kabinet dengan menggugurkan TS Mahyuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri tindakan itu akan menjadi satu 'catalyst' pada DS Najib untuk tumbang secara lebih cepat.

Atas dasar apa TS Mahyuddin nak digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri?? Apa salah TS Mahyuddin?? Apakah dengan menyarankan kepada kabinet Najib untuk selesaikan isu skandal 1mdb secara secepat mungkin membolehkan DS Najib menggugurkan timbalannya?? Ini parti komunis ka sehinggakan tak boleh nak mempersoalkan isu- isu yang tidak betul yang sedang melanda negara!!??

Saya tak faham dengan mentaliti segelintir daripada pemimpin-pemimpin Umno yang masih tidak nampak serta tidak faham dengan skandal 1mdb. Kalau mereka tidak peka mengenai isu skandal 1mdb ini bermakna mereka tidak layak untuk menjadi pemimpin.

Kita tanya di mana perginya duit 1mdb yang kononnya dilaburkan di kepulauan Cayman yang telah ditebus sepertimana kenyataan 1mdb serta Menteri Kewangan sehinggakan nak bayar 'interest' hutang bank mereka pun terpaksa berhutang lagi bagi membayar hutang!!

Akhirnya Menteri Kewangan juga menipu Parlimen sehinggakan Kementerian Kewangan Malaysia terpaksa meminda serta membetulkan kenyataan bertulisnya di Dewan Rakyat!!


Dalam masa 5 tahun lebih syarikat 1mdb berhutang sehingga rm42 billion. Mana pergi duit-duit 1mdb semua?!

Kabinet mengarahkan kerajaan tidak boleh lagi membiayai syarikat 1mdb tetapi malangnya Kementerian Kewangan terpaksa menyediakan kredit sediada dengan jumlah rm950 juta. Ini bercanggah dengan keputusan kabinet.

Ini masalah dengan Umno yang tidak boleh ditegur. Saya nak tanya Annuar Musa apa yang beliau maksudkan dengan fitnah?? Kalau isu 1mdb itu fitnah suruh DS Najib saman kami semua yang sedang berjuang untuk melawan penyelewengan dalam syarikat 1mdb.

Kami tiada kepentingan peribadi. Ini duit rakyat serta dana kerajaan!! Ianya mesti diurustadbir secara amanah mungkin dan terbaik mungkin demi kepentingan ekonomi negara.

Tun Mahathir jiwanya terlalu kuat untuk memastikan kesejahteraan bangsa serta negara dipertahankan sebaik mungkin. Tun Dr Mahathir yang bertegas dengan Pak Lah Badawi supaya beliau melantik DS Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri. Hakikatnya Tun Mahathir amat mengenang jasa serta budi Allahyarham Tun Razak kepadanya.

Tapi kini apa pilihan yang Tun Mahathir ada kerana pentadbiran DS Najib amat lemah serta dibelenggui dengan berbagai salahlaku yang kita sebagai rakyat yang perihatin harus bersama tegur supaya dapat diperbetulkan demi menjamin Umno mahupun BN terus relevan pada pru14 kelak.

Setakat ini apa yang dirisaukan oleh Tun M mempunyai asas yang amat kuat kerana majoriti rakyat sedang menolak Umno dan BN.

Saya secara peribadi tak tahu membodek sehingga bakal meruntuhkan umno. Kita kena berani cakap yang benar!! Jangan bagi maklumat salah pada pemimpin di atas kerana itu bakal memakan diri kita sendiri. Sekali Umno dan BN hilang kuasa kita akan hilang kuasa buat selama-lamanya.

Malangnya ramai kaki bodek minda lemah dalam Umno tidak faham 'repercussion' ini yang bakal menumbangkan parti kita.

Atas dasar inilah saya yakin Tun Mahathir amat risau khususnya elemen rasuah yang terlalu berleluasa sehingga boleh merobohkan institusi ekonomi mahupun negara kita.

Annuar Musa mempunyai rekod tercalar suatu masa dulu. Shahril Samad pun bagi saya tidak relevan lagi. Ramai yang membodek untuk jawatan serta kepentingan diri.

Saya tetap katakan DS Najib kena letak jawatan kerana rakyat mula menolak kepimpinannya. Kalau pemimpin dan ahli umno pertahankan DS Najib untuk terus pimpin parti yakinilah pada pru14 kelak, rakyat jelata bakal menyingkirkan beliau, Umno serta BN.

Pada waktu itu seandainya kita menangis airmata darah sekalipun sudah terlambat buat semua. Sekali kita hilang kuasa ianya akan hilang selamanya.

DS Najib jangan pentingkan diri sendiri. DS Najib jangan biarkan rakyat tolak Umno dan BN buat selamanya dek kepentingan peribadi.

