demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Wednesday 29 July 2015

BAWA USUL UNDI TIDAK PERCAYA PADA NAJIB DI PERSIDANGAN PARLIMEN SERTA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO AKAN DATANG

Semua ahli parlimen yang mempunyai prinsip untuk menentang amalan rasuah serta salahlaku di negara kita harus bawa usul undi tidak percaya terhadap DS Najib pada persidangan akan datang.
Sudah sampai masanya untuk semua ahli parlimen menggalas amanah rakyat yang telah mengundi mereka untuk mengambil satu pendekatan serta tindakan yang paling tegas ke atas DS Najib yang sedang menyusun strategi bagi menutup semua skandal kewangan yang sedang membelenggui kepimpinannya masakini.

Kerajaan DS Najib yang paling kotor yang terpalit dengan pelbagai skandal khususnya penyelewengan dana 1mdb wajib ditentang secara habis-habisan sebelum Perdana Menteri mengambil berbagai tindakan susulan untuk menutup semua salahlaku tersebut. Apa yang penting pada persidangan Umno tahunan 2015 kelak, keseluruhan ahli umno juga harus bangun serta berani bagi membawa usul undi tidak percaya pada Presiden Umno yang paling kotor dalam sejarah politik kita.

Saya berdoa agar rakyat tidak takut dengan sesama manusia khususnya manusia yang cukup kotor seperti DS Najib ! Apakah kita mahu dinaungi pemimpin serta kepimpinan yang zalim lagi tidak amanah ini?

Saya yakin seandainya dato sri najib terus memimpin pun, pada PRU14 kelak BN dan umno pasti kecundang! Tetapi itu akan memakan masa yang agak lama lagi untuk kita tunggu sehingga tahun 2018 dan berbagai kemungkinan akan dapat dilakukan lagi oleh DS Najib bagi menutup semua skandal kewangan yang negara sedang hadapi kini.

Lihatlah bagaimana peguam negara TS Ghani Patail dilucutkan jawatannya untuk mengelak dari menghadapi pertuduhan semua salahlaku PM! Lihatlah PAC pulak dirombak! Jawatan menteri dalam negeri disandang oleh timbalan perdana menteri akan buatkan pihak pdrm akan lebih takut untuk melawan arus!

Kemungkinan juga kontrak gabenor bank negara bakal ditamatkan kelak? Mungkin berlaku rombakan dalam sprm?

Seandainya DS Najib berjaya manipulasikan semua badan-badan berkuasa di dalam 'task force' ini maka hajatnya untuk menutup keseluruhan kes skandal 1mdb serta salahlaku kewangan yang sedang beliau hadapi akan berjaya!

Namun, semua pihak tak harus panik kerana kita bakal menyaksikan kabinet 'half past six' yang terpendek dalam sejarah politik negara yang bakal kecundang di tangan kuasa rakyat sekiranya rakyat jelata mempunyai iltizam tinggi untuk lawan amalan rasuah di negara kita.

Tokoh pemimpin yang amat kotor lagi jijik seperti DS Najib wajib ditolak melalui proses mahupun saluran perlembagaan oleh keseluruhan rakyat demi untuk menyelamatkan masa depan bangsa, agama serta negara yang tercinta ini dari terus rebah ke lembah kehancuran secara total!!

Tuesday 28 July 2015

BARISAN JEMAAH MENTERI 'HALF PAST SIX' BAKAL MENYAKSIKAN KABINET TERPENDEK DALAM SEJARAH POLITIK TANAHAIR KITA

Saya senantiasa berpegang pada kekuasaan Allah swt melepasi kuasa manusia mungkar yang akhirnya kebenaran akan ujud serta diterjemahkan oleh Yang Maha Esa untuk sedarkan keseluruhan ummah.

Yakinilah, barisan jemaah menteri 'half past six' negara yang terdiri dari kalangan badut-badut politik yang sanggup bersekongkol dengan kemungkaran tidak akan diberkati oleh Allah swt!! Barisan ini bakal tumbang ditangan rakyat dalam sedikit masa kerana kuasa sebenar berada di tangan rakyat jelata!!

Kita bakal melihat kemungkinan barisan kabinet yang terpendek dalam sejarah salasilah politik negara Malaysia! Akhirnya, mereka ini tidak akan dapat sokongan dari rakyat yang sedang dahagakan kepada kepimpinan yang bersih, cekap serta amanah.

Kalangan badut-badut politik kaki bodek minda lemah berotak udang yang sanggup berkompromi dengan kemungkaran akan diberi tempat di dalam kabinet tetapi para pejuang yang berprinsip yang menentang pelbagai salahlaku akan dipecat demi untuk menjaga kepentingan kedudukan politik mereka.

Hari ini, keseluruhan rakyat akar umbi amat kecewa dan mentertawakan barisan kabinet baru yang diisi dengan badut-badut politik kaki bodek minda lemah berotak udang yang seterusnya mempamerkan imej kerajaan yang paling teruk di dalam sejarah politik negara kita.

Sudah sampai masanya keseluruhan rakyat harus bersatu hati untuk sama-sama kita tolak kepimpinan masakini melalui proses amalan demokrasi bila masa ketikanya sampai kelak.

Jangan sama sekali kita sokong kerajaan yang mungkar dan zalim untuk memerintah tanahair kita! 

Pemimpin yang korup mesti ditolak secara habis-habisan. Kuasa mengundi berada di tangan rakyat jelata. Hakikinya, rakyatlah yang lebih berkuasa!

Namun, saya ingin ingatkan DS Najib agar jangan terlalu gembira lagi kerana pada realitinya beliau belum selamat lagi. Setiap salahlakunya akan muncul juga akhirnya dengan izin Allah swt.

DS Najib hanya mempunyai kuasa duniawai yang sementara saja tetapi beliau sama sekali tidak akan mampu untuk melepasi kekuasaan Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui!

Tak tahu kenapa naluri saya mengatakan kabinet 'half past six' negara bakal menyaksikan barisan jemaah menteri 'badut' yang paling pendek di dalam salasilah sejarah lanskap politik malaysia!

DS Najib harus berundur atau diundurkan oleh rakyat jelata melalui proses demokrasi secara secepat yang mungkin demi untuk menyelamatkan negara kita dari terus hancur dengan kepimpinan yang dibelenggui oleh pelbagai salahlaku yang bercanggah dengan ajaran agama islam berteraskan kepada al-quran serta as-sunnah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tumbangkanlah kepimpinan korup negara ini secara sebeberapa segera yang termampu untuk menyelamatkan bangsa, agama mahupun tanahair kami yang tercinta ini!! Amin yarabbal al lamin.....

Sunday 26 July 2015

TEORI KONSPIRASI APA KALAU SETIAP HARI BEBERAPA ORANG TELAH DITAHAN OLEH PIHAK BERKUASA BERKAITAN 1MDB?!

Kalangan bangang kaki bodek minda lemah berotak udang hari-hari menulis serta bercakap mengenai teori konspirasi tetapi malangnya hampir setiap hari juga beberapa individu telah ditahan oleh pihak berkuasa berkaitan kes skandal penyelewengan dana 1mdb!!

Jadi saya nak tanya puak kaki bodek minda lemah berotak udang ini, di manakah asasnya teori konspirasi yang direka cipta itu? Kalau setiap hari beberapa individu ditahan untuk siasatan maknanya dakwaan penyelewangan dana dalam skandal 1mdb itu ada asas kebenaran lah!! Kalau tiada asas kenapa mereka itu ditahan untuk disiasat?!

Perdana Menteri sedang bercakap di serata dunia kita akan mencapai taraf negara maju pada tahun 2020 tetapi tindakan Putrajaya kebelakangan ini menampakkan kita bakal mencapai taraf negara mundur ke belakang pada realitinya!!

Saya ingin ingatkan Putrajaya agar jangan mudah ujudkan teori konspirasi nak jatuhkan kerajaan pada ketika rakyat menzahirkan secara terbuka perasaan tidak puashati terhadap pihak pemerintah. Konspirasi apa?! Ini bukan gerakan bawah tanah!!

Kini rakyat sedang lawan kemungkaran tokoh pemimpin mengikut lunas undang-undang dengan membuat laporan pada Pdrm, Sprm, Bank Negara dan juga jawatankuasa kira-kira parlimen (Pac); bukankah ini mengikut amalan demokrasi yang berpegang kepada perlembagaan negara?!

Saya amat tidak faham dengan teori konspirasi yang direkacipta oleh puak-puak bangang itu.

Pemimpin yang baik mesti dipertahankan tetapi pemimpin mungkar mesti ditolak berlandaskan hukum duniawi mahupun hukum agama!!

Setakat ini semua pertuduhan terhadap DS Najib tidak dapat dijawab oleh beliau. Bagi rakyat sekiranya semua tuduhan tidak dapat dinafikan oleh Perdana Menteri mengikut saluran undang-undang, maka secara logiknya segala pertuduhan-pertuduhan ke atas dirinya itu betul belaka lah!! Kenapa Perdana Menteri tak sangkal serta menafikannya mengikut proses undang-undang?

