Dato Sri Najib Tun Razak kena sedar bahawa beliau sedang ditipu yang bakal membawa rebah kepadanya.
DS Najib sedang melihat sokongan palsu rakyat pada hakikatnya. Hari
demi hari sokongan rakyat akar umbi terhadap DS Najib semakin menurun
dengan teruknya.
Jangan mudah percaya pada himpunan
rakyat yang diupah, dikerah serta diangkut ke majlis-majlis yang DS Najib hadir. PM tolonglah jangan syok sendiri!!
Saya
amat smpati apabila melihat DS Najib kata sokongan rakyat
terhadapnya ikhlas!! Situasi inilah yang bakal merebahkan DS Najib dan Umno pada PRU 14 kelak.
Pada PRU 13, 51% rakyat
jelata.menyokong Pakatan Rakyat. Dengan pelbagai isu-isu besar yang
sedang melanda negara dan kritikan-kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad
terhadap kepincangan pentadbiran DS Najib, kali ini bakal melihatkan
Pakatan Rakyat bakal memperolehi undi popular yang lebih besar
seandainya DS Najib masih degil tidak mahu berundur.
Lihat
saja dayausaha Umno untuk mendaftarkan gen y sebagai ahli yang baru
masih menghadapi jalan sukar. Majoriti kalangan gen y tidak minat
menyertai parti Umno. Lihat juga pola undi gen y pada PRK Rompin serta
Permatang Pauh amat tidak memberangsangkan!!
Yang mengerikan pada PRU 14 kelak kita bakal menghadapi sejumlah 6 juta orang pengundi baru.
Keseluruhan rakyat jelata bijak menilai dan tak boleh terima lagi pelbagai penipuan di bawah kepimpinan DS Najib.
Kepimpinan DS Najib dah terpaksa menipu hampir setiap hari untuk mempertahankan
isu-isu besar seperti 1mdb @ Tabung Haji sebagai contohnya.
Yang
membuat keadaan semakin teruk DS Najib tidak pernah menjawab semua
soalan-soalan Tun Mahathir secara hakikat, ilmiah, berfakta, jujur serta
komprehensif. Ini sukar difahami, kerana apa susah sangat untuk DS Najib
jawab semua soalan-soalan Tun Mahathir secara terbuka??
Saya
amat berharap DS Najib sedar bahawa rakyat tidak boleh ditipu
serta diperbodohkan lagi. Dengan kemajuan teknologi media sosial hari
ini amat sukar untuk kita menutup sesuatu.kesalahan. Ini adalah kerana
banyak matlumat tepat dapat diperolehi secara terus oleh rakyat jelata
melalui saluran media sosial.
Hari demi hari graf populariti DS Najib semakin menurun. Apa yang merisaukan kita graf
ini juga sedang menunjukkan bahawa Umno dan BN akan turut kecundang
kemungkinan hilang kuasa pada PRU 14 seandainya DS Najib masih degil tidak
mahu berundur.
Sekiranya DS Najib sayangkan parti Umno dan
BN, sudah sampai masanya DS Najib berundur secara terhormat demi
menjamin kesinambungan serta survival Umno di tanahair kita.
Turun secara terhornat mungkin agak mustahil kerana hukuman sudah menanti. 3 tahun penjara atau fine.atau kedua2nya sekali. Baca chedet Najib dan Pembohongan.
ReplyDeletePersoalan di sini, fokus utama :-
ReplyDelete1. PM Najib sudah terperangkap dalam tiga dimensi. Orang berdekatan nya kini kian melepaskan tengkuk masing-masing. Bahawa dari telahan saya, terperangkap dengan jawapan yang keluar dari mulut nya, pengumuman awam bersandarkan jawapan menteri-menteri nya, yang ternyata tidak tahu buah butir kekalutan berlaku ; yang secara "indirect" membebankan mereka tanpa di duga.
2. PM Najib juga terperosok dalam 'mainan' keluarga yang meratah seada nya. Kita berasa simpati juga kerana gendang perang sentiasa berbunyi dan meminta. eliau bersedia undur atau berperang, sehingga dengan tegas terkeluar berapi semangat leluhur Kepahlawan Bugis nya !
3. Kini lagi satu masaalah, "Rebranding" dari kumpulan media beliau, melibatkan LKW, agak tersasar dari memungkinkan tanda tanya baru.. PM Najib masih terbelenggu dengan permainan licik, hakikat nya berlawanan karakter, sepatut nya jika tidak semua, mesti juga memiliki kemiripan arwah Tun Tazak sebagai seorang yang berhemah, bijaksana dan dekat di hati rakyat. Kini tertanya-tanya kita, DS Najib itu siapa ?
4. Amat sedih dalam asakan liberalisme / sekular, PM Najib telah di dominasi tokoh-tokoh kepercayaan beliau yang di lantik, lebih berkuasa dan terkenal dari Ulama-Ulama Islam rasmi Islam di Malaysia. Jamil Khir gagal pada hakikat nya, selarikan pentadbiran kerajaan memenuhi tuntutan Maqasid Syariah (Sunnah dan AlQuran)
5. Ini lah bahaya nya mempersendakan hukum wassatiyah (Firman Alkah) di mana masa yang sama menjemput pluralisme, yakni melantik kalangan musuh Islam menjadi panel penasihat-penasihat beliau. Para cendikiawan dan ulama2 Melayu di sisihkan.
Lihat juga Hj. Hadi sekarang, dalam kemelut Dap dan Pasma. Situasi PM Najib dan Hj. Hadi itu serupa dan sedikit berbeza dari soal kesatuan (jamaah) dan berakidah. Hj Hadi mungkin sudah punah juga akidah nya...
Jadi, 1MDB perlu di tangani dengan berhemah dan berbentuk salah tetap salah. Sekarang kita semua sedang lewat persimpangan... Tun M secara drastik sudah menjurus kepada rujukan perundangan perkara 218. Satu lagi bonus buat pembangkang yang sekarang tersenyum lebar ! Ini lah bahana mecarca barba perundangan yang sudah sekian lama terbukti.berkesan, membendung perpaduan di Tanah Melayu Malaysia ini !
Satu kesalahan besar dalam taktik perang Pahlawan Bugis !
Aku yakin najib masih selesa dengan adanya entiti2/organisasi belaan beliau/umno/bn yang tak perlu kita sebut di sini yg telah pun banyak 'berjasa' dlm memenangkan umno/BN dlm 2 PRU sebelumnya....kecuali tekanan yang maha hebat dari dalam umno/bn itu sendiri yg mampu menjatuhkan najib dan juga rosmah.
ReplyDeleteDemi umno dan BN najib dan rosmah perlu disingkir.
Najib ni dia perasan glamor mcm artis.......ramai peminat....I love PM...ini utk kempen peribadi.....Kenapa tak I love BN atau UMNO.......
ReplyDeleteSaya ahli UMNO....meluat tgk Najib dan org disekelilingnya...Saya berdoa agar PRU 14 BN atau UMNO akan tumbang bagi pengajaran kepada pemimpin ini supaya jgn bongkak atau cuma memperbodohkan rakyat.....