PAC tidak sepatutnya kompromi dengan Arul Kanda!! Kenapa perlu tunggu sebulan??
Negara
sedang menghadapi kemelut hilang keyakinan rakyat pada PM yang
kemungkinan akan diusulkan undi tidak percaya dalam parlimen keatasnya.
Ini
adalah gara-gara penipuan 1mdb yang telah beri matlumat salah pada Kemenenterian Kewangan Malaysia dalam isu simpanan rm3.6 billion dalam
akaun bank BSI di Singapura.
Kenapa PAC harus berlembut
sangat dengan Arul Kanda ini?? Beliau telah banyak kali menipu rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kedudukan kewangan serta dana 1mdb
amat kukuh.
1mdb yang diterajui oleh Arul Kanda telah
mengaibkan imej PM serta negara di seluruh dunia. Lihat isu penipuan
simpanan wang tunai 1mdb di dalam akaun bank BSI yang juga sedang
disiasat oleh Monetary Authority Singapore (MAS). Ianya amat memalukan
negara kita!!
Lihatlah apa yang dilakukan oleh 1mdb
yang diterajui oleh Arul Kanda!! Apa Arul Kanda ingat ini isu yang
remeh temeh yang boleh dipersendakan dan dipermainkan??!!
Saya
juga tak faham dengan sikap Kementerian kewangan Malaysia yang
menyatakan 1mdb bagi matlumat salah pada mereka sehinggakan PM terpaksa
menipu di dalam parlimen pada bulan Mac yang lepas. Tapi kenapa Kementerian Kewangan Malaysia tidak mahu ambil sebarang tindakan
terhadap 1mdb dan Arul Kanda mesti dipertanggungjawabkan dalam kes ini!!
Kenapa DS Najib dan Kementerian Kewangan masih tunduk untuk membela
1mdb??!! 1mdb telah buat pelbagai penipuan secara jelas bukan saja di
dalam negara kita tetapi mencemarkan imej Malaysia ke luar negara!!
Dalam soal penipuan maklumat ini, kenapa tidak ada respon dari 1mdb dan Arul Kanda terhadap dakwaan dari Kementerian Kewangan yang kesalahan adalah dipihak 1mdb yang telah beri maklumat salah atau dalam katalain telah menipu. Takkan untuk beri penjelasan terhadap tindakan menipu itu pun terpaksa menunggu siasatan audit atau PAC ?
Sebab
itu saya amat setuju dengan kenyataan TS Mahyuddin Yassin agar
mereka ini semua kena dipecat serta merta!! Kalangan ahli lembaga
pengarah 1mdb tidak amanah dan gagal melaksanakan tugas mereka
sepertimana yang diharapkan!! Mereka tidak 'perform' jadi kenapa
kerajaan masih menyimpan parasit-parasit ini semua??!!
Sikap DS Najib dan MOF amat aneh bagi saya!!
Saya
memohon YB Dato Nur Jazelan selaku pengerusi PAC agar bersikap tegas
untuk panggil Arul Kanda secara segera bagi menghadapi jawatankuasa PAC.
Jangan lengahkan lagi!!
Kalangan rakyat jelata amat kecewa apabila PAC memaklumkan penundaan tarikh untuk memanggil Arul Kanda menghadapi PAC.
Terlalu tunduk pada Arul Kanda juga akan membuatkan imej PAC tercemar seolah-olah cuba sekongkol dengan salahlaku mereka.
Kita
sedang menghadapi krisis keyakinan rakyat terhadap kerajaan secara amat
buruk masakini. Ini semua adalah angkara para pentadbir 1mdb yang
sudah banyak kali membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat.
Mereka tidak pernah bagi jawapan secara ilmiah. Rakyat benar-benar
kecewa dan marah dalam isu skandal 1mdb ini.
Apa besar
sangat denga Arul Kanda untuk 'dictate' pada parlimen tak boleh hadir
sehingga sebulan lagi. Ini kes yang amat penting!! Arul Kanda mesti
hadapi PAC secara segera dan beliau mesti lebih bertanggungjawab.
Sebab
itulah kenyataan YB Dato Seri Rahman Dahlan salah baru-baru ini.
Selagi kita tak pecat keseluruhan ahli lembaga pengarah 1mdb mereka akan
bagi alasan sibuk bertugas apabila dipanggil oleh pihak berkuasa untuk siasatan.
Kalangan ini semua mesti dibuang atau
digantung tugas serta merta kerana apabila dipanggil mereka tiada lagi
alasan sibuk 'travelling' atas urusan kerja. Biar mereka beri 100%
tumpuan menghadapi proses siasatan saja.
Kesemua ahli
lembaga pengarah 1mdb tidak perlu dibayar dengan gaji lumayan lagi
kerana mereka telah gagal memikul tanggungjawab secara amanah. Jangan
bazirkan wang kerajaan dan duit rakyat untuk bayar gaji pada golongan
yang gagal 'perform' sehingga membebankan negara kita sepertimana hari
ini!!
Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan
1. Di gantung tugas - itu yang terbaik.
ReplyDelete2. Semua aktiviti dan dokumen urusan 1MDB mesti di serah kepada AG dan di ketahui PAC. 1MDB mesti di kawalsekua dan di urus BNM. Maka satu badan pentadbir mesti di wujudkan.
3. Urusan Arul Kanda dan pasukan nya tidak lagi boleh bersifat peribadi. 1MDB itu kini keutamaan dan beliau mesti keluar di galeri awam, secepat mungkin. Begitu juga mantan-mantan terdahulu. Tanpa terkecuali.
4. Jika ingin telus, lakukan secara nyata. Impak nya kepada awam demi kebenaran. Jika PM tidak terlibat, memang satu bonus. Jika sebalik nya, faham sahajalah apa yang perlu di lakukan.
5. PAC dan AG tidak boleh lagi di kabui MOF. MOF tidak boleh lagi melindungi 1MDB. Ia sudah melibatkan Urusan Kerajaan. Ia GLCI yang sudah melebihi batas keupayaan BNM.
This is real crap! ... reason totally unacceptable...surely PAC would have given notice beforehand on the hearing date??? A further slap in the face...enhances further negative public confidence!!!
ReplyDelete