Seandainya Perdana Menteri difitnah, beliau kena buat laporan polis serta ambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang memfitnah beliau. Kenapa DS Najib tak mahu buat?

Saya nak cabar Perdana Menteri, isterinya dan anak tirinya Riza Aziz untuk buat kenyataan sumpah berkanun untuk menafikan semua pertuduhan terhadap mereka seterusnya buat laporan polis dan ambil tindakan undang-undang saman malu kepada semua yang dikatakan memfitnah mereka termasuk diri saya sendiri!!

Tolong buat cepat kerana dalam sekelip masa saja mereka dapat membersihkan imej dari perbuatan fitnah kononnya!!

Selagi mereka tidak berani untuk bertindak sedemikian rupa maka ertinya takut kerana salah lah tu!!

Sekiranya  DS Najib, DS Rosmah dan Riza Aziz tak berani untuk bertindak mengikut saluran undang-undang maka mereka bolehlah mengarahkan semua kalangan kaki bodek minda lemah berotak udang agar berhenti bercakap mengenai teori konspirasi yang tidak mempunyai asas sama sekali!!

Hari ini rakyat amat bijak tetapi yang bangang adalah segelintir dari orang-orang politik kaki bodek minda lemah berotak udang yang cuba untuk menegakkan benang yang basah serta tidak takut pada hukum-hakam agama yang berteraskan kepada al-quran serta as-sunnah.

Puak-puak bangang yang tidak amanah ini lebih pentingkan untuk mempertahankan pangkat, poket serta perut mereka saja daripada melawan kemungkaran bagi menegakkan kebenaran!!

Wednesday 22 July 2015

KONSPIRASI JATUHKAN KERAJAAN TEORI BODOH YANG TIDAK UJUD!! PERJUANGAN MENEGAKKAN KEBENARAN LAWAN KEMUNGKARAN NAJIB TUN RAZAK SAYA AKUI BENAR!!

Siapa itu kalangan bangang kaki bodek minda lemah berotak udang seperti tun Faisal, Lokman Adam, Lee Sian See serta beberapa orang lagi?! Kalangan ini tiada 'stature' dan penulisan-penulisan mereka hanyalah dijadikan sebagai bahan tertawa rakyat jelata semata-mata!!

Hakikatnya, puak ini hanyalah kaki bodek minda lemah yang mempunyai kepentingan sesuatu untuk bertindak sedemikian rupa. Mereka ini bukan orang perjuangan pun!!

Saya orang perjuangan yang tidak mempunyai kepentingan peribadi ataupun berpaksi kepada imbuhan material. Perjuangan saya hanyalah berteraskan kebenaran demi untuk menyelamatkan bangsa, agama mahupun tanahair kita dari terus hancur seterusnya bakal memudaratkan kesejahteraan keseluruhan warganegara Malaysia.

Sepatutnya, saya tak perlu layan kalangan bangang berotak udang macam mereka ini.

Tetapi saya ingin tegaskan bahawa kenyataan-kenyataan bodoh mereka yang berandaian fantasi kononnya ujud teori untuk jatuhkan kerajaan adalah satu persepsi yang tidak ujud sama sekali!!

Namun, saya akui secara terbuka di sini bahawa perjuangan saya untuk menegakkan kebenaran bagi melawan semua kemungkaran serta salahlaku di bawah pentadbiran DS Najib memang ujud secara nyata!!

Setiap wadah perjuangan saya berteraskan keluhuran undang-undang yang selari dengan perlembagaan persekutuan

Sebab itu saya buat beberapa laporan polis keatas DS Najib dan keluarga serta syarikat 1mdb. Saya bukan anjurkan demonstrasi jalanan secara tidak demokratik untuk jatuhkan kerajaan Malaysia. Tidak sama sekali!!

Saya juga telah melaporkan kepada pihak polis apabila Perdana Menteri tipu parlimen pada bulan mac 2015 yang lepas mengenai kononnya duit 1mdb berjumlah usd1.103 billion disimpan di bank BSI Singapura dalam bentuk tunai yang hakikatnya tidak ujud.
Dah lah duit itu tidak ujud, malahan pihak bank BSI Singapura pula kata 1mdb bagi dokumen palsu pada mereka!!

Atas dasar ini saya menasihati semua ahli-ahli parlimen agar membawa usul undi tidak percaya keatas Perdana Menteri yang telah buat satu kesalahan besar dengan menipu Dewan Rakyat.

Saya nak tanya puak-puak bodoh ni, adakah tindakan saya boleh dikaitkan dengan konspirasi untuk jatuhkan kerajaan??!!

Saya pun dah penat buat banyak laporan polis keatas DS Najib. Kini, giliran DS Najib lah pulak buat laporan polis keatas diri saya seandainya selama ini saya memfitnah beliau serta keluarganya ataupun kerajaannya!!

Negara kita ada undang-undang yang cukup mantap serta memberi hak kepada sesiapa saja untuk mengambil tindakan berteraskan kepada 'rule of laws'. Saya dah pun ikut saluran undang-undang dan perlembagaan negara maka kini suruh lah DS Najib pulak ikut kaedah undang-undang untuk bersihkan namanya.

Kenapa puak-puak ini bodoh sangat? Kenapalah kalangan ini bangang sangat? Sebab itu keseluruhan rakyat jelata memaki hamun mereka hampir setiap hari kerana kalangan ini amat gemar mempamerkan sifat dungu mereka secara nenyeluruh dan berterusan!!

Dalam konteks 1mdb, saya ingin sarankan kepada kalangan kaki bodek minda lemah macam tun faisal, lee sian see, lokman adam ataupun mana-mana menteri kabinet Malaysia untuk berdebat dengan saya secara siaran langsung!! Syaratnya mesti secara siaran langsung kerana kita tidak mahu mereka putar-belitkan kenyataan.

Biar lah kita beri peluang kepada keseluruhan rakyat jelata untuk menghakimi siapa yang bercakap benar dan siapakah yang sedang menipu secara berskala besar.

Berani kerana benar....!!

Tuesday 21 July 2015

KONSPIRASI JATUHKAN KERAJAAN PERSEPSI ORANG BODOH

Untuk menyatakan konspirasi sedang wujud untuk jatuhkan kerajaan serta Perdana Menteri adalah pemikiran puak bangang kaki bodek minda lemah berotak udang!!

Segelintir dari kalangan kaki bodek minda lemah dah buntu serta tidak tahu lagi bagaimana nak pertahankan kepimpinan yang terpalit dengan berbagai skandal serta telah mengkhianati aspirasi rakyat jelata yang telah memberi mandat untuk mereka mentadbir negara ini secara teramanah yang mungkin. Malangnya, kepimpinan masakini yang diterajui oleh DS Najib telah gagal untuk pikul amanah di antara manusia dengan Allah swt serta manusia sesama manusia.

Konspirasi tahi minyak apa?! Hampir majoriti daripada rakyat jelata secara terbuka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan masakini. Rakyat marhein seperti saya lawan kemungkaran kepimpinan DS Najib secara terbuka. Jadi teori konspirasi ini ujud dan datangnya dari mana?

Saya hanya lawan kemungkaran serta penyelewangan kewangan yang ujud di tanahair kita demi kepentingan bangsa, agama serta negara yang tercinta ini.

Saya buat beberapa laporan polis mengenai skandal 1mdb dan terhadap Perdana Menteri mahupun keluarganya. Bila saya lapor pada pihak polis bererti saya ikut lunas undang-undang negara. Saya serahkan kepada proses undang-undang untuk menyiasat skandal 1mdb, Perdana Menteri, DS Rosmah, Riza Aziz, Gabenor Bank Negara serta semua ahli lembaga pengarah 1mdb termasuk Arul Kanda Kandasamy.

Konspirasi kepala otak apa bila saya ikut perlembagaan dan keluhuran undang-undang negara?!

Saya juga telah sarankan kepada keseluruhan ahli-ahli parlimen untuk membawa usul undi tidak percaya pada DS Najib bila beliau tipu parlimen pada bulan Mac 2015!!

Sekali lagi saya ikut saluran perlembagaan negara. Konspirasi kepala otak apa konon adanya gerakan untuk nak jatuhkan kerajaan??

Andaikata saya berkempen ke seluruh negara untuk memohon rakyat anjur tunjuk perasaan untuk rampas kuasa tanpa ikut proses undang-undang, barulah teori konspirasi itu ada asasnya!!

Kini, saya sedang lawan kemungkaran kepimpinan DS Najib secara terbuka. Saya patuhi dan hormati 'rule of laws' jadi saya cukup tak faham dengan tohmahan puak kaki bodek minda lemah ini.

Menteri-menteri yang berotak udang tolong jangan pamerkan sifat dungu mereka kepada rakyat secara keterlaluan!!

Dalam isu 1mdb mereka boleh guna pelbagai reka cerita untuk alih pandangan tetapi akhirnya kalangan ini akan gagal untuk menegakkkan benang yang basah.

