demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Sunday, 19 July 2015

KITA TANYA LAIN 1MDB JAWAB LAIN

Saya tak faham dengan sikap 1mdb yang senantiasa cuba elak jawab persoalan pokok yang dipertikaikan oleh rakyat di negara kita.

Rakyat tanya mana perginya semua wang pelaburan 1mdb di kepulauan Cayman melebihi jumlah rm7 billion?! Di mana wang tersebut berada pada masa kini?!

Apa jadi dengan sejumlah wang 1mdb sepertimana kata DS Najib disimpan dalam bentuk tunai berjumlah usd1.103 billion di bank BSI Singapura?!

Selepas DS Najib tipu parlimen pada bulan Mac 2015 melalui jawapan bertulisnya dan akhirnya dipinda kononnya simpanan tersebut di dalam bentuk unit pulak, rakyat nak tahu unit apa?! Zahirkan lah kepada umum apa yang dimaksudkan dengan unit yang disimpan dalam bank BSI Singapura tersebut? Di dalam akaun syarikat Brazen Sky ni ada aset apa? Kita nak tahu!! Huraikanlah!!

1mdb telah umumkan secara terbuka bahawa wang pelaburan pada Petrosaudi sejumlah rm2.5 billion telah ditukarkan kepada pinjaman Islamik murabaha apabila perjanjian syarikat 1mdb dengan petrosaudi ditamatkan.

Persoalannya, pada pendapat peribadi saya Gabenor Bank Negara iaitu TS Zeti Akhtar Aziz sepatutnya dakwa 1mdb di bawah akta 'money laundering' atau pengubahan wang haram!!

Syarikat 1mdb bukan sebuah institusi kewangan yang mempunyai lesen perbankan Islam. Macamana 1mdb boleh beri pinjaman murabaha kepada Petrosaudi? Modal berbayar syarikat 1mdb hanyalah rm1juta, ini bermakna mereka tidak layak pun untuk memohon lesen perbankan Islam!!

Jadi keseluruhan rakyat di negara kita tanya apa kelayakan untuk 1mdb beri pinjaman murabaha tersebut pada Petrosaudi?!

Saya pun pernah tanya Gabenor Bank Negara mengenai begitu banyak wang negara yang dilaburkan oleh syarikat 1mdb di luar negara, adakah mereka memaklumkan kepada Bank Negara duit-duit tersebut masuk keluar dari negara kita? Apakah Bank Negara mempunyai rekod aliran keluar-masuk wang 1mdb ini?!

Kenapa selama ini Bank Negara hanya bersikap membisu tanpa sebarang ulasan langsung mengenai polemik skandal syarikat 1mdb ini?

Begitu juga saya tanya lembaga pengarah 1mdb syarikat mana yang buat 'valuation report' ke atas pembelian sebidang tanah di Ayer Itam, Pulau Pinang untuk tujuan pembinaan rumah kos sederhana serta kos murah? Berapa nilai sebenar harga tanah tersebut?!

Sejumlah hampir rm1.3 billion telah dibayar bagi pembelian tanah tersebut oleh 1mdb. Kenapa bayar pada kadar yang terlalu tinggi?!

Begitu juga dengan pembelian aset-aset janakuasa yang hampir tamat kontrak 'power purchase agreement' dengan Tenaga Nasional (TNB) itu yang telah dibayar pada harga yang amat tinggi. Keputusan ini amat meragukan!!

Bagaimana 1mdb dapat tanah TRX pada kadar yang murah dari kerajaan Malaysia telah diberikan hak 60% ekuiti dikuasai oleh syarikat luar dari Australia iaitu Lend Lease Ltd?! Ini tanah kerajaan tetapi kenapa bagi hak pada orang asing untuk menguasai pegangan ekuiti secara majoriti?!

Dulu kata Jho Low tiada kaitan dengan 1mdb tetapi ada 'judgement' dari mahkamah di London mengaitkan jho low mewakili 1mdb secara rasmi dengan bida pembelian sebuah hotel di sana!!

Timbalan Menteri Kewangan, Dato Ahmad Maslan tipu Parlimen kata Kementerian Kewangan tak pernah keluarkan surat jaminan untuk pinjaman 1mdb dan akhirnya terbukti di sebaliknya dan beliau kena minta maaf di dewan rakyat!!

Maklumat-maklumat ini tiada kaitan serta bukan diberikan oleh Justo pun!!

Banyak lagi persoalan skandal syarikat 1mdb yang boleh saya huraikan tetapi terlalu panjang berjela-jela. Pokoknya, maklumat persoalan-persoalan ini tiada kaitan langsung pun dengan maklumat  Justo! Hakikatnya, Justo tidak ada kena mengena pun dengan polemik skandal syarikat 1mdb di negara kita.

Tetapi kes Justo ini bakal memberi satu platform untuk berbagai-bagai lagi pendedahan skandal 1mdb dapat dimaklumkan ke seluruh dunia!! Sama-samalah kita nantikan.

Kini, Arul Kanda Kandasamy banyak bercakap tentang pelan rasionalisasi 1mdb untuk kurangkan hutang syarikat tersebut. Arul kanda tak faham persoalan sebenar yang rakyat nak tahu.

Kalaupun 1mdb jual semua aset-asetnya dan berjaya bayar hutang syarikat mereka di bawah pelan rasionalisasi ini tetapi persoalannya mana pergi duit-duit 1mdb yang dilaburkan sebelum ini??!!

Duit-duit syarikat 1mdb sebelum ini - apa dah jadi dan di mana hilangnya!!!!

2 comments:

  1. Saya cukup hairan dengan puak puak najib ini , terlalu obses dengan justo penyangak upahan 1MDB , kalau ikut kes dari polis thailand , dia ini di tahan atas kesalahan mengugut PSI , tak ada kena mengena langsung dengan kerajaan malaysia dan 1MDB , kemudian memalsukan dokumen sampai hari ini mana mana pihak pun tak dapat pastikan apa kah dokumen itu adakah sangat berkait dengan hal penyelewengan najib dan kuncu kuncu nya ,tak pasti , yang pasti geng geng najib melalak macam semua hal selesai , kenapa la bodoh sangat , ok untuk pengetahuan semua , sepanjang raya ini setelah melawat sana sini kekampong dan bandar , saya nak ingatkan najib dan kuncu kuncu nya cerita 1MDB ini dah muktamad kebanyakan orang yang saya jumpa kebanyakan pengundi BN dah sangat meluat dengan hal ini dan sudah buat kata putus 1MDB ini satu skandal paling dasyat yang pernah berlaku dalam sejarah penyelewengan wang negara dan 1MDB ini terus tersemat rapat dengan imej najib , pokok kata 1MDB dan najib tak boleh pisah , jadi pada pak pak menteri yang bodoh dan kuncu kuncu dalam UMNO kalau kamu nak selamat maka najib harus di tentang keluar kalau tidak semua kamu akan terjerumus kerana kebanyakan rakyat dah tersangat meluat dangan sikap dan gelagat kamu membela perompak hasil rakyat .

    ReplyDelete
  2. No accountability and transparency, what more democracy...country spiralling down into oblivion...

    ReplyDelete