demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Friday, 8 May 2015

Pelaburan TH Dalam TRX - Kenapa DiLakukan Senyap2 ?



Saya tidak setuju dengan penjelasan TH ybhg dato Johan Abdullah yang menyatakan pelaburannya dalam pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).

TH sepatutnya membuat perancangan untuk membangunkan tanah-tanah sediada milik mereka terlebih dahulu. Saya yakin TH banyak 'landbanks.'

Di saat keadaan serta kedudukan ekonomi yang tidak menentu TH harus lebih berhati-hati di dalam membuat pelaburan khususnya hartanah yang berisiko tinggi.

Persoalannya di sini, kenapa TH bayar 1mdb pada kadar yang begitu tinggi di mana TH juga merupakan syarikat milik kerajaan sepertimana 1mdb. TH sepatutnya bayar pada kadar yang lebih rendah kerana urusniaga ini adalah di antara syarikat-syarikat kerajaan.

Seperkara lagi kenapa urusan ini dilakukan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan pencarum serta umum?

Yang menghairankan saya Pengerusi TH Azeez Rahim pun tak tahu sehinggakan beliau terpaksa menafikannya dalam laman tweeternya semalam.

Hari ni pulak Azeez Rahim suruh pulak pengurusan TH jawab kemelut ini seolah-olah beliau pun tidak tahu menahu.

Sebagai pengerusi TH beliau sepatutnya boleh menjawab isu pelaburan hartanah TH ini sepertimana dilaporkan di dalam blog tanpa perlu menafikannya.

Bila Azeez Rahim nafi ianya nampak seolah-olah ada benda yang tidak telus yang cuba disorok oleh TH.

Ini tidak baik bagi imej TH itu sendiri.

Saya juga ingin sarankan kepada.TH jangan cuba untuk memperbodohkan rakyat sepertimana isu 1mdb. Seluruh tenaga kerja TH mesti menggalas tanggungjawab secara amanah kerana semua pencarum menyimpan duit mereka di TH untuk tujuan ibadah.

Kenapa kini segalanya nak dilaksanakan secara sorok-sorok serta senyap-senyap ke arah berahsia kepada masyarakat umum. Semua pencarum termasuk diri saya mempunyai hak untuk mengetahui perjalanan pentadbiran dan pelaburan TH....

 - Kenyataan ini dipetik oleh astroawani di sini - 

Kenapa Tabung Haji beli tanah senyap-senyap? - Khairuddin

No comments:

Post a Comment