demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Saturday, 30 May 2015

NGO CAGM BANGANG

Siapa dia Md Zainal Abidin yang beria-ia benar untuk mencemarkan imej Tun Dr Mahathir?! Adakah budak ni menjadi barua sesiapa?!

Saya ingin sarankan ngo bangang CAGM yang baru ditubuhkan baru sebulan untuk buat kerja lain yang lebih berfaedah. Ini kerja orang bodoh!!

Jangan cuba nak alihkan pandangan serta tumpuan daripada isu penyelewangan dana 1mdb. Semua rakyat jelak melihat kerenah Md Zainal Abidin ni yang nampak sangat seolah-olah menjadi barua kepada pihak tertentu!!

Saya ingin cabar Md Zainal Abidin ni untuk siasat kes penyelewangan 1mdb terlebih dahulu kerana ini adalah isu semasa negara yang paling hangat diperkatakan oleh rakyat jelata.

Pelbagai bukti-bukti penyelewengan 1mdb ujud satu per satu masakini. Semua laporan polis saya pun DS Najib tak pernah jawab sehingga kini.

Penipuan demi penipuan terpaksa dilakukan oleh PM dan Menteri Kewangan 1 merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat 1mdb. Malahan DS Najib secara jelas telah menipu Dewan Rakyat pada bulan Mac yang lepas mengenai sebahagian daripada wang yang ditebus dari.kepulauan Cayman kononnya disimpan dalam akaun bank BSI Singapura berjumlah USD 1.103 billion. Akhirnya bank BSI sendiri menafikan jawapan bertulis DS Najib di dalam parlimen dan kini Monetary Authority of Singapore (MAS) telah menyiasat dakwaan tersebut serta baru-baru ini telah memberi laporan kepada Bank Negara Malaysia.

Apa lagi tunggu!! Ini isu besar dan menjadi polemik antarabangsa!! Memalukan imej Malaysia!!

Kenapa ngo CAGM yang berumur sebulan ini tak mahu siasat itu dulu??!!

Nampak sangat Md Zainal Abidin ini beria-ia nak mencemarkan imej Tun Dr Mahathir. Ngo ni pun tiada sebarang matlumat salahlaku Tun tetapi sanggup tawarkan rm1juta kepada sesiapa yang boleh memberi matlumat tentang kekayaan Tun.

Kalau tak ada maklumat lebih baik duduk diam-diam saja!! Kami lawan kemungkaran 1mdb berdasarkan kepada matlumat dan fakta yang 'reliable' sebab itulah sehingga kini PM tidak boleh menjawab sebarang persoalan yang telah dikemukakan mengenai 1mdb!!

Seperkara lagi saya telah membuat laporan polis keatas DS Najib, DS Rosmah Mansor, Riza Aziz dan Jho Low untuk siasat kekayaan mereka.

Saya amat berharap Md Zainal Abidin ini menyiasat kekayaan keluarga PM yang amat hangat diperkatakan oleh hampir keseluruhan takyat jelata di negara kita!!

Isu untuk cuba mengaitkan kononnya Tun Dr Mahathir juga mengumpul kekayaan luar biasa merupakan satu perkara yang sia-sia kerana sejak 22 tahun jadi PM tiada siapa dapat membuktikannya termasuk parti-parti pembangkang.

Dah hampir 13 tahun Tun Dr Mahathir bersara dari jawatan PM baru kini CAGM nak ungkit serta bangkitkan tohmahan yang tidak berasas ini?! Jangan buang masa lah!! Md Zainal Abidin ini harus buat kerja-kerja berfaedah sepertimana yang dihajatkan oleh rakyat untuk siasat kes penyelewangan 1mdb ini.

Negara juga boleh jadi muflis sekiranya isu 1mdb ini tidak dibendung seterusnya diambil tindakan segera untuk menyelesaikan polemik yang amat kronik ini!!

Sila tumpu kepada isu semasa yang membebankan keseluruhan rakyat di negara ini terlebih dahulu. Isu-isu yang baru nak upah orang cari fakta kebenarannya.akan mengambil masa yang terlalu panjang dan kemungkinan tidak jumpa pun!! Jadi Md Zainal Abidin, tolonglah jangan jadi bangang!! Kajilah pelbagai bahan bukti yang didedahkan mengenai penyelewangan 1mdb serta siasatlah perkara ini terlebih dahulu!!

Isu yang belum kita ada fakta sahih tolong jangan buang masa!! Nak berjuang untuk mencari kebenaran, berjuang lah secara jujur dan ikhlas serta janganlah kita nak jadi barua puak tertentu untuk memfitnah orang lain!!

Wednesday, 27 May 2015

TUN M TEGUR KERANA NAJIB BANYAK BUAT SILAP

Dato Sri Najib kena sedar dan muhasabah diri kerana beliau banyak melakukan kesilapan sebab itulah Tun Dr Mahathir ikhlas menegur serta kritik kepimpinannya demi menjaminkan survival Umno dan juga BN.

Kebelakangan ini DS Najib banyak menipu rakyat khususnya dalam isu 1mdb. DS Najib kata Jho Low tiada kaitan dengan syarikat 1mdb tapi terbukti beliau ada hubung kait pada hakikatnya. PM kata dana 1mdb disimpan dan dilabur di kepulauan Cayman tapi sehingga kini tiada bayangan di mana duit itu berada?!

Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat 1mdb kata sebahagian duit daripada kepulauan Cayman yang ditebus disimpan dalam bentuk tunai USD1.103 billion dalam bank BSI Singapura tetapi bank tersebut menafikannya dan kata 1mdb bagi dokumen palsu!! PM pulak menipu dalam jawapan bertulisnya di Parlimen pada bulan Mac yang lepas.

Hakikatnya juga DS Najib tak pernah jawab pun semua soalan-soalan Tun Dr Mahathir setakat ini. Beliau hanya buat penafian secara umum saja!! PM tak pernah bagi jawapan secara ilmiah dan berfakta pun!!

Sebab itu saya sarankan kepada DS Najib untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir dan biarkan rakyat hakimi perdebatan tersebut. Anjurkanlah debat perdana yang disiarkan secara terus menerus ke seluruh pelusok tanahair.

Sekiranya Menteri Penerangan Malaysia kata nak kaji SOP debat tersebut terlebih dahulu dan kalau RTM susah nak siarkan ke seluruh negara maka kita mohon sokongan tv swasta seperti astro atau tv3 untuk siarkannya.

DS Najib jangan hanya guna saluran komunikasi untuk hentam Tun Dr Mahathir dari jauh. Itu tidak adil!!

Ataupun sekurang-kurangnya Presiden Umno sepatutnya jemput Tun Dr Mahathir untuk beri justifikasi kritikan beliau terhadap kepimpinan DS Najib kebelakangan ini. Biar semua ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno dengar sendiri penerangan dari mulut Tun Dr Mahathir.

Kenapa takut sangat nak berhadapan dengan Tun Dr Mahathir?! Saya amat hairan dengan pemimpin-pemimpin Umno seperti ini!!

Najib sepatutnya tanya dirinya sendiri bahawa bukan Tun Dr Mahathir saja yang menegur kepimpinannya kebelakangan ini. Bekas-bekas Menteri Kewangan Malaysia yang lain seperti YM Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Daim Zainuddin dan waima bekas ketua pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim pun membuat pelbagai teguran keatas kepimpinan ekonomi oleh DS Najib!!

Takkanlah semua bekas-bekas Menteri Kewangan Malaysia itu pun salah??!!

DS Najib kena cermin diri beliau terlebih dahulu khususnya dalam isu isteri beliau. Secara hakikatnya rakyat jelata banyak membuat pelbagai teguran serta mempunyai persepsi negatif terhadap DS Rosmah. Pasanglah telinga dan bukalah mata luas-luas. Saya tak suka bercakap bohong khusunya untuk membodek!!

Janganlah nak salahkan Tun Dr Mahathir saja. DS Najib tak ingat kah beberapa kali isterinya di 'boo' dalam acara-acara tertentu di tanahair kita. Apa maknanya tu??!!

Saya ingin sarankan kepada DS Najib agar jangan kurang ajar!! Tun Dr Mahathir tegur beliau kerana bersebab demi kebaikan dirinya serta parti Umno.

