demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Monday 20 July 2015

NAJIB HARUS BERCUTI SEHINGGA SIASATAN SELESAI

DS Najib Tun Razak harus bercuti dari tugasan Perdana Menteri sehinggalah proses siasatan oleh 'task force' ke atas semua tuduhan terhadap 1mdb serta kemasukan dana rm2.6 billion dalam akaun peribadi DS Najib selesai.

Ini sepatutnya dijadikan asas untuk DS Najib memberi ruang siasatan yang bebas, telus, adil serta secara komprehensif tanpa dipengaruhi oleh bayangannya. Tetapi apa yang meragukan kita adakah 'task force' membuat siasatan dan hasil yang diperolehi bakal dilaporkan kepada Perdana Menteri?

Kaedah serta struktur ini tidak tepat sama sekali!!

Ini merupakan satu polemik dan isu yang sangat besar kerana tuduhan telah dilemparkan pada ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai bahan bukti. Bukan saja tuduhan dari dalam negara tetapi juga dari negara-negara luar. Ini amat serius!!

Ahli-ahli parlimen sepatutnya memohon dan mendesak sidang tergempar parlimen bagi menubuhkan satu 'royal commission' bagi membuat siasatan secara terperinci lagi bebas. Peranan 'task force' benar-benar meragukan rakyat jelata. Ketua-ketua dalam 'task force' adalah terdiri dari penjawat awam di bawah Perdana Menteri Malaysia.

Yakinilah isu Justo hanya untuk mengalih pandangan rakyat daripada persoalan pokok iaitu skandal syarikat 1mdb serta kemasukkan duit-duit ke dalam akaun peribadi DS Najib serta DS Rosmah Mansor.

Kes akaun peribadi DS Najib dan DS Rosmah bukan pun hasil maklumat dari Justo. Isu ini pun amat sahih!! DS Najib tak nafikan itu bukan akaun beliau tetapi sekadar menyatakan bahawa beliau tidak guna duit-duit tersebut untuk kepentingan peribadinya. Apa maksud ini??!!

Apakah pihak Polis Di Raja Malaysia dan SPRM sudah memanggil DS Najib dan DS Rosmah untuk menyiasat kes ini? Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM mesti buat kenyataan samada DS Najib dan DS Rosmah telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai punca dari mana datangnya duit-duit ini yang begitu banyak jumlahnya?

Begitu juga dengan TS Zeti Akhtar Aziz selaku Gabenor Bank Negara kena beritahu keseluruhan rakyat samada beliau mengetahui ataupun tidak mengenai akaun-akaun peribadi DS Najib serta DS Rosmah? Takkan TS Zeti tidak tahu kerana jumlah yang dimasukkan dalam akaun mereka bukan satu jumlah yang kecil!!

Kenyataan dan pengesahan dari Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Gabenor Bank Negara amat penting ke arah bersikap telus tanpa memilih bulu bagi memulihkan semula keyakinan rakyat jelata pada badan-badan berkuasa di negara kita.

Apa pun DS Najib harus bercuti sehingga semua siasatan terhadap dirinya selesai dan seandainya didapati tidak bersalah barulah beliau boleh memegang semula jawatan tampuk pemerintahan nombor satu negara ini.

Pada pendapat peribadi saya secara jujur dan ikhlas, insyallah dengan izin dan berkat dari Allah swt beliau bakal tumbang serta hanya masa terdekat bakal menentukannya!! Ameen yarabbal alameen...

3 comments:

  1. Mungkin DS Najib nak step down ,rasa nya sbg pemimpin umno ,dan juga sbg anak bekas negarawan T.A Razak Tak banyak sikit ada sikap bertangungjawab akan nasib negara dimasa depan.Cuma kita bimbang serigala serigala di sekeliling beliau tak membenarkan itu berlaku mungkin dgn cara ugutan ,Dengan kata lain bukan Najib yg buat keputusan beliau berundur atau tidak tapi serigala serigala buas yg ada disekeliling beliau.ITU YANG KITA SANGAT BIMBANG.Rasa nya langkah drastik perlu dilakukan dari sekarang sebelum terlambat

    ReplyDelete
  2. Yang kene siasat kes berkaitan Najib,yang tukang siasat pulak anak buah Najib.Sape nak percaya?

    ReplyDelete
  3. PM bugis jenis gaban ini mana tau dan mahu pergi cuti , dia ini jenis bugis kelas penakut , selalu kalau penakut macam ini sama la standard dengan penyamun tarbus dan untuk pengetahuan semua khusus menteri menteri bacul dan lembab , sepanjang pergi beraya dikampung kampung dan rumah sanak saudara , asyik sembang pasai benci dengan Najib aka Rosmah , terpalit sekali lah dengan menteri menteri dah jadi penyamun ali baba , dulu kalau orang kutuk umno/BN berdesing telinga bila dengar , sudah tentu saya akan jawab balik , tapi sekarang dah tak ada minat sebab dah sah PM dan menteri menteri ini semua penyamun ,guna umno dan isu orang melayu untuk kaya depa dan keluarga depa , haram jadah , jadi tolong la kalau kalah pada PRU 14 ahli umno lu salah diri kamu sendiri dan siap sedia dengan bilik bilik cell di sg Buloh untuk penyamun penyamun di atas insyallah .

    ReplyDelete