Era Annuar Musa dan Shahril Samad juga telah lama berlalu..... jangan kitar semula muka lama kerana ia akan tambah menghilangkan keyakinan rakyat pada Umno serta BN. Ramai lagi di kalangan pemimpin muda yang lebih berwibawa dan lebih jujur dalam perjuangan yang harus diketengahkan oleh Umno. Annuar Musa dan Shahril Samad sudah tidak relevan lagi!!!!

Saturday 6 June 2015

'POLITICAL PROSTITUTE' TUNKU AZIZ TOLONG DIAM!!

Saya ingin sarankan kepada Tunku Aziz agar duduk diam- diam kerana beliau yang dikenali sebagai 'political prostitute' yang tidak mempunyai 'stature' untuk buat sebarang komen mengenai forum nothing2hide.

Tunku Aziz penipu besar!! Semalam saya berada di PWTC dari jam 7:30 pagi sehingga majlis berakhir pada hakikatnya berada dalam keadaan yang cukup tenang kerana semua para hadirin merupakan 'discipline crowd' dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan NGO.

Macamana Tunku Aziz tahu serta kata program tegang?? Beliau adalah orang yang paling awal keluar bila Tun Dr Mahathir dibawa masuk oleh pihak penganjur di atas pentas.

Tunku Aziz sendiri nampak Tun Dr Mahathir dibawa masuk serta dikawal oleh pihak penganjur. Masa bila Tun dikatakan merampas pentas?? Ini tuduhan jahat yang sengaja nak mengaibkan maruah tokoh negarawan terulung itu.

Suasana amat tenang sehinggalah ke saat Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput berucap secara rasminya oleh pihak penganjur. Semua tenteram saja!! Bila masa yang suasana tegang?? Tunku Aziz ni pun keluar awal macamana dia kata keadaan tegang??!!

Sekarang baru saya faham kenapa ramai orang gelar Tunku Aziz ni sebagai 'political prostitute.'  Beliau kaki penipu!!

Suruh Tunku Aziz buktikan waktu mana yang beliau katakan keadaan tegang??!! Buktikan bilamana yang Tun Dr Mahathir dikatakan rampas pentas sedangkan beliau dijemput ke pentas oleh penganjur. Tun Dr Mahathir di umumkan oleh MC majlis untuk berucap baru beliau berucap. 

Tunku Aziz ni adalah barua dan jurucakap TV3 saja!! Beliau tidak layak untuk berada di PWTC kerana itu adalah tapak ibu pejabat UMNO.

Ketika Tunku Aziz jadi balaci DAP beliaulah yang paling kuat kutuk kepimpinan UMNO serta BN. Hakikatnya beliau tidak layak untuk nak buat sebarang komen kepada tokoh negarawan terulung yang selama 22 tahun memimpin Malaysia secara cemerlang dan meninggalkan kepimpinan negara dengan asas yang amat kukuh.

Tunku Aziz kata nak tanya Tun Dr Mahathir 10 soalan?? Tapi bila Tun Dr Mahathir masuk kenapa Tunku Aziz terus cabut keluar!!

Sebenarnya Tunku Aziz ni pun bacul dan penakut macam PM tapi angkuh nak tunjuk hero saja!! Tunku Aziz tidak lebih hanyalah balaci untuk menyalak tanpa asas.

Semua rakyat tertanya mana 10 soalan Tunku Aziz yang sepatutnya beliau tanya secara bersemuka dengan Tun Dr Mahathir. Tunku Aziz cakap tak serupa bikin!!

Friday 5 June 2015

Nothing To Hide - Pahlawan Bugis, Pahlawan Bugis Di Mana ? ?



KLIK YOUTUBE.


Jangan bohong berlaku ketegangan di PWTC dalam program Nothing To Hide tadi. Segalanya berada dalam keadaan yang cukup tenang serta aman kerana forum ini dihadiri oleh 'discipline crowds' dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan 'NGO.'

Semua alasan kononnya berlaku kekacauan serta ancaman kepada ketenteraman awam tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras!! Itu hanyalah alasan yang amat tidak munasabah.

Yang saya hairan perhimpunan haram di kawasan awam tak diarahkan pun untuk berhenti serta merta!! Majlis atau forum untuk diberi pencerahan demi kepentingan masa depan negara oleh tokoh negarawan terulung diarah berhenti ucapan secara serta merta. Kadang-kadang saya amat hairan dengan sistem perundangan di negara ini yang tidak faham dengan pentakrifan ancaman ketenteraman awam. Tindakan PDRM agak mengaibkan kerana tweeter KPN di 'upload' dari awal pagi lagi sebelum majlis bermula.

Majlis Nothing To Hide berada dalam suasana yang cukup aman damai tadi. Saya yang sampai sejak jam 7:45 pagi di PWTC tak nampak sedikit pun unsur-unsur yang boleh mencetuskan kekacauan atau menggugat ketenteraman awam!!

