demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Tuesday, 30 June 2015

PENAHANAN JUSTO BAKAL MEMBONGKAR LEBIH BANYAK SALAHLAKU 1MDB


Tolong bagi tahu kaki-kaki bodek minda lemah bahawa penahanan Justo di Thailand tiada kaitan dengan isu skandal 1mdb di negara kita malahan bakal membongkar lebih banyak salahlaku syarikat tersebut.

Pada pengamatan saya, ini kemungkinan merupakan satu konspirasi peringkat tertinggi oleh kalangan tertentu untuk mengalih pandangan rakyat seolah-olah semua polemik skandal 1mdb tidak benar sama sekali!! Kaedah ini adalah jalan yang terbaik untuk mengalih serta memesongkan pandangan rakyat dari isu skandal 1mdb di saat Perdana Menteri Malaysia tidak boleh jawab semua persoalan yang timbul kebelakangan ini.

Justo mengaku tidak bersalah dan telah 'engage' peguam untuk membelanya di mahkamah kelak.

Yang pelik beberapa minit setelah Justo ditahan oleh pihak polis Thailand, Putrajaya telah mengeluarkan kenyataan kononnya semua dokumen-dokumen mengenai usaha-sama di antara Petrosaudi dan 1mdb telah dipalsukan. Siasatan belum dijalankan lagi pun oleh pihak Polis Thailand pada waktu itu!!

Apa bukti Putrajaya ada untuk menyatakan bahawa semua dokumen telah dipalsukan oleh Justo. Malahan terdapat kenyataan dari Polis Thailand yang menyatakan bahawa penahanan justo adalah atas dasar ugutan terhadap bekas majikannya bukan kerana memalsukan dokumen serta membocorkan matlumat palsu kepada Sarawak Report dan akhbar The Edge.

Kalau Putrajaya dah dapat matlumat dari Polis Thailand kenapa tak saman terus Sarawak Report dan akhbar The Edge?! Kalau Putrajaya dah tahu serta mempunyai bukti bahawa terdapat beberapa individu yang ulang alik ke Thailand kononnya mempunyai hubungan dengan Justo, namakan kalangan ini dan ekstradisi lah mereka ke Thailand untuk bantu proses siasatan di sana. Tunggu apa lagi?!

Jangan bersikap retorikal kerana Putrajaya hanya popular dengan bersikap 'cakap tak serupa bikin'!! Imej ini tidak baik untuk Putrajaya!!

Saya amat berharap Putrajaya jangan mainkan isu yang bersifat prapenghakiman!! Kita kena sabar serta seharusnya menunggu laporan lengkap dari Polis Thailand terlebih dahulu untuk mengkaji unsur-unsur penahanan Justo sebelum membuat kenyataan yang bersifat prapenghakiman!!

Putrajaya tolong jangan terlalu gembira serta membuat andaian yang bersifat prapenghakiman kerana justo pun belum dihadapkan ke mahkamah lagi.

Saya akan sabar menunggu laporan penuh hasil siasatan ke atas Justo serta bakal meneliti keputusan penghakiman ke atas beliau terlebih dahulu dan tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan Polis terhadap semua pihak terlibat untuk menipu rakyat Malaysia dengan menyatakan semua laporan mengenai skandal 1mdb dalam transaksi usahama di antara petrosaudi dengan 1mdb adalah berunsur fitnah.

Sikap Putrajaya yang melangkaui undang-undang amat tidak bijak dan dikesali. Jangan selalu anggap rakyat kita bodoh serta akan terima semua kenyataan mereka secara membabi-buta saja.

Kenyataan putrajaya yang disiarkan melalui saluran media perdana milik kerajaan adalah berunsur 'hearsay' kerana sehingga kini pihak putrajaya juga gagal mempamerkan sebarang bahan bukti untuk menyokong kenyataan rasmi mereka. Saya rasa pada ketika Putrajaya membuat kenyataan yang tidak berasas itu mereka pun belum mendapat laporan dari Polis Thailand secara komprehensif.
Cara putrajaya menangani serta menunjukkan tindak balas terhadap isu penahanan Justo amat bersifat kebudak-budakan yang tidak matang sama sekali!!

Dalam apa jua keadaan, kalangan segelintir menteri kabinet dan golongan kaki bodek minda lemah yang menyokong kemungkaran telah lupa bahawa mereka mungkin mampu membohongi jutaan rakyat pada saat ini tetapi puak ini juga terlupa bahawa mereka tidak akan mampu sama sekali untuk menipu Allah swt Yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil.

Insya Allah kebenaran yang mutlak bakal timbul dalam sedikit masa lagi!!

Saya juga sedang berada di London, Paris dan Switzerland ke arah membuktikan kebenaran mutlak tersebut bakal serta pasti timbul dengan izin dari Allah swt. Kita tidak bercakap kosong tetapi apa saja bentuk salahlaku yang kita pertikaikan dikaji secara komprehensif dan diterjemahkan kepada rakyat jelata dengan nawaitu untuk menyelamatkan negara kita dari hancur dengan sebarang bentuk unsur jenayah rasuah!!

Rasuah mesti dibanteras tanpa memilih bulu!!

No comments:

Post a Comment