Saya ingin
tanya beberapa ahli parlimen yang menyarankan agar TH jangan jual
tanah TRX kononnya itu pelaburan yang baik ataupun sebenarnya TH tak boleh jual
balik kerana ianya dibeli pada kadar yang amat tinggi!!
Azeez Rahim kena tegaskan pendiriannya pada kesemua pencarum akaun TH kini
samada mereka akan jual semula tanah TRX sepertimana yang beliau
janjikan dahulu.
Azeez Rahim jangan putar belit fakta
dan tolong jangan menipu lagi!! Dulu beliau kata PM menasihati TH
untuk jual semula tanah tersebut berdasarkan kepada sensitiviti bantahan
para pencarum TH!!
Malahan Azeez Rahim juga membuat
kenyataan secara terbuka mengatakan mereka sudah ada pembeli baru untuk
ambil-alih tanah tersebut. Dan Azeez Rahim juga katakan TH bakal buat
sedikit keuntungan pada hasil penjualan semula tanah tersebut.
Saya
ingin tanya Azeez Rahim tolong beritahu siapa pembeli baru tanah TRX tersebut?? Berapa harga TH boleh jual pada pembeli baru tersebut??
Berapa untung TH boleh buat dari penjualan semula tanah trx itu??
Berapa kos yang TH kena tanggung kerana tanah tersebut dijual semula
dalam masa beberapa bulan saja?? Berapa cukai penjualan semula TH kena
bayar pada kerajaan kerana transaksi jual beli tersebut tak sampai
setahun??!!
Saya ingin merayu kepada semua pencarum TH
agar membantah secara sekeras-kerasnya sekiranya TH tak mahu jual semula
tanah TRX tersebut yang dibeli secara senyap-senyap tanpa dimaklumkan
kepada para pencarum.
Bila matlumat bocor kepada
rakyat, Azeez Rahim menafikan pada peringkat permulaannya dalam laman
tweeternya. Keesokannya pula beliau mengaku pulak
kebenarannya.
Inilah masalah dengan sikap kerajaan di
bawah kepimpinan DS Najib pada masakini. Semuanya nak buat secara
senyap-senyap!!
Malahan cara DS Najib nak
terangkan isu pun nak dibuat secara tertutup serta senyap2!! Macamana
rakyat nak faham kalau begini??!!
TH kena pegang pada
janjinya sepertimana yang diumumkan satu masa dahulu bahawa mereka akan
jual semula tanah TRX tersebut seperti yang telah dijanji kepada semua
pencarum TH!!
Ahli Parlimen Simpang Renggam tolong
jangan kalut sangat!! Beliau bukan pencarum TH dan tolong jangan masuk
campur dalam urusan TH!! Beliau bukan boleh pergi ke Makkah pun!! Sila
jangan masuk campur dalam urusan TH kerana kami adalah pencarum yang
mempunyai 'direct locus standi' untuk mempertikaikan agenda TH dalam isu
pembelian secara senyap-senyap tanah TRX!!
No comments:
Post a Comment