Monday, 6 July 2015
KHAIRY JAMALUDDIN DAN DATO SERI NAZRI AZIZ KURANG CERDIK SERTA TIDAK MATANG
Khairy Jamaluddin kata DS Najib tak perlu bercuti sehingga siasatan pihak berkuasa selesai kerana kononnya Perdana Menteri belum didapati bersalah. Hakikatnya, kenyataan beliau itu sebenarnya kurang cerdik serta kurang matang!!
Kita tidak nafikan bahawa DS Najib belum didapati bersalah lagi tetapi dalam isu pendedahan oleh Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report (SR), Perdana Menteri masih enggan membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman malu terhadap kedua-dua pihak itu sehingga kini. KENAPA??!! MENGAPA??!!
Untuk pengetahuan Khairy Jamaluddin, keengganan DS Najib menyaman WSJ dan SR yang telah menuduh Perdana Menteri secara terbuka di mana telah mengaibkan reputasi peribadi beliau serta mencalarkan imej negara di kacamata dunia luar adalah satu pengakuan bersalah secara tidak langsung. Berita ini pulak telah tersebar secara meluas ke seluruh dunia!! Kenapa Perdana Menteri masih takut untuk saman malu WSJ ataupun SR??!! Pendirian Perdana Menteri amat menghairankan semua pihak.
Semua rakyat di negara kita kini sudah buat satu rumusan mudah bahawa DS Najib takut kerana tohmahan ini benar-benar berlaku!! Persepsinya, sebab itu sehingga kini DS Najib tidak mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ dan SR.
Perdana Menteri tidak boleh biarkan isu ini terus berada di dalam kegelapan. Rakyat perlukan pencerahan segera.
Oleh itu adalah wajar untuk DS Najib mengambil cuti dan biarkan pihak berkuasa membuat siasatan secara komprehensif, telus, adil serta tanpa dibelenggui ataupun dipengaruhi oleh sebarang kuasa suspek selaku Perdana Menteri.
Seandainya DS Najib bercuti dan akhirnya bila pihak berkuasa membuat rumusan keputusan siasatan barulah keseluruhan rakyat akan yakin secara sepenuhnya terhadap laporan siasatan itu. Ini adalah kerana siasatan dijalankan ketika Perdana Menteri sedang bercuti dengan katalain, tanpa sebarang gangguan atau pengaruh dari suspek.
Saya juga tidak faham dengan pendirian DS Nazri Aziz yang turut menasihati Perdana Menteri agar jangan ambil sebarang tindakan untuk saman WSJ!! Khidmat nasihat yang cukup bangang ini bakal membuatkan rakyat jelata lagi hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri yang telah dituduh secara terbuka di pentas antarabangsa.
Nampak sangat para penasihat DS Najib agak kurang cerdik dan tidak matang. Kalangan kaki bodek minda lemah sebeginilah yang merosakkan reputasi Umno dan BN!!
Kes skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah di negara kita ini sukar ditutup lagi kerana pendedahannya oleh media tempatan mahupun asing terlalu luas melangkaui sempadan antarabangsa.
Sebab itu Perdana Menteri mesti tunjuk kepada dunia luar juga bahawa beliau berani saman WSJ dan SR atas dasar prinsip kebenaran!!
Kita mesti ada prinsip dalam wadah perjuangan untuk menegakkan kebenaran. Berani kerana benar dan takut kerana salah!!
DS Najib kena berani untuk biarkan dirinya disiasat sepenuhnya secara bebas oleh pihak berkuasa agar namanya dapat dibersihkan bagi memulihkan semula imej Umno dan BN ke tahap yang maksimum untuk menjaminkan pada PRU 14 kelak kita masih boleh berpaut pada kuasa yang ada untuk meneruskan agenda pembangunan ummah serta negara Malaysia yang tercinta ini.
Buktikanlah kepada seluruh antero dunia bahawa DS Najib memang pahlawan bugis yang tulen bukan pahlawan bugis yang bacul!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuan
ReplyDeleteRasanya semua Majlis Tertinggi UMNO terlibat kerana mereka kuat mempertahankan Najib. Pelik tidak ada seorang pun dari mereka meragukan Najib.