Isu 1mdb adalah satu skandal kewangan yang terburuk dalam sejarah di negara kita. Sesiapa saja akan gagal untuk alih pandangan rakyat dari kesahihan skandal 1mdb kerana saya perjuangkan kes ini demi untuk menyelamatkan negara kita daripada menghadapi keruntuhan ekonomi yang akhirnya akan membebankan keseluruhan warganegara malaysia!!

Tun Dr Mahathir adalah tokoh negarawan yang hanya meletakkan kepentingan bangsa serta negara di atas segala-galanya. Tun Dr Mahathir tidak pernah menipu rakyat. Tun Dr Mahathir tiada agenda kepentingan peribadi. Beliau hanya mahu lihat negara kita maju dan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera. Sifat patriotisma Tun Dr Mahathir telalu tebal. Beliau berpegang secara utuh pada hukum Allah swt berteraskan al-quran serta as-sunnah. Tun Dr Mahathir tidak akan kompromi dengan kemungkaran yang mengkhianati rakyat ataupun negara!!

Tun Dr Mahathir adalah tokoh negarawan yang boleh berdiri sendiri untuk berjuang. Pengaruh beliau terlalu kuat di peringkat akar umbi.

Politikus kerdil macam saya hanyalah haprak bagi Tun Dr Mahathir. Beliau tidak perlu orang macam saya untuk berkonspirasi. Beliau tak perlu melayan seorang ahli politik yang terlalu kerdil macam saya kerana saya bukan taraf beliau. Ilmu politik saya bagaikan langit dengan bumi jika nak dibandingkan dengan ilmu politik Tun Dr Mahathir yang bertaraf dunia.

Malahan ilmu politik DS Najib pun sebesar zarah saja jika nak dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir. Ilmu politik kita tidak setaraf sama sekali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad!!

Saya nak sarankan kepada DS Najib dengan budak-budak beliau yang bangang agar jangan kurang ajar!! DS Najib mungkin mampu menipu jutaan rakyat buat sementara saja tetapi Perdana Menteri akan gagal menipu Allah swt.

Kalau sifat amanah dah tak ujud lagi di dalam jatidiri serta jasad DS Najib, secara jujur serta ikhlas saya ingin cadangkan agar Perdana Menteri berundur lah secara terhormat!!

Teori konspirasi tidak pernah ujud. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran secara terbuka bukan satu konspirasi. Perjuangan untuk tegakkan kebenaran secara terbuka hanyalah semata-mata wadah perjuangan untuk melawan kemungkaran tokoh pemimpin yang korup. Ianya bukanlah wadah perjuangan untuk tumbangkan kerajaan!!

Takutlah pada Allah swt dan jangan sama sekali takut pada sesama manusia termasuk Perdana Menteri yang tidak amanah!!

Monday 20 July 2015

NAJIB HARUS BERCUTI SEHINGGA SIASATAN SELESAI

DS Najib Tun Razak harus bercuti dari tugasan Perdana Menteri sehinggalah proses siasatan oleh 'task force' ke atas semua tuduhan terhadap 1mdb serta kemasukan dana rm2.6 billion dalam akaun peribadi DS Najib selesai.

Ini sepatutnya dijadikan asas untuk DS Najib memberi ruang siasatan yang bebas, telus, adil serta secara komprehensif tanpa dipengaruhi oleh bayangannya. Tetapi apa yang meragukan kita adakah 'task force' membuat siasatan dan hasil yang diperolehi bakal dilaporkan kepada Perdana Menteri?

Kaedah serta struktur ini tidak tepat sama sekali!!

Ini merupakan satu polemik dan isu yang sangat besar kerana tuduhan telah dilemparkan pada ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai bahan bukti. Bukan saja tuduhan dari dalam negara tetapi juga dari negara-negara luar. Ini amat serius!!

Ahli-ahli parlimen sepatutnya memohon dan mendesak sidang tergempar parlimen bagi menubuhkan satu 'royal commission' bagi membuat siasatan secara terperinci lagi bebas. Peranan 'task force' benar-benar meragukan rakyat jelata. Ketua-ketua dalam 'task force' adalah terdiri dari penjawat awam di bawah Perdana Menteri Malaysia.

Yakinilah isu Justo hanya untuk mengalih pandangan rakyat daripada persoalan pokok iaitu skandal syarikat 1mdb serta kemasukkan duit-duit ke dalam akaun peribadi DS Najib serta DS Rosmah Mansor.

Kes akaun peribadi DS Najib dan DS Rosmah bukan pun hasil maklumat dari Justo. Isu ini pun amat sahih!! DS Najib tak nafikan itu bukan akaun beliau tetapi sekadar menyatakan bahawa beliau tidak guna duit-duit tersebut untuk kepentingan peribadinya. Apa maksud ini??!!

Apakah pihak Polis Di Raja Malaysia dan SPRM sudah memanggil DS Najib dan DS Rosmah untuk menyiasat kes ini? Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM mesti buat kenyataan samada DS Najib dan DS Rosmah telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai punca dari mana datangnya duit-duit ini yang begitu banyak jumlahnya?

Begitu juga dengan TS Zeti Akhtar Aziz selaku Gabenor Bank Negara kena beritahu keseluruhan rakyat samada beliau mengetahui ataupun tidak mengenai akaun-akaun peribadi DS Najib serta DS Rosmah? Takkan TS Zeti tidak tahu kerana jumlah yang dimasukkan dalam akaun mereka bukan satu jumlah yang kecil!!

Kenyataan dan pengesahan dari Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Gabenor Bank Negara amat penting ke arah bersikap telus tanpa memilih bulu bagi memulihkan semula keyakinan rakyat jelata pada badan-badan berkuasa di negara kita.

Apa pun DS Najib harus bercuti sehingga semua siasatan terhadap dirinya selesai dan seandainya didapati tidak bersalah barulah beliau boleh memegang semula jawatan tampuk pemerintahan nombor satu negara ini.

Pada pendapat peribadi saya secara jujur dan ikhlas, insyallah dengan izin dan berkat dari Allah swt beliau bakal tumbang serta hanya masa terdekat bakal menentukannya!! Ameen yarabbal alameen...

Sunday 19 July 2015

SEKAT SARAWAK REPORT LAMBANG KEBODOHAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTI-MEDIA



Apakah asas Menteri Komunikasi dan Multi-media menyekat portal Sarawak Report di negara kita? Yb DS Ahmad Shaberry Cheek nampak sangat kurang cerdik dan takut pada bayang-bayang sendiri!!

Kita tak perlu sekat portal Sarawak Report kerana negara kita tertakluk dengan pelbagai akta komunikasi dan multi-media yang mana kementerian boleh ambil tindakan selaras dengan undang-undang negara sekiranya mana-mana portal melanggari peruntukannya.

Apa yang mengancam keselamatan negara? Sarawak Report sedang mengasut rakyat di negara kita untuk berbalah di antara kaum ke?

Sarawak Report mempertikaikan hak orang-orang Melayu ke?

Sarawak Report mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu ke?

Sarawak Report menyokong pergerakan anasir Isis ke?

Apakah Kementerian Komunikasi dan Multi-media sudah mempunyai bukti sahih yang Sarawak Report menulis berteraskan maklumat palsu dari Justo kononnya? Apakah semua penulisan di dalam artikel Sarawak Report bersumberkan dari maklumat Justo?

Maklumat Justo hanyalah bersangkutan dengan Petrosaudi saja!! 

Skandal 1mdb merentasi isu-isu Petrosaudi yakni membabitkan skandal kewangan dalam bidang hartanah, aset janakuasa, pembelian tanah serta bidang-bidang pelaburan lain juga. Isu petrosaudi adalah sebahagian kecil dari salah-urus dan perbelanjaan dana 1mdb secara tidak telus.

Sarawak Report dan Wall Street Journal tetap pertahankan artikel mereka. Jadi apa tindakan selanjutnya Perdana Menteri kita?!

Kalau Sarawak Report menulis berteraskan fitnah terhadap Perdana Menteri maka DS Najib harus buat laporan polis seterusnya ambil tindakan undang-undang ke atas editor Sarawak Report! Tapi malangnya DS Najib tidak berani membuat sebarang laporan polis dan mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas Sarawak Report!! Kenapa ?? Pelik ...

Sepatutnya saman malu terus bukannya menghantar surat peguam hanya untuk meminta penjelasan!! Ini amat lucu!!

Siasatan pun belum dijalankan ke atas Sarawak Report secara komprehensif oleh pihak berkuasa Thailand ataupun Malaysia, malangnya portal ini telahpun disekat.

Situasi dan keputusan ini amat memalukan negara! Malaysia akan ditertawa oleh dunia luar dengan menyekat laporan Sarawak Report.

Perdana Menteri berapi-api kata kita sedang menuju ke arah negara maju tetapi tindakan DS Ahmad Shaberry Cheek adalah disebaliknya!!

Beliau ketika dalam parti 'semangat 46' bercakap tentang prinsip perjuangan secara berapi-api tetapi bila menjawat jawatan menteri nampak sangat beliau amat tidak bijak serta tidak bernas di dalam membuat keputusan.

Kemungkinannya, beliau pun salah seorang kaki bodek minda lemah berotak udang yang sanggup mengambil tindakan keatas seseorang atau pertubuhan yang belum diputuskan bersalah. Inilah kualiti menteri 'half past six' Malaysia !!

KITA TANYA LAIN 1MDB JAWAB LAIN

Saya tak faham dengan sikap 1mdb yang senantiasa cuba elak jawab persoalan pokok yang dipertikaikan oleh rakyat di negara kita.

Rakyat tanya mana perginya semua wang pelaburan 1mdb di kepulauan Cayman melebihi jumlah rm7 billion?! Di mana wang tersebut berada pada masa kini?!

Apa jadi dengan sejumlah wang 1mdb sepertimana kata DS Najib disimpan dalam bentuk tunai berjumlah usd1.103 billion di bank BSI Singapura?!

Selepas DS Najib tipu parlimen pada bulan Mac 2015 melalui jawapan bertulisnya dan akhirnya dipinda kononnya simpanan tersebut di dalam bentuk unit pulak, rakyat nak tahu unit apa?! Zahirkan lah kepada umum apa yang dimaksudkan dengan unit yang disimpan dalam bank BSI Singapura tersebut? Di dalam akaun syarikat Brazen Sky ni ada aset apa? Kita nak tahu!! Huraikanlah!!

1mdb telah umumkan secara terbuka bahawa wang pelaburan pada Petrosaudi sejumlah rm2.5 billion telah ditukarkan kepada pinjaman Islamik murabaha apabila perjanjian syarikat 1mdb dengan petrosaudi ditamatkan.

Persoalannya, pada pendapat peribadi saya Gabenor Bank Negara iaitu TS Zeti Akhtar Aziz sepatutnya dakwa 1mdb di bawah akta 'money laundering' atau pengubahan wang haram!!

Syarikat 1mdb bukan sebuah institusi kewangan yang mempunyai lesen perbankan Islam. Macamana 1mdb boleh beri pinjaman murabaha kepada Petrosaudi? Modal berbayar syarikat 1mdb hanyalah rm1juta, ini bermakna mereka tidak layak pun untuk memohon lesen perbankan Islam!!

Jadi keseluruhan rakyat di negara kita tanya apa kelayakan untuk 1mdb beri pinjaman murabaha tersebut pada Petrosaudi?!

Saya pun pernah tanya Gabenor Bank Negara mengenai begitu banyak wang negara yang dilaburkan oleh syarikat 1mdb di luar negara, adakah mereka memaklumkan kepada Bank Negara duit-duit tersebut masuk keluar dari negara kita? Apakah Bank Negara mempunyai rekod aliran keluar-masuk wang 1mdb ini?!

Kenapa selama ini Bank Negara hanya bersikap membisu tanpa sebarang ulasan langsung mengenai polemik skandal syarikat 1mdb ini?

Begitu juga saya tanya lembaga pengarah 1mdb syarikat mana yang buat 'valuation report' ke atas pembelian sebidang tanah di Ayer Itam, Pulau Pinang untuk tujuan pembinaan rumah kos sederhana serta kos murah? Berapa nilai sebenar harga tanah tersebut?!

Sejumlah hampir rm1.3 billion telah dibayar bagi pembelian tanah tersebut oleh 1mdb. Kenapa bayar pada kadar yang terlalu tinggi?!

Begitu juga dengan pembelian aset-aset janakuasa yang hampir tamat kontrak 'power purchase agreement' dengan Tenaga Nasional (TNB) itu yang telah dibayar pada harga yang amat tinggi. Keputusan ini amat meragukan!!

Bagaimana 1mdb dapat tanah TRX pada kadar yang murah dari kerajaan Malaysia telah diberikan hak 60% ekuiti dikuasai oleh syarikat luar dari Australia iaitu Lend Lease Ltd?! Ini tanah kerajaan tetapi kenapa bagi hak pada orang asing untuk menguasai pegangan ekuiti secara majoriti?!

Dulu kata Jho Low tiada kaitan dengan 1mdb tetapi ada 'judgement' dari mahkamah di London mengaitkan jho low mewakili 1mdb secara rasmi dengan bida pembelian sebuah hotel di sana!!

Timbalan Menteri Kewangan, Dato Ahmad Maslan tipu Parlimen kata Kementerian Kewangan tak pernah keluarkan surat jaminan untuk pinjaman 1mdb dan akhirnya terbukti di sebaliknya dan beliau kena minta maaf di dewan rakyat!!

Maklumat-maklumat ini tiada kaitan serta bukan diberikan oleh Justo pun!!

Banyak lagi persoalan skandal syarikat 1mdb yang boleh saya huraikan tetapi terlalu panjang berjela-jela. Pokoknya, maklumat persoalan-persoalan ini tiada kaitan langsung pun dengan maklumat  Justo! Hakikatnya, Justo tidak ada kena mengena pun dengan polemik skandal syarikat 1mdb di negara kita.

Tetapi kes Justo ini bakal memberi satu platform untuk berbagai-bagai lagi pendedahan skandal 1mdb dapat dimaklumkan ke seluruh dunia!! Sama-samalah kita nantikan.

Kini, Arul Kanda Kandasamy banyak bercakap tentang pelan rasionalisasi 1mdb untuk kurangkan hutang syarikat tersebut. Arul kanda tak faham persoalan sebenar yang rakyat nak tahu.

Kalaupun 1mdb jual semua aset-asetnya dan berjaya bayar hutang syarikat mereka di bawah pelan rasionalisasi ini tetapi persoalannya mana pergi duit-duit 1mdb yang dilaburkan sebelum ini??!!

Duit-duit syarikat 1mdb sebelum ini - apa dah jadi dan di mana hilangnya!!!!

Friday 17 July 2015

APA KENA MENGENA DENGAN JUSTO DALAM PELBAGAI ISU SENSITIF DI NEGARA KITA??!!

Kalangan yang membesarkan kes Justo di Thailand adalah terdiri daripada golongan minda lemah!! Kes 1mdb tiada kaitan dengan Justo dan Perdana Menteri harus menjawab banyak persoalan yang belum terjawab.

Suatu masa dahulu YB Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan) kata Kementerian Kewangan tidak pernah keluarkan surat 'jaminan' untuk 1mdb meminjam wang tetapi akhirnya beliau didapati membohongi parlimen serta dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin parlimen untuk memohon maaf.

Apakah isu YB Datuk Ahmad Maslan ini ada kena mengena dengan Justo? Tiada kaitan pun dengan Justo!

DS Najib kata Jho Low tiada kaitan dan tak pernah terlibat dengan syarikat 1mdb tetapi akhirnya mahkamah London mengaitkan Jho Low mewakili 1mdb membida untuk beli sebuah hotel di London.
Apa kena mengena isu ini dengan maklumat Justo?

Perdana Menteri membohongi parlimen kata sebahagian duit yang ditebus dari kepulauan Cayman sejumlah usd1.103 billion disimpan di bank BSI Singapura akhirnya didapati tidak benar serta 1mdb beri dokumen palsu. Monetary Authority Singapore dah pun siasat.

Ini pun ada kaitan ke dengan matlumat palsu Justo? Tidak ada kena mengena pun!!

Duit usd700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib, apakah ini juga dengan matlumat palsu Justo? Isu ini tidak ada kaitan langsung dengan matlumat justo!!

Sejumlah wang tunai rm2 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Rosmah, apakah ini ada kaitan dengan Justo?

Justo kah yang bagi matlumat ini? Tak ada kena mengena pun!!

Banyak lagi isu-isu yang DS Najib harus jawab secara jujur, ikhlas, telus dan secara mudah difahami rakyat mengenai berbagai perkara yang rakyat nak tahu. Apa susah sangat dengan S Najib untuk memberi jawapan secara mudah bagi memberi pencerahan kepada keseluruhan masyarakat di negara kita??!!

Tolonglah jangan jadikan isu Justo untuk mengalih pandangan rakyat. Kini mentaliti rakyat lebih bijak daripada pemikiran segelintir menteri-menteri kabinet kita.

Isu Justo yang sedang diperbesarkan itu hanya menjadi bahan tertawa rakyat saja. Sesungguhnya, rakyat tidak bodoh dan Putrajaya akan gagal untuk terus memperbodohkan keseluruhan warganegara malaysia!

Isu Justo akan gagal untuk mengalih pandangan rakyat Malaysia terhadap persoalan pokok skandal syarikat 1mdb. Banyak isu-isu sensitif yang sedang melanda negara kita masakini tidak ada kena mengena langsung dengan Justo!!

Thursday 16 July 2015

Rahman Dahlan Pun Nak Join The Bodek Club !!

Cukup-cukup lah YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, janganlah nak jadi kaki bodek minda lemah juga !!

Ini kah kualiti seorang tokoh pemimpin bertaraf Menteri kanan di dalam kabinet Malaysia? Mereka cuba nak pertahankan kemungkaran yang mustahil untuk dipertahankan pada hakikatnya? Belajar lah takut sama pada hukum-hakam agama.

