demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Saturday, 1 August 2015

NAJIB BAKAL TUMBANG DI TANGAN RAKYAT BERSERTA IZIN ALLAH SWT

DS Najib boleh menyusun berbagai taktik kotor untuk membuang atau mengenakan siapa saja dari pihak berkuasa petugas khas kearah menutup kemungkarannya tetapi beliau terlupa dengan kekuasaan Allah swt serta kuasa rakyat yang bakal menghukum semua kesilapan-kesilapan skandal kewangannya.

Tunggu dan lihatlah, sesiapa saja yang berani tampil untuk mendedahkan seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap DS Najib mengenai skandal kewangan Perdana Menteri yang terbesar dalam sejarah politik negara bakal menerima berbagai implikasi negatif ataupun tekanan dari pihaknya.

Peguam negara dah dihentikan, ahli-ahli jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC) sedang dipecahkan dengan melantik beberapa anggotanya sebagai menteri dan timbalan menteri, Sprm mungkin jadi mangsa dan Gabenor Bank Negara berkemungkinan akan diaibkan juga untuk mencemarkan kredibiliti di kacamata rakyat.

Tindakan ini akan menampakkan seolah-olah semua anggota petugas khas bermasalah, tidak berintigriti dan tidak layak untuk menuduh kesalahan-kesalahan DS Najib.

Inilah kaedah mereka untuk menutup proses siasatan kes 1mdb, skandal wang rm2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi D S Najib serta juga rm2 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Rosmah Mansor.

Tindakan-tindakan DS Najib masakini sedang ditertawakan oleh keseluruhan rakyat jelata. Rakyat tidak bodoh macam mereka!

Sebab itu saya nasihatkan yb Datuk Nur Jazelan, pengerusi PAC agar jangan mengkhianati harapan rakyat yang mahukan beliau selesaikan siasatan kes skandal 1mdb ini.

Secara ikhlas saya katakan kepada beliau agar jangan terima jawatan timbalan menteri yang haprak itu untuk menganggotai sebahagian daripada anggota di bawah kabinet 'half past six' DS Najib. Jawatan itu terlalu kecil dan haprak buat yb Datuk Nur Jazelan!!

Dalam pesanan mesej peribadi saya kepada yb Datuk Nur Jazelan; saya juga nasihatkan beliau untuk beri persetujuan terima jawatan timbalan menteri tersebut secara 'bersyarat' iaitu dibenarkan habiskan dahulu siasatan kes skandal 1mdb oleh Pac kemudian baru terima jawatan haprak tersebut!

Yb Datuk Nur Jazelan bakal hilang kredibiliti dan imejnya akan hanyut ke dalam longkang sekiranya beliau terima jawatan timbalan menteri tersebut seterusnya menamatkan perkhidmatannya sebagai pengerusi PAC.  Rakyat tidak akan percaya pada beliau lagi seumur hidup!!

Rakyat akan nampak sangat yang yb Datuk Nur Jazelan ini haprak serta kejar jawatan yang tak seberapa itu. Taraf yb Datuk Nur Jazelan adalah sebagai menteri penuh bukan timbalan menteri yang haprak itu!!

Apa pun rakyat jangan gusar dengan politikus-politikus yang pentingkan pangkat, poket serta perut. Rakyat ada kuasa mutlak untuk menentukan arah tuju masa depan politik mereka.

Allah swt Yang Maha Berkuasa juga dapat menentukan nasib baik dan buruk pemimpin-pemimpin zalim serta korup!!

Saya akan tetap menyinsing lengan baju untuk lawan kemungkaran DS Najib secara habis-habisan sehingga beliau tumbang untuk menyelamatkan keseluruhan bangsa, agama serta negara kita. Insya-Allah.

Pemimpin zalim dan korup mesti diterajang keluar dari saf kepimpinan negara. Kita jangan takut pada sesama manusia tetapi wajib takut serta patuh pada hukum-hakam Allah swt saja!!

3 comments:

  1. Inilah masaalahnya dato,ramai menteri-menteri dalam UMNO yang mempunyai nawaitu tidak ihklasNiat mereka bukan untuk membela AGAMA,BANGSA DAN NEGARA cuma untuk membela perut sendiri je.

    ReplyDelete
  2. "Tindakan-tindakan DS Najib masakini sedang ditertawakan oleh keseluruhan rakyat jelata. Rakyat tidak bodoh macam mereka!"

    You nailed it sir!

    ReplyDelete
  3. Bayangkan orang yg pernah bercita cita merebut jwtn Timbalan Presiden UMNO,tetiba boleh dia terima jawatan cikai macam tu? Kepada Dato NJ lebih baik Dato tolak jwtn tuh! Kalau tak Dato bukan saja digelakkan oleh majoriti rakyat malah mungkin digelakkan oleh pengundi Pulai sendiri!!.Lebih dari itu kita bimbang Dato akan dituduh sbg pengkhianat oleh rakyat kerana dilihat seolah olah merestui tindakkan PM bangang ni menghentikan siasatan keatas 1MDB.Walau kita yakin Dato bukan begitu org nya kan?

    ReplyDelete