Beliau berada di tempatnya sekarang pun adalah atas daya usaha serta sokongan Tun Dr Mahathir pada suatu masa dulu. Walau macamana Tun Dr Mahathir sayangkan DS Najib tetapi bila beliau banyak melakukan kesilapan, maka demi kebaikan Tun Dr Mahathir sudah pasti kena buat teguran tanpa pilih kasih demi kepentingan bangsa mahupun negara!!

Dalam apa jua keadaan DS Najib harus berundur kerana beliau sedang hadapi krisis keyakinan yang paling teruk di kalangan rakyat jelata masakini!! Ini adalah hakikat yang hakiki!!

Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan

Monday, 25 May 2015

Untuk Jelaskan Isu Penipuan Fakta Kepada MOF, Arul Kanda Tidak Perlu Tunggu Disoal PAC Atau Audit !

PAC tidak sepatutnya kompromi dengan Arul Kanda!! Kenapa perlu tunggu sebulan??

Negara sedang menghadapi kemelut hilang keyakinan rakyat pada PM yang kemungkinan akan diusulkan undi tidak percaya dalam parlimen keatasnya.

Ini adalah gara-gara penipuan 1mdb yang telah beri matlumat salah pada Kemenenterian Kewangan Malaysia dalam isu simpanan rm3.6 billion dalam akaun bank BSI di Singapura.

Kenapa PAC harus berlembut sangat dengan Arul Kanda ini?? Beliau telah banyak kali menipu rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kedudukan kewangan serta dana 1mdb amat kukuh.

1mdb yang diterajui oleh Arul Kanda telah mengaibkan imej PM serta negara di seluruh dunia. Lihat isu penipuan simpanan wang tunai 1mdb di dalam akaun bank BSI yang juga sedang disiasat oleh Monetary Authority Singapore (MAS). Ianya amat memalukan negara kita!!

Lihatlah apa yang dilakukan oleh 1mdb yang diterajui oleh Arul Kanda!! Apa Arul Kanda ingat ini isu yang remeh temeh yang boleh dipersendakan dan dipermainkan??!!

Saya juga tak faham dengan sikap Kementerian kewangan Malaysia yang menyatakan 1mdb bagi matlumat salah pada mereka sehinggakan PM terpaksa menipu di dalam parlimen pada bulan Mac yang lepas. Tapi kenapa Kementerian Kewangan Malaysia tidak mahu ambil sebarang tindakan terhadap 1mdb dan Arul Kanda mesti dipertanggungjawabkan dalam kes ini!!

Kenapa DS Najib dan Kementerian Kewangan masih tunduk untuk membela 1mdb??!! 1mdb telah buat pelbagai penipuan secara jelas bukan saja di dalam negara kita tetapi mencemarkan imej Malaysia ke luar negara!!

Dalam soal penipuan maklumat ini, kenapa tidak ada respon dari 1mdb dan Arul Kanda terhadap dakwaan dari Kementerian Kewangan yang kesalahan adalah dipihak 1mdb yang telah beri maklumat salah atau dalam katalain telah menipu.  Takkan untuk beri penjelasan terhadap tindakan menipu itu pun terpaksa menunggu siasatan audit atau PAC ?

Sebab itu saya amat setuju dengan kenyataan TS Mahyuddin Yassin agar mereka ini semua kena dipecat serta merta!! Kalangan ahli lembaga pengarah 1mdb tidak amanah dan gagal melaksanakan tugas mereka sepertimana yang diharapkan!! Mereka tidak 'perform' jadi kenapa kerajaan masih menyimpan parasit-parasit ini semua??!!

Sikap DS Najib dan MOF amat aneh bagi saya!!

Saya memohon YB Dato Nur Jazelan selaku pengerusi PAC agar bersikap tegas untuk panggil Arul Kanda secara segera bagi menghadapi jawatankuasa PAC. Jangan lengahkan lagi!!

Kalangan rakyat jelata amat kecewa apabila PAC memaklumkan penundaan tarikh untuk memanggil Arul Kanda menghadapi PAC.

Terlalu tunduk pada Arul Kanda juga akan membuatkan imej PAC tercemar seolah-olah cuba sekongkol dengan salahlaku mereka.

Kita sedang menghadapi krisis keyakinan rakyat terhadap kerajaan secara amat buruk masakini. Ini semua adalah angkara para pentadbir 1mdb yang sudah banyak kali membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat. Mereka tidak pernah bagi jawapan secara ilmiah. Rakyat benar-benar kecewa dan marah dalam isu skandal 1mdb ini.

Apa besar sangat denga Arul Kanda untuk 'dictate' pada parlimen tak boleh hadir sehingga sebulan lagi. Ini kes yang amat penting!! Arul Kanda mesti hadapi PAC secara segera dan beliau mesti lebih bertanggungjawab.

Sebab itulah kenyataan YB Dato Seri Rahman Dahlan salah baru-baru ini. Selagi kita tak pecat keseluruhan ahli lembaga pengarah 1mdb mereka akan bagi alasan sibuk bertugas apabila dipanggil oleh pihak berkuasa untuk siasatan.

Kalangan ini semua mesti dibuang atau digantung tugas serta merta kerana apabila dipanggil mereka tiada lagi alasan sibuk 'travelling' atas urusan kerja. Biar mereka beri 100% tumpuan menghadapi proses siasatan saja.

Kesemua ahli lembaga pengarah 1mdb tidak perlu dibayar dengan gaji lumayan lagi kerana mereka telah gagal memikul tanggungjawab secara amanah. Jangan bazirkan wang kerajaan dan duit rakyat untuk bayar gaji pada golongan yang gagal 'perform' sehingga membebankan negara kita sepertimana hari ini!!

Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan

Sunday, 24 May 2015

LAPORAN POLIS KEATAS DS NAJIB, DS HUSNI HANADZLAH, TS ZETTY, TS LODIN, ARUL KANDA & LEMBAGA PENGARAH 1MDB

Saya telah membuat laporan polis terbaru ke atas Dato Sri Najib Tun Razak, Dato Seri Husni Hanadzlah, Tan Sri Zetty Akhtar Aziz, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin serta keseluruhan ahli lembaga Pengarah 1MDB di atas perbuatan menyembunyi kesalahan dalam urusan kerajaan.

Perbuatan mereka ini juga bercanggah dengan kesalahan Undang- Undang Jenayah Malaysia di bawah section 218.

Pembohongan dan penipuan ini tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana ini adalah sikap yang tidak amanah di dalam melaksana tanggungjawab serta tugasan kerajaan.

Malahan Perdana Menteri juga telah menipu Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen penggal bulan Mac yang lepas.

Saya ingin memohon pihak PDRM menyiasat di mana keseluruhan wang yang dikatakan dilabur di kepulauan Cayman berjumlah lebih kurang RM7 billion keseluruhannya berada?? Ke manakah dan di manakah wang-wang tersebut berada pada masa kini??

Saya juga berharap pihak PDRM yang senantiasa bersikap amat professional di dalam mengendalikan kes 1mdb agar dapat menyiasat secara menyeluruh serta komprehensif. Dalam apa jua keadaan pun saya amat menyakini sikap professionalisma PDRM selama saya membuat beberapa laporan mengenai isu 1mdb. Layanan PDRM amat adil serta saksama kepada rakyat bawahan seperti saya.

Rakyat harus bersikap tegas dalam memantau serta bertindak untuk lawan segala bentuk rasuah di tanahair kita seandainya kita mahukan negara ini terus makmur.

Tindakan ini juga diharapkan akan dijadikan sebagai satu pengajaran kepada GLC lain agar memikul tanggungjawab secara amanah kerana kini 'public governance' telah berubah terhadap mereka. Rakyat mempunyai hak dan akan bertindak membantu pihak berkuasa untuk lawan banteras rasuah di negara kita secara habis-habisan.

Sesungguhnya amalan rasuah yang jijik itu adalah perosak bangsa, agama serta tanahair!!

Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan






Saturday, 23 May 2015

NAJIB TERUS DITIPU DAN SYOK SENDIRI

Dato Sri Najib Tun Razak kena sedar bahawa beliau sedang ditipu yang bakal membawa rebah kepadanya.

DS Najib sedang melihat sokongan palsu rakyat pada hakikatnya. Hari demi hari sokongan rakyat akar umbi terhadap DS Najib semakin menurun dengan teruknya.

Jangan mudah percaya pada himpunan rakyat yang diupah, dikerah serta diangkut ke majlis-majlis yang DS Najib hadir. PM tolonglah jangan syok sendiri!!

Saya amat smpati apabila melihat DS Najib kata sokongan rakyat terhadapnya ikhlas!! Situasi inilah yang bakal merebahkan DS Najib dan Umno pada PRU 14 kelak.

Pada PRU 13, 51% rakyat jelata.menyokong Pakatan Rakyat. Dengan pelbagai isu-isu besar yang sedang melanda negara dan kritikan-kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepincangan pentadbiran DS Najib, kali ini bakal melihatkan Pakatan Rakyat bakal memperolehi undi popular yang lebih besar seandainya DS Najib masih degil tidak mahu berundur.

Lihat saja dayausaha Umno untuk mendaftarkan gen y sebagai ahli yang baru masih menghadapi jalan sukar. Majoriti kalangan gen y tidak minat menyertai parti Umno. Lihat juga pola undi gen y pada PRK Rompin serta Permatang Pauh amat tidak memberangsangkan!!

Yang mengerikan pada PRU 14 kelak kita bakal menghadapi sejumlah 6 juta orang pengundi baru.

Keseluruhan rakyat jelata bijak menilai dan tak boleh terima lagi pelbagai penipuan di bawah kepimpinan DS Najib.

Kepimpinan DS Najib dah terpaksa menipu hampir setiap hari untuk mempertahankan isu-isu besar seperti 1mdb @ Tabung Haji sebagai contohnya.

Yang membuat keadaan semakin teruk DS Najib tidak pernah menjawab semua soalan-soalan Tun Mahathir secara hakikat, ilmiah, berfakta, jujur serta komprehensif. Ini sukar difahami, kerana apa susah sangat untuk DS Najib jawab semua soalan-soalan Tun Mahathir secara terbuka??

Saya amat berharap DS Najib sedar bahawa rakyat tidak boleh ditipu serta diperbodohkan lagi. Dengan kemajuan teknologi media sosial hari ini amat sukar untuk kita menutup sesuatu.kesalahan. Ini adalah kerana banyak matlumat tepat dapat diperolehi secara terus oleh rakyat jelata melalui saluran media sosial.

Hari demi hari graf populariti DS Najib semakin menurun. Apa yang merisaukan kita graf ini juga sedang menunjukkan bahawa Umno dan BN akan turut kecundang kemungkinan hilang kuasa pada PRU 14 seandainya DS Najib masih degil tidak mahu berundur.

Sekiranya DS Najib sayangkan parti Umno dan BN, sudah sampai masanya DS Najib berundur secara terhormat demi menjamin kesinambungan serta survival Umno di tanahair kita.

Friday, 22 May 2015

Rahman Dahlan Tak Faham Proses Undang-Undang

Pada hemat peribadi saya YB Dato Seri Rahman Dahlan kurang faham proses undang-undang serta tidak peka akan 'repercussion' yang mungkin berlaku terhadap manipulasi dokumen-dokumen seandainya keseluruhan ahli lembaga pengarah 1mdb masih berada di situ.

Sekiranya semua mereka yang telah gagal sehingga menyebabkan bebanan hutang 1mdb ini begitu besar dipecat ataupun digantung tugas sekalipun secara segera, ianya tidak akan melambatkan serta menyukarkan proses siasatan kerana semua yang terbabit itu masih boleh di panggil atas dasar 'personal capacity' selaku bekas kakitangan 1mdb. Apa masalahnya??!!

Kalau pecat semua lembaga pengarah yang sepatutnya bertanggungjawab di atas kegagalan 1mdb dengan bebanan hutang rm42 billion masakini dan pemecatan ini membuatkan mereka semua tidak boleh dipanggil sebagai saksi untuk proses siasatan, lainlah cerita!! Ini peruntukan undang-undang masih membenarkan mereka untuk disapina oleh polis (PDRM), jadi apa masalahnya??!!

Rahman Dahlan terlupa bahawa pelbagai risiko manipulasi dokumen boleh berlaku dengan semua yang terlibat masih ada di premis 1mdb. Sebab itu dalam peruntukan undang-undang sekiranya seseorang pegawai kerajaan atau kakitangan swasta ditangkap atas sebarang salahlaku mereka akan diberikan cuti semasa proses siasatan berjalan.

Malahan dalam Sarawak Report juga telah melaporkan bahawa semua komputer bimbit kakitangan 1mdb, softwarenya telah di 'erase' pada bulan Disember 2014.

Pemecatan, gantung tugas atau dicutikan apabila perkhidmatan yang tidak memuaskan adalah satu 'norms' ataupun praktis yang selari dengan 'rules of laws.'

Arul Kanda Kandasamy pula pernah berbohong dan hanya memberi jawapan yang mengelirukan rakyat semata-mata. Kerajaan harus bersikap tegas ke atas kalangan yang tidak 'perform' dan tidak perlu membazir dana kerajaan mahupun wang rakyat untuk bayar gaji mereka pada kadar yang tinggi pada kelazimannya setiap bulan.

Saya amat tidak faham dengan dasar kerajaan mengenai 1mdb. Kerajaan nampak sukar sangat untuk memberi jawapan secara berfakta serta ilmiah kepada keseluruhan rakyat jelata.

Sehingga kini mereka hanya buat kenyataan-kenyataan berbelit, mengelirukan dan tidak meyakinkan rakyat langsung. Apa susah sangat untuk beri jawapan yang bernas kepada akar umbi.

Dulu Arul Kanda berbohong kata wang dari kepulauan Cayman Island dah ditebus dan dibawa pulang tapi didapati berhohong!! Arul Kanda kata tiada bukti langsung Jho Low terlibat dengan 1mdb tetapi ada dokumen menunjukkan Jho Low terlibat secara 'direct' dengan syarikat ini.

PM turut berbohong kepada rakyat dan Parlimen mengatakan bahawa sebahagian duit yang ditebuskan dari kepulauan Cyman disimpan dalam bentuk wang tunai sejumlah USD 1.103 billion di bank BSI singapura dan akhirnya tidak betul juga!!

Baru ini Husni Hanadzlah menipu lagi kata kononnya Kementerian Kewangan Malaysia tersalah tafsir mengenai wang tunai USD 1.103 billion di bank BSI singapura. Ini adalah satu penipuan menurut tafsiran saya. Takkan Kementerian Kewangan yang mempunyai 2 orang Menteri Kewangan serta pakar-pakar ekonomi negara yang berpengalaman boleh tersalah tafsir ke atas satu isu kewangan negara yang begitu penting. Kenyataan Husni ini tidak dapat diterima oleh akal fikiran yang waras!! Ianya juga amat tidak logik!!

Malangnya sehingga kini Dato Sri Najib, Dato Seri Husni, Tan Sri Lodin dan Arul Kanda tidak pernah menjawab secara sahih di mana perginya duit-duit 1mdb yang dibelenggui dengan hutang yang begitu besar dalam tempoh hanya 5 tahun penubuhannya.

Macamana mereka nak rakyat yakin dengan sikap kerajaan yang putar belit dan hanya berbohong tanpa menjawab semua persoalan yang timbul secara ilmiah serta komprehensif??!!

Sebab itulah 'rating' populariti rakyat terhadap kepimpinan masakini jatuh merudum!!

Saya selaku bekas Naib Ketua Umno bahagian yang banyak berceramah di seluruh pelusok tanahair yakin dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno mahupun BN kemungkinan akan hilang kuasa sekiranya Najib terus memimpin.

Sentimen rakyat akar umbi amat tidak baik dan begitu negatif terhadap kepimpinan Dato Sri Najib.

Lihatlah keputusan pola undi anak muda pada PRK Rompin dan Permatang Pauh terhadap BN.

Sebab itu Umno amat sukar untuk mendaftarkan ahli-ahli muda dari kalangan gen y untuk menyertai parti ini.

Secara jujur dan ikhlas saya ingin nasihatkan Dato Sri Najib agar berundur dari jawatan Presiden Umno serta Pengerusi BN seterusnya melepaskan juga jawatan Perdana Menteri sekiranya beliau sayangkan parti Umno dan BN.

Bagi saya Dato Sri Najib sedang hadapi satu krisis keyakinan yang kronik dan era kepimpinan beliau juga telah berlalu dan semakin tidak relevan lagi pada keseluruhan rakyat Malaysia!!

Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan

Thursday, 21 May 2015

Semua ALP 1MDB Harus DiGantung Tugas Serta Merta - Saya Sokong Kenyataan TPM

"Saya amat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa semua ahli lembaga pengarah 1MDB untuk meletakkan jawatan secara serta-merta.

"Selepas saya membuat laporan polis terhadap keseluruhan ahli lembaga pengarah 1MDB pada 12 Disember tahun lepas, saya sudah sarankan agar semua ahli lembaga pengarah 1MDB untuk meletakkan jawatan ataupun sekurang-kurangnya menggantung tugas mereka semua secara 'immediate effect'.

"Ini penting agar semua siasatan oleh pihak berkuasa akan dapat berjalan secara bebas dan adil dan ia juga dapat menjamin setiap dokumen penting di dalam 1MDB tidak disentuh oleh sesiapa,"


Kenyataan saya seperti yang disiarkan astroawani.com.



Wednesday, 20 May 2015

Usul Undi Tidak Percaya Kepada PM Kerana Menipu Parlimen !

KENYATAAN AKHBAR

Sekarang secara sahihnya Datuk Seri Najib telah menipu Dewan Rakyat yang mulia ini.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membawa usul undi tidak percaya keatas PM yang telah menipu Parlimen dalam jawapan bertulisnya pada penggal lepas dengan mengatakan bahawa wang yang ditebus dari kepulauan Cayman dibawa pulang dan disimpan dalam bentuk tunai USD1.103 billion.

Perdana Menteri jenis apa ni??!! Kalau di luar negara beliau akan di 'impeach' , digugur jawatan serta kemungkinan akan dipenjarakan!!

Ahli-ahli Yang Berhormat mesti tegas bersatu hati tanpa kira fahaman ideologi politik untuk membawa usul undi tidak percaya pada Datuk Sri Najib bagi menjaga kemuliaan Dewan Rakyat daripada dipersendakan lagi.

Ini merupakan satu kesalahan yang amat besar serta memalukan Parlimen Malaysia di kacamata.orang luar.

Amat memalukan sekiranya tindakan tegas tidak diambil keatas Perdana Menteri yang telah mencemarkan imej dan institusi Parlimen Malaysia.

Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan

Sunday, 17 May 2015

Tun M Sudah Terima, DS Najib Bila Pula ?

KENYATAAN AKHBAR

Apa tunggu lagi Nazri Aziz?? Semalam di Ipoh Tun Dr Mahathir secara terbuka setuju untuk berdebat dengan Dato Sri Najib Tun Razak disaksikan oleh rakyat jelata sebagai hakim bagi membuat penilaian siapa yang bercakap benar serta siapa yang berbohong!!

Saya harap Nazri Aziz boleh lupakan soal suruh Tun Dr Mahathir pergi bertanding di parlimen Pekan. Apa yang Nazri Aziz patut buat pujuklah boss beliau untuk menyahut cadangan rakyat agar Dato Sri Najib berdebat dengan Tun Dr Mahathir bagi membolehkan keseluruhan akar umbi di negara kita lebih memahami isu-isu semasa yang sedang melanda lanskap politik tanahair kita masakini.

Saya amat setuju dengan debat terbuka ini. Ini juga sebahagian daripada proses demokrasi di mana kita serahkan segala butiran perdebatan ini kepada rakyat untuk buat penilaian.

Debat di antara Tun Dr Mahathir dan Dato Sri Najib juga patut disiarkan secara terus menerus melalui rangkaian media arus perdana serta media-media sosial.

Harap-harap Nazri Aziz boleh mencadangkan kepada Dato Sri Najib untuk menerima cadangan debat ini oleh rakyat jelata.

Selepas selesai saja perdebatan ini maka kita serahkan segala-galanya kepada keseluruhan rakyat dari segenap lapisan masyarakat untuk membuat penilaian masing-masing. Rakyat dapat melihat dan mendengar sendiri dari mulut Tun Dr Mahathir dan juga Dato Sri Najib. Ini merupakan satu kaedah yang bernas dan mesti direalisasikan.

Kini kita hanya dengar Dato Sri Najib serta pemimpin-pemimpin Umno hanya berkata mereka puashati dengan penjelasan Perdana Menteri. Malangnya PM tidak pernah menjawab semua persoalan-persoalan isu-isu semasa secara berfakta mahupun komprehensif.

Dengan anjuran debat ini sudah pasti iannya akan menjadi saksi kepada semua lapisan masyarakat untuk membuat perhitungan mahupun penilaian mengenai semua permasalahan isu-isu semasa yang sedang melanda negara.kita.

Apa pandangan PM?? Apa reaksi PM?? Bila PM nak respon terhadap persetujuan Tun Dr Mahathir untuk adakan debat terbuka di antara mereka??

Mohon Nazri Aziz tolong bantu untuk menrealisasikan impian keseluruhan rakyat jelata ini secepat yang mungkin....

Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan

Saturday, 16 May 2015

Saya Tuntut Nazri Aziz Minta Maaf Secara Terbuka Atau Berdepan Tindakan Undang2 !

KENYATAAN AKHBAR

Saya akan saman serta mengambil tindakan undang-undang ke atas Nazri Aziz yang telah mengatakan secara terbuka di media bahawa saya adalah seorang yang bankrap kini!! 

Saya bagi 7 hari melalui hari ini untuk Nazri Aziz mohon maaf secara terbuka dan sekiranya beliau gagal membuat demikian maka saya tidak akan teragak-agak untuk mengheretnya ke mahkamah.

Nazri Aziz ini adalah contoh pemimpin yang suka bercakap tanpa menggunakan akal fikiran yang rasional. Dia bercakap berteraskan perasaan tanpa mahu menggunakan otak!!

Tolong buat sedikit 'homework' samada saya ini bankrap atau pun tidak kini??!!

Dalam isu ini, dia cuba membuat penampilan secara grandstanding dan mencari publisiti murah supaya semua orang tahu yang beliaulah orang yang mencabar Tun Dr Mahathir untuk bertanding di kawasan parlimen Pekan menentang najib. Hakikatnya, budak Nazri Aziz inilah yang tak faham apa yang dia ungkapkan!!

Saya dah kata Tun Dr Mahathir tidak pernah pun sebut untuk mencabar Najib bertanding dalam pilihanraya khususnya di kawasan parlimen Pekan. Nazri Aziz ini bangang!! Dia yang kata tapi kini nak berdolak-dalik pulak!!

Nasihat Tun Dr Mahathir agar Najib berundur secara terhormat bukan nak mencabar Perdana Menteri bertanding di kawasan parlimen Pekan!!

Memandangkan Nazri Aziz yang memandai-mandai cabar Tun Dr Mahathir bertanding di Pekan maka saya pun ada hak untuk beri pandangan peribadi saya. kalau dah nak suruh sangat Tun Dr Mahathir bertanding dengan Najib maka wajarlah cadangkan satu kawasan parlimen yang 'neutral.' Apa Nazri Aziz takut pulak kah??!!

Di sini saya nak katakan kepada Nazri Aziz jangan lupa satu masa dulu Najib hampir tersungkur di kawasan parlimen Pekan. Tak mustahil ianya boleh berulang kembali dengan izin Allah swt. 

Yang bankrap minda adalah beliau sendiri!! Orang cakap lain beliau cakap lain!!

Lain kali kalau nak cakap gunalah otak dulu!! Ini penting kerana beliau adalah bertaraf menteri kabinet Malaysia bukan politikus jalanan.

Siapa dia Nazri Aziz dan apa sumbangannya kepada pembangunan negara jika nak dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir ??!! Asas kuat kejayaan negara kita adalah atas dasar perjuangan Tun Dr Mahathir selama 22 tahun memimpin negara ini secara cemerlang. Jika nak dibandingkan sumbangan Nazri Aziz ni, sebesar jari kelingking Tun Dr Mahathir pun tak ada!! Jadi tak perlulah nak cakap pandai.

Saya juga ingin sarankan kepada Nazri Aziz agar dapat anjurkan satu debat terbuka di antara Najib dengan Tun Dr Mahathir!! Biar rakyat jelata hakimi siapa yang bercakap benar dan siapa yang menipu!!

Kalau takut nak berdepan dengan Tun Dr Mahathir melalui debat terbuka memadailah saja dengan menjemput Tun Dr Mahathir ke mesyuarat MKT Umno untuk terangkan secara tertutup akan pendirian beliau terhadap kepimpinan Najib!!

Nazri Aziz juga kalau anak jantan tolong bagi tahu Presiden umno agar jangan tunda pemilihan parti Umno tahun depan. Saya juga nak sarankan agar Nazri Aziz masuk bertanding pada pemilihan MKT penggal depan!!