Janganlah hanya tahu nak membodek demi untuk mempertahankan pangkat, perut serta poket saja. Prinsip 3P ini amat tidak bermaruah serta harus dihindarkan daripada menular dalam jatidiri kita.

Saya amat tak faham dengan sikap Datuk Rahman Dahlan ni. Kalau kata Sarawak Report memalsukan dokumen dan menulis atas dasar fakta yang tipu serta tidak tepat, maka beliau sepatutnya pergi ke balai polis terdekat untuk buat laporan polis. Senang serta mudah cerita!!

Selepas buat laporan polis terus ambil tindakan undang-undang secara tegas. Tapi janganlah jadi macam DS Najib pulak! Tak berani hantar surat saman tapi hanya hantar surat untuk minta penjelasan saja.

Penjelasan apa lagi sekiranya orang sudah memalukan dan mengaibkan maruah diri ke seluruh dunia? Sepatutnya hantarlah surat peguam untuk meminta pihak defendan mohon maaf dan tarik balik kenyataan dalam masa 14 hari. Gagal berbuat demikian terus ambil tindakan undang-undang.

Bukan hantar surat peguam untuk minta penjelasan demi penjelasan tanpa sebarang tindakan undang-undang. Itu benak namanya!!

Yb Rahman Dahlan tak perlu cuba untuk alih pandangan rakyat kerana rakyat amat bijak pada hari ini. Rakyat marhein lebih bijak dari mentaliti beliau yang hanya pandai bodek, bijak mengeluarkan kenyataan tetapi tak berani bertindak.

Berita dari puak pro DS Najib mengulangi ungkapan kononnya Sarawak Report memalsukan dokumen ribuan kali dah tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang tindakan pun!!

Namun kini, rakyat sudah jelek dengan kenyataan-kenyataan yang tidak ilmiah dari putrajaya. Mereka hanyalah retorikal saja/
Kemelut krisis keyakinan yang paling teruk melanda negara kita kini adalah disebabkan oleh sikap Perdana Menteri Malaysia yang tak tahu nak beri jawapan secara lurus, telus, tepat, jujur, iklhas serta secara mudah.

Bila rakyat tanya Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan 1, mana perginya duit-duit yang bernilai berbillion ringgit yang dilaburkan di kepulauan Cayman berada pada masa ini? Jawablah secara mudah dan tepat!! Bila rakyat tanya lagi mengenai akaun peribadi yang dimasukkan sejumlah wang bernilai lebih kurang rm2.5 billion maka DS Najib mesti jawab 'ya' ataupun 'tidak' itu akaun-akaun miliknya!!

Bukan bagi jawapan contohnya saya tak pernah guna wang tersebut untuk kepentingan peribadi. Yang kita tanya akaun itu milik peribadi DS Najib kah?? Bukan kita menyoal samada beliau telah guna ataupun tidak dana tersebut bagi kegunaan peribadi.
Inilah masalah dengan DS Najib yang gemar respon pada soalan-soalan secara tidak relevan.

Sebab itulah rakyat marah dan kecewa dengan sikap pemimpin Umno serta BN pada hari ini. Lain yang ditanya dan lain pulak yang dijawab!!

Tuesday 14 July 2015

HUSNI HANADZLAH JANGAN TIPU RAKYAT



Terlalu awal bagi Menteri Kewangan 2 untuk menyatakan bahawa laporan awal Ketua Audit Negara telah mengesahkan tiada sebarang salahlaku ataupun unsur penyelewengan dalam syarikat 1mdb yang dibebani dengan sejumlah hutang masakini berjumlah rm42 billion.

Saya nampak YB Husni mempunyai motif untuk mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran seolah-olah syarikat 1mdb mempunyai 'clean bill of health'.

Berani tak YB Husni untuk mempamerkan butiran penuh laporan awal Ketua Audit Negara kepada keseluruhan rakyat? Biar rakyat baca seterusnya buat penilaian serta pentafsiran samada wujud atau tidak elemen salahlaku dalam pentadbiran syarikat 1mdb?!

YB Husni  jangan hanya petik perenggan tertentu saja untuk dizahirkan kepada rakyat. Pada hemat peribadi saya laporan awal Ketua Audit Negara tidak melaporkan bahawa pentadbiran syarikat 1mdb diurus-tadbir secara sempurna tanpa sebarang bentuk kepincangan yang meragukan langsung!!

Oleh yang demikian saya ingin memberi peringatan kepada YB Menteri Kewangan 2 untuk sabar tunggu laporan penuh PAC kelak serta siasatan penuh 'task force' ke atas skandal 1mdb. Terlalu awal untuk YB Husni membuat kenyataan rambang yang mengelirukan rakyat seolah-olah syarikat 1mdb telahpun bersih dari segala pertuduhan yang tidak berasas kononnya.

Inilah masalah sekiranya kita berkompromi dengan salahlaku dan penyelewangan seterusnya cuba menegakkan benang yang basah akhirnya menampakkan keterampilan yang amat bodoh!!

Sesuatu perbuatan yang salah dari segi hukum duniawi dan hukum Allah swt sukar untuk dipertahankan. Sesiapa yang cuba untuk mempertahankan kemungkaran sudah pasti akan kelihatan bodoh serta bangang kerana rakyat pada alaf ini cukup bijak serta berilmu pengetahuan kerana sumber maklumat dari pelbagai medium komunikasi yang boleh dimuat-turun hanya melalui talipon bimbit sahaja.

YB Menteri Kewangan 2 tolonglah pamerkan sedikit kebijaksanaan di dalam membuat kenyataan kepada rakyat walaupun beliau kurang bijaksana. Kenyataan YB hanya jadi bahan tertawa rakyat jelata semata-mata!!

Monday 13 July 2015

TAN SRI KHALID ABU BAKAR - Tolong Beri Pencerahan Mengenai Kebocoran Maklumat

Sekiranya ada unsur salahlaku, penyelewengan dan rasuah secara berleluasa, apakah salah di sisi undang-undang seandainya seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab membocorkan dokumen sebagai bahan bukti bagi memerangi pelbagai perbuatan jenayah yang juga boleh mengancam kesejahteraan negara?

Ataupun boleh meruntuhkan ekonomi negara?

Kita amat memerlukan pencerahan dan penjelasan dari Ketua Polis Negara.

Saya rasa kenyataan TS Khalid selaku Ketua Polis Negara akan membuatkan semua rakyat menjadi takut untuk membongkarkan apa saja bentuk salahlaku di masa akan datang apabila pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih menitikberatkan siasatan ke atas orang atau individu yang memberi matlumat dari bertindak menyiasat sesuatu unsur jenayah itu sendiri!

Kalau maklumat salahlaku jenayah tidak boleh dibocorkan untuk dijadikan sebagai bahan bukti, di masa akan datang macamana pihak PDRM nak dapatkan butiran bukti keatas semua siasatan mereka?

Kadangkala individu yang membocorkan matlumat bagi membuktikan kesalahan jenayah telah mengambil pelbagai risiko serta telah membuat satu pengorbanan mendedahkan dirinya kepada berbagai elemen merbahaya yang kemungkinan akan menimpa dirinya!

Sudahlah mengambil risiko itu tetapi akhirnya individu yang menyampaikan matlumat pun turut kena hukuman! Kalau begini macamana seseorang yang berfikiran waras akan bertindak untuk bekerjasama dengan PDRM kerana golongan ini sudah pasti akan takut menghadapi tindakan undang-undang dari pihak berkuasa pulak.

Kalau begini macamana kita nak melawan semua kemungkaran jenayah?

Boleh kah TS Khalid memberi sedikit pencerahan mengenai peruntukan undang-undang untuk melindungi semua pelapor yang berniat murni bagi melawan seterusnya membanteras unsur-unsur kesalahan jenayah yang amat merugikan kepada bangsa, negara serta tanahair? Kita amat gusar nanti niat murni akan bertukar menjadi malapetaka kepada para pelapor yang mempunyai bahan bukti secara hitam putih!!

Apakah PDRM mempunyai sebarang peruntukan undang-undang untuk melindungi para pelapor yang mempunyai bahan bukti dalam bentuk dokumen bagi menyelamatkan negara daripada musibah amalan rasuah di masa akan datang?

Bagaimana pula dengan pengamal undang-undang atau pihak berkuasa yang mempunyai bukti tapi tak mahu bertindak selaras dengan perlembagaan negara apabila sesuatu kes itu dilaporkan?

Adakah rakyat mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak berkuasa yang tidak amanah ini??!!


DOKUMEN RAHSIA BOCOR : POLIS TIDAK TOLAK KEMUNGKINAN KONSPIRASI JATUHKAN PM

Kuala Lumpur, 13 Julai - Polis tidak menolak kemungkinan konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan perdana menteri, berikutan perbuatan jenayah membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perbuatan jenayah ini sangat serius dan meningkatkan implikasi terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata, peguam negara telah mengarahkan siasatan penuh dijalankan terhadap kebocoran dokumen rahsia itu, bahan yang dikatakan daripada siasatan kerajaan Malaysia yang tidak bernama, ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Selain itu, Polis Diraja Malaysia juga menerima laporan polis yang berkaitan dengan hal ini. Justeru, kami berkewajipan menjalankan siasatan penuh dan bebas," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata ini termasuk menyiasat kesemua anggota Pasukan Tindakan Khas, merangkumi kakitangan Bank Negara, bagi menegakkan integriti siasatan dan kepercayaan dalam sistem kewangan Malaysia," katanya.

