demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Saturday, 16 May 2015

Saya Tuntut Nazri Aziz Minta Maaf Secara Terbuka Atau Berdepan Tindakan Undang2 !

KENYATAAN AKHBAR

Saya akan saman serta mengambil tindakan undang-undang ke atas Nazri Aziz yang telah mengatakan secara terbuka di media bahawa saya adalah seorang yang bankrap kini!! 

Saya bagi 7 hari melalui hari ini untuk Nazri Aziz mohon maaf secara terbuka dan sekiranya beliau gagal membuat demikian maka saya tidak akan teragak-agak untuk mengheretnya ke mahkamah.

Nazri Aziz ini adalah contoh pemimpin yang suka bercakap tanpa menggunakan akal fikiran yang rasional. Dia bercakap berteraskan perasaan tanpa mahu menggunakan otak!!

Tolong buat sedikit 'homework' samada saya ini bankrap atau pun tidak kini??!!

Dalam isu ini, dia cuba membuat penampilan secara grandstanding dan mencari publisiti murah supaya semua orang tahu yang beliaulah orang yang mencabar Tun Dr Mahathir untuk bertanding di kawasan parlimen Pekan menentang najib. Hakikatnya, budak Nazri Aziz inilah yang tak faham apa yang dia ungkapkan!!

Saya dah kata Tun Dr Mahathir tidak pernah pun sebut untuk mencabar Najib bertanding dalam pilihanraya khususnya di kawasan parlimen Pekan. Nazri Aziz ini bangang!! Dia yang kata tapi kini nak berdolak-dalik pulak!!

Nasihat Tun Dr Mahathir agar Najib berundur secara terhormat bukan nak mencabar Perdana Menteri bertanding di kawasan parlimen Pekan!!

Memandangkan Nazri Aziz yang memandai-mandai cabar Tun Dr Mahathir bertanding di Pekan maka saya pun ada hak untuk beri pandangan peribadi saya. kalau dah nak suruh sangat Tun Dr Mahathir bertanding dengan Najib maka wajarlah cadangkan satu kawasan parlimen yang 'neutral.' Apa Nazri Aziz takut pulak kah??!!

Di sini saya nak katakan kepada Nazri Aziz jangan lupa satu masa dulu Najib hampir tersungkur di kawasan parlimen Pekan. Tak mustahil ianya boleh berulang kembali dengan izin Allah swt. 

Yang bankrap minda adalah beliau sendiri!! Orang cakap lain beliau cakap lain!!

Lain kali kalau nak cakap gunalah otak dulu!! Ini penting kerana beliau adalah bertaraf menteri kabinet Malaysia bukan politikus jalanan.

Siapa dia Nazri Aziz dan apa sumbangannya kepada pembangunan negara jika nak dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir ??!! Asas kuat kejayaan negara kita adalah atas dasar perjuangan Tun Dr Mahathir selama 22 tahun memimpin negara ini secara cemerlang. Jika nak dibandingkan sumbangan Nazri Aziz ni, sebesar jari kelingking Tun Dr Mahathir pun tak ada!! Jadi tak perlulah nak cakap pandai.

Saya juga ingin sarankan kepada Nazri Aziz agar dapat anjurkan satu debat terbuka di antara Najib dengan Tun Dr Mahathir!! Biar rakyat jelata hakimi siapa yang bercakap benar dan siapa yang menipu!!

Kalau takut nak berdepan dengan Tun Dr Mahathir melalui debat terbuka memadailah saja dengan menjemput Tun Dr Mahathir ke mesyuarat MKT Umno untuk terangkan secara tertutup akan pendirian beliau terhadap kepimpinan Najib!!

Nazri Aziz juga kalau anak jantan tolong bagi tahu Presiden umno agar jangan tunda pemilihan parti Umno tahun depan. Saya juga nak sarankan agar Nazri Aziz masuk bertanding pada pemilihan MKT penggal depan!!

 Saya secara ikhlas ingin nasihatkan Nazri aziz agar jangan terlalu angkuh dalam hidup ini. Hari ini beliau mungkin berada di atas, esok dengan kuasa Allah swt mungkin beliau akan berada di bawah pulak!! Tolong jangan terlalu riak!!

Kalau kita tak mampu untuk berbudi memadai dengan kita membalas budi dan sekirnya kita tak mampu juga untuk membalas budi adalah memadai dengan kita hanya mengenang budi!! Jadi janganlah gigit tangan orang yang pernah berbudi pada kita!!

Yang bankrap minda adalah Nazri Aziz itu sendiri!!

Dari;
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan

6 comments:

  1. Harap Nazri Aziz boleh set tarikh dan tempat untuk boss dia berdebat dengan Tun M.

    Jangan lari pulak...Kita tengok dia ada telur tak.
    Nazri.Aziz dengan Najib boleh jalan laa..

    ReplyDelete
  2. baguslah tu. orang macam tu dah patutlah sangat diluahkan kata kata macam tu. "apa sumbangan dia kepada agama, bangsa dan negara" sepatutnya dijawab atau setidak tidaknya difikirkan.

    ReplyDelete
  3. ape yg sy nmpk, nazri aziz ni byk cakap sampah.. hidup segan mati xmau... xde ape sumbangan lansung... dulu time paklah... die nk jadi panglima umno.. skang ni pulak die ni jadi tukang karut umno...kesian menteri buang karan sorg ni... bak kate tun m... sekali die boo.. habis menikus lari... hahaha

    ReplyDelete
  4. Nazri bahlol ni nak melingkupkan Najib, sebetulnya. Bukan dia tak tau (a) Najib pernah menang tipis 300 undian dulu, dan (b) pola undian rakyat di Rompin jelas menunjukkan tanda orang Melayu yang pro kerajaan menolak Najib.

    ReplyDelete
  5. ajak lah lawan Tun M kat parlimen Langkawi...kita tgk siapa yang menang :)

    ReplyDelete
  6. Kalau Tun berrtanding dgn Pm kat Pekan pun tak apa..Tun will win hands down

    ReplyDelete