demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Tuesday, 30 June 2015

Claire Brown - Samanlah Sarawak Report Jika Benar Kami Bersalah !



Secara kebetulan saya sempat berjumpa dengan kawan baik iaitu Claire Rewcastle Brown, editor Sarawak Report di London beberapa hari yang lepas serta sempat berbual panjang mengenai konspirasi penangkapan Xavier Andrea Justo di Thailand baru-baru ini.

Claire Brown telah mengesahkan bahawa peguam syarikatnya telah menghantar notis kepada syarikat 'cyber intelligence' PGI untuk mengesahkan samada PGI menghantar laporannya kepada New Straits Times sepertimana yang dilaporkan dalam akhbarnya mengenai berita yang ditulis dalam Sarawak Report berteraskan kepada dokumen yang telah dipalsukan oleh Justo kononnya.

PGI gagal untuk mengesahkan samada berita yang ditulis dalam NST adalah dari sumber matlumat syarikat mereka. Kenapa syarikat PGI ini takut pulak untuk mengesahkan kepada peguam Sarawak Report bahawa syarikat merekalah yang mengeluarkan kenyataan bahawa semua penulisan dalam portal Sarawak Report adalah palsu kerana kononnya sumber matlumat dari Justo telah diubah-suai faktanya ?

Clare Brown turut mengesahkan kepada saya bahawa fakta penulisannya tiada kena mengena dengan matlumat dari Justo. Penulisan di dalam Sarawak Report adalah berdasarkan fakta matlumat yang sahih serta tepat.

Kalau penulisannya berdasarkan fakta palsu selama ini kenapa 1mdb atau Putrajaya tidak pernah mengambil sebarang tindakan undang-undang keatas Sarawak Report serta dirinya selaku penyunting berita portal tersebut ?

Claire turut mencabar 1mdb dan Putrajaya untuk menyaman syarikatnya seandainya mereka berkata semua fakta dalam portal Sarawak Report adalah palsu!!

Malahan Clare Brown turut mengesahkan bahawa pihak Polis di Raja Malaysia (pdrm) pun tak pernah menghubungi diri serta syarikatnya dalam tempoh masa penahanan Justo.

Kita amat hairan dengan sikap Putrajaya yang secara spontan membuat kenyataan bahawa penulisan di dalam Sarawak Report adalah palsu kerana kononnya syarikat itu mendapat matlumat yang telah diubah-suai oleh Justo sebelum polis Thailand menjalankan siasatan keatas Justo!! Putrajaya pulak kelihatan melepasi pihak polis Thailand untuk mengeluarkan kenyataan seolah-olah berdasarkan andaian rambang saja!!

Editor Sarawak Report ini memberitahu saya bahawa semua tuduhan Putrajaya dan Pdrm tidak mempunyai asas sama sekali!!
Dalam isu penahanan Justo, Putrajaya dan media perdana milik kerajaan serta Pdrm telah memberi satu tindakbalas secara mendadak serta membuat kenyataan-kenyataan yang belum sahih faktanya yang bersifat prapenghakiman!!

Situasi ini telah mempamerkan kepada seluruh dunia akan sikap tidak matang dan kurang professional Putrajaya. Putrajaya sepatutnya menunggu laporan komprehensif terlebih dahulu dari pihak polis thailand sebelum membuat kenyataan secara andaian!!

Belum pun pihak polis Thailand mengambil kenyataan Justo dan perbicaraan terhadap Justo pun belum ditetapkan lagi, Putrajaya dah mengesahkan bahawa laporan dalam Sarawak Report serta The Edge adalah palsu semata-mata. Putrajaya turut mengeluarkan kenyataan kononnya beberapa individu dari negara kita terlibat berhubung dengan Justo di Thailand. Putrajaya juga berkemungkinan akan mengekstradisi rakyat malaysia yang terlibat ke Thailand untuk bantu siasatan di sana.

Hakikatnya, Putrajaya telah membuat percaturan serta menunjukkan pendirian yang amat berat sebelah dalam isu penahanan Justo dan memberi gambaran seolah-olah semua fakta yang dipertikaikan dalam kes skandal 1mdb tidak benar sama sekali!!

Tapi dalam masa yang sama Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan pentadbir 1mdb masih gagal untuk menjawab secara berfakta mana hilangnya berbillion ringgit dana syarikat 1mdb??!! Ini amat pelik bagi saya. Jawablah dulu sepertimana yang ditanyakan oleh Tun Dr Mahathir!

Tun Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung, beliau cuma mahukan ekonomi negara diurus-tadbir secara terbaik mungkin demi kepentingan bangsa, agama mahupun negara kita yang tercinta ini. Bukan saja Tun Dr Mahathir, saya rasa keseluruhan rakyat Malaysia tidak mahu lihat negara kita bankrap seperti negara Greece!! Mahukah malapetaka ini berlaku kepada kita semua?!

Sikap Putrajaya begitu tergesa-gesa dan bersungguh-subgguh untuk bantu siasatan kes penahanan justo. Tetapi dalam kes siasatan skandal 1mdb yang telah banyak kali saya buat laporan Polis nampak tidak responsif serta proaktif pun?!

Saya senantiasa berdoa agar Pdrm tidak bersikap berat sebelah dan memilih bulu dalam menjalankan siasatan secara adil lagi saksama dalam kes skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah di tanahair kita.