"Kebocoran maklumat, sama ada maklumat itu dipalsukan atau sebaliknya, boleh menyebabkan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Seksyen 133, 248, 249 dan 250), Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Seksyen 145), Akta Rahsia Rasmi 1972 (Seksyen 3, 4, 7A, 7B, 8, 11 dan 14), Kanun Keseksaan melibatkan seksyen di bawah Bab XL untuk keterangan palsu dan direka-reka serta jenayah fitnah pada Seksyen 499 hingga 502.

Khalid berkata tujuan siasatan polis itu adalah untuk mengenal pasti mereka yang membocorkan bahan itu, dan menentukan sama ada dokumen itu asli atau dipalsukan, seperti dalam kes Xavier Justo, bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) yang disiasat pihak berkuasa Thailand mengenai dakwaan peras ugut dan pemerasan.

Polis Thai dilaporkan menahan Justo pada 24 Jun lepas kerana didakwa cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi, yang telah menarik perhatian Malaysia kerana dikaitkan dengan 1MDB.

- BERNAMA

Sunday 12 July 2015

InsyaAllah ...... NAJIB AKAN TUMBANG !

Saya secara peribadi amat kurang yakin dengan keikhlasan serta kredibiliti 'task force' dalam siasatan kes skandal 1mdb namun begitu yakin dengan kuasa Allah swt akan mengatasi segalanya. Ini pendapat peribadi saya.

Setiap manusia mampu membohongi sesama manusia tetapi mana-mana manusia tidak akan mampu membohongi Allah swt Yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil.

Dalam apa jua keadaan saya begitu yakin bahawa DS Najib Tun Razak bakal tumbang dari kerusi nombor satu negara dalam sedikit masa lagi kerana beliau telah gagal memikul tanggungjawab secara amanah kepada bangsa, agama serta tanahair.

Polemik politik tanahair masakini menjadi kemelut kerana setakat ini DS Najib tak mahu dan gagal menjawab semua persoalan secara jujur mahupun ikhlas. Saya tak faham kenapa DS Najib tak mahu jawab semua persoalan yang ditimbulkan secara kaedah mudah.
Kalau rakyat tanya mana pergi duit-duit 1mdb jawab saja ianya sedang berada di mana. Bekalkan kenyataan dengan bukti hitam putih. Cukup senang dan mudah !

Kalau Wall Street Journal dan Sarawak Report tuduh sejumlah wang 1mdb yang berjumlah USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, DS Najib tanpa berlengah harus pergi ke balai polis terdekat untuk buat laporan polis terhadap pihak yang kononnya memfitnah beliau. Fitnah ini pula disebarkan ke seluruh dunia yang amat memalukan beliau serta imej negara. Malangnya, DS Najib enggan lapor polis serta tidak ambil tindakan saman malu secara secepat yang mungkin.....  Kenapa?? 

Surat dari pihak peguam DS Najib yang dihantar ke Wall Street Journal pula hanyalah seutus surat 'bodoh' yang cukup melucukan.

Bukan surat saman tetapi surat untuk meminta penjelasan dari Wall  Street Journal saja. Saya tak tahu samada peguam 'benak' atau DS Najib pun tak faham bahasa.

Rakyat Malaysia mahu Pahlawan Bugis kesayangan mereka bangkit mempertahankan maruah dirinya sendiri dan maruah negara yang tercabar melalui satu notis saman bernilai billion2 USD !!

Secara jujur dan ikhlas, saya sebagai rakyat marhein ingin menasihati DS Najib agar sekurang-kurangnya bercuti untuk izinkan satu siasatan yang komprehensif oleh pihak 'task force' dapat dijalankan secara telus, adil lagi saksama.

Budaya manusia kaki bodek minda lemah ni selagi bos berada di kerusi nombor satu negara, kita takut kalangan ini merasai serba salah untuk menyiasat secara telus dan seterusnya melaporkan berteraskan kebenaran hakikat.

Sebelum saya bernekad untuk lawan kemungkaran rasuah skandal 1mdb ini, saya sudah dapat bayangkan beberapa malapetaka bakal menimpa diri. Saya juga mempunyai sedikit pengalaman lawan kemungkaran DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998 bila menerbitkan buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' di saat Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mempercayainya pada waktu itu.

Jadi saya sudah 'mangli' dan faham sangat implikasi politik yang bakal menimpa diri saya bila kita lawan arus atas dasar kebenaran. 

Kini pula saya lawan kemungkaran kepimpinan Perdana Menteri, maka lagi teruk implikasi dari aspek politik serta ekonomi yang bakal membelenggui diri saya.

Bersyukur kehadrat Allah swt yang bekalkan prinsip berani kerana benar kepada saya secara utuh. Saya hanya yakin dan berpegang pada aqidah Allah swt demi untuk selamatkan negara dan rakyat di tanahair kita. Saya juga tidak mempunyai sebarang kepentingan sebab itu selepas terbukti DS Anwar Ibrahim bersalah pada tahun 1998 nasib diri saya sama saja berusaha siang malam untuk teruskan perjuangan hidup.

Kalau saya disuruh oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada waktu itu dan menjadi budak suruhan beliau sudah pastilah kini saya mungkin dah jadi menteri kabinet!!

Moral di sini, saya tiada kepentingan peribadi cuma saya pikul tanggungjawab perjuangan ini sebagai satu fardhu kifayah untuk menyelamatkan negara kita dari runtuh bankrap sekiranya rasuah tidak dilawan secara habis-habisan. Rasuah perosak bangsa, agama dan negara!!

Kita tidak boleh biarkan lagi pemimpin memperbodohkan serta mengkhianti aspirasi rakyat yang mengundi mereka untuk memerintah negara kita.

Yakinilah pada Allah swt seterusnya keempat-empat anggota 'task force' yang terdiri dari Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Gabenor Bank Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM mesti berpegang pada amanah Allah swt berteraskan ajaran Al-Quran serta As-Sunnah di dalam melaksanakan tanggungjawab secara amanah.

JANGAN TAKUT SESAMA MANUSIA, TAKUTLAH HANYA PADA ALLAH SWT!!

Friday 10 July 2015

NAJIB DAN ROSMAH HARUS BUAT LAPORAN POLIS UNTUK BERSIHKAN NAMA

Saya ingin sarankan kepada DS Najib Tun Razak dan DS Rosmah Mansor untuk buat laporan polis bagi membersihkan nama mereka terhadap tuduhan dana dimasukkan ke dalam akaun-akaun peribadi mereka.

DS Najib dan DS Rosmah kena buat laporan polis secepat yang mungkin untuk meyakinkan keseluruhan rakyat di negara kita bahawa mereka berani kerana benar. Tolong jangan lengahkan lagi kerana pelbagai lapisan rakyat sedang buat berbagai andaian mengenai kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut.

Setakat menafikan itu tidak benar dan fitnah kurang meyakinkan rakyat. Rakyat tidak boleh terima sebarang penafian secara umum tanpa mereka bertindak membuat laporan polis bagi mengsahihkan penafian tersebut.

Kalau kita lihat surat guaman yang dihantar oleh DS Najib kepada Wall Street Journal; itu merupakan surat guaman yang paling bodoh dan lucu!! Apa lagi yang nak minta penjelasan?!

Takkan DS Najib dan peguamnya tak faham bahasa?! Nak mohon penjelasan apa lagi kerana tuduhan WSJ terhadap DS Najib amat 'direct' dan pelajar sekolah pun boleh memahami isi kandungan artikel WSJ itu. Bagi notis saman malu sajalah!!

Adakah DS Najib dan peguam hantar surat yang berisi kandungan bodoh itu kepada WSJ semata-mata untuk mengelabui mata rakyat bagi menunjukkan mereka sudah berani bagi saman pihak akhbar bertaraf dunia itu?

Walhal itu bukan surat saman tapi sekadar memohon penjelasan lagi dari WSJ.

Sudah sampai masanya DS Najib dan DS Rosmah kena ambil pendekatan berani untuk tampil buat laporan polis secara tegas.
Berani kerana benar dan takut kerana salah. Kalau tak bersalah DS Najib serta DS Rosmah tak perlu berdolak-dalik lagi!!

Lapor kepada pihak polis dan terus saman malu!!

Thursday 9 July 2015

Tutup Facebook ? Bawa Malaysia MAJU Bukan Mundur !


Sekiranya Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) mengambil pendekatan untuk menutup facebook bagi menyekat penyebaran kebocoran matlumat atau atas dasar apa sekali pun ianya bakal mengundang pelbagai implikasi negatif terhadap imej kerajaan mahupun negara di kacamata dunia luar.

Siasatan mengenai 1mdb pun belum selesai, Putrajaya dah membuat kenyataan seolah-olah semua isu-isu yang dibangkitkan adalah palsu belaka. Ini kenyataan prapenghakiman!!

