demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Sunday, 5 July 2015

JANGAN KOMPROMI DENGAN KALANGAN KAKI BODEK MINDA LEMAH BEROTAK UDANG



Amat geli hati saya bila melihat serta membaca penulisan dari kalangan bloggers kaki bodek minda lemah berotak udang yang viralkan gambar saya bersama editor Sarawak Report semalam.

Mereka ini adalah golongan 'desperado' yang telah membuat pelbagai andaian bodoh yang amat melucukan untuk menunjukkan imej jahat pada sesiapa saja yang tidak sokong pada amalan mungkar.

Tak perlulah nak menulis untuk mencari salah orang lain atau cuba mengalih isu secara dibayar dengan pampasan kewangan. Mana-mana pihak yang mengamalkan perbuatan bersekongkol dengan kemungkaran bererti hasil punca pendapatan mereka juga adalah dari sumber yang haram.

Penulisan mereka yang berpaksi pada persepsi negatif mengenai gambar saya dengan Clare Brown adalah salah sama sekali.

Pertamanya, gambar itu diambil beberapa tahun yang lepas di dalam sebuah negara di rantau ASEAN bukannya di London.

Keduanya, Clare Brown dan suami beliau adalah sahabat saya dari London. Perjumpaan kami sekadar berdasarkan pada tali persahabatan saja.

Saya rasa kalangan bloggers yang diupah menulis untuk bersubahat dengan kemungkaran tak perlu dilayan kerana minda mereka amat lemah seperti kata pepatah 'otak udang'!!

Golongan minda lemah 'otak udang' ini bukan menulis atas dasar kebenaran sepertimana yang dituntut oleh hukum agama berteraskan Al-Quran serta As-Sunnah tetapi hanyalah berdasarkan kepada pampasan kewangan untuk mengisi perut mereka semata-mata!!

Hakikatnya, golongan ini juga adalah kalangan munafik yang sanggup putar-belitkan fakta kebenaran demi untuk mempertahankan pemimpin mungkar demi untuk mereka terus menerima ganjaran atau imbuhan semata-mata!!

Puak munafiq ini berhak untuk membuat andaian masing-masing namun atas dasar prinsip perjuangan untuk menegakkan kebenaran, saya akan tetap teruskan perjuangan untuk melawan amalan rasuah mahupun penyelewengan dana negara secara mati-matian!! Kita mesti konsisten dan banyak bersabar dalam mana-mana perjuangan untuk tegakkan kebenaran.

Adalah lebih munafaat kepada semua bloggers kaki bodek minda lemah berotak udang ini menasihati Perdana Menteri untuk buat laporan polis secara segera keatas Wall Street Journal, Sarawak Report, The Edge, CNBC, The Weekend Australian, bloggers serta facebookers yang berpaksikan kepada kebenaran bagi membersihkan imejnya yang begitu kotor masakini.

Dato Sri Najib pun boleh menyaman saya!!

Kita jangan lupa pada ketentuan Allah swt yang Maha Mengetahui serta Maha Adil yang kini sedang memberi berbagai petunjuk kepada kita mengenai kepimpinan mungkar yang harus kita tolak untuk menjaminkan kesinambungan survival bangsa, agama serta tanahair secara diberkati tuhan buat selama-lamanya.

Rakyat mahukan masa depan yang sejahtera untuk diwariskan pada anak cucu kita di masa akan datang. Rakyat juga mesti di jaminkan agar anak cucu kita tidak merempat di tanahair sendiri.

Ayuh sekalian rakyat, marilah sama-sama kita gandingkan tenaga untuk tolak kepimpinan yang mungkar bagi digantikan dengan pemimpin adil, bersih serta saksama.

Persetankan saja dengan puak bloggers kaki bodek minda lemah berotak udang yang secara tidak sedar merekalah parasit utama yang bakal meruntuhkan keharmonian dan kemakmuran negara kita!!

5 comments:

  1. Apa lagi yang boleh diharapkan lagi dari orang yang sudah berada dalam keadaan amat terdesak seperti Najib selain dari penafian dan pembohongan selanjutnya. SEluruh rakyat ternanti nanti akan saman Najib terhadap WSJ, SR termasuk Tun yang turut dituduh secara lansung walaupun tanpa disertakan bukti.
    Most Malaysian are with you Dato !

    ReplyDelete
  2. Salam Datuk..semoga Allah permudahkan perjuangan kita semua untuk menentang pemimpin mungkar.

    ReplyDelete
  3. datuk... truskn prjuanganmu...syabas

    ReplyDelete
  4. Salam Datuk,
    Hari ini Serawak dah tunjuk pulak gambar manusia durjana (rasanya tak kasar tu bahasa "durjana" ) dengan si pola si polan dan Jho low.

    Saya memang dari dulu lagi dah andai bahawa Si Najib kena con. Rasanya tak salah lagilah. Tergadai habis negara. Betapa bodohnya Najib ni.

    Menipu orang sana sini. Kaki ni, percayalah, kalau di suruh sumpah laknat, dia akan buat. Silap silap boleh buat buat menangis lagi.

    Ya Allah ya tuhan, tunjuk kat kepada orang orang UMNO yang masin bermati matian mempertahan Najib mutakhir ini. Ini orang Melayu bodoh sombong. Ditegur tak boleh, dia rasa dia pandai.

    Saban hari memikir keadaan ini, apa tah kalau lihat orang melayu memperlekehkan Tun Mahathir, tak malu saya beritahu sini, tengah bawak kereta pun boleh menangis Datuk Kalau orang tak tahu dah dah tentu org ingat saya gila.

    Tak mau panjang lebar. Wassalam





    ReplyDelete
  5. Syabas Dato sama2 kita doakan semuga perjuangan kita akan tetap berjaya.

    ReplyDelete