 Saya secara ikhlas ingin nasihatkan Nazri aziz agar jangan terlalu angkuh dalam hidup ini. Hari ini beliau mungkin berada di atas, esok dengan kuasa Allah swt mungkin beliau akan berada di bawah pulak!! Tolong jangan terlalu riak!!

Kalau kita tak mampu untuk berbudi memadai dengan kita membalas budi dan sekirnya kita tak mampu juga untuk membalas budi adalah memadai dengan kita hanya mengenang budi!! Jadi janganlah gigit tangan orang yang pernah berbudi pada kita!!

Yang bankrap minda adalah Nazri Aziz itu sendiri!!

Dari;
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan

Thursday, 14 May 2015

Cabaran Nazri Terhadap Tun M Hanya Memperbodohkan DIri Sendiri !

KENYATAAN AKHBAR

Siapa dia Nazri Aziz?? Muhasabah diri dan cermin diri dulu. Jangan cakap macam budak sekolah darjah 3.

Siapa dia Nazri Aziz nak cabar Tun Dr Mahathir untuk bertanding di Pekan? Ini cakap bodoh!! Tolong jangan angkuh!!

Inilah sikap segelintir daripada pemimpin Umno yang angkuh yang dibenci oleh rakyat. Nazri lupa sejarah!! Beliau lupa Najib hampir tumbang di Pekan satu masa dulu. Jangan riak dan nak melawan ketentuan Allah swt.

Saya nak sarankan kepada budak Nazri Aziz ni agar suruh Tun Dr Mahathir dan Najib untuk bertanding di 'neutral ground'... berani kah??

Jemput Tun Dr Mahathir dan Najib bertanding di kawasan parlimen Wangsa Maju atau di kawasan parlimen Bandar Tun Razak ke?? Nazri agak Najib berani tak?

Nazri ni bangang!! Cakap bodoh!! Nak cabar Tun Dr Mahathir untuk bertanding di gelanggang tradisional Najib. Itu bacul namanya!! Itu juga membawa makna Nazri ni hakikatnya penakut!!

Tolong jangan nak tunjuk hero!! Nazri ni pemimpin umno yang banyak bagi masalah kepada kami ahli-ahli umno di Pulau Pinang.

Kita lawan DAP di Pulau Pinang, dia pemimpin pusat Umno dok berpeluk dengan Lim Guan Eng. Sebenarnya pemimpin Umno yang bermasalah macam Nazri Aziz ni harus disepak keluar dari Umno.

Pemimpin Umno macam Nazri Aziz ni lah yang buatkan parti Umno dibenci oleh rakyat. Tetapi beliau kulit tebal yang tak tahu malu. Personaliti macam Nazri Aziz inilah merupakan 'liability' kepada parti Umno.

Nazri Aziz mesti cermin diri dulu untuk lihat samada kita ni kelihatan bersih serta bersih ataupun tidak??!! Beliau lama di dalam politik yang berada dalam kabinet sejak dari zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi tetapi malangnya beliau amat tidak matang dan bangang!!

Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan

Wednesday, 13 May 2015

Ada Lagikah Kredibiliti SPRM Mahu Menyiasat 1MDB Jika Pengerusi Lembaga Penasihatnya Sudah Menyatakan Sokongan Pada 1MDB ?

KENYATAAN AKHBAR

Saya ingin sarankan Tunku Aziz selaku Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM untuk letak jawatan secara segera!!!

Tunku Aziz ni dah nyanyuk!!! Dia lupa bahawa kini beliau bukan lagi ahli politik tapi menjawat jawatan Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM.

Tunku Aziz tidak boleh lagi cakap politik. Beliau kena bersikap 'neutral' dan adil kepada semua pihak.

Semalam Tunku Aziz bercakap seolah-olah beliau mempertahankan 1mdb. SPRM sendiri belum siasat kes 1mdb yang saya telah laporkan beberapa kali dan SPRM juga belum buat sebarang 'conclusion' terhadap laporan siasatan kes 1mdb; macamana Tunku Aziz cuba mempertahankan 1mdb seolah-olah tiada sebarang elemen salah laku di dalam pentadbirannya.

Tunku aziz tak layak jadi Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM. Tunku Aziz lebih layak jadi ahli politik pembangkang.

Dulu Tunku Aziz semasa dalam parti pembangkang setiap hari serang UMNO dan BN. Kini selepas disogokkan jawatan, cakap lain pulak. Beliau tak ada 'stature' dan tak ada kredibiliti untuk bercakap tentang 1mdb kerana beliau sendiri tidak faham kes ini.

Jadi lebih baik Tunku Aziz duduk diam-diam dan jangan buat kenyataan yang 'bias' memandangkan beliau kini adalah Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM yang harus bersikap neutral, bebas, adil, telus serta berintegriti!!!

Tidak terfikirkah beliau yang kenyataan menyokong 1mdb baik secara langsung atau tidak langsung itu bakal memberi persepsi negatif akan kredibiliti SPRM dalam menyiasat kes 1mdb? Dikhuatiri nanti rakyat akan menolak dari awal lagi siasatan SPRM kerana Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM sendiri sudah begitu teruja menyokong subjek siasatan, iaitu 1mdb.

Tunku Aziz tolong berhenti cakap politik dalam isu 1mdb yang beliau sendiri tidak mahir serta tidak faham!!!

Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hsssan

Tuesday, 12 May 2015

Najib Dan UMNO Jangan Jadi Bacul, Berdepanlah Dengan Tun Dr Mahathir !

KENYATAAN AKHBAR

SYABAS TV3!!! Taktik lapuk TV3 sebagai agen kepada puak mungkar untuk tutup segala skandal yang melanda negara masakini.dengan menyerang untuk memfitnah Tun Dr Mahathir akan buatkan kepimpinan DS Najib cepat jatuh!!!

Saya sarankan agar TV3 melipatgandakan lagi daya-usaha untuk memfitnah Tun Dr Mahathir agar ianya akan menjadi 'catalyst' untuk PM tumbang secara secepat yang mungkin.

Keseluruhan rakyat jelata di peringkat akar umbi semakin menyampah dengan kepimpinan DS Najib yang diselubungi dengan pelbagai skandal kewangan yang bakal meruntuhkan ekonomi negara seandainya tidak dibendung secara tuntas dan proaktif

DS Najib kini sedang berada di ambang kejatuhannya!! Walaupun kaki-kaki bodek minda lemah bertungkus-lumus untuk menegakkan benang yang basah ke arah mempertahankan DS Najib namun pada pandangan saya, segalanya agak terlambat kerana rakyat masakini amat bijak menilai mutu kepimpinan negara.

Saya juga secara ikhlas ingin sarankan kepada DS Najib untuk jadi anak jantan sikit!!

Najib selama ini tidak pernah menjawab soalan-soalan salah tadbir syarikat 1mdb secara bernas, berfakta dan komprehensif.

Saya hairan dengan sikap segelintir kaki-kaki bodek dalam MKT UMNO yang mengatakan mereka puas hati dengan penjelasan DS Najib. Puas hati apa?? Apa yang DS Najib telah jelaskan mengenai skandal 1mdb tersebut??

Sebenarnya, cukup senang untuk kita selesaikan permasalahan tidak puas hati rakyat terhadap kes 1mdb, Tabung Haji, Felda Global Ventures, KWAP dan beberapa lagi agensi GLC yang dipergunakan untuk selamatkan survival 1mdb.

Di sini saya ingin cadangkan kepada Puad Zarkashi agar anjurkan satu majlis debat di antara Tun Dr Mahathir dan DS Najib untuk terangkan kepada keseluruhan rakyat jelata secara terperinci mahupun jelas akan pendirian kedua-dua tokoh ini secara siaran terus menerus ke seluruh negara.

Biar rakyat yang hakimi akan kedudukan sebenarnya.

Presiden PAS yakni Hj Hadi Awang pun dah kata DS Najib menang melalui proses pemilihan dari rakyat dan saya rasa amat adil sekiranya kita biarkan rakyat yang mengadili pendirian Tun Dr Mahathir serta DS Najib dalam menghadapi isu semasa ini.

Kita serahkan segala-galanya pada rakyat jelata!!

Kenyataan Tunku Aziz selaku pengerusi lembaga penasihat SPRM tu kita boleh tolak ke tepi saja. Itu kaki bodek yang sudah hampir nyanyuk serta cepat lupa sejarah. Tunku Aziz ni waktu salam DAP hentam UMNO dan BN begitu teruk. Kutukan dia pada UMNO dan BN kita boleh dengar hampir setiap hari.

