Apa saja pendekatan yang bakal
dilakukan oleh DS Najib untuk mengukuhkan kedudukannya dalam parti serta
kerajaan akhirnya akan menjatuhkannya juga kerana rakyat sudah hilang
kepercayaan kepada kepimpinannya.
Sudah mula tersebar khabar angin yang menyatakan kemungkinan akan berlaku rombakan kabinet tidak lama lagi bagi mengukuhkan kedudukan DS Najib yang semakin goyang !
Andaikata benarlah yang DS Najib mahu merombak kabinet dengan menggugurkan TS Mahyuddin sebagai Timbalan Perdana
Menteri tindakan itu akan menjadi satu 'catalyst' pada DS Najib untuk
tumbang secara lebih cepat.
Atas dasar apa TS Mahyuddin
nak digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri?? Apa salah TS
Mahyuddin?? Apakah dengan menyarankan kepada kabinet Najib untuk
selesaikan isu skandal 1mdb secara secepat mungkin membolehkan DS Najib
menggugurkan timbalannya?? Ini parti komunis ka sehinggakan tak boleh
nak mempersoalkan isu- isu yang tidak betul yang sedang melanda negara!!??
Saya
tak faham dengan mentaliti segelintir daripada pemimpin-pemimpin Umno
yang masih tidak nampak serta tidak faham dengan skandal 1mdb. Kalau
mereka tidak peka mengenai isu skandal 1mdb ini bermakna mereka tidak
layak untuk menjadi pemimpin.
Kita tanya di mana
perginya duit 1mdb yang kononnya dilaburkan di kepulauan Cayman
yang telah ditebus sepertimana kenyataan 1mdb serta Menteri Kewangan
sehinggakan nak bayar 'interest' hutang bank mereka pun terpaksa
berhutang lagi bagi membayar hutang!!
Akhirnya Menteri Kewangan juga menipu Parlimen sehinggakan Kementerian Kewangan Malaysia terpaksa meminda serta membetulkan kenyataan bertulisnya di
Dewan Rakyat!!
Dalam masa 5 tahun lebih syarikat 1mdb berhutang sehingga rm42 billion. Mana pergi duit-duit 1mdb semua?!
Kabinet
mengarahkan kerajaan tidak boleh lagi membiayai syarikat 1mdb tetapi
malangnya Kementerian Kewangan terpaksa menyediakan kredit sediada
dengan jumlah rm950 juta. Ini bercanggah dengan keputusan kabinet.
Ini
masalah dengan Umno yang tidak boleh ditegur. Saya nak tanya Annuar Musa apa yang beliau maksudkan dengan fitnah?? Kalau isu 1mdb itu
fitnah suruh DS Najib saman kami semua yang sedang berjuang untuk
melawan penyelewengan dalam syarikat 1mdb.
Kami tiada
kepentingan peribadi. Ini duit rakyat serta dana kerajaan!! Ianya mesti
diurustadbir secara amanah mungkin dan terbaik mungkin demi kepentingan
ekonomi negara.
Tun Mahathir jiwanya terlalu kuat
untuk memastikan kesejahteraan bangsa serta negara dipertahankan sebaik mungkin. Tun Dr Mahathir yang bertegas dengan Pak Lah Badawi supaya beliau melantik DS Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri. Hakikatnya Tun Mahathir amat mengenang jasa serta budi Allahyarham Tun
Razak kepadanya.
Tapi kini apa pilihan yang Tun Mahathir ada
kerana pentadbiran DS Najib amat lemah serta dibelenggui dengan berbagai
salahlaku yang kita sebagai rakyat yang perihatin harus bersama tegur supaya dapat diperbetulkan demi
menjamin Umno mahupun BN terus relevan pada pru14 kelak.
Setakat ini apa yang dirisaukan oleh Tun M mempunyai asas yang amat kuat kerana majoriti rakyat sedang menolak Umno dan BN.
Saya
secara peribadi tak tahu membodek sehingga bakal meruntuhkan umno.
Kita kena berani cakap yang benar!! Jangan bagi maklumat salah pada
pemimpin di atas kerana itu bakal memakan diri kita sendiri. Sekali Umno dan BN hilang kuasa kita akan hilang kuasa buat selama-lamanya.
Malangnya ramai kaki bodek minda lemah dalam Umno tidak faham 'repercussion' ini yang bakal menumbangkan parti kita.
Atas
dasar inilah saya yakin Tun Mahathir amat risau khususnya elemen rasuah yang
terlalu berleluasa sehingga boleh merobohkan institusi ekonomi mahupun
negara kita.
Annuar Musa mempunyai rekod tercalar suatu
masa dulu. Shahril Samad pun bagi saya tidak relevan lagi. Ramai yang
membodek untuk jawatan serta kepentingan diri.
Saya
tetap katakan DS Najib kena letak jawatan kerana rakyat mula menolak
kepimpinannya. Kalau pemimpin dan ahli umno pertahankan DS Najib untuk
terus pimpin parti yakinilah pada pru14 kelak, rakyat jelata bakal
menyingkirkan beliau, Umno serta BN.
Pada waktu itu
seandainya kita menangis airmata darah sekalipun sudah terlambat buat
semua. Sekali kita hilang kuasa ianya akan hilang selamanya.
DS Najib jangan pentingkan diri sendiri. DS Najib jangan biarkan rakyat tolak Umno dan BN buat selamanya dek kepentingan peribadi.
Era Annuar Musa dan Shahril Samad juga telah lama berlalu..... jangan kitar semula muka lama kerana ia akan tambah menghilangkan keyakinan rakyat pada Umno serta BN. Ramai lagi di kalangan pemimpin muda yang lebih berwibawa
dan lebih jujur dalam perjuangan yang harus diketengahkan oleh Umno.
Annuar Musa dan Shahril Samad sudah tidak relevan lagi!!!!
Termasuk Kunan, mereka ni terserlah ampu - tiada rekod cemerlang.
ReplyDelete"deadwood" dan "fatcats" harus dibuang sahaja
Teruskankan perjuangan atas dasar kebenaran........kebenaran sudah tiada tempat
ReplyDeletedidunia ''hanya''diakhirat tempat perhitungan.
Ketika usia dunia terlalu ''tua'' yg b enar sukar untuk diterima kerana kebenaran didunia tidak lagi Bermefaat malah dikeji dan dipertikaikan KERANA rata2 kebanyakan hasil yg kita makan dari sumber2 yg haram,,,,,''hara'' adalah sejenis PERISA dari ciptaan sendiri olih manusia
Terasa amat janggal jika kita ''pembawa atau pendukung'' cerita kebenaran
Dulu sipombohong dipandang jijik dan hina tapi sekarang mereka dipuja dan berada dan berkedudukan malah, Kebenaran ''melukut ditepi gantang''
Tapi jgn kita ikuti perangai mereka biar kita ''bersama kebenaran''walaupun kita dipandang ''hina'' , yg kita takuti pabila ALLAH MENGHINA KITA.
Pahit itu ubat ,manis itu penyedap tapi lama kelamaan ''jadi menghidap ????''
Anda yang terbaik..sila tuan-tuan, para pembaca sekelian, renungkan dan analisa penulisan ini..
ReplyDelete