demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Friday, 21 August 2015

LAPORAN POLIS KEATAS PENGGUBAHAN WANG HARAM SYARIKAT PETROSAUDI INTERNATIONAL DAN 1MDB DI LONDON

Pada 21 ogos 2015 jam 6:30 petang waktu tempatan, saya telah buat satu laporan polis keatas syarikat Petrosaudi International dan 1MDB di Balai Polis Chairing Cross, London.

Laporan polis ini adalah berkisar kepada penggubahan wang haram 'money laundering' di antara syarikat Petrosaudi International dan 1MDB untuk disiasat oleh 'The Proactive Money Laundering Investigative Team'.

Pihak Polis Metropolitan London juga telah menghubungi peguam saya Matthias Chang dan berikrar untuk memberi kerjasama dalam melaksanakan penyiasatan aktiviti penggubahan wang haram rentas sempadan ini secara komprehensif serta telus.

Matthias Chang turut mengesahkan dihubungi oleh pihak Polis Metropolitan London tengahari tadi waktu tempatan.

Ini bukan soal wajar ataupun tidak wajar. Ini adalah soal undang-undang yang sepatutnya menyiasat kes skandal 1MDB bagi membuktikan kebenarannya di dalam mencari satu kepastian yang hakikat di manakah berbillion ringgit dana syarikat ini telah hilang!

Ini dana kerajaan yang juga wang rakyat selaku pembayar cukai di tanahair kita. Ini adalah maruah negara yang mesti disiasat oleh badan-badan penguatkuasa undang-undang mahupun kewangan secara terperinci.

Sepatutnya kerajaan kita menyiasat kes ini secara telus dan saksama dan sesiapa saja yang terlibat dengan jenayah ini harus dibawa ke muka pengadilan tanpa pilih kasih.

Andaikata, sekiranya ditakdirkan mana-mana pembesar negara sekalipun terlibat di dalam skandal kewangan syarikat 1MDB ini, beliau juga harus diheret ke muka pengadilan dan harus diambil tindakan mengikut lunas undang-undang negara. Undang-undang tidak sepatutnya menyebelahi mana-mana pihak!

Penguatkuasaan dan undang-undang di negara kita nampak tidak memberi impak berkesan keatas proses siasatan kes skandal 1MDB. Keikhlasan serta kesungguhan kerajaan untuk
menyiasat kes 1MDB amat mencurigakan.


Oleh yang demikian kaedah terbaik untuk mencari keadilan yang telus bagi menyiasat kes ini adalah melalui bantuan proses undang-undang antarabangsa kerana penggubahan wang haram ini berlaku secara rentas sempadan membabitkan lebihkurang 6 negara.

Biarlah kita serahkan juga kepada proses undang-undang antarabangsa bagi menyiasat seterusnya menzahirkan secara terbuka kepada 30 juta rakyat Malaysia di manakah punca kesilapan kes skandal 1MDB ini.

Undang-undang antarabangsa ini juga sikit sebanyak dapat membantu kerajaan Malaysia yang nampak tidak mampu serta tidak berkesan bagi mencari kebenaran kes skandal 1MDB secara mutlak!

Thursday, 20 August 2015

POLIS PERANCHIS MULA BERTINDAK KE ATAS LAPORAN SAYA MENGENAI KES SKANDAL 1MDB

Saya telah buat satu laporan polis secara rasminya di ibu pejabat polis Lyon, Peranchis pada bulan Julai 2015 mengenai kes salahlaku skandal 1MDB dan kini sedang menampakkan hasilnya. (Insya-Allah)

Polis di Lyon telah memaklumkan melalui e-mail yang mereka telah pun menghantar laporan dan rakaman kenyataan saya pada pihak majistret di sana.

Pegawai penyiasatnya, Regis Donelle (Capitaine de Police) D.I.P.J. de Lyon dari Divsion Economique et Financiere telah mengesahkan bahawa laporan polis saya juga telah dihantar pada 'Financial Parquet de Paris' (Jabatan Siasatan Komersial) oleh pihak majistret.

