Najib Perdana Menteri Malaysia yang amat tidak bermoral dan harus letak jawatan!!
Seorang
pemimpin yang selalu berbohong sehingga sanggup membohongi Dewan Rakyat
(Parlimen) harus ditolak oleh kalangan politik serta keseluruhan rakyat
jelata.
Najib telah mencatat rekod di negara kita
dengan menipu Parlimen dalam jawapan bertulisnya baru-baru ini bahawa
sebahagian daripada wang yang ditebus dari kepulauan Cayman telah
dibawa pulang dan disimpan di dalam Bank BSI di Singapura dalam bentuk
tunai USD 1.103 billion.
Akhirnya bank BSI Singapura menafikan serta menyatakan 1mdb bagi dokumen palsu.
Banyak
duit-duit 1mdb hilang tanpa sebarang jawapan yang bernas dari Najib.
Sehingga kini Najib gagal menjawabnya tetapi hanya menipu untuk menutup
salah tadbir dana 1mdb.
Apakah Perdana Menteri yang
kaki bohong macam ni yang rakyat nak sokong??!! Lihat kes pembelian
tanah TRX oleh Tabung Haji, sekiranya maklumat tidak bocor sudah pasti urusniaga
yang mencurigakan dijalankan secara senyap-senyap itu juga akan
terlepas!!
Banyak lagi isu-isu lain dalam 1mdb, Tabung Haji, Felda dan beberapa agensi kerajaan yang memerlukan pencerahan dari najib.
Sebagai
rakyat yang bertanggungjawab kita tidak mahu dana kerajaan serta wang
rakyat disonglapkan. Rasuah mesti diperangi secara habis-habisan
sekiranya kita tidak mahu institusi negara runtuh!! Rasuah perosak
bangsa, agama serta tanahair.
Saya telah membuat
laporan polis (PDRM) ke atas Najib yang telah menipu Dewan Rakyat
mengenai wang yang kononnya disimpan di Bank BSI Singapura. Saya telah
serahkan isu ini kepada undang-undang.
Saya akan tulis
222 pucuk surat kepada keseluruhan Ahli-ahli Parlimen memohon mereka
mambawa usul undi tidak percaya pada Najib pada persidangan Parlimen
akan datang kerana beliau telah menipu Parlimen!!
Perdana Menteri yang kaki penipu tidak bermoral lebih teruk dari cakap berbelit-belit!!
Siapa
budak Najib nak dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir yang mempunyai
rekod cemerlang membangunkan negara kita selama 22 tahun.
Apa
rekod Najib selama ini??!! Yang kita baca skandal itu dan ini
hari-hari!! Hutang negara bertambah, nilai ringgit susut, sovereign
ratings turun, ketirisan dana kerajaan begitu teruk, duit-duit kerajaan
lesap berbillion-billion, kos sara hidup rakyat meningkat dan berbagai
masalah lagi.
Najib jangan kurang ajar!! Kepimpinan Najib hanyalah retorikal saja!! Keadaan kepimpinan negara semakin meruncing.
Kerusi
di BN di bawah kepimpinan Najib lebih teruk dari Pak Lah Badawi dalam
Parlimen pun beliau nak angkuh??!! Pernah menang PRU di Pekan dengan
majoriti amat tipis dan kini Najib nak angkuh??!! Jadi Perdana Menteri
pun atas sokongan Tun Dr Mahathir pun kini beliau nak angkuh??!!
Kita
tidak boleh percaya pada pemimpin yang cepat lupa sejarah. Kalau
kepimpinan Najib amanah serta berjaya, apakah Tun Dr Mahathir nak kritik
kepimpinannya masakini??!!
Tun Dr Mahathir hanya
mahukan kepimpinan yang kuat dan bersih untuk jamin UMNO serta BN terus
diterima oleh keseluruhan rakyat jelata.
Kini,
penerimaan UMNO dan BN oleh rakyat di peringkat akar umbi agak
menakutkan. Sebab itu program pendaftaran undi baru ahli UMNO amat
perlahan kerana generasi Y semakin menolak UMNO.
Ini
amat mengerikan kerana kita bakal hadapi pengundi baru seramai 6 juta
orang pada PRU 14 kelak. Kita tidak mahu UMNO dan BN ditolak!!
Sekali
lagi saya cabar Najib untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir secara ilmiah
di hadapan keseluruhan ahli-ahli umno untuk kita semua dengar penjelasan
dari kedua-dua pihak secara adil. Atau pun saya telah sarankan MKT UMNO jemput Tun Dr Mahathir pada mesyuarat akan datang bagi beliau
jelaskan pendiriannya selama ini.
Buatlah dan jangan dok menyalak saja!! Najib kena jadi anak jantan!! Naib jangan terlalu angkuh dan kurang ajar!!
Kalau kita ni kuching parsi jangan belagak nak jadi harimau!!! Ianya amat melucukan!!
No comments:
Post a Comment