Secara kebetulan saya sempat berjumpa dengan kawan baik iaitu Claire Rewcastle Brown, editor Sarawak Report di London beberapa hari yang lepas serta sempat berbual panjang mengenai konspirasi penangkapan Xavier Andrea Justo di Thailand baru-baru ini.
Claire Brown telah mengesahkan bahawa peguam syarikatnya telah menghantar notis kepada syarikat 'cyber intelligence' PGI
untuk mengesahkan samada PGI menghantar laporannya kepada New Straits Times sepertimana yang dilaporkan dalam akhbarnya mengenai berita yang
ditulis dalam Sarawak Report berteraskan kepada dokumen yang telah
dipalsukan oleh Justo kononnya.
PGI gagal untuk mengesahkan samada berita yang ditulis dalam NST adalah dari sumber matlumat syarikat mereka. Kenapa syarikat PGI ini takut pulak untuk mengesahkan kepada peguam Sarawak Report bahawa syarikat merekalah yang mengeluarkan kenyataan bahawa semua penulisan dalam portal Sarawak Report adalah palsu kerana kononnya sumber matlumat dari Justo telah diubah-suai faktanya ?
Clare Brown turut mengesahkan kepada saya bahawa fakta penulisannya tiada kena mengena dengan matlumat dari Justo. Penulisan di dalam Sarawak Report adalah berdasarkan fakta matlumat yang sahih serta tepat.
Kalau penulisannya berdasarkan fakta palsu selama ini kenapa 1mdb atau Putrajaya tidak pernah mengambil sebarang tindakan undang-undang keatas Sarawak Report serta dirinya selaku penyunting berita portal tersebut ?
Claire turut mencabar 1mdb dan Putrajaya untuk menyaman syarikatnya seandainya mereka berkata semua fakta dalam portal Sarawak Report adalah palsu!!
Malahan Clare Brown turut mengesahkan bahawa pihak Polis di Raja Malaysia (pdrm) pun tak pernah menghubungi diri serta syarikatnya dalam tempoh masa penahanan Justo.
Kita amat hairan dengan sikap Putrajaya yang secara spontan membuat kenyataan bahawa penulisan di dalam Sarawak Report adalah palsu kerana kononnya syarikat itu mendapat matlumat yang telah diubah-suai oleh Justo sebelum polis Thailand menjalankan siasatan keatas Justo!! Putrajaya pulak kelihatan melepasi pihak polis Thailand untuk mengeluarkan kenyataan seolah-olah berdasarkan andaian rambang saja!!
Editor Sarawak Report ini memberitahu saya bahawa semua tuduhan Putrajaya dan Pdrm tidak mempunyai asas sama sekali!!
Dalam isu penahanan Justo, Putrajaya dan media perdana milik kerajaan serta Pdrm telah memberi satu tindakbalas secara mendadak serta membuat kenyataan-kenyataan yang belum sahih faktanya yang bersifat prapenghakiman!!
Situasi ini telah mempamerkan kepada seluruh dunia akan sikap tidak matang dan kurang professional Putrajaya. Putrajaya sepatutnya menunggu laporan komprehensif terlebih dahulu dari pihak polis thailand sebelum membuat kenyataan secara andaian!!
Belum pun pihak polis Thailand mengambil kenyataan Justo dan perbicaraan terhadap Justo pun belum ditetapkan lagi, Putrajaya dah mengesahkan bahawa laporan dalam Sarawak Report serta The Edge adalah palsu semata-mata. Putrajaya turut mengeluarkan kenyataan kononnya beberapa individu dari negara kita terlibat berhubung dengan Justo di Thailand. Putrajaya juga berkemungkinan akan mengekstradisi rakyat malaysia yang terlibat ke Thailand untuk bantu siasatan di sana.
Hakikatnya, Putrajaya telah membuat percaturan serta menunjukkan pendirian yang amat berat sebelah dalam isu penahanan Justo dan memberi gambaran seolah-olah semua fakta yang dipertikaikan dalam kes skandal 1mdb tidak benar sama sekali!!
Tapi dalam masa yang sama Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan pentadbir 1mdb masih gagal untuk menjawab secara berfakta mana hilangnya berbillion ringgit dana syarikat 1mdb??!! Ini amat pelik bagi saya. Jawablah dulu sepertimana yang ditanyakan oleh Tun Dr Mahathir!
Tun Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung, beliau cuma mahukan ekonomi negara diurus-tadbir secara terbaik mungkin demi kepentingan bangsa, agama mahupun negara kita yang tercinta ini. Bukan saja Tun Dr Mahathir, saya rasa keseluruhan rakyat Malaysia tidak mahu lihat negara kita bankrap seperti negara Greece!! Mahukah malapetaka ini berlaku kepada kita semua?!
Sikap Putrajaya begitu tergesa-gesa dan bersungguh-subgguh untuk bantu siasatan kes penahanan justo. Tetapi dalam kes siasatan skandal 1mdb yang telah banyak kali saya buat laporan Polis nampak tidak responsif serta proaktif pun?!
Saya senantiasa berdoa agar Pdrm tidak bersikap berat sebelah dan memilih bulu dalam menjalankan siasatan secara adil lagi saksama dalam kes skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah di tanahair kita.
Tan Sri Zetty Akhtar Aziz selaku Gabenor Bank Negara pun nampak banyak membisu dalam kes skandal 1mdb ini. Namun, saya pun telah buat laporan polis keatas beliau dalam beberapa isu mengenai skandal 1mdb ini.
Seandainya Putrajaya dalam sekelip mata sudah mempunyai pelbagai matlumat dan bukti sahih dari isu penahanan Justo yang menyatakan laporan-laporan di dalam Sarawak Report itu palsu belaka, saya ingin sarankan kepada Putrajaya, 1mdb serta Pdrm untuk terus mengambil tindakan undang-undang keatas Sarawak Report tanpa berlengah lagi!!
Apa yang menggembirakan saya ialah Justo sudah pun membuat pengakuan tidak bersalah dan telah melantik peguam untuk membela dirinya dalam perbicaraan kelak.
Seperkara lagi yang pelik pihak polis Thailand kata penahanan Justo adalah atas dasar memeras ugut bukan mengenai kebocoran mahupun pemalsuan matlumat!!
Saya benar-benar geli hati melihat sikap Putrajaya dalam isu penahanan Justo serta kecewa lihat sikap kurang cerdik segelintir menteri-menteri kabinet dan juga pemimpin-pemimpin di negara kita yang amat tidak bersikap professional di dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran yang telah membuatkan rakyat semakin mual terhadap prinsip penting diri mereka!!