Macamana dan mengapa MCMC takut sangat dengan 'facebookers' yang kononnya menyebar matlumat-matlumat palsu mengenai siasatan skandal kewangan 1mdb? Kenapa Putrajaya takut sangat dengan persoalan rakyat mengenai skandal kewangan 1mdb?!

Apa bukti MCMC ada untuk menyatakan bahawa matlumat-matlumat mengenai 1mdb itu semuanya palsu? MCMC dah tahu ke hasil siasatan mengenai 1mdb oleh pihak berkuasa negara kita?!

Apa yang sepatutnya MCMC buat ialah sesiapa saja yang menyebar matlumat palsu tanpa bukti yang kukuh memang patut diambil tindakan. Itu kita tak pernah pertikaikan tetapi kalau sebaran matlumat itu tepat serta mempunyai asas yang kukuh, adakah kalangan facebookers ini pun harus dihukum?

Kenapa DS Ahmad Shaberry Cheek ( Menteri Komunikasi dan Multi media Malaysia ) berfikiran begitu kolot ? Saya nak nasihati beliau agar jangan takut pada bayang-bayang sendiri!!

Kita mempunyai pelbagai undang-undang serta berbagai akta komunikasi dan multi media untuk menyekat, membendung maupun mengambil tindakan undang-undang terhadap siapa saja yang melanggari undang-undang siber.

Jadi tak perlulah takut pada bayang-bayang sendiri dan janganlah marah nyamuk kelambu pulak nak dibakar!!

DS Ahmad Shaberry Cheek ni dulu adalah budak dan ahli parti Semangat 46. Ketika beliau dalam parti Semangat 46 cakap berapi-api mengenai prinsip perjuangan. Tetapi apa yang menyedihkan ialah bila menjawat jawatan menteri,beliau dah cakap lain serta buat lain.

Inilah masalah dengan manusia yang berprinsip tipis. Kalangan ini mudah berubah bila mereka menjawat jawatan tinggi. Pemimpin-pemimpin yang begini mesti ditolak dan tak harus diberi undi di masa akan datang.

Putrajaya nampak sangat seolah-olah takut pada bayangan sendiri. Pelik betul. Namun geli hati pun ada.

Rakyat tidak bodoh dan jangan cuba nak menyekat hak rakyat dalam kemajuan era siber di tanahair kita.

Perdana Menteri dok bercakap mengenai mencapai status negara maju tetapi dasar Putrajaya kini sedang undur ke belakang. Janganlah cakap tak serupa bikin!!

Putrajaya kena bersikap telus terhadap rakyat jelata sekiranya mahu mengekalkan kuasa pemerintahan mereka. Kalau Putrajaya terus menekan rakyat yakinilah pada PRU 14 kelak Umno dan BN bakal hilang kuasa mereka buat selama-lamanya!!

Monday 6 July 2015

KHAIRY JAMALUDDIN DAN DATO SERI NAZRI AZIZ KURANG CERDIK SERTA TIDAK MATANG



Khairy Jamaluddin kata DS Najib tak perlu bercuti sehingga siasatan pihak berkuasa selesai kerana kononnya Perdana Menteri belum didapati bersalah. Hakikatnya, kenyataan beliau itu sebenarnya kurang cerdik serta kurang matang!!

Kita tidak nafikan bahawa DS Najib belum didapati bersalah lagi tetapi dalam isu pendedahan oleh Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report (SR), Perdana Menteri masih enggan membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman malu terhadap kedua-dua pihak itu sehingga kini. KENAPA??!! MENGAPA??!!

Untuk pengetahuan Khairy Jamaluddin, keengganan DS Najib menyaman WSJ dan SR yang telah menuduh Perdana Menteri secara terbuka di mana telah mengaibkan reputasi peribadi beliau serta mencalarkan imej negara di kacamata dunia luar adalah satu pengakuan bersalah secara tidak langsung. Berita ini pulak telah tersebar secara meluas ke seluruh dunia!! Kenapa Perdana Menteri masih takut untuk saman malu WSJ ataupun SR??!! Pendirian Perdana Menteri amat menghairankan semua pihak.

Semua rakyat di negara kita kini sudah buat satu rumusan mudah  bahawa DS Najib takut kerana tohmahan ini benar-benar berlaku!! Persepsinya, sebab itu sehingga kini DS Najib tidak mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ dan SR.

Perdana Menteri tidak boleh biarkan isu ini terus berada di dalam kegelapan. Rakyat perlukan pencerahan segera.

Oleh itu adalah wajar untuk DS Najib mengambil cuti dan biarkan pihak berkuasa membuat siasatan secara komprehensif, telus, adil serta tanpa dibelenggui ataupun dipengaruhi oleh sebarang kuasa suspek selaku Perdana Menteri.

Seandainya DS Najib bercuti dan akhirnya bila pihak berkuasa membuat rumusan keputusan siasatan barulah keseluruhan rakyat akan yakin secara sepenuhnya terhadap laporan siasatan itu. Ini adalah kerana siasatan dijalankan ketika Perdana Menteri sedang bercuti dengan katalain, tanpa sebarang gangguan atau pengaruh dari suspek.

Saya juga tidak faham dengan pendirian DS Nazri Aziz yang turut menasihati Perdana Menteri agar jangan ambil sebarang tindakan untuk saman WSJ!! Khidmat nasihat yang cukup bangang ini bakal membuatkan rakyat jelata lagi hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri yang telah dituduh secara terbuka di pentas antarabangsa.

Nampak sangat para penasihat DS Najib agak kurang cerdik dan tidak matang. Kalangan kaki bodek minda lemah sebeginilah yang merosakkan reputasi Umno dan BN!!

Kes skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah di negara kita ini sukar ditutup lagi kerana pendedahannya oleh media tempatan mahupun asing terlalu luas melangkaui sempadan antarabangsa.

Sebab itu Perdana Menteri mesti tunjuk kepada dunia luar juga bahawa beliau berani saman WSJ dan SR atas dasar prinsip kebenaran!!

Kita mesti ada prinsip dalam wadah perjuangan untuk menegakkan kebenaran. Berani kerana benar dan takut kerana salah!!

DS Najib kena berani untuk biarkan dirinya disiasat sepenuhnya secara bebas oleh pihak berkuasa agar namanya dapat dibersihkan bagi memulihkan semula imej Umno dan BN ke tahap yang maksimum untuk menjaminkan pada PRU 14 kelak kita masih boleh berpaut pada kuasa yang ada untuk meneruskan agenda pembangunan ummah serta negara Malaysia yang tercinta ini.

Buktikanlah kepada seluruh antero dunia bahawa DS Najib memang pahlawan bugis yang tulen bukan pahlawan bugis yang bacul!!

Sunday 5 July 2015

JANGAN KOMPROMI DENGAN KALANGAN KAKI BODEK MINDA LEMAH BEROTAK UDANG



Amat geli hati saya bila melihat serta membaca penulisan dari kalangan bloggers kaki bodek minda lemah berotak udang yang viralkan gambar saya bersama editor Sarawak Report semalam.

Mereka ini adalah golongan 'desperado' yang telah membuat pelbagai andaian bodoh yang amat melucukan untuk menunjukkan imej jahat pada sesiapa saja yang tidak sokong pada amalan mungkar.

Tak perlulah nak menulis untuk mencari salah orang lain atau cuba mengalih isu secara dibayar dengan pampasan kewangan. Mana-mana pihak yang mengamalkan perbuatan bersekongkol dengan kemungkaran bererti hasil punca pendapatan mereka juga adalah dari sumber yang haram.

Penulisan mereka yang berpaksi pada persepsi negatif mengenai gambar saya dengan Clare Brown adalah salah sama sekali.

Pertamanya, gambar itu diambil beberapa tahun yang lepas di dalam sebuah negara di rantau ASEAN bukannya di London.

Keduanya, Clare Brown dan suami beliau adalah sahabat saya dari London. Perjumpaan kami sekadar berdasarkan pada tali persahabatan saja.

Saya rasa kalangan bloggers yang diupah menulis untuk bersubahat dengan kemungkaran tak perlu dilayan kerana minda mereka amat lemah seperti kata pepatah 'otak udang'!!

Golongan minda lemah 'otak udang' ini bukan menulis atas dasar kebenaran sepertimana yang dituntut oleh hukum agama berteraskan Al-Quran serta As-Sunnah tetapi hanyalah berdasarkan kepada pampasan kewangan untuk mengisi perut mereka semata-mata!!

Hakikatnya, golongan ini juga adalah kalangan munafik yang sanggup putar-belitkan fakta kebenaran demi untuk mempertahankan pemimpin mungkar demi untuk mereka terus menerima ganjaran atau imbuhan semata-mata!!

Puak munafiq ini berhak untuk membuat andaian masing-masing namun atas dasar prinsip perjuangan untuk menegakkan kebenaran, saya akan tetap teruskan perjuangan untuk melawan amalan rasuah mahupun penyelewengan dana negara secara mati-matian!! Kita mesti konsisten dan banyak bersabar dalam mana-mana perjuangan untuk tegakkan kebenaran.

