Najib Tun Razak harus bercuti sehingga siasatan Polis dan Sprm selesai keatas dirinya. Ini kaedah yang terbaik untuk pulihkan sedikit keyakinan rakyat kepada Umno mahupun kerajaan.
Perdana Menteri tidak harus berdolak-dalik lagi agar segala bentuk siasatan terhadapnya dapat dijalankan secara bebas, telus serta komprehensif tanpa dibelenggui oleh pengaruhnya langsung. Imej Perdana Menteri amat teruk kini!
Kita sedang hadapi krisis keyakinan yang paling teruk dari kalangan rakyat terhadap kerajaan dan Umno. Najib Tun Razak jangan syok sendiri dengan mengatakan seramai 3 juta ahli-ahli Umno menyokong beliau. Ini kenyataan yang tidak berasas sama sekali.
Kemarahan
dan kebencian rakyat terhadap Najib Tun Razak sedang memuncak kini. Kalau beliau begitu yakin dengan sokongan padu 3 juta ahli-ahli Umno maka saya ingin sarankan kepada Presiden Umno agar jangan tunda
pemilihan parti. Teruskan saja pemilihan parti Umno mengikut jadual dan
sama-samalah kita lihat keputusannya nanti!!
Bukalah facebook Perdana Menteri dan lihatlah komen-komen rakyat terhadapnya, amat memalukan!! Takkan Najib tak baca facebook beliau bagi mengukur hakikat popularitinya?!
Saya juga merasa lucu dengan kenyataan Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa Umno perlu berubah. Apakah budak hingusan ini baru sedar bahawa Umno perlu berubah? Saya sudah sedar begitu lama bahawa umno kena berubah.
Sebab itulah saya bertindak nekad lawan kemungkaran seperti kes skandal 1mdb secara habis-habisan! Atas dasar ini jugalah saya tentang kepimpinan mungkar Najib Tun Razak.
Sudah sampai masanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Sprm) diletakkan di bawah Parlimen dan Sprm juga mesti diberi kuasa untuk mendakwa setiap pesalah tanpa memerlukan kelulusan dari peguam negara. Sprm mesti diberikan hak otonomi untuk bertindak secara lebih berkesan.
Penjawat awam mesti melaksanakan tanggungjawab mereka secara amanah. Jangan tunduk kepada Perdana Menteri!! Apa saja bentuk kemungkaran mesti diambil tindakan mengikut asas undang-undang secara bebas demi untuk menyelamatkan masa depan bangsa, agama serta negara yang tercinta ini.

ReplyDeleteSatu dunia sudah tahu
Cakaplah apa sahaja
retorik dan justifikasi
suci dalam debu
maksum penuh kelabu
satu dunia sudah tahu
siapa perompak
siapa penyangak
siapa pembohong tegar
yang berulang mengulang
tidak tahu malu
tidak peduli halal haram
siri perompakan dan pembohongan
mengkhianati amanah dan mandat.
Berlakunlah terus
politikus berdarah pahlawan bacul
di pentas maharaja lawak
dengan sorakan penyokong berani mati
mempertahankan kecurangan moral
melaungkan kesetiaan membabi buta
walau dikencing hari-hari
walau diliwat sebuas nafsu
walau segalanya terang bersuluh
bilion bilion masuk akaun peribadi
tanpa nama perderma dan audit
kunun-kunun sebagai derma parti
satu dunia sudah tahu
sedekah daripada poket awam
yang berlegaran dari bank ke bank
jejak korupsi paling jahanam
menghimpun kedurjanaan perjuangan
survival seorang pengkhianat
dalam sejarah ketuanan bangsat
menuju saat kemuflisan negara! – 11 Ogos, 2015
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/satu-dunia-sudah-tahu-mohamed-fudzail