Saya berdoa selepas ini Polis Peranchis juga bakal memaklumkan mengenai kes ini ke pihak Interpol yang juga beribu-pejabat di Lyon memandang polisi Interpol hanya berurusan dengan pihak penguatkuasa sesebuah negara bukan dengan individu.

Hakikatnya, apabila saya bersama peguam iaitu Matthias Chang tiba di ibu pejabat Interpol (polis antarabangsa) di Lyon, kami telah dinasihati untuk buat laporan polis mengenai skandal 1MDB melalui Jabatan Polis Peranchis. Kelak, pihak polis di Peranchis bakal memaklumkan mengenai kes skandal 1MDB ini kepada Interpol yang berpengkalan di Lyon.

Keluhuran undang-undang di negara kita agak menyedihkan kerana pihak penguatkuasa di Malaysia nampak tidak mahu bertindak secara proaktif dan amat tidak telus. Pelbagai strategi digunakan untuk merungkai struktur siasatan atau melengahkan proses siasatan kes skandal 1MDB!

Sebagai contohnya, asas siasatan PDRM telah dipesongkan kepada siasatan keatas Justo yang ditangkap di Thailand, Clare Brown editor Sarawak Report dan beberapa pegawai SPRM serta BNM disoal-siasat. Empat orang anggota PAC pula dilantik sebagai timbalan-timbalan menteri secara tiba-tiba yang akhirnya membantutkan struktur serta proses siasatan oleh PAC.

Apakah kerajaan ikhlas untuk siasat kes skandal 1MDB atau sebaliknya? Keseluruhan rakyat di negara kita sedang memerhati secara teliti perkembangan negatif ini. Sesungguhnya juga, rakyat kini bijak dan tidak bodoh lagi.

Apa yang semakin pelik kini, kenapa SPRM tidak dilantik untuk menganggotai 'task force' yang baru ditubuhkan?? Saya amat sangsi dengan pendirian Peguam Negara yang baru. Apa motif tindakan Peguam Negara yang baru ini??!!

Persepsi keseluruhan rakyat jelata terhadap pihak-pihak penguatkuasa undang-undang dan kewangan di negara kita sudah mula tidak diyakini lagi. Pada pandangan peribadi saya, pendirian mahupun motif mereka amat meragukan sama sekali di dalam menangani kes skandal 1MDB ini.

Nampak sangat kerajaan tidak berani bertindak secara telus dan bebas untuk menyiasat seterusnya menyelesaikan kes skandal 1MDB sebab itulah penyangak Jho Low serta beberapa individu termasuk semua ahli lembaga pengarah 1MDB masih bebas dan tidak disentuh oleh sesiapa pun!

Inilah keadaan undang-undang yang amat menyedihkan di tanahair kita. Amat tidak telus dan amat berat sebelah!!

Wednesday, 19 August 2015

Bahan Bukti 1MDB Di Tangan Peguam Negara Switzerland !

Syukur ke hadrat Allah swt yang telah memberkati kelicinan urusan penyerahan semua bahan bukti mengenai kes skandal 1MDB di pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.

Saya telah serahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan 'Swiss Financial Regulator Finma' untuk buat siasatan secara komprehensif terhadap semua salahlaku penyelewengan kes skandal 1MDB yang membabitkan Swiss bank serta beberapa bank antarabangsa.

Kunjungan saya ke pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern telah ditemani oleh peguam saya Matthias Chang.

Kami telah menyerahkan segala bahan bukti dan kronologi kes skandal 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland yang beribu pejabat di Bern pada hari Selasa (18 Ogos 2015) jam 2:30 petang waktu tempatan.

Salahlaku dalam kes skandal 1MDB ini mesti dilawan secara habis-habisan demi untuk menyelamatkan dana kerajaan mahupun wang rakyat di tanahair kita dari sebarang unsur penyelewangan!!

Saya bersama peguam iaitu Matthias Chang berikrar untuk menangani kes skandal 1MDB serta menyerahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan kewangan antarabangsa bagi membantu menyiasat penyelewengan ini secara telus, adil, saksama serta komprehensif.

