demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Sunday, 12 July 2015

InsyaAllah ...... NAJIB AKAN TUMBANG !

Saya secara peribadi amat kurang yakin dengan keikhlasan serta kredibiliti 'task force' dalam siasatan kes skandal 1mdb namun begitu yakin dengan kuasa Allah swt akan mengatasi segalanya. Ini pendapat peribadi saya.

Setiap manusia mampu membohongi sesama manusia tetapi mana-mana manusia tidak akan mampu membohongi Allah swt Yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil.

Dalam apa jua keadaan saya begitu yakin bahawa DS Najib Tun Razak bakal tumbang dari kerusi nombor satu negara dalam sedikit masa lagi kerana beliau telah gagal memikul tanggungjawab secara amanah kepada bangsa, agama serta tanahair.

Polemik politik tanahair masakini menjadi kemelut kerana setakat ini DS Najib tak mahu dan gagal menjawab semua persoalan secara jujur mahupun ikhlas. Saya tak faham kenapa DS Najib tak mahu jawab semua persoalan yang ditimbulkan secara kaedah mudah.
Kalau rakyat tanya mana pergi duit-duit 1mdb jawab saja ianya sedang berada di mana. Bekalkan kenyataan dengan bukti hitam putih. Cukup senang dan mudah !

Kalau Wall Street Journal dan Sarawak Report tuduh sejumlah wang 1mdb yang berjumlah USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, DS Najib tanpa berlengah harus pergi ke balai polis terdekat untuk buat laporan polis terhadap pihak yang kononnya memfitnah beliau. Fitnah ini pula disebarkan ke seluruh dunia yang amat memalukan beliau serta imej negara. Malangnya, DS Najib enggan lapor polis serta tidak ambil tindakan saman malu secara secepat yang mungkin.....  Kenapa?? 

Surat dari pihak peguam DS Najib yang dihantar ke Wall Street Journal pula hanyalah seutus surat 'bodoh' yang cukup melucukan.

Bukan surat saman tetapi surat untuk meminta penjelasan dari Wall  Street Journal saja. Saya tak tahu samada peguam 'benak' atau DS Najib pun tak faham bahasa.

Rakyat Malaysia mahu Pahlawan Bugis kesayangan mereka bangkit mempertahankan maruah dirinya sendiri dan maruah negara yang tercabar melalui satu notis saman bernilai billion2 USD !!

Secara jujur dan ikhlas, saya sebagai rakyat marhein ingin menasihati DS Najib agar sekurang-kurangnya bercuti untuk izinkan satu siasatan yang komprehensif oleh pihak 'task force' dapat dijalankan secara telus, adil lagi saksama.

Budaya manusia kaki bodek minda lemah ni selagi bos berada di kerusi nombor satu negara, kita takut kalangan ini merasai serba salah untuk menyiasat secara telus dan seterusnya melaporkan berteraskan kebenaran hakikat.

Sebelum saya bernekad untuk lawan kemungkaran rasuah skandal 1mdb ini, saya sudah dapat bayangkan beberapa malapetaka bakal menimpa diri. Saya juga mempunyai sedikit pengalaman lawan kemungkaran DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998 bila menerbitkan buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' di saat Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mempercayainya pada waktu itu.

Jadi saya sudah 'mangli' dan faham sangat implikasi politik yang bakal menimpa diri saya bila kita lawan arus atas dasar kebenaran. 

Kini pula saya lawan kemungkaran kepimpinan Perdana Menteri, maka lagi teruk implikasi dari aspek politik serta ekonomi yang bakal membelenggui diri saya.

Bersyukur kehadrat Allah swt yang bekalkan prinsip berani kerana benar kepada saya secara utuh. Saya hanya yakin dan berpegang pada aqidah Allah swt demi untuk selamatkan negara dan rakyat di tanahair kita. Saya juga tidak mempunyai sebarang kepentingan sebab itu selepas terbukti DS Anwar Ibrahim bersalah pada tahun 1998 nasib diri saya sama saja berusaha siang malam untuk teruskan perjuangan hidup.

Kalau saya disuruh oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada waktu itu dan menjadi budak suruhan beliau sudah pastilah kini saya mungkin dah jadi menteri kabinet!!

Moral di sini, saya tiada kepentingan peribadi cuma saya pikul tanggungjawab perjuangan ini sebagai satu fardhu kifayah untuk menyelamatkan negara kita dari runtuh bankrap sekiranya rasuah tidak dilawan secara habis-habisan. Rasuah perosak bangsa, agama dan negara!!

Kita tidak boleh biarkan lagi pemimpin memperbodohkan serta mengkhianti aspirasi rakyat yang mengundi mereka untuk memerintah negara kita.

Yakinilah pada Allah swt seterusnya keempat-empat anggota 'task force' yang terdiri dari Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Gabenor Bank Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM mesti berpegang pada amanah Allah swt berteraskan ajaran Al-Quran serta As-Sunnah di dalam melaksanakan tanggungjawab secara amanah.

JANGAN TAKUT SESAMA MANUSIA, TAKUTLAH HANYA PADA ALLAH SWT!!

6 comments:

  1. Terima kasih tuan. Tanpa usaha tuan siapa lagi yg mahu melawan arus. Meredah benak demi menegak kebenaran... semifa tuan sekeluarga didalam rahmat allah..

    ReplyDelete
  2. Jangan main2 dengan Pahlawan Bugis.Surat "bodoh" tu baru buah sudi dari Pahlawan Bugis.Tunggu ler pukulan maut selepas habis tempoh 14 hari tu. :D

    ReplyDelete
  3. Hanya Allah yang dapat membalas jasa2 Datuk dan umie hafilda semasa berjuang melawan kemungkaran Anwar Ibrahim yang sangat berkuasa pada suatu ketika dulu.

