KENYATAAN AKHBAR
SYABAS TV3!!! Taktik lapuk TV3
sebagai agen kepada puak mungkar untuk tutup segala skandal yang melanda
negara masakini.dengan menyerang untuk memfitnah Tun Dr Mahathir akan
buatkan kepimpinan DS Najib cepat jatuh!!!
Saya sarankan
agar TV3 melipatgandakan lagi daya-usaha untuk memfitnah Tun Dr Mahathir
agar ianya akan menjadi 'catalyst' untuk PM tumbang secara secepat yang
mungkin.
Keseluruhan rakyat jelata di peringkat akar
umbi semakin menyampah dengan kepimpinan DS Najib yang diselubungi
dengan pelbagai skandal kewangan yang bakal meruntuhkan ekonomi negara
seandainya tidak dibendung secara tuntas dan proaktif
DS Najib kini
sedang berada di ambang kejatuhannya!! Walaupun kaki-kaki bodek minda
lemah bertungkus-lumus untuk menegakkan benang yang basah ke arah
mempertahankan DS Najib namun pada pandangan saya, segalanya agak terlambat
kerana rakyat masakini amat bijak menilai mutu kepimpinan negara.
Saya juga secara ikhlas ingin sarankan kepada DS Najib untuk jadi anak jantan sikit!!
Najib selama ini tidak pernah menjawab soalan-soalan salah tadbir syarikat 1mdb secara bernas, berfakta dan komprehensif.
Saya
hairan dengan sikap segelintir kaki-kaki bodek dalam MKT UMNO yang
mengatakan mereka puas hati dengan penjelasan DS Najib. Puas hati apa??
Apa yang DS Najib telah jelaskan mengenai skandal 1mdb tersebut??
Sebenarnya,
cukup senang untuk kita selesaikan permasalahan tidak puas hati rakyat
terhadap kes 1mdb, Tabung Haji, Felda Global Ventures, KWAP dan beberapa
lagi agensi GLC yang dipergunakan untuk selamatkan survival 1mdb.
Di
sini saya ingin cadangkan kepada Puad Zarkashi agar anjurkan satu
majlis debat di antara Tun Dr Mahathir dan DS Najib untuk terangkan kepada
keseluruhan rakyat jelata secara terperinci mahupun jelas akan
pendirian kedua-dua tokoh ini secara siaran terus menerus ke seluruh
negara.
Biar rakyat yang hakimi akan kedudukan sebenarnya.
Presiden
PAS yakni Hj Hadi Awang pun dah kata DS Najib menang melalui proses
pemilihan dari rakyat dan saya rasa amat adil sekiranya kita biarkan
rakyat yang mengadili pendirian Tun Dr Mahathir serta DS Najib dalam
menghadapi isu semasa ini.
Kita serahkan segala-galanya pada rakyat jelata!!
Kenyataan Tunku Aziz selaku pengerusi lembaga penasihat SPRM tu kita boleh tolak
ke tepi saja. Itu kaki bodek yang sudah hampir nyanyuk serta cepat lupa
sejarah. Tunku Aziz ni waktu salam DAP hentam UMNO dan BN begitu teruk.
Kutukan dia pada UMNO dan BN kita boleh dengar hampir setiap hari.
Kini
disogok dengan jawatan.pengerusi lembaga penasihat SPRM cakap lain
pulak. Jangan alih pandangan. Saya dah penat lapor pada SPRM dan bagi
kenyataan pada badan tersebut. Tunggu apa lagi?? Tunku Aziz jangan
cakap politik!! Siasat lah!!
Kaedah kedua kalau DS Najib takut untuk berhadapan dengan Tun Dr Mahathir secara terbuka maka buatlah secara tertutup.
Apa
susah sangat untuk jemput Tun Dr Mahathir ke mesyuarat MKT UMNO untuk
terangkan kepada keseluruhan ahli-ahli MKT secara tertutup mengenai
pendirian beliau masakini. Anjurkanlah..!!
Suruh saja Tengku Adnan yang pada suatu masa dulu mencapai kejayaan dalam
bidang ekonomi dan politik melalui Tun Dr Mahathir untuk mengatur
perjumpaan ini. Biar keseluruhan ahli-ahli MKT dengar sendiri
penjelasan dari Tun Dr Mahathir.
Masalah dengan kepimpinan UMNO masakini takut nak berhadapan dengan Tun Dr Mahathir. Mereka hanya
berani guna saluran kerajaan dan UMNO untuk hentam beliau.
Ini
merupakan kaedah terbaik untuk meredakan kemelut isu semasa di tanahair
kita. Pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO kena berani dan ikhlas untuk
berhadapan dengan bekas presiden dan PM mereka.
Mereka jangan jadi bacul!! Berani serang dari jauh saja tetapi tak berani nak berhadapan dengan tokoh negarawan terulung ini!!
Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan