demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB
Showing posts with label rahman dahlan. Show all posts
Showing posts with label rahman dahlan. Show all posts

Friday, 7 August 2015

PEMBOHONGAN PUTRAJAYA MENGENAI JUSTO GAGAL LAGI.... AMAT MELUCUKAN!!

Apa komen Rahman Dahlan kaki bodek minda lemah berotak udang kali ini? Baru-baru ini Rahman Dahlan mereka cerita kononnya Justo yang ditahan di Bangkok akan didakwa kerana memalsukan dokumen-dokumen 1mdb.

Yang menghairankan saya ialah ketua polis Thailand mengatakan Justo hanya akan didakwa di bawah kesalahan memeras ugut bekas majikannya saja. Tiada pendakwaan memalsukan dokumen sepertimana yang digembar-gemburkan oleh Rahman Dahlan, Putrajaya serta pihak Polis di Raja Malaysia!

Apa dah jadi kini? Rekacerita yang tidak menjadi serta apa komen Rahman Dahlan sekarang?

Rahman Dahlan juga pernah menuduh kononnya akhbar The Edge, Sarawak Report dan beberapa orang politik telah membeli dokumen palsu dari Justo mengenai 1mdb untuk mengaibkan serta nak jatuhkan perdana menteri kononnya.

Kini, semua kenyataan Rahman Dahlan tidak mempunyai asas langsung. Kemungkinan kita boleh katakan Rahman Dahlan ini memang kaki penipu!!

Yang menggelikan hati saya lagi ialah ketua polis Thailand mengatakan siasatan serta proses pendakwaan ini tiada kaitan dengan campurtangan negara luar!

Sepertimana kata Ybhg Dato Hj Nakhaie Ahmad semua propagandis ini harus dibuang secara serta-merta!! Mereka ini kalangan orang yang tak berguna!!

Thursday, 16 July 2015

Rahman Dahlan Pun Nak Join The Bodek Club !!

Cukup-cukup lah YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, janganlah nak jadi kaki bodek minda lemah juga !!

Ini kah kualiti seorang tokoh pemimpin bertaraf Menteri kanan di dalam kabinet Malaysia? Mereka cuba nak pertahankan kemungkaran yang mustahil untuk dipertahankan pada hakikatnya? Belajar lah takut sama pada hukum-hakam agama.

Janganlah hanya tahu nak membodek demi untuk mempertahankan pangkat, perut serta poket saja. Prinsip 3P ini amat tidak bermaruah serta harus dihindarkan daripada menular dalam jatidiri kita.

Saya amat tak faham dengan sikap Datuk Rahman Dahlan ni. Kalau kata Sarawak Report memalsukan dokumen dan menulis atas dasar fakta yang tipu serta tidak tepat, maka beliau sepatutnya pergi ke balai polis terdekat untuk buat laporan polis. Senang serta mudah cerita!!

Selepas buat laporan polis terus ambil tindakan undang-undang secara tegas. Tapi janganlah jadi macam DS Najib pulak! Tak berani hantar surat saman tapi hanya hantar surat untuk minta penjelasan saja.

Penjelasan apa lagi sekiranya orang sudah memalukan dan mengaibkan maruah diri ke seluruh dunia? Sepatutnya hantarlah surat peguam untuk meminta pihak defendan mohon maaf dan tarik balik kenyataan dalam masa 14 hari. Gagal berbuat demikian terus ambil tindakan undang-undang.

Bukan hantar surat peguam untuk minta penjelasan demi penjelasan tanpa sebarang tindakan undang-undang. Itu benak namanya!!

Yb Rahman Dahlan tak perlu cuba untuk alih pandangan rakyat kerana rakyat amat bijak pada hari ini. Rakyat marhein lebih bijak dari mentaliti beliau yang hanya pandai bodek, bijak mengeluarkan kenyataan tetapi tak berani bertindak.

Berita dari puak pro DS Najib mengulangi ungkapan kononnya Sarawak Report memalsukan dokumen ribuan kali dah tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang tindakan pun!!

Namun kini, rakyat sudah jelek dengan kenyataan-kenyataan yang tidak ilmiah dari putrajaya. Mereka hanyalah retorikal saja/
Kemelut krisis keyakinan yang paling teruk melanda negara kita kini adalah disebabkan oleh sikap Perdana Menteri Malaysia yang tak tahu nak beri jawapan secara lurus, telus, tepat, jujur, iklhas serta secara mudah.

Bila rakyat tanya Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan 1, mana perginya duit-duit yang bernilai berbillion ringgit yang dilaburkan di kepulauan Cayman berada pada masa ini? Jawablah secara mudah dan tepat!! Bila rakyat tanya lagi mengenai akaun peribadi yang dimasukkan sejumlah wang bernilai lebih kurang rm2.5 billion maka DS Najib mesti jawab 'ya' ataupun 'tidak' itu akaun-akaun miliknya!!

Bukan bagi jawapan contohnya saya tak pernah guna wang tersebut untuk kepentingan peribadi. Yang kita tanya akaun itu milik peribadi DS Najib kah?? Bukan kita menyoal samada beliau telah guna ataupun tidak dana tersebut bagi kegunaan peribadi.
Inilah masalah dengan DS Najib yang gemar respon pada soalan-soalan secara tidak relevan.

Sebab itulah rakyat marah dan kecewa dengan sikap pemimpin Umno serta BN pada hari ini. Lain yang ditanya dan lain pulak yang dijawab!!

Friday, 22 May 2015

Rahman Dahlan Tak Faham Proses Undang-Undang

Pada hemat peribadi saya YB Dato Seri Rahman Dahlan kurang faham proses undang-undang serta tidak peka akan 'repercussion' yang mungkin berlaku terhadap manipulasi dokumen-dokumen seandainya keseluruhan ahli lembaga pengarah 1mdb masih berada di situ.

Sekiranya semua mereka yang telah gagal sehingga menyebabkan bebanan hutang 1mdb ini begitu besar dipecat ataupun digantung tugas sekalipun secara segera, ianya tidak akan melambatkan serta menyukarkan proses siasatan kerana semua yang terbabit itu masih boleh di panggil atas dasar 'personal capacity' selaku bekas kakitangan 1mdb. Apa masalahnya??!!

Kalau pecat semua lembaga pengarah yang sepatutnya bertanggungjawab di atas kegagalan 1mdb dengan bebanan hutang rm42 billion masakini dan pemecatan ini membuatkan mereka semua tidak boleh dipanggil sebagai saksi untuk proses siasatan, lainlah cerita!! Ini peruntukan undang-undang masih membenarkan mereka untuk disapina oleh polis (PDRM), jadi apa masalahnya??!!

Rahman Dahlan terlupa bahawa pelbagai risiko manipulasi dokumen boleh berlaku dengan semua yang terlibat masih ada di premis 1mdb. Sebab itu dalam peruntukan undang-undang sekiranya seseorang pegawai kerajaan atau kakitangan swasta ditangkap atas sebarang salahlaku mereka akan diberikan cuti semasa proses siasatan berjalan.

Malahan dalam Sarawak Report juga telah melaporkan bahawa semua komputer bimbit kakitangan 1mdb, softwarenya telah di 'erase' pada bulan Disember 2014.

Pemecatan, gantung tugas atau dicutikan apabila perkhidmatan yang tidak memuaskan adalah satu 'norms' ataupun praktis yang selari dengan 'rules of laws.'

Arul Kanda Kandasamy pula pernah berbohong dan hanya memberi jawapan yang mengelirukan rakyat semata-mata. Kerajaan harus bersikap tegas ke atas kalangan yang tidak 'perform' dan tidak perlu membazir dana kerajaan mahupun wang rakyat untuk bayar gaji mereka pada kadar yang tinggi pada kelazimannya setiap bulan.

Saya amat tidak faham dengan dasar kerajaan mengenai 1mdb. Kerajaan nampak sukar sangat untuk memberi jawapan secara berfakta serta ilmiah kepada keseluruhan rakyat jelata.

Sehingga kini mereka hanya buat kenyataan-kenyataan berbelit, mengelirukan dan tidak meyakinkan rakyat langsung. Apa susah sangat untuk beri jawapan yang bernas kepada akar umbi.

Dulu Arul Kanda berbohong kata wang dari kepulauan Cayman Island dah ditebus dan dibawa pulang tapi didapati berhohong!! Arul Kanda kata tiada bukti langsung Jho Low terlibat dengan 1mdb tetapi ada dokumen menunjukkan Jho Low terlibat secara 'direct' dengan syarikat ini.

PM turut berbohong kepada rakyat dan Parlimen mengatakan bahawa sebahagian duit yang ditebuskan dari kepulauan Cyman disimpan dalam bentuk wang tunai sejumlah USD 1.103 billion di bank BSI singapura dan akhirnya tidak betul juga!!

Baru ini Husni Hanadzlah menipu lagi kata kononnya Kementerian Kewangan Malaysia tersalah tafsir mengenai wang tunai USD 1.103 billion di bank BSI singapura. Ini adalah satu penipuan menurut tafsiran saya. Takkan Kementerian Kewangan yang mempunyai 2 orang Menteri Kewangan serta pakar-pakar ekonomi negara yang berpengalaman boleh tersalah tafsir ke atas satu isu kewangan negara yang begitu penting. Kenyataan Husni ini tidak dapat diterima oleh akal fikiran yang waras!! Ianya juga amat tidak logik!!

Malangnya sehingga kini Dato Sri Najib, Dato Seri Husni, Tan Sri Lodin dan Arul Kanda tidak pernah menjawab secara sahih di mana perginya duit-duit 1mdb yang dibelenggui dengan hutang yang begitu besar dalam tempoh hanya 5 tahun penubuhannya.

Macamana mereka nak rakyat yakin dengan sikap kerajaan yang putar belit dan hanya berbohong tanpa menjawab semua persoalan yang timbul secara ilmiah serta komprehensif??!!

Sebab itulah 'rating' populariti rakyat terhadap kepimpinan masakini jatuh merudum!!

Saya selaku bekas Naib Ketua Umno bahagian yang banyak berceramah di seluruh pelusok tanahair yakin dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno mahupun BN kemungkinan akan hilang kuasa sekiranya Najib terus memimpin.

Sentimen rakyat akar umbi amat tidak baik dan begitu negatif terhadap kepimpinan Dato Sri Najib.

Lihatlah keputusan pola undi anak muda pada PRK Rompin dan Permatang Pauh terhadap BN.

Sebab itu Umno amat sukar untuk mendaftarkan ahli-ahli muda dari kalangan gen y untuk menyertai parti ini.

Secara jujur dan ikhlas saya ingin nasihatkan Dato Sri Najib agar berundur dari jawatan Presiden Umno serta Pengerusi BN seterusnya melepaskan juga jawatan Perdana Menteri sekiranya beliau sayangkan parti Umno dan BN.

Bagi saya Dato Sri Najib sedang hadapi satu krisis keyakinan yang kronik dan era kepimpinan beliau juga telah berlalu dan semakin tidak relevan lagi pada keseluruhan rakyat Malaysia!!

Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan