demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB
Showing posts with label Task Force. Show all posts
Showing posts with label Task Force. Show all posts

Monday, 20 July 2015

NAJIB HARUS BERCUTI SEHINGGA SIASATAN SELESAI

DS Najib Tun Razak harus bercuti dari tugasan Perdana Menteri sehinggalah proses siasatan oleh 'task force' ke atas semua tuduhan terhadap 1mdb serta kemasukan dana rm2.6 billion dalam akaun peribadi DS Najib selesai.

Ini sepatutnya dijadikan asas untuk DS Najib memberi ruang siasatan yang bebas, telus, adil serta secara komprehensif tanpa dipengaruhi oleh bayangannya. Tetapi apa yang meragukan kita adakah 'task force' membuat siasatan dan hasil yang diperolehi bakal dilaporkan kepada Perdana Menteri?

Kaedah serta struktur ini tidak tepat sama sekali!!

Ini merupakan satu polemik dan isu yang sangat besar kerana tuduhan telah dilemparkan pada ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai bahan bukti. Bukan saja tuduhan dari dalam negara tetapi juga dari negara-negara luar. Ini amat serius!!

Ahli-ahli parlimen sepatutnya memohon dan mendesak sidang tergempar parlimen bagi menubuhkan satu 'royal commission' bagi membuat siasatan secara terperinci lagi bebas. Peranan 'task force' benar-benar meragukan rakyat jelata. Ketua-ketua dalam 'task force' adalah terdiri dari penjawat awam di bawah Perdana Menteri Malaysia.

Yakinilah isu Justo hanya untuk mengalih pandangan rakyat daripada persoalan pokok iaitu skandal syarikat 1mdb serta kemasukkan duit-duit ke dalam akaun peribadi DS Najib serta DS Rosmah Mansor.

Kes akaun peribadi DS Najib dan DS Rosmah bukan pun hasil maklumat dari Justo. Isu ini pun amat sahih!! DS Najib tak nafikan itu bukan akaun beliau tetapi sekadar menyatakan bahawa beliau tidak guna duit-duit tersebut untuk kepentingan peribadinya. Apa maksud ini??!!

Apakah pihak Polis Di Raja Malaysia dan SPRM sudah memanggil DS Najib dan DS Rosmah untuk menyiasat kes ini? Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM mesti buat kenyataan samada DS Najib dan DS Rosmah telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai punca dari mana datangnya duit-duit ini yang begitu banyak jumlahnya?

Begitu juga dengan TS Zeti Akhtar Aziz selaku Gabenor Bank Negara kena beritahu keseluruhan rakyat samada beliau mengetahui ataupun tidak mengenai akaun-akaun peribadi DS Najib serta DS Rosmah? Takkan TS Zeti tidak tahu kerana jumlah yang dimasukkan dalam akaun mereka bukan satu jumlah yang kecil!!

Kenyataan dan pengesahan dari Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Gabenor Bank Negara amat penting ke arah bersikap telus tanpa memilih bulu bagi memulihkan semula keyakinan rakyat jelata pada badan-badan berkuasa di negara kita.

Apa pun DS Najib harus bercuti sehingga semua siasatan terhadap dirinya selesai dan seandainya didapati tidak bersalah barulah beliau boleh memegang semula jawatan tampuk pemerintahan nombor satu negara ini.

Pada pendapat peribadi saya secara jujur dan ikhlas, insyallah dengan izin dan berkat dari Allah swt beliau bakal tumbang serta hanya masa terdekat bakal menentukannya!! Ameen yarabbal alameen...

Sunday, 12 July 2015

InsyaAllah ...... NAJIB AKAN TUMBANG !

Saya secara peribadi amat kurang yakin dengan keikhlasan serta kredibiliti 'task force' dalam siasatan kes skandal 1mdb namun begitu yakin dengan kuasa Allah swt akan mengatasi segalanya. Ini pendapat peribadi saya.

Setiap manusia mampu membohongi sesama manusia tetapi mana-mana manusia tidak akan mampu membohongi Allah swt Yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil.

Dalam apa jua keadaan saya begitu yakin bahawa DS Najib Tun Razak bakal tumbang dari kerusi nombor satu negara dalam sedikit masa lagi kerana beliau telah gagal memikul tanggungjawab secara amanah kepada bangsa, agama serta tanahair.

Polemik politik tanahair masakini menjadi kemelut kerana setakat ini DS Najib tak mahu dan gagal menjawab semua persoalan secara jujur mahupun ikhlas. Saya tak faham kenapa DS Najib tak mahu jawab semua persoalan yang ditimbulkan secara kaedah mudah.
Kalau rakyat tanya mana pergi duit-duit 1mdb jawab saja ianya sedang berada di mana. Bekalkan kenyataan dengan bukti hitam putih. Cukup senang dan mudah !

Kalau Wall Street Journal dan Sarawak Report tuduh sejumlah wang 1mdb yang berjumlah USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, DS Najib tanpa berlengah harus pergi ke balai polis terdekat untuk buat laporan polis terhadap pihak yang kononnya memfitnah beliau. Fitnah ini pula disebarkan ke seluruh dunia yang amat memalukan beliau serta imej negara. Malangnya, DS Najib enggan lapor polis serta tidak ambil tindakan saman malu secara secepat yang mungkin.....  Kenapa?? 

Surat dari pihak peguam DS Najib yang dihantar ke Wall Street Journal pula hanyalah seutus surat 'bodoh' yang cukup melucukan.

Bukan surat saman tetapi surat untuk meminta penjelasan dari Wall  Street Journal saja. Saya tak tahu samada peguam 'benak' atau DS Najib pun tak faham bahasa.

Rakyat Malaysia mahu Pahlawan Bugis kesayangan mereka bangkit mempertahankan maruah dirinya sendiri dan maruah negara yang tercabar melalui satu notis saman bernilai billion2 USD !!

Secara jujur dan ikhlas, saya sebagai rakyat marhein ingin menasihati DS Najib agar sekurang-kurangnya bercuti untuk izinkan satu siasatan yang komprehensif oleh pihak 'task force' dapat dijalankan secara telus, adil lagi saksama.

Budaya manusia kaki bodek minda lemah ni selagi bos berada di kerusi nombor satu negara, kita takut kalangan ini merasai serba salah untuk menyiasat secara telus dan seterusnya melaporkan berteraskan kebenaran hakikat.

Sebelum saya bernekad untuk lawan kemungkaran rasuah skandal 1mdb ini, saya sudah dapat bayangkan beberapa malapetaka bakal menimpa diri. Saya juga mempunyai sedikit pengalaman lawan kemungkaran DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998 bila menerbitkan buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' di saat Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mempercayainya pada waktu itu.

Jadi saya sudah 'mangli' dan faham sangat implikasi politik yang bakal menimpa diri saya bila kita lawan arus atas dasar kebenaran. 

Kini pula saya lawan kemungkaran kepimpinan Perdana Menteri, maka lagi teruk implikasi dari aspek politik serta ekonomi yang bakal membelenggui diri saya.

Bersyukur kehadrat Allah swt yang bekalkan prinsip berani kerana benar kepada saya secara utuh. Saya hanya yakin dan berpegang pada aqidah Allah swt demi untuk selamatkan negara dan rakyat di tanahair kita. Saya juga tidak mempunyai sebarang kepentingan sebab itu selepas terbukti DS Anwar Ibrahim bersalah pada tahun 1998 nasib diri saya sama saja berusaha siang malam untuk teruskan perjuangan hidup.

Kalau saya disuruh oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada waktu itu dan menjadi budak suruhan beliau sudah pastilah kini saya mungkin dah jadi menteri kabinet!!

Moral di sini, saya tiada kepentingan peribadi cuma saya pikul tanggungjawab perjuangan ini sebagai satu fardhu kifayah untuk menyelamatkan negara kita dari runtuh bankrap sekiranya rasuah tidak dilawan secara habis-habisan. Rasuah perosak bangsa, agama dan negara!!

Kita tidak boleh biarkan lagi pemimpin memperbodohkan serta mengkhianti aspirasi rakyat yang mengundi mereka untuk memerintah negara kita.

Yakinilah pada Allah swt seterusnya keempat-empat anggota 'task force' yang terdiri dari Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Gabenor Bank Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM mesti berpegang pada amanah Allah swt berteraskan ajaran Al-Quran serta As-Sunnah di dalam melaksanakan tanggungjawab secara amanah.

JANGAN TAKUT SESAMA MANUSIA, TAKUTLAH HANYA PADA ALLAH SWT!!