Kini disogok dengan jawatan.pengerusi lembaga penasihat SPRM cakap lain pulak. Jangan alih pandangan. Saya dah penat lapor pada SPRM dan bagi kenyataan pada badan tersebut. Tunggu apa lagi?? Tunku Aziz jangan cakap politik!! Siasat lah!!

Kaedah kedua kalau DS Najib takut untuk berhadapan dengan Tun Dr Mahathir secara terbuka maka buatlah secara tertutup.

Apa susah sangat untuk jemput Tun Dr Mahathir ke mesyuarat MKT UMNO untuk terangkan kepada keseluruhan ahli-ahli MKT secara tertutup mengenai pendirian beliau masakini. Anjurkanlah..!!

Suruh saja Tengku Adnan yang pada suatu masa dulu mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan politik melalui Tun Dr Mahathir untuk mengatur perjumpaan ini. Biar keseluruhan ahli-ahli MKT dengar sendiri penjelasan dari Tun Dr Mahathir.

Masalah dengan kepimpinan UMNO masakini takut nak berhadapan dengan Tun Dr Mahathir. Mereka hanya berani guna saluran kerajaan dan UMNO untuk hentam beliau.

Ini merupakan kaedah terbaik untuk meredakan kemelut isu semasa di tanahair kita. Pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO kena berani dan ikhlas untuk berhadapan dengan bekas presiden dan PM mereka.

Mereka jangan jadi bacul!! Berani serang dari jauh saja tetapi tak berani nak berhadapan dengan tokoh negarawan terulung ini!!

Dari:
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan

Sunday, 10 May 2015

Najib Harus Letak Jawatan !

Najib Perdana Menteri Malaysia yang amat tidak bermoral dan harus letak jawatan!!

Seorang pemimpin yang selalu berbohong sehingga sanggup membohongi Dewan Rakyat (Parlimen) harus ditolak oleh kalangan politik serta keseluruhan rakyat jelata.

Najib telah mencatat rekod di negara kita dengan menipu Parlimen dalam jawapan bertulisnya baru-baru ini bahawa sebahagian daripada wang yang ditebus dari kepulauan Cayman telah dibawa pulang dan disimpan di dalam Bank BSI di Singapura dalam bentuk tunai USD 1.103 billion.

Akhirnya bank BSI Singapura menafikan serta menyatakan 1mdb bagi dokumen palsu.

Banyak duit-duit 1mdb hilang tanpa sebarang jawapan yang bernas dari Najib. Sehingga kini Najib gagal menjawabnya tetapi hanya menipu untuk menutup salah tadbir dana 1mdb.

Apakah Perdana Menteri yang kaki bohong macam ni yang rakyat nak sokong??!! Lihat kes pembelian tanah TRX oleh Tabung Haji, sekiranya maklumat tidak bocor sudah pasti urusniaga yang mencurigakan dijalankan secara senyap-senyap itu juga akan terlepas!!

Banyak lagi isu-isu lain dalam 1mdb, Tabung Haji, Felda dan beberapa agensi kerajaan yang memerlukan pencerahan dari najib.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita tidak mahu dana kerajaan serta wang rakyat disonglapkan. Rasuah mesti diperangi secara habis-habisan sekiranya kita tidak mahu institusi negara runtuh!! Rasuah perosak bangsa, agama serta tanahair.

Saya telah membuat laporan polis (PDRM) ke atas Najib yang telah menipu Dewan Rakyat mengenai wang yang kononnya disimpan di Bank BSI Singapura. Saya telah serahkan isu ini kepada undang-undang.

Saya akan tulis 222 pucuk surat kepada keseluruhan Ahli-ahli Parlimen memohon mereka mambawa usul undi tidak percaya pada Najib pada persidangan Parlimen akan datang kerana beliau telah menipu Parlimen!!

Perdana Menteri yang kaki penipu tidak bermoral lebih teruk dari cakap berbelit-belit!!

Siapa budak Najib nak dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir yang mempunyai rekod cemerlang membangunkan negara kita selama 22 tahun.

Apa rekod Najib selama ini??!! Yang kita baca skandal itu dan ini hari-hari!! Hutang negara bertambah, nilai ringgit susut, sovereign ratings turun, ketirisan dana kerajaan begitu teruk, duit-duit kerajaan lesap berbillion-billion, kos sara hidup rakyat meningkat dan berbagai masalah lagi.

Najib jangan kurang ajar!! Kepimpinan Najib hanyalah retorikal saja!! Keadaan kepimpinan negara semakin meruncing.

Kerusi di BN di bawah kepimpinan Najib lebih teruk dari Pak Lah Badawi dalam Parlimen pun beliau nak angkuh??!! Pernah menang PRU di Pekan dengan majoriti amat tipis dan kini Najib nak angkuh??!! Jadi Perdana Menteri pun atas sokongan Tun Dr Mahathir pun kini beliau nak angkuh??!!

Kita tidak boleh percaya pada pemimpin yang cepat lupa sejarah. Kalau kepimpinan Najib amanah serta berjaya, apakah Tun Dr Mahathir nak kritik kepimpinannya masakini??!!

Tun Dr Mahathir hanya mahukan kepimpinan yang kuat dan bersih untuk jamin UMNO serta BN terus diterima oleh keseluruhan rakyat jelata.

Kini, penerimaan UMNO dan BN oleh rakyat di peringkat akar umbi agak menakutkan. Sebab itu program pendaftaran undi baru ahli UMNO amat perlahan kerana generasi Y semakin menolak UMNO.

Ini amat mengerikan kerana kita bakal hadapi pengundi baru seramai 6 juta orang pada PRU 14 kelak. Kita tidak mahu UMNO dan BN ditolak!!

Sekali lagi saya cabar Najib untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir secara ilmiah di hadapan keseluruhan ahli-ahli umno untuk kita semua dengar penjelasan dari kedua-dua pihak secara adil. Atau pun saya telah sarankan MKT UMNO jemput Tun Dr Mahathir pada mesyuarat akan datang bagi beliau jelaskan pendiriannya selama ini.

Buatlah dan jangan dok menyalak saja!! Najib kena jadi anak jantan!! Naib jangan terlalu angkuh dan kurang ajar!!

Kalau kita ni kuching parsi jangan belagak nak jadi harimau!!! Ianya amat melucukan!! 

Najib Jangan Syok Sendiri !

DS Najib jangan syok sendiri!!! DS Najib jangan kurang ajar!!!

Keseluruhan rakyat akan sokong mana-mana kepimpinan yang bersih. Pemimpin bersih mesti disokong dan pemimpin kotor mesti ditentang habis-habisan demi untuk selamatkan kesejahteraan bangsa, agama serta tanahair.

Saya ingin sarankan agar DS Najib jangan terlalu angkuh!! Cermin diri dan muhasabah diri dulu!! Beliau hari ini ditegur dan dikritik hebat oleh Tun Dr Mahathir adalah bersebab!!

Kepimpinan DS Najib hari ini terpalit dan diselubungi dengan berbagai skandal. Jawab lah secara berhemah, berfakta dan secara komprehensif akan segala cemuhan rakyat terhadap kepimpinannya. Setakat ini mereka tidak mampu untuk menjawab segala persoalan rakyat yang telah dilaporkan kepada PDRM, SPRM, PAC dan Bank Negara.

Tun Dr Mahathir tidak gila!! Tun Dr Mahathir tiada kepentingan peribadi dalam perjuangannya untuk menegakkan kebenaran. Perjuangan murni Tun Dr Mahathir pada usia ini hanyalah semata-mata kerana sayangkan parti UMNO dan BN sebelum ditolak oleh rakyat!!

Tun Dr Mahathir kerana terlalu sayangkan kepada bangsa dan negaranya sanggup berjuang dalam usia yang lanjut semata-mata untuk menyelamatkan keadaan di tanahair kita yang semakin meruncing.

Malangnya DS Najib benak!! DS Najib tak dapat menghidu dan merasai keluh kesah rakyat yang begitu membimbangkan kita mungkin kerana kaki-kaki bodek minda lemah sedang bohongi kepimpinan masakini.

DS Najib hakikatnya buta mata serta buta hati!! Mungkin kerana DS Najib tidak dapat matlumat tepat sentimen rakyat terhadap mutu pentadbirannya.

