demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Wednesday 6 May 2015

Pelaburan TH Di TRX 1MDB - Pengerusi TH Kena Jawab



Kenapa Pengerusi Tabung Haji meminta pengurusan Tabung Haji untuk menjawab persoalan mengenai pembelian tanah TRX 1mdb??!! ( astroawani )

Semalam Azeez Rahim menafikan perkara tersebut dalam laman tweeternya dan kini menuding jari terhadap pengurusan Tabung Haji pulak!!!

Sebagai Pengerusi, Azeez Rahim kena jawab. Segala transaksi perniagaan Tabung Haji mesti dimaklumkan serta mendapat kelulusan dari lembaga pengarah Tabung Haji yang mana beliau adalah pengerusi.

Apakah Azeez Rahim ingin memberitahu rakyat bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai transaksi tersebut?! Kalau Azeez Rahim tak tahu menahu mengenai urusniaga ini beliau tidak layak jadi pengerusi Tabung Haji. Ianya juga bermakna beliau hanya makan gaji buta serta tidak bertanggungjawab!!!

Macamana Tabung Haji menggunakan duit pencarum secara senyap-senyap untuk urusniaga yang berisiko tinggi khususnya transaksi dengan syarikat 1mdb yang banyak berhutang sehingga sejumlah rm42 billion setakat ini. 1mdb pulak sedang berada dalam tahap kontroversi dengan salah tadbir dana serta kewangannya secara tidak telus.

Kenapa Tabung Haji harus membayar nilai tanah 1mdb pada kadar yang berpuluh kali ganda tinggi??!!

Plot tanah pertama TH bayar pada kadar rm2,860 satu kaki persegi dengan jumlah rm194 juta.

Pada plot tanah kedua TH bayar pada kadar rm3,900 satu kaki persegi dengan jumlah rm578 juta.

Apa yang TH cuba buktikan? Mereka salah guna wang pencarum!!! Sungguh tidak logik bagi TH untuk memeterai perjanjian yang tak masuk akal ini sepertimana yang dilaporkan oleh The Benchmark!!!

Saya akan membuat satu laporan polis keatas TH, pengerusinya Azeez Rahim, lembaga pengarah Tabung Haji serta pengurusan Tabung Haji.

Ini sekali lagi petunjuk daripada Allah swt akan stail kepimpinan kerajaan masakini.

Saya merayu kepada keseluruhan rakyat khususnya para pencarum TH untuk sama-sama kita lawan apa saja bentuk rasuah, penyelewengan ataupun salah laku pentadbiran TH demi menyelamatkan wang para pencarum di seluruh tanahair.




2 comments:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Membaca jalan cerita 1MDB dgn TH ni mengingatkan kita kpd rungutan dan kritikan umum semasa Datuk Azeez mula dilantik sebagai Pengerusi TH dulu.
    Ada rahsia disebalik rahsia.....

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Ini la akibatnya bila letakkan urusan hal ehwal rakyat especially dana awam kepada yg tidak layak, mmg jahanam la jadinya :(

    ReplyDelete