Friday, 12 June 2015
APA STATUS REPORT POLIS SAYA KEATAS NAJIB, ROSMAH, RIZA AZIZ DAN JHO LOW??
Apa status laporan polis yang telah saya buat untuk menyiasat kekayaan keluarga DS Najib, Rosmah, Riza Aziz termasuk Jho Low??
Saya berdoa dan harap pihak polis melakukan siasatan keatas kekayaan serta kemewahan DS Najib, isteri dan anak tirinya. Kemewahan Rosmah dan anaknya juga telah dilaporkan oleh akhbar The New York Times serta juga melalui saluran sosial media di negara kita.
Begitu juga dengan kekayaan Jho Low sepertimana yang dilaporkan oleh Sarawak Report yang telah mempamerkan pelbagai bukti sokongan dokumen mengenai beberapa transaksi dana 1mdb yang dimasukkan ke dalam akaun-akaun syarikat yang dikawal oleh beliau.
Rakyat Malaysia amat berharap pihak PDRM akan menyiasat laporan polis saya itu secara telus dan berintegriti tanpa sebarang bentuk 'cover up' untuk membuktikan keluhuran undang-undang di negara kita masih utuh serta terpelihara.
DS Najib jangan merepek serta jangan menipu dengan buat berbagai kenyataan yang mengelirukan rakyat!!
Kalau DS Najib agak parti Umno serta BN kuat di bawah kepimpinannya, bubar parlimen dan buatlah PRU 14!! Kita nak tengok apa yang bakal terjadi pada BN kelak!!
Diri saya selaku ahli Umno di peringkat akar umbi boleh nampak imej Umno dan BN amat teruk masakini.
Rakyat khususnya gen y sedang menolak kepimpinan najib yang dengan dibelenggui dengan berbagai skandal kewangan dan kos sara hidup rakyat begitu membebankan.
Situasi inilah yang bahaya kerana DS Najib dikelilingi oleh kaki-kaki bodek yang sedang bagi matlumat salah sehinggakan beliau sedang mimpi di siang hari.
Pada hemat saya Tun Dr Mahathir amat risau kerana rakyat jelata dari pelbagai lapisan masyarakat di tanahair kita berjumpa beliau secara berterusan untuk mengadu hal mengenai kepimpinan najib pada hari ini.
Rakyat sayangkan Umno tetapi pada hari ini masyarakat akar umbi khususnya gen y sedang menolak dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan DS Najib.
Sebab itu juga, kita dapat lihat ramai daripada penjawat awam membocorkan berbagai matlumat kepada rakyat. Apa maknanya itu??
Apa saja yang baru dibincangkan seperti cadangan kenaikan kadar tol oleh kerajaan telahpun dibocorkan oleh penjawat awam sendiri. Ini membuktikan semua lapisan masyarakat mulai benci dengan kepimpinan DS Najib.
Najib sedang dibuai mimpi di siang hari!! Saya ingin sarankan kepada DS Najib agar jangan berani serang Tun Dr Mahathir hanya dari luar. Tidak salah bagi najib untuk bersemuka dengan tun dr mahathir bagi mengupas secara professional mengenai isu-isu semasa yang keseluruhan rakyat amat resah gelisah!!
Kini, rakyat nak lihat sendiri penerangan dari mulut DS Najib serta Tun Dr Mahathir!! Ini hakikatnya!!
Kalau takut nak anjur forum terbuka atas alasan keselamatan awam kononnya, suruh saja Menteri Penerangan jemput hanya DS Najib dan Tun Dr Mahathir ke studio rtm seterusnya anjurkan siaran bicara di antara kedua tokoh ini secara 'live' untuk tatapan rakyat di seluruh pelusok tanahair.
Bagi saya dalam apa jua keadaan sekalipun DS Najib adalah berdarah pahlawan bugis yang penakut serta bacul!! Jadi tolong jangan tunjuk hero dan nak berlagak angkuh!!
DS Najib juga jangan angkuh kerana kareer politiknya begitu lama digilap serta diacukan oleh Tun Dr Mahathir. DS Najib jangan lupa sejarah!! Jangan jadi kacang lupakan kulit!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syabas. Benari kerana benar.
ReplyDeleteTakut kecut tel*q kerana SALAH dan MENIPU
Betul kata dato'..banyak pendedahan yang telah dibuat oleh Sarawak Report...seperti yang dilapurkan oleh portal tersebut....the money trail...the emails..Jho Low's role in 1MDB...bagaimana sejumlah USD700 million telah dipindahkan kedalam akaun Good Star Limited di Seychelles dan kemudiannya USD500 million dari akaun tersebut telah dipindahkan ke dalam akaun Jho Low di BSI Bank di Singapore..status RM1.103 billion that Arul Kanda previously said was cash deposited in Singapore and later Putrajaya admitted was wrongly described as "cash" instead of just "assets"... semua ini patutlah disiasat...justice must be done and the truth revealed...kudos to you dato' for taking the painstaking effort from the making of the 1st police report in december last year till now and im sure till its all uncovered, against all odds ....keep it up!!!
ReplyDeleteSetuju! Semua individu tersebut patut di soal selidik! Itu adalah proses undang2!
ReplyDelete