Masakini, saya amat kecewa dengan pihak penguatkuasaan undang-undang dan kewangan di negara kita yang nampak secara ketara tidak menyiasat kes ini secara professional dan telus. Lain yang saya laporkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara (BNM) tetapi malangnya lain yang disiasat!

Sebagai contohnya pihak PDRM asyik sibuk nak siasat Justo dan Clare Brown (editor Sarawak Report) tetapi penyangak Jho Low tidak pernah disiasat pun dan masih bebas sehingga kini!

Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas penyangak Jho Low tetapi sehingga kini masih tiada kelihatan sebarang daya-usaha untuk memanggil seterusnya menyiasat pembabitannya dengan urus niaga 1MDB. Mengapa??!!

Secara rasminya saya turut membuat laporan kepada SPRM, BNM serta Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengenai penyangak Jho Low ini. Apa istimewanya dengan penyangak Jho Low ini yang masih tidak disentuh oleh pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita?

Secara jujurnya saya sudah mula hilang kepercayaan dan tidak yakin dengan pihak penguatkuasaan undang-undang di tanahair kita masakini.

Sepatutnya penjawat awam dan penguatkuasa undang-undang di negara kita harus memikul tanggungjawab mereka secara teramanah yang mungkin. Mereka harus takut pada Allah swt bukan takut sesama manusia. Kalangan ini juga jangan lupa bahawa mereka bakal disoal di Padang Mashar di hari akhirat kelak. 

Bertindaklah selaras dengan ajaran agama Islam tanpa takut walaupun sebesar zarah terhadap manusia sesama manusia khususnya kalangan puak yang mungkar serta korup!!

Tuesday, 18 August 2015

Apa Cerita Laporan2 Polis Yang Saya Buat ? Kenapa KPN Kata Tidak Ada Laporan Terhadap Petrosaudi ?

Saya ingin memohon pencerahan dari Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar yang menyatakan bahawa pihak Polis DiRaja Malaysia tidak menyiasat kes Petrosaudi kerana tidak ada individu yang buat laporan polis mengenainya.

Agak sedikit ganjil serta janggal dengan kenyataan Ketua Polis Negara itu kerana saya telah pun membuat laporan polis mengenai 1mdb yang juga rakan kongsi kepada Petrosaudi yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan kes skandal anak syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Pihak saya juga telah membuat laporan polis mengenai duit Petrosaudi sejumlah Usd700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Good Star Limited milik Jho Low di IPD Dang Wangi beberapa bulan yang lepas.

Kenapa KPN menyatakan bahawa tiada siapa buat laporan polis mengenai kes penyelewengan 1mdb?

Kenyataan-kenyataan yang meragukan seperti ini akan buatkan imej dan kredibiliti polis akan semakin tercemar. Kini, majoriti daripada rakyat tidak percaya serta tidak yakin lagi dengan institusi kepolisian yang tidak bertindak keatas kes-kes yang sepatutnya disiasat.

PDRM sejak kebelakangan ini sudah nampak tersimpang dari sasaran penyiasatannya keatas kes skandal 1mdb!

Semua laporan-laporan polis yang saya laporkan secara rasmi keatas Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Riza Aziz, Jho Low, Arul Kanda Kandasamy, Lembaga Pengarah 1mdb, Azeez Rahim serta TS Zeti Akhtar Aziz tidak nampak ada tindakan konkrit dari pihak PDRM!!

Kenapa hanya sekarang ini pihak KPN menyatakan bahawa tiada siapa yang buat laporan polis ke atas syarikat Petrosaudi memandangkan saya telah pun membuat laporan polis secara spesifik keatas penyelewangan dana 1mdb serta Petrosaudi ini?!

Monday, 17 August 2015

KENAPA NAJIB TUN RAZAK ASYIK TUKAR ALASAN BODOH UNTUK TIPU RAKYAT

Dari menteri-menteri kabinet sampai lah ke Perdana Menteri dah nampak bangang guna pelbagai alasan-alasan yang tidak konsisten untuk menipu rakyat tapi semuanya tak menjadi! Kesian juga kat Najib Tun Razak ni. Nampak sangat kini beliau amat tertekan atau 'desperado'.