Adalah lebih munafaat kepada semua bloggers kaki bodek minda lemah berotak udang ini menasihati Perdana Menteri untuk buat laporan polis secara segera keatas Wall Street Journal, Sarawak Report, The Edge, CNBC, The Weekend Australian, bloggers serta facebookers yang berpaksikan kepada kebenaran bagi membersihkan imejnya yang begitu kotor masakini.

Dato Sri Najib pun boleh menyaman saya!!

Kita jangan lupa pada ketentuan Allah swt yang Maha Mengetahui serta Maha Adil yang kini sedang memberi berbagai petunjuk kepada kita mengenai kepimpinan mungkar yang harus kita tolak untuk menjaminkan kesinambungan survival bangsa, agama serta tanahair secara diberkati tuhan buat selama-lamanya.

Rakyat mahukan masa depan yang sejahtera untuk diwariskan pada anak cucu kita di masa akan datang. Rakyat juga mesti di jaminkan agar anak cucu kita tidak merempat di tanahair sendiri.

Ayuh sekalian rakyat, marilah sama-sama kita gandingkan tenaga untuk tolak kepimpinan yang mungkar bagi digantikan dengan pemimpin adil, bersih serta saksama.

Persetankan saja dengan puak bloggers kaki bodek minda lemah berotak udang yang secara tidak sedar merekalah parasit utama yang bakal meruntuhkan keharmonian dan kemakmuran negara kita!!

Friday 3 July 2015

PERDANA MENTERI KENA SEGERA BUAT LAPORAN POLIS KEATAS SARAWAK REPORT DAN WALL STREET JOURNAL UNTUK BERSIHKAN NAMA BELIAU

Saya ingin cabar YAB Dato Sri Najib Tun Razak agar buat laporan polis secara rasmi ke atas Sarawak Report serta Wall Street Journal untuk membersihkan namanya dari tuduhan tersebut.

Dalam masa yang sama saya nak nasihatkan 1mdb agar duduk diam-diam dan tak perlu membuat sebarang kenyataan untuk menafikan bagi pihak Dato Sri Najib Tun Razak. Syarikat 1mdb dah lama hilang kredibilitinya kerana mereka amat gemar menipu serta gagal memberi kenyataan yang ilmiah secara konsisten. Selama ini banyak kenyataan-kenyataan dari 1mdb hanya berbaur penipuan serta pembohongan saja. Hari ini keseluruhan rakyat Malaysia sudah tidak percaya lagi dengan sebarang kenyataan dari 1mdb.

Apabila tiba di tanahair dari London pada hujung minggu ini, saya akan terus ke balai polis untuk membuat laporan polis keatas Dato Sri Najib Tun Razak dalam semua pertuduhan yang telah dilaporkan oleh Sarawak Report serta juga Wall Street Journal.

Oleh yang demikian, saya ingin sarankan kepada Dato Sri Najib untuk buat perkara yang sama secara secepat yang mungkin untuk beliau menafikan semua pertuduhan tersebut.

Pertuduhan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal bukan saja mencemarkan imej Dato Sri Najib secara peribadi tetapi juga bakal memberi imej buruk terhadap negara kita di kacamata dunia luar.

Tuduhan ini juga bakal merosakkan reputasi negara dan kemungkinan akan menjejaskan kemasukan pelaburan asing ke Malaysia kerana keperibadian Perdana Menteri Malaysia telah dipalitkan dengan pelbagai skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah negara ini.

Sekarang majoriti dari rakyat Malaysia pun sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Dato Sri Najib dan tidak mustahil dengan pendedahan skandal kewangan terbaru ini akan turut membuatkan dunia luar akan hilang hormat mahupun terhakis keyakinan keatas negara Malaysia.

Dato Sri Najib tak boleh berlengah lagi dan jangan hanya buat penafian melalui laman tweeternya saja. Perdana Menteri kena ambil tindakan undang-undang secara rasmi keatas Sarawak Report dan Wall Street Journal secepat yang mungkin bagi membuktikan tuduhan ini tiada asasnya sama sekali!

Pembongkaran fakta dalam laporan Sarawak Report serta Wall Street Journal kelihatan amat meyakinkan kerana laporan tersebut disandarkan dengan bukti-bukti nama bank, nombor akaun bank, salinan SSM, jumlah dana serta tarikh-tarikh duit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Dato Sri Najib.

Dato Sri Najib kena jadi pahlawan bugis yang berani demi kebenaran. Dato Sri Najib jangan jadi pahlawan bugis yang bacul!!

Sekiranya Dato Sri Najib tunjuk sikap bacul takut untuk buat laporan polis dalam isu ini, saya takut nanti kemungkinannya keseluruhan rakyat di tanahair kita akan menggelarkan Dato Sri Najib sebagai 'lanun bugis' pulak!!

Secara peribadi saya amat kasihan dengan Dato Sri Najib yang ditohmah dengan pelbagai skandal kewangan yang terburuk di negara kita.

Oleh yang demikian, kaedah terbaik untuk bersihkan segala imej kotor yang dilemparkan keatas Dato Sri Najib ialah dengan membuat laporan polis secara segera, ambil tindakan undang-undang ke atas Sarawak Report serta Wall Street Journal dan serahkan polemik peribadi beliau yang tercemar teruk pada 'the rule of laws'.

Biarlah proses undang-undang saja yang bersihkan nama Dato Sri Najib. Kalau Dato Sri Najib gagal membersihkan tohmahan dan imejnya melalui proses undang-undang, yakinilah beliau akan turut mengheret Umno serta juga BN ke lembah kehancuran pada PRU 14 kelak buat selama-lamanya!!

Thursday 2 July 2015

PUTRAJAYA MENIPU RAKYAT LAGI !

Apa nak jadi dengan Putrajaya yang secara konsisten membuat pelbagai penipuan lagi kepada keseluruhan rakyat di negara kita dalam kes penahanan Justo di Thailand.

Pihak berkuasa Thailand mengaku dan membuat kenyataan bahawa setakat ini pihak berkuasa Malaysia tidak pernah menghubungi Justo tetapi apa yang menghairankan bagaimana beberapa orang menteri serta pemimpin dari putrajaya kata mereka sudah dapat matlumat bahawa Justo mengaku yang semua dokumen yang ditulis oleh Sarawak Report serta The Edge bersumberkan matlumat palsu dari Xavier Andrea Justo kononnya ?

Pihak berkuasa Thailand juga mengesahkan bahawa penahanan Justo adalah atas dasar memeras ugut bekas majikannya bukan pasal membocorkan matlumat palsu sepertimana yang dinyatakan oleh Putrajaya!!

Sekarang apa lagi alasan yang Putrajaya nak berikan atau nak ciptakan untuk mengelirukan seterusnya mengalih pandangan rakyat di tanahair kita mengenai isu skandal kewangan 1mdb ?

Apa yang menghairankan kita semua ialah pihak berkuasa Thailand mengatakan bahawa siasatan masih dijalankan dan setakat ini tidak ada sesiapapun boleh menghubungi Justo serta kes Justo tiada kaitan dengan negara Malaysia!!

Sampai bila Putrajaya nak terus menipu keseluruhan rakyat Malaysia dalam kes skandal 1mdb ini??

Banyak kali saya nyatakan kepada Putrajaya serta pemimpin-pemimpin bangang agar jangan senantiasa nak perbodohkan rakyat saja. Rakyat Malaysia amat bijak pada hari ini malah lebih bijak dari segelintir pemimpin-pemimpin kaki bodek minda lemah!!
Hakikatnya, penahanan Justo tiada kaitan langsung dengan isu pemalsuan dokumen Petrosaudi sepertimana yang diuar-uarkan oleh Putrajaya. Ianya hanyalah kes peras ugut Justo ke atas bekas majikannya semata-mata.

Timbalan Menteri Dalam Negeri pulak menyatakan bahawa mereka buat andaian logik mengenai penahanan Justo!! 

Sungguh tidak cerdik! Kenyataan penting Putrajaya dibuat berdasarkan andaian logik saja? Bukan melalui siasatan komprehensif tetapi bersandarkan andaian logik. Situasi ini akan membuatkan Putrajaya bakal hilang kredibilitinya!!

Saya takut selepas ini semua kenyataan yang dibuatkan oleh Putrajaya hanya menjadi bahan tertawa rakyat yang melucukan saja.

Pemimpin-pemimpin mungkar yang bersekongkol dengan semua bentuk salahlaku yang bercanggah dari segi hukum agama yang berteraskan kepada Al-Quran serta As-Sunnah terlupa bahawa mereka mungkin berjaya sekejap untuk menipu jutaan rakyat tetapi kalangan yang tidak amanah ini tidak akan mampu untuk membohongi Allah swt Yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil.
Cukup-cukuplah dan jangan lagi menipu rakyat.  Pikul lah segala tanggungjawab secara teramanah mungkin sepertimana yang dituntut oleh Allah swt serta aspirasi rakyat yang mengundi dan memilih mereka.