Tan Sri Zetty Akhtar Aziz selaku Gabenor Bank Negara pun nampak banyak membisu dalam kes skandal 1mdb ini. Namun, saya pun telah buat laporan polis keatas beliau dalam beberapa isu mengenai skandal 1mdb ini.

Seandainya Putrajaya dalam sekelip mata sudah mempunyai pelbagai matlumat dan bukti sahih dari isu penahanan Justo yang menyatakan laporan-laporan di dalam Sarawak Report itu palsu belaka, saya ingin sarankan kepada Putrajaya, 1mdb serta Pdrm untuk terus mengambil tindakan undang-undang keatas Sarawak Report tanpa berlengah lagi!!

Apa yang menggembirakan saya ialah Justo sudah pun membuat pengakuan tidak bersalah dan telah melantik peguam untuk membela dirinya dalam perbicaraan kelak.

Seperkara lagi yang pelik pihak polis Thailand kata penahanan Justo adalah atas dasar memeras ugut bukan mengenai kebocoran mahupun pemalsuan matlumat!!

Saya benar-benar geli hati melihat sikap Putrajaya dalam isu penahanan Justo serta kecewa lihat sikap kurang cerdik segelintir menteri-menteri kabinet dan juga pemimpin-pemimpin di negara kita yang amat tidak bersikap professional di dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran yang telah membuatkan rakyat semakin mual terhadap prinsip penting diri mereka!!

10 comments:

  1. bukan andaian rambang...tapi kononnya mereka guna ANDAIAN LOGIK. logik kepala hotak depa. itu pun pencacai pro 1mdb heboh macam dah confirm takde salah..padahal takde kaitan pun.

    ReplyDelete
  2. Bangkai gajah tak akan dapat ditutup dengan nyiru - kata peribahasa orang tua-tua dulu...

    ReplyDelete
  3. salam...teruskan perjuangan..

    ReplyDelete
  4. Tuan KH

    Kalau dah ketua nya bodow gilerrr... takkan la nak amik menteri2 dari kalangan yang cerdik2 dari dia... ko ni pun satu la... pada aku la... dalam kalangan menteri2 sekarang... tkder 1 pun yang betul2 intelligent... semuo nya standard menteri cap ayam... itu la hepi semacam jer Pee Emm Kangkong al Pahlawan Boogisss Tanpa Telor skrg... (dalam ati PMK - aku ingat aku sorang jer bodow piang...rupanyer menteri aku lg piang bodow dr aku) tk sorang pun berani bangun menentang tindakan songsang PMK... nk harapkan Tee Pee Em pn mcm jaga puyok nasik jer di akhir2 ini... so biarkan la Pandir ini terjun dengan labu2nya... dan rakyat marhaen sengsara di bumi sendiri..

    ReplyDelete
  5. Nak suruh macai Najib saman Sarawak report x de la...gempak je dlm tajuk blog twist mcm2...apa kata sarawak report je saman PM Najib

    ReplyDelete
  6. Inilah saja yang ada menteri2 Najib,hak tak berapa nak cerdek,kesian DS Najib......

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya isu 1MDB adalah satu isu kronik yang complicated di atas factor pembohongan telah bermula dan terus bercambah dek kerana hendak menutup segala macam penipuan yang tidak dapat disorokkan lagi. Tunggu aje hingga TSMY untuk bangun bertindak membetulkan keadaan walau pun telah diugut oleh Najib dan teman-teman sepenjahat beliau.

    ReplyDelete
  8. Saya berdoa agar dipermudahkan & dikurniakan kejayaan dalam usaha Tuan. Saya yakin bahawa pihak yang benar akan pasti mengecapi kejayaan juga. Tuan juga nampak & tentu lebih terasa akan perkara2 yg terjadi di bawah pentadbiran Mr Nxxxx skrg ni. Rakyat makin papa, depa makin kaya sehingga lupa diri. Ada hati cakap ingin lakukan itu & ini demi rakyat. Tetapi hanyalah retorik kosong tanpa apa2 jiwa pon. Saya hanyalah hamba Allah, rakyat biasa. Tidak punya apa2 pon. Kerja pon dah tidak ada. Jadi sy bersyukur dgn adanya insan seperti Tuan, yg mempunyai kekuatan untuk menegakkan yg benar dan membela yg tertindas. Lagi skali sy doa agar Tuan & rakan2 Tuan berjaya dalam usaha Tuan dan seterusnya membebaskan Malaysia dr belenggu ketidakstabilan dan kuca-kacir skrg ini. Apa yg saya mampu hanyalah pd pilihanraya akan datang.

    -mimn-

    ReplyDelete
  9. Terimakasih kepada semua yang beri semangat dan sokongan. SAMA-SAMALAH KITA BERJUANG DEMI KEBENARAN ! seperti kata tun dr Mahathir, rakyat kena bersuara !!

    ReplyDelete
  10. Soldier on Bro, bugis footlickers and bootlickers are on the offensive on scale of filth demonising Tun M, but can these selective-elitist really think they can brush the rakyats just like that? They are dead-wrong!

    My Doas to you Bro in this blessed month of Ramadhan, Amin!

    Melayu kembara

    ReplyDelete