demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Wednesday 27 May 2015

TUN M TEGUR KERANA NAJIB BANYAK BUAT SILAP

Dato Sri Najib kena sedar dan muhasabah diri kerana beliau banyak melakukan kesilapan sebab itulah Tun Dr Mahathir ikhlas menegur serta kritik kepimpinannya demi menjaminkan survival Umno dan juga BN.

Kebelakangan ini DS Najib banyak menipu rakyat khususnya dalam isu 1mdb. DS Najib kata Jho Low tiada kaitan dengan syarikat 1mdb tapi terbukti beliau ada hubung kait pada hakikatnya. PM kata dana 1mdb disimpan dan dilabur di kepulauan Cayman tapi sehingga kini tiada bayangan di mana duit itu berada?!

Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat 1mdb kata sebahagian duit daripada kepulauan Cayman yang ditebus disimpan dalam bentuk tunai USD1.103 billion dalam bank BSI Singapura tetapi bank tersebut menafikannya dan kata 1mdb bagi dokumen palsu!! PM pulak menipu dalam jawapan bertulisnya di Parlimen pada bulan Mac yang lepas.

Hakikatnya juga DS Najib tak pernah jawab pun semua soalan-soalan Tun Dr Mahathir setakat ini. Beliau hanya buat penafian secara umum saja!! PM tak pernah bagi jawapan secara ilmiah dan berfakta pun!!

Sebab itu saya sarankan kepada DS Najib untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir dan biarkan rakyat hakimi perdebatan tersebut. Anjurkanlah debat perdana yang disiarkan secara terus menerus ke seluruh pelusok tanahair.

Sekiranya Menteri Penerangan Malaysia kata nak kaji SOP debat tersebut terlebih dahulu dan kalau RTM susah nak siarkan ke seluruh negara maka kita mohon sokongan tv swasta seperti astro atau tv3 untuk siarkannya.

DS Najib jangan hanya guna saluran komunikasi untuk hentam Tun Dr Mahathir dari jauh. Itu tidak adil!!

Ataupun sekurang-kurangnya Presiden Umno sepatutnya jemput Tun Dr Mahathir untuk beri justifikasi kritikan beliau terhadap kepimpinan DS Najib kebelakangan ini. Biar semua ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno dengar sendiri penerangan dari mulut Tun Dr Mahathir.

Kenapa takut sangat nak berhadapan dengan Tun Dr Mahathir?! Saya amat hairan dengan pemimpin-pemimpin Umno seperti ini!!

Najib sepatutnya tanya dirinya sendiri bahawa bukan Tun Dr Mahathir saja yang menegur kepimpinannya kebelakangan ini. Bekas-bekas Menteri Kewangan Malaysia yang lain seperti YM Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Daim Zainuddin dan waima bekas ketua pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim pun membuat pelbagai teguran keatas kepimpinan ekonomi oleh DS Najib!!

Takkanlah semua bekas-bekas Menteri Kewangan Malaysia itu pun salah??!!

DS Najib kena cermin diri beliau terlebih dahulu khususnya dalam isu isteri beliau. Secara hakikatnya rakyat jelata banyak membuat pelbagai teguran serta mempunyai persepsi negatif terhadap DS Rosmah. Pasanglah telinga dan bukalah mata luas-luas. Saya tak suka bercakap bohong khusunya untuk membodek!!

Janganlah nak salahkan Tun Dr Mahathir saja. DS Najib tak ingat kah beberapa kali isterinya di 'boo' dalam acara-acara tertentu di tanahair kita. Apa maknanya tu??!!

Saya ingin sarankan kepada DS Najib agar jangan kurang ajar!! Tun Dr Mahathir tegur beliau kerana bersebab demi kebaikan dirinya serta parti Umno.

Beliau berada di tempatnya sekarang pun adalah atas daya usaha serta sokongan Tun Dr Mahathir pada suatu masa dulu. Walau macamana Tun Dr Mahathir sayangkan DS Najib tetapi bila beliau banyak melakukan kesilapan, maka demi kebaikan Tun Dr Mahathir sudah pasti kena buat teguran tanpa pilih kasih demi kepentingan bangsa mahupun negara!!

Dalam apa jua keadaan DS Najib harus berundur kerana beliau sedang hadapi krisis keyakinan yang paling teruk di kalangan rakyat jelata masakini!! Ini adalah hakikat yang hakiki!!

Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan

4 comments:

  1. Najib memang tak faham sejarah. Dia mencabar rakyat tunjukkan kat peti undi kalau tak puas hati.

    Saya nak ingatkan BN, tak payahlah ghairah sangat nak pi jaga tepi kain PAS dgn DAP yang bertelagah sekarang.

    Kalau tiang elektrik jadi calon PRU14 pun akan menang kalau lawan BN.

    Jangan nak berlagak sangat

    ReplyDelete
  2. Ds najib terlalu angkuh dan sombong. Ditambah lagi sifat kurang cerdik beliau dimana mudah dikencing oleh penasihat dan rakan sekeliling yg mempunyai agenda peribadi.
    secara jujurnya banyak rakyat pun dah muak dgn sikap beliau Dan tanpa segan silu berani berkata akan mengajar melalui kertas undi... siapa rugi

    ReplyDelete
  3. Najib ni bukan seorang pemimpin atau pejuang tulen...dia dibesarkan dlm kelompok bangsawan bukan rakyat biasa..berbeza dgn Tun mahatihir yg bermula dari bawah sbg rakyat biasa dan juga berjuang semasa penjajahan british.......Najib diangkat sbg pemimpin UMNO sbb Tun Abd Razak shj...Diri dia xda apa2 yg boleh dibanggakan..

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya tiada apa yg nak dihairankan di sini....secara asasnya untuk najib ia berkisar tentang dua perkara....kuasa dan wang....begitu jugak yg lain2 di bawahnya...jaga rice-cooker masing2...itu saja....jadi tak perlu nak stress fikir 5w n 1 h mengenai 1mdb ni...apa yg boleh dibuat ialah tekanan secara berterusan...jemput najib berdialoq lagi...kita tengok apa alasan najib seterusnya...1mdb adalah bangkai badak yg membusuk yg cuba ditutup dgn sehelai kertas A4....

    ReplyDelete