Saturday, 9 May 2015
Azeez Rahim - Sila Letak Jawatan !
"Saya nak bagi tahu, lepas ini jangan kata mengapa Tabung Haji jual kepada orang bukan Islam,"
Saya terkejut dengan ayat di atas yang disebut oleh Azeez Rahim dalam sidang media sebentar tadi seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini ( KLIK ) dan Astroawani ( KLIK )
Azeez Rahim biadab dan kurang ajar !!!
Beginikah rupa pendirian seorang pemimpin Melayu yang beragama Islam yang telah diberikan amanah oleh rakyat khasnya orang Melayu untuk menjaga kepentingan dan maruah bangsa dan agama sendiri ?
Sebab itu kita kata guna otak dulu sebelum mengambil sebarang keputusan. Kenapa beli tanah 1MDB syarikat yang satu dunia tahu sedang bermasalah dengan pelbagai skandal kewangan secara diam-diam tanpa pengetahuan pencarum ?
Siapa suruh Tabung Haji beli pada asasnya ? ? Sekarang bila umat Islam terutama para pencarum melenting marah dan menuntut penjelasan, Azeez cuba menempelak mereka balik. Jawapan Azeez ini melambangkan keangkuhan dan kebodohannya !
Kata tanah TRX pelaburan yang baik .... beli senyap-senyap dan kini kenapa secara tergesa-gesa pulak nak jual ? Apakah kewangan Tabung Haji juga terdesak ?
Apakah Azeez tidak tahu bahawa tanah TRX itu sebenarnya dulu sudah diberikan kepada Yayasan Pembangunan Bumiputera ? Seharusnya demi untuk menyelamatkan hak umat Islam ke atas tanah sepertimana yang didakwa sebelum ini, adalah menjadi tanggungjawab Azeez memastikan ia tetap kekal menjadi hakmilik orang Islam.
Janganlah berperangai seperti kanak-kanak yang rosak akhlak, yang memberontak memusnahkan harta benda keluarga hanya kerana kehendaknya tidak dipenuhi.
Azeez Rahim tidak layak jadi Pengerusi Tabung Haji. Saya sarankan beliau agar letak jawatan dan serahkan kepada orang yang lebih bertanggungjawab kepada agama dan bangsanya sendiri !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuan
ReplyDelete>Ramai pengerusi glc dan glic rasa syarikat tu hasil usaha dan harta mak bapak depa untuk depa makan dan buat ukut suka.
>Dan dah jadi lumrah para pengampu memang akan hutang besar dengan tuan...apatah lagi jika rasa boleh dapat lagi banyak daripada tuan...
> Pun begitu tahniah sebab tuan direct dan berani untuk bangsa..dan agama..
Soalan budak skolah rendah ni....sebagai jalan untuk mengelak fitnah berleluasa, kenapa PM tidak 'nasihat' kan si Azeez utk batalkan saja transaksi dengan 1MDB...? Kenapa tidak 'nasihat' kan 1MDB untuk batalkan dan pulangkan smula duit transaksi kpd TH....? Bukan kah 'nasihat' PM ke atas kedua-dua organisasi ini adalah sah mengikut polisi masing2....? Tapi PM nasihat kan si Azeez utk jual smula kat pihak lain secara tergesa2, kenapa ye....? Macam x betul je ni cara nak elak fitnah!! Owhhh...lupa...1MDB kan dah dapat duit untung 'bail out' dari TH....consider settle lah....win win situation for both party....'nasihat' yg bijak, bijak....
ReplyDeletedulu-dulu masa nak bukak akaun / buku simpanan kat TH dpt jgk "Tabung" bentuk bangunan tabung haji tp skang ni apa pun taraakkkkk!!!!!!!!
ReplyDelete"nampak sgt duit tabung haji dah susut ye!!!!!"
Bagi orang2 yang telah di amanahkan oleh rakyat utk meminpin,mentadbir dan mengurus harta dan hak rakyat mengikut "HUKUM ALLAH" tapi tidak mengikut hukum dan amanah yang sepatutnya....Maka ingatlah kamu di Makamah Allah S.W.T nanti bersedia lah kamu menjawab di depan Allah S.W.T
ReplyDelete