demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Sunday, 17 May 2015

Tun M Sudah Terima, DS Najib Bila Pula ?

KENYATAAN AKHBAR

Apa tunggu lagi Nazri Aziz?? Semalam di Ipoh Tun Dr Mahathir secara terbuka setuju untuk berdebat dengan Dato Sri Najib Tun Razak disaksikan oleh rakyat jelata sebagai hakim bagi membuat penilaian siapa yang bercakap benar serta siapa yang berbohong!!

Saya harap Nazri Aziz boleh lupakan soal suruh Tun Dr Mahathir pergi bertanding di parlimen Pekan. Apa yang Nazri Aziz patut buat pujuklah boss beliau untuk menyahut cadangan rakyat agar Dato Sri Najib berdebat dengan Tun Dr Mahathir bagi membolehkan keseluruhan akar umbi di negara kita lebih memahami isu-isu semasa yang sedang melanda lanskap politik tanahair kita masakini.

Saya amat setuju dengan debat terbuka ini. Ini juga sebahagian daripada proses demokrasi di mana kita serahkan segala butiran perdebatan ini kepada rakyat untuk buat penilaian.

Debat di antara Tun Dr Mahathir dan Dato Sri Najib juga patut disiarkan secara terus menerus melalui rangkaian media arus perdana serta media-media sosial.

Harap-harap Nazri Aziz boleh mencadangkan kepada Dato Sri Najib untuk menerima cadangan debat ini oleh rakyat jelata.

Selepas selesai saja perdebatan ini maka kita serahkan segala-galanya kepada keseluruhan rakyat dari segenap lapisan masyarakat untuk membuat penilaian masing-masing. Rakyat dapat melihat dan mendengar sendiri dari mulut Tun Dr Mahathir dan juga Dato Sri Najib. Ini merupakan satu kaedah yang bernas dan mesti direalisasikan.

Kini kita hanya dengar Dato Sri Najib serta pemimpin-pemimpin Umno hanya berkata mereka puashati dengan penjelasan Perdana Menteri. Malangnya PM tidak pernah menjawab semua persoalan-persoalan isu-isu semasa secara berfakta mahupun komprehensif.

Dengan anjuran debat ini sudah pasti iannya akan menjadi saksi kepada semua lapisan masyarakat untuk membuat perhitungan mahupun penilaian mengenai semua permasalahan isu-isu semasa yang sedang melanda negara.kita.

Apa pandangan PM?? Apa reaksi PM?? Bila PM nak respon terhadap persetujuan Tun Dr Mahathir untuk adakan debat terbuka di antara mereka??

Mohon Nazri Aziz tolong bantu untuk menrealisasikan impian keseluruhan rakyat jelata ini secepat yang mungkin....

Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan

2 comments:

  1. Saya amat bersetuju dan merasakan rakyat dah terlalu penat dan letih dengan isu semasa. Nak jugak tengok darah Bugis memperbenarkan dan mengotakan apa yang dia kata.

    ReplyDelete
  2. En khai...bila nak keluar posting baru....tolong komen pasal najib yg marah rakyat kritik2 dia pasal bising ttg 1mdb...

    ReplyDelete