Masakini kepimpinan DS Najib hanya cuba untuk menegakkan benang yang basah. Mereka hanya pandai menipu untuk mengelirukan rakyat jelata. Selama ini mereka hanya memperbodohkan rakyat saja. Namun kita bersyukur kerana rakyat di peringkat akar umbi tidak lagi bodoh!! Rakyat jelata tidak boleh diperkotak-katikkan lagi kerana masyarakat hari ini semakin bijak.

Semua soalan-soalan serta permasalahan mengenai isu 1mdb sebagai contohnya tidak pernah dijawab secara ilmiah ataupun secara meyakinkan.

Sambutan ahli-ahli umno di sabah terhadap najib hari ini adalah palsu!! Depan najib semua sokong tetapi di belakang ramai yang mengutuk kepimpinannya.

Begitu juga sebelum pilihanraya umum ke 13 ramai sangat rakyat bawa sepanduk "I love PM" tetapi keputusan PRU 13 amat menyedihkan!!

Ceramah DS Najib di Pelabuhan Kelang puluhan ribu masyarakat cina datang makan dan mendengar kempen DS Najib tetapi keputusan PRU 13 tersebut amat menyedihkan khususnya sokongan cina pada BN.

Jangan terlalu seronok tengok ramai orang berkumpul sambut najib di Sabah hari ini. Kemungkinan itu adalah 'crowd' upahan yang diangkut dari serata tempat untuk hanya pamerkan sokongan palsu. Janganlah terlalu cepat syok sendiri sehingga DS Najib bercakap dengan nada yang angkuh!!

Sama-sama kita lihat nanti sokongan rakyat jelata samada kuat atau tidak.menyebelahi DS Najib?!

Dalam apa jua keadaan saya amat yakin bahawa DS Najib yang kini angkuh tidak akan bertahan lama!!! Secara rata-rata rakyat dah hilang keyakinan dengan kepimpinan DS Najib yang terpalit dengan pelbagai skandal yang sedang muncul satu per satu....

Saya cabar DS Najib untuk kumpul semua pemimpin dan ahli-ahli UMNO untuk bersemuka dengan Tun Dr Mahathir sekiranya beliau anak jantan!! Bentangkan fakta-fakta mengenai 1mdb sebagai menjawab satu persatu persoalan yang telah Tun Dr Mahathir tanya. Kalau DS Najib bukan anak jantan memadailah dengan cadangan saya untuk DS Najib jemput Tun Dr Mahathir ke mesyuarat MKT UMNO untuk bagi justifikasi akan kritikan beliau terhadap kepimpinan DS Najib.

Kalau DS Najib rasa dia kuat, tolong jangan tunda pemilihan parti UMNO tahun depan.

Biarlah DS Najib tengok nanti langit tinggi rendah. Saya akan hormati DS Najib sekiranya beliau tidak tunda pemilihan pertandingan UMNO pada tahun depan untuk lihat sokongan sebenar ahli-ahli UMNO kepada kepimpinannya.

Najib janganlah terlalu angkuh serta kurang ajar sebelum diuji pada pemilihan UMNO penggal hadapan untuk mendapatkan mandat baru sebagai Presiden UMNO.

DS Najib janganlah terlalu yakin...!!!

( PS - Sebagai respons kenyataan DS Najib di Tawau Sabah hari ini. )

Saturday, 9 May 2015

Azeez Rahim - Sila Letak Jawatan !



"Saya nak bagi tahu, lepas ini jangan kata mengapa Tabung Haji jual kepada orang bukan Islam,"

Saya terkejut dengan ayat di atas yang disebut oleh Azeez Rahim dalam sidang media sebentar tadi seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini ( KLIK ) dan Astroawani ( KLIK )

Azeez Rahim biadab dan kurang ajar !!!

Beginikah rupa pendirian seorang pemimpin Melayu yang beragama Islam yang telah diberikan amanah oleh rakyat khasnya orang Melayu untuk menjaga kepentingan dan maruah bangsa dan agama sendiri ?

Sebab itu kita kata guna otak dulu sebelum mengambil sebarang keputusan. Kenapa beli tanah 1MDB syarikat yang satu dunia tahu sedang bermasalah dengan pelbagai skandal kewangan secara diam-diam tanpa pengetahuan pencarum ?

Siapa suruh Tabung Haji beli pada asasnya ? ? Sekarang bila umat Islam terutama para pencarum melenting marah dan menuntut penjelasan, Azeez cuba menempelak mereka balik. Jawapan Azeez ini melambangkan keangkuhan dan kebodohannya !

Kata tanah TRX pelaburan yang baik .... beli senyap-senyap dan kini kenapa secara tergesa-gesa pulak nak jual ? Apakah kewangan Tabung Haji juga terdesak ?

Apakah Azeez tidak tahu bahawa tanah TRX itu sebenarnya dulu sudah diberikan kepada Yayasan Pembangunan Bumiputera ? Seharusnya demi untuk menyelamatkan hak umat Islam ke atas tanah sepertimana yang didakwa sebelum ini, adalah menjadi tanggungjawab Azeez memastikan ia tetap kekal menjadi hakmilik orang Islam.

Janganlah berperangai seperti kanak-kanak yang rosak akhlak, yang memberontak memusnahkan harta benda keluarga hanya kerana kehendaknya tidak dipenuhi.

Azeez Rahim tidak layak jadi Pengerusi Tabung Haji. Saya sarankan beliau agar letak jawatan dan serahkan kepada orang yang lebih bertanggungjawab kepada agama dan bangsanya sendiri !


Friday, 8 May 2015

Isu Tabung Haji - 1MDB .... Berundurlah DS Najib !



DS NAJIB, AZEEZ dan Tabung Haji tolong jangan perbodohkan rakyat!!! Kalau Dato Johan kata pembelian tanah TRX bagus untuk pelaburan Tabung Haji kenapa nak jual semula tanah yang telah dibeli itu??!! ( rujuk Mkini )

Kenapa tak mahu memikirkan sensitiviti rakyat sebelum buat keputusan??!! Apa muslihat Tabung Haji?? Nasib baik pembelian tanah tersebut bocor kalau tak kita tidak tahu apa lagi akan berlaku pada wang pencarum Tabung Haji.

Saya harap rakyat sedar dan lihatlah gelagat kepimpinan negara masakini yang terbongkar serta terpalit dengan pelbagai skandal satu demi satu.

Sudah sampai masanya keseluruhan rakyat di negara kita menolak kepimpinan DS Najib Tun Razak!!!

Kita perlukan pemimpin yang bukan saja bersih tetapi kelihatan bersih juga!!! Rakyat semakin meluat dengan sandiwara kepimpinan najib yang seolah-olah suka memperbodohkan rakyat jelata!!!

Secara jujur dan ikhlas; saya selaku salah seorang pemimpin bawahan umno di peringkat bahagian yang pernah menjawat jawatan naib ketua umno bahagian Batu Kawan sebelum dilucut jawatan ingin merayu kepada Dato Sri Najib  Tun Razak agar meletak jawatannya secara secepat yang mungkin demi kebaikkan parti mahupun kerajaan BN!!!

Its game over!!! Rakyat dah mula hilang keyakinan dengan kepimpinan DS Najib Tun Razak. Perdana Menteri jangan pentingkan dirinya. Perdana Menteri yang bertanggungjawab harus letakkan kepentingan parti UMNO dan BN di atas segala-galanya.

Jangan tunggu sampai UMNO dan BN tumbang baru DS Najib nak berundur. Tatkala itu segalanya sudah terlambat bagi kita!!!

Sayangilah negara ini!! Sayangilah UMNO!! Sayangilah BN!!!

Berundurlah DS Najib secara terhormat demi kepentingan BANGSA, AGAMA, TANAHAIR, UMNO serta BN!!!

Pelaburan TH Dalam TRX - Kenapa DiLakukan Senyap2 ?



Saya tidak setuju dengan penjelasan TH ybhg dato Johan Abdullah yang menyatakan pelaburannya dalam pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).

TH sepatutnya membuat perancangan untuk membangunkan tanah-tanah sediada milik mereka terlebih dahulu. Saya yakin TH banyak 'landbanks.'

Di saat keadaan serta kedudukan ekonomi yang tidak menentu TH harus lebih berhati-hati di dalam membuat pelaburan khususnya hartanah yang berisiko tinggi.