Amat menyedihkan insiden pagi tadi telah membuktikan kesuburan amalan demokrasi di negara kita telah dinodai. Ianya telah mencemarkan imej negara kita di kacamata luar kerana ada juga pengamal media yang datang dari luar negara di majlis itu.

Dalam suasana yang tenang serta aman pihak berkuasa PDRM telah mengarahkan Tun Dr Mahathir untuk berhenti berucap!!
Kredibiliti polis agak tercemar kini!!

Ramai daripada para hadirin amat kecewa dengan insiden yang berlaku di PWTC tadi. Malahan ramai daripada rakyat jelata marah terhadap apa yang berlaku pada Tun Dr Mahathir yang dianggap amat biadap.

Majlis tersebut adalah majlis yang dianjurkan oleh badan Sukaguam yang terdiri dari para pengamal undang-undang. Takkan NGO pengamal undang-undang tak faham dengan undang-undang di negara kita!!

Tweet dari Ketua Polis Negara (KPN) telah di 'uploaded' sebelum majlis bermula lagi. Walhal sebelum majlis bermula keadaan amat tenteram di dewan PWTC sehinggalah Tun Dr Mahathir berucap.

Dalam apa jua keadaan saya tetap katakan DS Najib sebagai 'bacul' dan penakut. Beliau sepatutnya hadir pada majlis ini demi memberi pencerahan kepada rakyat jelata mengenai isu semasa.

Najib telah terlepas peluang keemasan untuk bersemuka dengan Tun Dr Mahathir bagi mengupas segala persoalan isu-isu yang sedang melanda negara kita dengan disaksikan oleh ribuan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan NGO secara 'live.'

DS Najib sepatutnya merebut peluang keemasan ini untuk membersihkan imejnya serta menyangkal segala tohmahan ke atasnya.

Kegagalan  DS Najib untuk hadir pada pagi ini di PWTC benar-benar menjatuhkan reputasi beliau selaku PM kerana keseluruhan rakyat menyatakan DS Najib takut untuk berhadapan dengan Tun Dr Mahathir secara bersemuka.

Ini dapat kita saksikan daripada penyebaran poster2 dan gambar2 yang mempersenda DS Najib yang banyak tersebar di media sosial sepanjang hari !

Sebab itulah DS Najib jangan cakap besar dan angkuh kononnya beliau adalah dari kalangan darah pejuang Bugis. Kini apa dah jadi?? Kepahlawan Bugis beliau dijadikan bahan lawak oleh rakyat pebagai lapisan dan kaum. Di masa depan DS Najib jangan angkuh lagi!!

Mulai hari ini sekiranya DS Najib tidak berani untuk bersemuka dengan Tun Dr Mahathir secara professional dalam majlis rasmi yang dianjurkan secara terbuka, tolong jangan nak bersikap angkuh.

Bersyukur ke hadrat Allah swt hari ini merupakan hari kemenangan pada Tun Dr Mahathir Mohamad. Inilah reaksi rakyat jelata terhadap negarawan ulung ini. Tun Dr Mahathir berani menghadiri majlis Nothing To Hide atas dasar beliau berani kerana benar dan bagi Tun Dr Mahathir -  there's nothing to hide !!

Wednesday 3 June 2015

HUSNI DAN ARUL TOLONG JANGAN BODOHKAN RAKYAT

Rancangan wawancara dengan Menteri Kewangan 2 Malaysia tidak menjawab langsung persoalan skandal 1mdb tetapi beliau hanya menghuraikannya secara umum saja!! Saya juga nampak 'body language' husni tidak begitu selesa serta tidak 'relax' untuk menghuraikan fakta-fakta secara umum saja kearah mengelirukan serta mengelabui pandangan rakyat terhadap isu skandal 1mdb!!

Apabila ditanya mengenai Jho Low, Husni pada hakikatnya tidak menjawab langsung mengenai hubungkait Jho Low dengan beberapa transaksi perniagaan 1mdb.

Jho Low telah menjadi faktor cemuhan utama terhadap kes skandal 1mdb. Sekiranya Jho Low benar-benar tiada kaitan langsung dengan urus-niaga 1mdb kenapa  Husni tidak mahu bagi jawapan secara terus terang lagi meyakinkan dengan menafikan secara sekeras-kerasnya bahawa Jho Low tiada kena mengena langsung dengan 1mdb ataupun Riza Aziz.

Nampak sangat Husni tak berani nak komen tentang budak Jho Low ini!!

Husni  Hanadzlah kata syarikat Gold Star bukan syarikat Jho Low!! Tiada asas dan bukti untuk menyatakan itu syarikat milik Jho Low. Kenapa MOF tak mahu buat 'Due Deligent' secara rasmi untuk menentukan samada Gold Star itu milik Jho Low atau pun tidak?

Menteri Kewangan 2 juga mengatakan bahawa pembayaran usd700 juta diarah bayar oleh Petrosaudi ke dalam akaun Gold Star secara terus menerus.

Tetapi persoalannya kenapa 1mdb dan kerajaan Malaysia tidak mahu tanya Petrosaudi yang telah jadi rakan kongsi mereka kenapa sejumlah wang tersebut kena bayar terus ke akaun syarikat Jho Low seperti yang didedahkan oleh Sarawak Report?!

Saya kasihan tengok Husni melalui kaca tv tadi.. Nampak sangat macam orang bersalah nak jawab soalan pihak polis dalam proses 'interogation' !!

Saya ingin tanya beberapa soalan kepada Husni iaitu:

1) Kenapa Husni kata proses IPO Edra terpaksa ditangguhkan kerana penyata kewangan Edra tertangguh serta lewat siap??

2) Pembangunan tanah TRX dan Bandar Malaysia kelak, 1mdb hanya pegang 40% ekuiti?! Tanah-tanah ini dijual oleh kerajaan Malaysia pada kadar yang murah tapi kenapa bagi pemaju luar pegang 60%?? Sebagai pemegang ekuiti minoriti apakah 1mdb mempunyai hak untuk menentukan kepentingan rakyat Malaysia untuk menguasai semua hartanah yang bakal dibangunkan kelak??

3) Adakah 1mdb akan wajibkan peratusan tertentu hartanah di pembangunan TRX serta Bandar Malaysia kepada kalangan bumiputera memandangkan Husni kata kelak ia akan memberi peluang kepada bumiputera untuk membeli rumah-rumah kedai di kawasan pembangunan yg 'prime'??

4) Macamana tanah kerajaan boleh dikuasai oleh orang asing sehingga 60% ekuiti seperti perjanjian dengan Land Lease Australia??

5) Kita dah ada danaharta, apa perlu lagi 1mdb??

6) Nilai Brazen Sky ialah rm6.1billion tetapi apakah aset-aset yang ada dalam Brazen Sky?? Siapa yang buat penilaian aset-aset Brazen Sky??

7) Apa yang boleh dibanggakan dengan Edra yang menguasai aset janakuasa kerana di masa hadapan 1mdb akan hanya pegang ekuiti 30% saja manakala 70% akan dikuasai oleh pemegang saham baru??

8) Apakah benar pertukaran juru odit KPMG ke Deloitte kerana syarikat Deloitte adalah sebuah syarikat juru odit terbesar di dunia?? Hanya alasan itu??!!

9) Apakah semua pelaburan kewangan 1mdb di seluruh dunia dilaporkan kepada bank negara berteraskan kepada yang termaktub dalam undang-undang perbankan serta kewangan negara??

10)  Bank Negara tahu secara terperinci mengenai semua pelaburan-pelaburan serta pinjaman kewangan 1mdb di luar negara??

11) Perjanjian usahasama dengan petrosaudi telah buatkan Petrosaudi letakkan dua telaga minyaknya di dalam usaha sama ini. Di manakah terletaknya dua telaga minyak tersebut??

12) Apakah ketua audit negara akan laksanakan kaedah audit forensik??

13) Husni kata arul ada hal penting bincang pasal isu duit 1billion ketika dipanggil oleh PAC. Arul terbang ke mana untuk hadiri mesyuarat tersebut. Bila Arul ke luar negara dan bila arul pulang ke tanahair?? Arul terbang ke negara mana pada waktu tersebut??

14) Husni kata semua anggota kabinet kena 'act as one'.  Dulu waktu tubuh 1mdb tak pernah 'act as one' serta tak pernah maklum pada kabinet pun segala urusannya. Kenapa bila masalah hutang sampai rm42 billion baru nak paksa semua menteri kabinet 'to act as one'?? Amat pelik??!!

15) Kenapa Husni tak hurai secara mendalam 'inherit debt' rm6 billion secara terperinci??

Program wawancara ini sebenarnya gagal untuk menjawab polemik skandal 1mdb.

Saya ingin sarankan kepada Menteri Penerangan Malaysia di masa akan datang untuk jemput pakar ekonomi yang mempunyai minda kritis yang benar-benar bebas dari 'inclination' politik untuk jadi moderator mengendalikan program wawancara isu 1mdb ini.

Ini amat penting agar moderator yang pakar di bidang ekonomi akan dapat mengajukan soalan-soalan tepat mengenai skandal 1mdb agar rakyat akan bertambah yakin dengan penerangan tersebut.

Namun kaedah yang terbaik adalah menjemput Tun Dr Mahathir bersama DS Najib untuk memberi pencerahan mengenai isu 1mdb dan biarkannya dihakimi oleh rakyat jelata untuk melihat siapa yang bercakap benar serta siapakah yang menipu!!!