Sanggup melakukan apa saja serta menggunakan berbagai alasan untuk menipu bagi meyakinkan rakyat demi menyelamatkan tengkoknya!

Malangnya, penipuan-penipuan Najib Tun Razak semua salah teknik dan tak menjadi. Apakah mungkin kerana beliau tak minta pandangan Rahman Dahlan, Salleh Tun Said, Shahril Samad, Puad Zarkashi, Abd Azeez Rahim, Husni Hanadzlah, Tengku Adnan Mansor serta beberapa lagi kaki bodek minda lemah berotak udang kot?

Tolonglah Najib Tun Razak, jangan asyik ubah alasan-alasan bodoh untuk menipu ataupun perbodohkan rakyat jelata. Saya pun dah penat mengingatkan kalangan minda lemah ini bahawa rakyat kini sudah bijak pandai. Sukar dan susah dah untuk menipu rakyat.

Mula-mula nafi tak tahu akaun peribadi, kemudian tukar alasan dapat derma rm2.6 billion untuk tabung umno, kemudian dapat derma untuk biayai pilihanraya umum ke 13 yang lepas dan versi bodoh yang terbaru derma sebagai penghargaan lawan ISIS pulak!!

Pening juga dengan Perdana Menteri 'flip flop' macam ini. Walhal tahun 2013 ISIS pun tak ujud lagi!!

Sudah lah Najib Tun Razak!! Lagi banyak dok menipu bakal banyak lagi membelitkan serta menjeratkan dirinya. Kalau Najib Tun Razak mempamerkan perangai penipu macam ni nanti beliau nampak lagi teruk pada kaki bodek minda lemah berotak udang yang lain.

Tolonglah pasrah serta ingat pada Tuhan sama. Kalau dah buat silap mengaku saja pada rakyat, mohon maaf seterusnya carilah jalan untuk perbetulkan kesilapan tersebut.

Saya amat simpati dengan Najib Tun Razak kini yang nampak cukup tertekan dan masih mereka-cipta alasan demi alasan bodoh yang tak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras bagi melepaskan dirinya dari polemik krisis keyakinan rakyat Malaysia terhadap dirinya, parti Umno serta juga kerajaan Barisan Nasional!!

Saturday, 15 August 2015

BODOH SUNGGUH MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTI MEDIA MALAYSIA


Kenapa Salleh Tun Said ni bodoh dan dungu sangat?! Inilah kualiti anggota kabinet 'half past six' Najib Tun Razak!!

Sebagai maklumat Salleh Tun Said, kalau pun Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat bantuan kewangan dari negara-negara OIC untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ianya masuk dalam akaun dana penubuhan universiti tersebut. Bukan masuk dalam akaun peribadi beliau!!

Macam manalah Perdana Menteri boleh lantik si dungu macam Salleh Tun Said untuk menggangotai kabinet Malaysia?

Sungguh benak Salleh Tun Said ini!! Beliau tak faham isu yang sedang rakyat pertikaikan mengapa sumbangan politik kononnya untuk biayai pilihanraya umum 13 dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Tun Razak? Umno ada akaun serta mempunyai bendahari yang boleh terima dana tersebut secara rasmi.

Mula dulu menafikan seolah-olah sumbangan dana ini berupa fitnah tetapi bila boleh dibuktikan nombor akaun peribadi Najib Tun Razak, ditukar pulak kenyataan kononnya wang ini adalah untuk sumbangan politik dari timur tengah!!

Rakyat Malaysia hanya pertikai kenapa wang sejumlah rm2.6 billion ini masuk terus ke dalam akaun Najib Tun Razak? Saya rasa kalau sumbangan ini masuk terus ke dalam akaun parti Umno melalui bendaharinya tiada siapa pun akan persoalkan atau pertikaikannya!!

Kini, apabila Salleh Tun Said selaku Menteri Komunikasi dan Multi media buat kenyataan bodoh ianya bakal membuatkan keseluruhan warganegara Malaysia semakin menyampah dengan sikap pemimpin Umno yang bangang macam Salleh Tun Said,  kaki bodek minta lemah berotak udang ini!!

SELURUH AHLI UMNO SERTA RAKYAT JELATA HARUS TOLAK KEPIMPINAN NAJIB YANG AMAT KORUP

Keseluruhan ahli-ahli Umno serta rakyat jelata harus berdiri teguh untuk tentang segala kemungkaran DS Najib Tun Razak, seterusnya menolak beliau dari terus memimpin parti Umno ataupun kerajaan!!

Selagi DS Najib memimpin Umno dan kerajaan maka selagi itulah parti ini akan menjadi tidak popular seterusnya bakal kalah pada pilhanraya umum yang akan datang.

DS Najib adalah 'liability' pada Umno dan Barisan Nasional kini. Imej serta kredibiliti DS Najib telah tercemar teruk dan sukar untuk dipulihkan. Saya telah menjelajah ke seluruh tanahair dan dapati rakyat di peringkat akar umbi sudah tidak percaya pada kerajaan di bawah pimpinan beliau.

Sebab itu DS Najib jangan bersifat pentingkan diri. Biarlah beliau tumbang seorang diri tapi jangan sama sekali mengheret Umno dan Barisan Nasional jatuh bersamanya. Ini tidak adil sama sekali!!

Yang korup adalah DS Najib! Bukan Umno ataupun Barisan Nasional!!

Tidak ada siapa pun yang berniat nak jatuhkan kerajaan. Pada hari ini kita sedang menghadapi krisis keyakinan yang paling teruk kerana kemungkaran kepimpinan DS Najib. Kita hanya mahu DS Najib letak jawatan kerana beliau tidak layak lagi untuk memimpin Umno, Barisan Nasional ataupun kerajaan yang sedia ada.

Dalam apa jua keadaan sebelum negara terus menempa kearah kehancuran politik serta ekonomi, keseluruhan rakyat jelata wajib bersatu tanpa kira fahaman ideologi politik untuk bersikap konsisten mendesak DS Najib untuk letak jawatan kerana beliau tidak mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik lagi amanah.

DS Najib telah mengkhianati amanah Allah swt dan amanah manusia sesama manusia. Oleh itu, tidak salah sekiranya semua rakyat menolak DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ataupun Presiden Umno!!

Thursday, 13 August 2015

RAKYAT TIDAK BODOH ARUL KANDA


Arul Kanda Kandasamy tidak menjawab sebarang persoalan pun mengenai polemik skandal penyelewangan dana 1mdb.

Jangan ingat rakyat bodoh! Arul Kanda mungkin bangang kerana tidak faham isu yang sedang dipersoalkan oleh rakyat jelata di negara kita mengenai salah urus tadbir dana 1mdb.

Tidak satu pun persoalan yang dijawab oleh Arul Kanda di dalam program wawancara khas Tv3 semalam ! Rakyat tak mahu dengar dan tak mahu tahu mengenai program rasionalisasi 1mdb!! Pelan rasionalisasi 1mdb yang digembar-gemburkan itu mampu ditangani oleh pelajar tingkatan 6 saja.

Apa susah sangat...duit hilang serta hutang banyak, jalan penyelesaiannya ialah melupuskan dan jual semua aset-aset 1mdb?? Rakyat tak minat nak dengar jalan penyelesaian terakhir 1mdb kerana itu boleh dilkakukan oleh sesiapa saja mengikut kaedah mudah sebegini.

Kita tanya mereka mana pergi duit-duit yang kononnya dilaburkan di kepulauan Cayman sejumlah lebih kurang rm7 billion? Mana pergi duit yang kononnya disimpan di bank BSI Singapura berjumlah usd1.103 billion dalam bentuk tunai? Mana perginya duit-duit Kumpulan Wang Amanah Pencen (Kwap) sejumlah rm4 billion? Betul tak duit usd700 juta dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star Limited yang dikawal oleh Jho Low? Kenapa bayar syarikat Goldman Sachs dengan jumlah yuran yang amat tinggi dari praktis pasaran? 

