demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Tuesday, 14 July 2015

HUSNI HANADZLAH JANGAN TIPU RAKYAT



Terlalu awal bagi Menteri Kewangan 2 untuk menyatakan bahawa laporan awal Ketua Audit Negara telah mengesahkan tiada sebarang salahlaku ataupun unsur penyelewengan dalam syarikat 1mdb yang dibebani dengan sejumlah hutang masakini berjumlah rm42 billion.

Saya nampak YB Husni mempunyai motif untuk mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran seolah-olah syarikat 1mdb mempunyai 'clean bill of health'.

Berani tak YB Husni untuk mempamerkan butiran penuh laporan awal Ketua Audit Negara kepada keseluruhan rakyat? Biar rakyat baca seterusnya buat penilaian serta pentafsiran samada wujud atau tidak elemen salahlaku dalam pentadbiran syarikat 1mdb?!

YB Husni  jangan hanya petik perenggan tertentu saja untuk dizahirkan kepada rakyat. Pada hemat peribadi saya laporan awal Ketua Audit Negara tidak melaporkan bahawa pentadbiran syarikat 1mdb diurus-tadbir secara sempurna tanpa sebarang bentuk kepincangan yang meragukan langsung!!

Oleh yang demikian saya ingin memberi peringatan kepada YB Menteri Kewangan 2 untuk sabar tunggu laporan penuh PAC kelak serta siasatan penuh 'task force' ke atas skandal 1mdb. Terlalu awal untuk YB Husni membuat kenyataan rambang yang mengelirukan rakyat seolah-olah syarikat 1mdb telahpun bersih dari segala pertuduhan yang tidak berasas kononnya.

Inilah masalah sekiranya kita berkompromi dengan salahlaku dan penyelewangan seterusnya cuba menegakkan benang yang basah akhirnya menampakkan keterampilan yang amat bodoh!!

Sesuatu perbuatan yang salah dari segi hukum duniawi dan hukum Allah swt sukar untuk dipertahankan. Sesiapa yang cuba untuk mempertahankan kemungkaran sudah pasti akan kelihatan bodoh serta bangang kerana rakyat pada alaf ini cukup bijak serta berilmu pengetahuan kerana sumber maklumat dari pelbagai medium komunikasi yang boleh dimuat-turun hanya melalui talipon bimbit sahaja.

YB Menteri Kewangan 2 tolonglah pamerkan sedikit kebijaksanaan di dalam membuat kenyataan kepada rakyat walaupun beliau kurang bijaksana. Kenyataan YB hanya jadi bahan tertawa rakyat jelata semata-mata!!

5 comments:

  1. Dato',

    Pse check latest news in The Sydney Morning Herald.....petikannya:

    ...Fairfax Media understands that senior officials in Canberra are aware of intelligence that implicates people in the offices of both Mr Najib and his predecessor, Abdullah Badawi, in allegedly improper dealings involving two Australian Reserve Bank firms over contracts to print polymer bank notes....

    ReplyDelete
  2. Ni bukan lagi berbohong tapi ini adalah tipu hidup hidup. Yelah, apa taknya, dengan tak ada angin tak ada rebut, tiba-tiba saja buang kes ikut sesedap hati mereka aje. Ini baru betul merapu. Penagih dadah tak merapu seteruk ini.

    Otak saya ni pun dah tak boleh nak compute macamana perkakas-perkakas macam ini masih boleh berada di Putrajaya dan mentadbir Negara dalam keadaan mereka yang betul betul tidak terurus ni. Mana boleh tadbir negara berlandas ikut sedap hati.

    Sedar tak sedar. Malaysia dah jadi Negara Cowboy yang tak ada undang-undang. Kalau dia orang kata ikan masin tu hidup, jadi pun orang kena terima yang ikan masin tu hidup.

    Najib & Co ni pun dah boleh di sampai satu peringkat mampu buat apa saja,tak kira apalah, untuk terus memegang kuasa.

    OK balik kita semula cerita akaun Najib tadi. Ambilkatalah laporan dari WSJ tak betul, tak kiralah dari segi jumlah ke, no ac bank ke atau pun butir pemegang akaun.

    TAKKANLAH AMBANK TU BODOH SANGAT TIDAK KELUARKAN KENYATAAN BAGI MENAFIKAN DAKWAAN TERSEBUT.













    ReplyDelete
  3. Masaelah nya Bro Din dema ni ramai yg dah lupakan kuasa Allah,Mungkin dema semayang,puasa ,haji dsb nya ,tapi dari segi kesedaran bahawa setiap yg batil tu tetap batil,dan yg benar tu tetap benar yg bab ni dema lupa dan sudah tentu kebenaran akan mengalah kan kebatilan

    ReplyDelete
  4. Ni orang panggil strategi damage control untuk penyokong Najib.Senang nak berjawab kat sedara masa raya nanti kalau ada orang tanya pasal 1MDB. :D

    ReplyDelete