Pada
hemat peribadi saya YB Dato Seri Rahman Dahlan kurang faham proses
undang-undang serta tidak peka akan 'repercussion' yang mungkin berlaku
terhadap manipulasi dokumen-dokumen seandainya keseluruhan ahli lembaga
pengarah 1mdb masih berada di situ.
Sekiranya semua
mereka yang telah gagal sehingga menyebabkan bebanan hutang 1mdb ini
begitu besar dipecat ataupun digantung tugas sekalipun secara segera, ianya tidak akan melambatkan serta menyukarkan proses siasatan kerana
semua yang terbabit itu masih boleh di panggil atas dasar 'personal
capacity' selaku bekas kakitangan 1mdb. Apa masalahnya??!!
Kalau
pecat semua lembaga pengarah yang sepatutnya bertanggungjawab di atas
kegagalan 1mdb dengan bebanan hutang rm42 billion masakini dan pemecatan
ini membuatkan mereka semua tidak boleh dipanggil sebagai saksi untuk
proses siasatan, lainlah cerita!! Ini peruntukan undang-undang masih
membenarkan mereka untuk disapina oleh polis (PDRM), jadi apa
masalahnya??!!
Rahman Dahlan terlupa bahawa pelbagai
risiko manipulasi dokumen boleh berlaku dengan semua yang
terlibat masih ada di premis 1mdb. Sebab itu dalam peruntukan
undang-undang sekiranya seseorang pegawai kerajaan atau kakitangan
swasta ditangkap atas sebarang salahlaku mereka akan diberikan cuti
semasa proses siasatan berjalan.
Malahan dalam Sarawak Report juga telah melaporkan bahawa semua komputer bimbit kakitangan
1mdb, softwarenya telah di 'erase' pada bulan Disember 2014.
Pemecatan,
gantung tugas atau dicutikan apabila perkhidmatan yang tidak memuaskan
adalah satu 'norms' ataupun praktis yang selari dengan 'rules of laws.'
Arul Kanda Kandasamy pula pernah berbohong dan hanya memberi jawapan yang
mengelirukan rakyat semata-mata. Kerajaan harus bersikap tegas ke atas
kalangan yang tidak 'perform' dan tidak perlu membazir dana kerajaan
mahupun wang rakyat untuk bayar gaji mereka pada kadar yang tinggi pada
kelazimannya setiap bulan.
Saya amat tidak faham dengan
dasar kerajaan mengenai 1mdb. Kerajaan nampak sukar sangat untuk
memberi jawapan secara berfakta serta ilmiah kepada keseluruhan rakyat
jelata.
Sehingga kini mereka hanya buat
kenyataan-kenyataan berbelit, mengelirukan dan tidak meyakinkan rakyat
langsung. Apa susah sangat untuk beri jawapan yang bernas kepada akar
umbi.
Dulu Arul Kanda berbohong kata wang dari
kepulauan Cayman Island dah ditebus dan dibawa pulang tapi didapati
berhohong!! Arul Kanda kata tiada bukti langsung Jho Low terlibat
dengan 1mdb tetapi ada dokumen menunjukkan Jho Low terlibat secara
'direct' dengan syarikat ini.
PM turut berbohong kepada
rakyat dan Parlimen mengatakan bahawa sebahagian duit yang ditebuskan
dari kepulauan Cyman disimpan dalam bentuk wang tunai sejumlah USD
1.103 billion di bank BSI singapura dan akhirnya tidak betul juga!!
Baru ini Husni Hanadzlah menipu lagi kata kononnya Kementerian Kewangan Malaysia tersalah tafsir mengenai wang tunai USD 1.103 billion di bank
BSI singapura. Ini adalah satu penipuan menurut tafsiran saya. Takkan Kementerian Kewangan yang mempunyai 2 orang Menteri Kewangan serta
pakar-pakar ekonomi negara yang berpengalaman boleh tersalah tafsir
ke atas satu isu kewangan negara yang begitu penting. Kenyataan Husni
ini tidak dapat diterima oleh akal fikiran yang waras!! Ianya juga amat
tidak logik!!
Malangnya sehingga kini Dato Sri Najib, Dato Seri Husni, Tan Sri Lodin dan Arul Kanda tidak pernah
menjawab secara sahih di mana perginya duit-duit 1mdb yang dibelenggui
dengan hutang yang begitu besar dalam tempoh hanya 5 tahun penubuhannya.
Macamana
mereka nak rakyat yakin dengan sikap kerajaan yang putar belit dan
hanya berbohong tanpa menjawab semua persoalan yang timbul secara
ilmiah serta komprehensif??!!
Sebab itulah 'rating' populariti rakyat terhadap kepimpinan masakini jatuh merudum!!
Saya
selaku bekas Naib Ketua Umno bahagian yang banyak berceramah di seluruh
pelusok tanahair yakin dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno mahupun BN kemungkinan akan hilang kuasa sekiranya Najib terus
memimpin.
Sentimen rakyat akar umbi amat tidak baik dan begitu negatif terhadap kepimpinan Dato Sri Najib.
Lihatlah keputusan pola undi anak muda pada PRK Rompin dan Permatang Pauh terhadap BN.
Sebab itu Umno amat sukar untuk mendaftarkan ahli-ahli muda dari kalangan gen y untuk menyertai parti ini.
Secara
jujur dan ikhlas saya ingin nasihatkan Dato Sri Najib agar berundur
dari jawatan Presiden Umno serta Pengerusi BN seterusnya melepaskan juga
jawatan Perdana Menteri sekiranya beliau sayangkan parti Umno dan BN.
Bagi
saya Dato Sri Najib sedang hadapi satu krisis keyakinan yang kronik dan era kepimpinan beliau juga telah berlalu dan semakin tidak
relevan lagi pada keseluruhan rakyat Malaysia!!
Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan
Setuju dato'
ReplyDeleteSaya pun hairan macam mana Rahman Dahlan boleh kata macam tu....
Walaupun tiada bukti salah laku setakat ini....the fact that they have a debt of 42 billion with not enough (really not enough) cashflow show the incompetency of the one (s) who manage it...
On this ground alone, all of the directors should be sacked immediately!
Lagi satu...kalau benar lah MOF tersalah tafsir berkenaan duit tunai...kenapa tiada pembetulan dibuat dengan serta merta dari pihak 1MDB dan ambil masa berbulan setelah soalan ditanya banyak kali untuk pihak MOF sendiri buat pembetulan????
Setuju dato...
ReplyDeleteDengan jawapan yang berbelit-belit...menunjukkan bahawa semua yg terlibat tidak tahu apa sebenarnya berlaku dlm 1mdb.....so ini ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan Umum......
Saya musykil sgt.....Susah sgt ke nak bagitau kemana wang pinjaman tersebut dibelanjakan....? Jika tiada apa yg perlu disembunyikan...Saya rasa ia sesuatu yg mudah........42billion tolak kos beli IPP mahal dan Tanah murah....so baki ni yg jadi isu sebenarnya.....Belanja kemana, Poket Najib ke, Rosmah ke , Keluarga ke.......