demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB
Showing posts with label arul kanda. Show all posts
Showing posts with label arul kanda. Show all posts

Thursday, 13 August 2015

RAKYAT TIDAK BODOH ARUL KANDA


Arul Kanda Kandasamy tidak menjawab sebarang persoalan pun mengenai polemik skandal penyelewangan dana 1mdb.

Jangan ingat rakyat bodoh! Arul Kanda mungkin bangang kerana tidak faham isu yang sedang dipersoalkan oleh rakyat jelata di negara kita mengenai salah urus tadbir dana 1mdb.

Tidak satu pun persoalan yang dijawab oleh Arul Kanda di dalam program wawancara khas Tv3 semalam ! Rakyat tak mahu dengar dan tak mahu tahu mengenai program rasionalisasi 1mdb!! Pelan rasionalisasi 1mdb yang digembar-gemburkan itu mampu ditangani oleh pelajar tingkatan 6 saja.

Apa susah sangat...duit hilang serta hutang banyak, jalan penyelesaiannya ialah melupuskan dan jual semua aset-aset 1mdb?? Rakyat tak minat nak dengar jalan penyelesaian terakhir 1mdb kerana itu boleh dilkakukan oleh sesiapa saja mengikut kaedah mudah sebegini.

Kita tanya mereka mana pergi duit-duit yang kononnya dilaburkan di kepulauan Cayman sejumlah lebih kurang rm7 billion? Mana pergi duit yang kononnya disimpan di bank BSI Singapura berjumlah usd1.103 billion dalam bentuk tunai? Mana perginya duit-duit Kumpulan Wang Amanah Pencen (Kwap) sejumlah rm4 billion? Betul tak duit usd700 juta dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star Limited yang dikawal oleh Jho Low? Kenapa bayar syarikat Goldman Sachs dengan jumlah yuran yang amat tinggi dari praktis pasaran? 

Mengapa beli aset-aset janakuasa letrik yang hampir tamat tempohnya dengan kadar harga amat tinggi?  Kenapa bayar serta beli tanah di Ayer Hitam, Pulau Pinang untuk kononnya bagi tujuan pembinaan rumah kos rendah serta mampu milik dengan harga yang cukup tinggi?

Arul Kanda Kandasamy jangan cuba untuk terus memperbodohkan rakyat jelata!!

Kalau tiada campur tangan pihak luar dalam urus niaga 1mdb, kenapa nama Jho Low disebut dalam prosiding mahkamah di London dalam urusan pembelian sebuah hotel di sana?

Inilah masalah dengan kalangan 1mdb. Setakat ini mereka gagal dan tidak mampu untuk menjawab segala persoalan rakyat di negara kita.

Saya juga amat hairan kenapa DS Najib tidak mahu membubarkan saja keseluruhan ahli-ahli lembaga pengarah 1mdb? Atau sekurang-kurangnya suruh semua lembaga pengarah bercuti sehingga siasatan keatas syarikat 1mdb ini selesai! Rakyat mahu lihat tindakan-tindakan ikhlas seperti ini dilakukan oleh Menteri Kewangan Malaysia.

Secara peribadi saya cukup sangsi dan merasa pelik sikit dengan sikap DS Najib dalam menangani isu 1mdb ini. Mengapa Perdana Menteri Malaysia kelihatan begitu takut untuk bertindak keatas ahli-ahli lembaga pengarah 1mdb yang telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka secara amanah?

Monday, 25 May 2015

Untuk Jelaskan Isu Penipuan Fakta Kepada MOF, Arul Kanda Tidak Perlu Tunggu Disoal PAC Atau Audit !

PAC tidak sepatutnya kompromi dengan Arul Kanda!! Kenapa perlu tunggu sebulan??

Negara sedang menghadapi kemelut hilang keyakinan rakyat pada PM yang kemungkinan akan diusulkan undi tidak percaya dalam parlimen keatasnya.

Ini adalah gara-gara penipuan 1mdb yang telah beri matlumat salah pada Kemenenterian Kewangan Malaysia dalam isu simpanan rm3.6 billion dalam akaun bank BSI di Singapura.

Kenapa PAC harus berlembut sangat dengan Arul Kanda ini?? Beliau telah banyak kali menipu rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kedudukan kewangan serta dana 1mdb amat kukuh.

1mdb yang diterajui oleh Arul Kanda telah mengaibkan imej PM serta negara di seluruh dunia. Lihat isu penipuan simpanan wang tunai 1mdb di dalam akaun bank BSI yang juga sedang disiasat oleh Monetary Authority Singapore (MAS). Ianya amat memalukan negara kita!!

Lihatlah apa yang dilakukan oleh 1mdb yang diterajui oleh Arul Kanda!! Apa Arul Kanda ingat ini isu yang remeh temeh yang boleh dipersendakan dan dipermainkan??!!

Saya juga tak faham dengan sikap Kementerian kewangan Malaysia yang menyatakan 1mdb bagi matlumat salah pada mereka sehinggakan PM terpaksa menipu di dalam parlimen pada bulan Mac yang lepas. Tapi kenapa Kementerian Kewangan Malaysia tidak mahu ambil sebarang tindakan terhadap 1mdb dan Arul Kanda mesti dipertanggungjawabkan dalam kes ini!!

Kenapa DS Najib dan Kementerian Kewangan masih tunduk untuk membela 1mdb??!! 1mdb telah buat pelbagai penipuan secara jelas bukan saja di dalam negara kita tetapi mencemarkan imej Malaysia ke luar negara!!

Dalam soal penipuan maklumat ini, kenapa tidak ada respon dari 1mdb dan Arul Kanda terhadap dakwaan dari Kementerian Kewangan yang kesalahan adalah dipihak 1mdb yang telah beri maklumat salah atau dalam katalain telah menipu.  Takkan untuk beri penjelasan terhadap tindakan menipu itu pun terpaksa menunggu siasatan audit atau PAC ?

Sebab itu saya amat setuju dengan kenyataan TS Mahyuddin Yassin agar mereka ini semua kena dipecat serta merta!! Kalangan ahli lembaga pengarah 1mdb tidak amanah dan gagal melaksanakan tugas mereka sepertimana yang diharapkan!! Mereka tidak 'perform' jadi kenapa kerajaan masih menyimpan parasit-parasit ini semua??!!

Sikap DS Najib dan MOF amat aneh bagi saya!!

Saya memohon YB Dato Nur Jazelan selaku pengerusi PAC agar bersikap tegas untuk panggil Arul Kanda secara segera bagi menghadapi jawatankuasa PAC. Jangan lengahkan lagi!!

Kalangan rakyat jelata amat kecewa apabila PAC memaklumkan penundaan tarikh untuk memanggil Arul Kanda menghadapi PAC.

Terlalu tunduk pada Arul Kanda juga akan membuatkan imej PAC tercemar seolah-olah cuba sekongkol dengan salahlaku mereka.

Kita sedang menghadapi krisis keyakinan rakyat terhadap kerajaan secara amat buruk masakini. Ini semua adalah angkara para pentadbir 1mdb yang sudah banyak kali membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat. Mereka tidak pernah bagi jawapan secara ilmiah. Rakyat benar-benar kecewa dan marah dalam isu skandal 1mdb ini.

Apa besar sangat denga Arul Kanda untuk 'dictate' pada parlimen tak boleh hadir sehingga sebulan lagi. Ini kes yang amat penting!! Arul Kanda mesti hadapi PAC secara segera dan beliau mesti lebih bertanggungjawab.

Sebab itulah kenyataan YB Dato Seri Rahman Dahlan salah baru-baru ini. Selagi kita tak pecat keseluruhan ahli lembaga pengarah 1mdb mereka akan bagi alasan sibuk bertugas apabila dipanggil oleh pihak berkuasa untuk siasatan.

Kalangan ini semua mesti dibuang atau digantung tugas serta merta kerana apabila dipanggil mereka tiada lagi alasan sibuk 'travelling' atas urusan kerja. Biar mereka beri 100% tumpuan menghadapi proses siasatan saja.

Kesemua ahli lembaga pengarah 1mdb tidak perlu dibayar dengan gaji lumayan lagi kerana mereka telah gagal memikul tanggungjawab secara amanah. Jangan bazirkan wang kerajaan dan duit rakyat untuk bayar gaji pada golongan yang gagal 'perform' sehingga membebankan negara kita sepertimana hari ini!!

Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan