demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Monday, 15 June 2015

NAJIB DENGAR SARANAN TAN SRI IBRAHIM ABU SHAH

Saya amat setuju dengan saranan ikhlas ahli Majlis Tertinggi Umno TS Ibrahim Abu Shah agar DS Najib selaku anak harus pergi mengadap Tun Dr Mahathir untuk menyelesaikan kemelut isu semasa negara.

DS Najib jangan hanya jadi jaguh untuk serang Tun Dr Mahathir dari jauh dan hanya pandai bercakap melalui forum-forum tertutup saja. Jangan hanya dok bercakap pada ahli Umno secara tertutup saja. Yang dengar hanya 1,500 orang. Tapi macamana hasrat 30 juta rakyat Malaysia yang lain yang ingin mendengar penjelasan DS Najib secara terbuka ?

Ramai yang menghadiri program tertutup yang dianjurkan oleh Umno mengatakan DS Najib tidak jawab segala persoalan yang keseluruhan rakyat sedang bertanya mengenai isu 1mdb khususnya.

Tapi malangnya segelintir dari kaki bodek minda lemah kata DS Najib dah terangkan secara terperinci ??  Itu yang kita nak tahu PM terang apa??!! Semua persoalan yang ditanya oleh Tun Dr Mahathir serta laporan polis saya tidak pernah dijawab pun oleh DS Najib.

Mahu tidak mahu dan suka tidak suka, DS Najib harus berjumpa dengan Tun Dr Mahathir dan Umno harus anjurkan sesi penerangan secara tertutup sekurang-kurangnya dengan seluruh ahli-ahli umno dari seluruh pelusok tanahair.

Kalau takut nak jemput orang luar dan ngo-ngo untuk hadir kemungkinannya akan mengggugat keselamatan serta ketenteraman awam sepertimana yang dirisaukan oleh Ketua Polis Negara adalah memadai buat permulaannya biarkan Dato Sri Najib serta Tun Dr Mahathir beri pencerahan secara bersemuka dengan ahli-ahli umno dahulu.

Saya tak faham dengan sikap segelintir kaki bodek DS Najib ni. Bila Tun Dr Mahathir bertanya dan memberi pandangannya semua marah. Tetapi bila DS Najib serang Tun Dr Mahathir dengan menggunakan platform media mereka dari jarak jauh ok pulak??!!

Apa yang DS Najib takut sangat nak berdepan serta bersemuka dengan Tun Dr Mahathir?? Tun Dr Mahathir hanyalah rakyat biasa saja sepertimana kata penyangak Nazri Aziz. Tun Dr Mahathir dah tua dan cakap pun cukup lembut. DS Najib takut apa dengan Tun Dr Mahathir??!! Jumpa dan bersemukalah.

Saya sokong sangat kenyataan ikhlas Tan Sri Ibrahim Abu Shah. DS Najib mesti jumpa Tun Dr Mahathir untuk cari satu formula bagi menyelesaikan kemelut politik negara kita. Kalau berlarutan ia tidak akan beri suasana baik kepada bidang ekonomi kita juga.

Sebagai PM, Presiden Umno serta Menteri Kewangan Malaysia yang memegang seribu satu kekuasaan janganlah takut lagi untuk berhadapan dengan Tun Dr Mahathir yang kini hanya rakyat biasa saja.

Namun, kalau DS Njib setuju dengan pendapat budak bangang Nazri Aziz agar PM tak seharusnya berjumpa rakyat biasa macam Tun Dr Mahathir kini maka itu adalah haknya lah.

Mungkin mereka percaya dan berpegang pada kasta serta darjat sebelum nak berjumpan dengan seseorang itu!! Mungkin ini stail kepimpinan Umno masakini!!

3 comments:

  1. Mungkin satu penyelesaian - adalah dipisahkan Najib drp Rosmah sementara.

    Ini membolehkan Najib cari jalan yg paling sesuai utk dirinya sendiri tanpa "input" drp ahli keluarga.

    ReplyDelete
  2. Bongkoak dan sombong perangai syaitan. Jauhi lah.

    Cara Islam itu segala-gala nya.

    ReplyDelete
  3. Saya amat bersetuju dengan saranan Tan Sri Ibrahim Abu Shah itu.Saya rasa hanya itu sajalah satu2 nya jalan terbaik yang masih ada buat masa ini. Dan saya juga percaya Tun boleh menerima sekiranya DS Najib berterus terang akan keadaan sebenar dan meminta pertolongan nya untuk menyelesaikan segala permasalahan.Saya rasa tidak akan jatuh maruah DS Najib sekiranya mengalah dengan Tun,sebaliknya beliau akan kembali disanjung dan disokong bukan saja oleh Tun tetapi juga oleh rakyat jelata.

    ReplyDelete