Persoalannya di sini, kenapa TH bayar 1mdb pada kadar yang begitu tinggi di mana TH juga merupakan syarikat milik kerajaan sepertimana 1mdb. TH sepatutnya bayar pada kadar yang lebih rendah kerana urusniaga ini adalah di antara syarikat-syarikat kerajaan.

Seperkara lagi kenapa urusan ini dilakukan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan pencarum serta umum?

Yang menghairankan saya Pengerusi TH Azeez Rahim pun tak tahu sehinggakan beliau terpaksa menafikannya dalam laman tweeternya semalam.

Hari ni pulak Azeez Rahim suruh pulak pengurusan TH jawab kemelut ini seolah-olah beliau pun tidak tahu menahu.

Sebagai pengerusi TH beliau sepatutnya boleh menjawab isu pelaburan hartanah TH ini sepertimana dilaporkan di dalam blog tanpa perlu menafikannya.

Bila Azeez Rahim nafi ianya nampak seolah-olah ada benda yang tidak telus yang cuba disorok oleh TH.

Ini tidak baik bagi imej TH itu sendiri.

Saya juga ingin sarankan kepada.TH jangan cuba untuk memperbodohkan rakyat sepertimana isu 1mdb. Seluruh tenaga kerja TH mesti menggalas tanggungjawab secara amanah kerana semua pencarum menyimpan duit mereka di TH untuk tujuan ibadah.

Kenapa kini segalanya nak dilaksanakan secara sorok-sorok serta senyap-senyap ke arah berahsia kepada masyarakat umum. Semua pencarum termasuk diri saya mempunyai hak untuk mengetahui perjalanan pentadbiran dan pelaburan TH....

 - Kenyataan ini dipetik oleh astroawani di sini - 

Kenapa Tabung Haji beli tanah senyap-senyap? - Khairuddin

Wednesday, 6 May 2015

Pelaburan TH Di TRX 1MDB - Pengerusi TH Kena Jawab



Kenapa Pengerusi Tabung Haji meminta pengurusan Tabung Haji untuk menjawab persoalan mengenai pembelian tanah TRX 1mdb??!! ( astroawani )

Semalam Azeez Rahim menafikan perkara tersebut dalam laman tweeternya dan kini menuding jari terhadap pengurusan Tabung Haji pulak!!!

Sebagai Pengerusi, Azeez Rahim kena jawab. Segala transaksi perniagaan Tabung Haji mesti dimaklumkan serta mendapat kelulusan dari lembaga pengarah Tabung Haji yang mana beliau adalah pengerusi.

Apakah Azeez Rahim ingin memberitahu rakyat bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai transaksi tersebut?! Kalau Azeez Rahim tak tahu menahu mengenai urusniaga ini beliau tidak layak jadi pengerusi Tabung Haji. Ianya juga bermakna beliau hanya makan gaji buta serta tidak bertanggungjawab!!!

Macamana Tabung Haji menggunakan duit pencarum secara senyap-senyap untuk urusniaga yang berisiko tinggi khususnya transaksi dengan syarikat 1mdb yang banyak berhutang sehingga sejumlah rm42 billion setakat ini. 1mdb pulak sedang berada dalam tahap kontroversi dengan salah tadbir dana serta kewangannya secara tidak telus.

Kenapa Tabung Haji harus membayar nilai tanah 1mdb pada kadar yang berpuluh kali ganda tinggi??!!

Plot tanah pertama TH bayar pada kadar rm2,860 satu kaki persegi dengan jumlah rm194 juta.

Pada plot tanah kedua TH bayar pada kadar rm3,900 satu kaki persegi dengan jumlah rm578 juta.

Apa yang TH cuba buktikan? Mereka salah guna wang pencarum!!! Sungguh tidak logik bagi TH untuk memeterai perjanjian yang tak masuk akal ini sepertimana yang dilaporkan oleh The Benchmark!!!

Saya akan membuat satu laporan polis keatas TH, pengerusinya Azeez Rahim, lembaga pengarah Tabung Haji serta pengurusan Tabung Haji.

Ini sekali lagi petunjuk daripada Allah swt akan stail kepimpinan kerajaan masakini.

Saya merayu kepada keseluruhan rakyat khususnya para pencarum TH untuk sama-sama kita lawan apa saja bentuk rasuah, penyelewengan ataupun salah laku pentadbiran TH demi menyelamatkan wang para pencarum di seluruh tanahair.




Pelaburan Tabung Haji Dalam TRX 1MDB - Kenapa DIJalankan Secara Diam-diam ?


Tabung Haji harus jawab desas desus sepertimana yang telah viral di dalam media sosial yang menyatakan bahawa rm772 juta telah diluluskan untuk mengambil alih 2 plot tanah projek TRX 1mdb.

Sekiranya berita ini mempunyai asas yang kukuh, pihak TH mesti keluarkan kenyataan secara sahih untuk memberi justifikasi akan tindakan yang tidak bermoral ini.

Transaksi ini sekiranya benar amat meragukan kerana ianya dijalankan secara pantas serta senyap tanpa pengetahuan umum.

Apa motif TH untuk bayar rm772juta bagi membeli 2 plot tanah projek TRX syarikat 1mdb yang bermasalah dibelenggu hutang sejumlah rm42 billion ?

Sudahkah TH menjalankan 'feasibility study' keatas projek ini ?! Siapakah yang meluluskan pembelian tanah ini?! Adakah lembaga pengarah TH atau yb menteri yang meluluskan 'bail out' 1mdb ini?! Adakah semua pencarum TH telah dimaklumkan bagi penggunaan wang mereka sejumlah rm772 juta?! Kenapa transaksi ini dijalankan secara diam-diam?!

Urusniaga ini amat meragukan serta tidak telus sama sekali. Berita yang viral dalam saluran media sosial telah mengujudkan situasi resah di kalangan para pencarum khususnya.

Saya rasa lebih elok yb Azeez selaku pengerusi TH membuat satu kenyataan penafian sepertimana beliau tweet sebentar tadi.



TH harus mengambil pendekatan pantas untuk menafikan berita yang tidak sahih bersangkutan dengan hal ehwal mereka. Satu kenyataan yang komprehensif untuk menafikan khabar-khabar angin ini amat diperlukan buat masa ini.

Rakyat khususnya para pencarum begitu resah dengan berita ini yang walaupun telah dinafikan oleh yb Azeez selaku pengerusi TH tetapi malangnya beberapa dokumen seolah-olah mengsahihkan berita ini juga telah di 'upload' melalui satu blog. ( KLIK )

Sekiranya transaksi perniagaan ini tidak sahih tetapi bagaimana dokumen-dokumen bersangkutan pembelian dua plot tanah projek TRX 1mdb telah di- muat turun sebentar tadi....

Seandainya benar; transaksi.pembelian dua bidang tanah projek trx ini mesti ditentang secara habis-habisan demi memelihara keselamatan wang para pencarum TH tidak disalahgunakan !!!

Apa justifikasi Tabung Haji untuk membabitkan perniagaan dengan sebuah syarikat yang amat kontroversi, meragukan serta dibelenggu oleh bebanan hutang rm42 billion itu?!

Pengerusi TH YB Abd Azeez harus nafikan secara secepat.yang mungkin. Kalau beliau telah menafikan dalam tweetnya semalam; kenapa tidak jawab secara rasmi bagi menafikan salahguna dana pencarum Tabung Haji untuk membeli tanah projek TRX syarikat 1mdb yang bermasalah itu.

Ini masalah dengan kepimpinan masakini yang banyak menyalahguna wang rakyat secara senyap-senyap tanpa memaklumkan kepada keseluruhan para pencarum terlebih dahulu.

Apakah kabinet telah dimaklumkan?! Kita tidak mahu Tabung Haji jadi seperti Kumpulan Wang Amanah Pencen yang mana sejumlah dana rm4 billion mereka lesap begitu saja tanpa penjelasan sehingga kini.

Sekiranya transaksi perniagaan Tabung Haji dengan 1mdb ini mempunyai niat yang murni demi kebaikan kepada para pencarum; kenapa urusniaga ini dijalankan secara senyap-senyap tanpa dimaklumkan kepada semua pihak yang mempunyai kepentingan.

Apakah ini stail kepimpinan Yab Perdana Menteri Malaysia yang suka bersikap rahsia serta 'transact' urusniaga menggunakan wang kerajaan mahupun wang rakyat secara rahsia?! Apa motif Dato sri Najib ?! 

Semuanya dijalankan secara berahsia ?? !!

themalaymailonline