    Dan kini, ada satu lagi malaun yang dah dapat naik tahta PM yang korup telah dan sedang meranapkan rakyat dan negara.

    Suatu ketika, tiada siapa yang percaya dengan saudara berkenaan tuduhan2 1mdb dan seterusnya laporan polis saudara diperlekehkan. Kehidupan saudara menjadi susah akibat melawan arus.

    Namun, akhirnya terbukti ada benarnya dakwaan tersebut. Malah kini task force yang ditubuhkan bukan calang2 merangkumi badan tertinggi negara.

    Kita berdoa agar kebenaran bakal terungkai. Semakin hari semakin jelas jika dinilai dari perlakuan Najib yang mengelabah dan cuba lari dari skop penyiasatan.

    Selagi ada rakyat seperti saudara yang berani kerana benar selagi itulah Malaysia akan selamat.

    Semoga Datuk sentiasa dalam rahmat Allah dan dilindungi oleh Nya.

    ReplyDelete
  4. Banyak perkara yang kami rakyat Malaysia tidak faham, apatah lagi dalam dunia politik yang penuh dengan bermacam keji maki, hipokrit, hasad dengki dan bermacam kemungkaran. Banyak perkara sulit politik yang rakyat tidak perlu tahu, tetapi dalam hal 1MDB marilah kita bersama memohon ke hadrat Allah s.w.t agar kita mendapat hidayah dan dapat melihat kebenaran apa yang sebenarnya terjadi. Yang bersalah mendapat pembalasan dan Negara dapat terus maju dalam kemakmuran dan keberkatan yang berkekalan. Tidak tahu pula saudara penulis menjadi antara insan yang mendedahkan kemungkaran Nuar Al Jubury. Terima kasih kepada saudara moga mendapat balasan setimpal daripada Allah yang Maha Agung.

    ReplyDelete
  5. Amin.
    #2
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  6. Salam Dato Khairuddin dan pembaca semua. Semoga kita semua diberkati dan mendapat kesejahteraan dari Allah s.w.t.   Mohon saya untuk berkongsi fikiran Dato, Saya bersetuju dengan Dato dan secara peribadi juga merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena untuk diyakini sepenuhnya kewibaan "Special Task Force" yang ditubuhkan khusus untuk membuat siasatan ke atas skandal kes 1MDB ini. Ketika mula diperkenal memang tak dapat dinafikan ramai diantara rakyat Malaysia yang pada ketika itu sedang memuncak memberi tekanan kepada kerajaan supaya DS Najib di rehatkan buat sementara waktu tiba tiba kendur dgn sekelip mata. Apa ke tidaknya, dengan gaya dan nada tegas AG Gani Patail membuat kenyataan ianya berjaya sedikit sebanyak memberi harapan baru kepada rakyat dengan Task Force di beri gambaran seolah olah ianya akan bebas dari gengaman Najib & Co sama seperti rakyat wujudnya satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja. Walaupun Najib & Co berjaya mengalihkan fokus rakyat daripada diasak bertubi tubi, malangnya tidak sampai sehari dua pun DS Najib dapat bernafas rakyat sudah mula sangsi semula dan merasa pelik apabila KPN kesayangan beliau mengeluarkan kenyataan kenyataan yang terlalu defensif adakalanya sehingga tidak boleh dimasuki akal langsung dan ianya tidak keselarian dengan objektif Task Force sepertimana mula di persembahkan oleh AG Gani Patail   Persoalan besarnya sekarang - Apakah sebenarnya tujuan Task Force ini ditubuhkan.  Untuk mencari kebenaran sememanglah sudah jauh sekali kerana percanggahan percangahan yg sangat ketara dengan kenyataan kenyataan yang dikeluarkan oleh KPN. Atau adakah ia satu usaha pelupusan bukti - mungkin. Tapi saya lebih percaya ia lebih kepada untuk mengelak kebocoran maklumat  dan menjadi asakan rakyat seterusnya.   Kedua, siapakah yang akan vet-through atau menilai semua laporan Task Force ini. Kalau tidak PM siapa lagi. Andaikatalah ianya berakhir di meja AG atau KPN, berani kah mereka melakukan sesuatu yang cenderong kepada kehendak keadilan. Tidak mungkin, kerana tidak ada satu pun tindak tanduk mereka sebelum ini menunjukkan mereka mempunyai kebebasan untuk berbuat demikian. Jarang sangatlah kita ketahui seseorang yang bersih dan berintigriti mempunyai sifat yang takut lebih lagi jika kuasa ada padanya   Maka dengan hal yang demikian, saya fikir Task Force yang ditubuh ini adalah lebih untuk mengabuli mata rakyat.   Bezanya pula SPRM dan BNM, institusi ini dilihat pula lebih kepada wait and see. Hari ini, 13 Julai 2015, BNM sudah berani mengumumkan yg mereka akan bertindak berkecuali dan tidak mahu berada didalam kancah yg kotor ini. Dan ini merupakan satu perkembangan yang baik dan saya percaya SPRM pula akan menyusuli pendirian yang sama tidak lama saja lagi. Jika kedua dua badan ini bergabung pendirian, maka saya fikir ia akan menjadi satu katalis yang berkesan dalam melumpuhkan pentadbiran DS Najib & Co dari terus memimpin negara.   Insyaallah, seperti kata Dato Khairuddin yang saya hormati, NAJIB AKAN TUMBANG

    ReplyDelete