Mengapa beli aset-aset janakuasa letrik yang hampir tamat tempohnya dengan kadar harga amat tinggi?  Kenapa bayar serta beli tanah di Ayer Hitam, Pulau Pinang untuk kononnya bagi tujuan pembinaan rumah kos rendah serta mampu milik dengan harga yang cukup tinggi?

Arul Kanda Kandasamy jangan cuba untuk terus memperbodohkan rakyat jelata!!

Kalau tiada campur tangan pihak luar dalam urus niaga 1mdb, kenapa nama Jho Low disebut dalam prosiding mahkamah di London dalam urusan pembelian sebuah hotel di sana?

Inilah masalah dengan kalangan 1mdb. Setakat ini mereka gagal dan tidak mampu untuk menjawab segala persoalan rakyat di negara kita.

Saya juga amat hairan kenapa DS Najib tidak mahu membubarkan saja keseluruhan ahli-ahli lembaga pengarah 1mdb? Atau sekurang-kurangnya suruh semua lembaga pengarah bercuti sehingga siasatan keatas syarikat 1mdb ini selesai! Rakyat mahu lihat tindakan-tindakan ikhlas seperti ini dilakukan oleh Menteri Kewangan Malaysia.

Secara peribadi saya cukup sangsi dan merasa pelik sikit dengan sikap DS Najib dalam menangani isu 1mdb ini. Mengapa Perdana Menteri Malaysia kelihatan begitu takut untuk bertindak keatas ahli-ahli lembaga pengarah 1mdb yang telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka secara amanah?

Monday, 10 August 2015

NAJIB MESTI BERCUTI SEHINGGA SIASATAN SELESAI



Najib Tun Razak harus bercuti sehingga siasatan Polis dan Sprm selesai keatas dirinya. Ini kaedah yang terbaik untuk pulihkan sedikit keyakinan rakyat kepada Umno mahupun kerajaan.

Perdana Menteri tidak harus berdolak-dalik lagi agar segala bentuk siasatan terhadapnya dapat dijalankan secara bebas, telus serta komprehensif tanpa dibelenggui oleh pengaruhnya langsung. Imej Perdana Menteri amat teruk kini! 

Kita sedang hadapi krisis keyakinan yang paling teruk dari kalangan rakyat terhadap kerajaan dan Umno. Najib Tun Razak jangan syok sendiri dengan mengatakan seramai 3 juta ahli-ahli Umno menyokong beliau. Ini kenyataan yang tidak berasas sama sekali.

Kemarahan dan kebencian rakyat terhadap Najib Tun Razak sedang memuncak kini. Kalau beliau begitu yakin dengan sokongan padu 3 juta ahli-ahli Umno maka saya ingin sarankan kepada Presiden Umno agar jangan tunda pemilihan parti. Teruskan saja pemilihan parti Umno mengikut jadual dan sama-samalah kita lihat keputusannya nanti!!

Bukalah facebook Perdana Menteri dan lihatlah komen-komen rakyat terhadapnya, amat memalukan!! Takkan Najib tak baca facebook beliau bagi mengukur hakikat popularitinya?!

Saya juga merasa lucu dengan kenyataan Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa Umno perlu berubah. Apakah budak hingusan ini baru sedar bahawa Umno perlu berubah? Saya sudah sedar begitu lama bahawa umno kena berubah. 

Sebab itulah saya bertindak nekad lawan kemungkaran seperti kes skandal 1mdb secara habis-habisan! Atas dasar ini jugalah saya tentang kepimpinan mungkar Najib Tun Razak.

Sudah sampai masanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Sprm) diletakkan di bawah Parlimen dan Sprm juga mesti diberi kuasa untuk mendakwa setiap pesalah tanpa memerlukan kelulusan dari peguam negara. Sprm mesti diberikan hak otonomi untuk bertindak secara lebih berkesan.

Penjawat awam mesti melaksanakan tanggungjawab mereka secara amanah. Jangan tunduk kepada Perdana Menteri!! Apa saja bentuk kemungkaran mesti diambil tindakan mengikut asas undang-undang secara bebas demi untuk menyelamatkan masa depan bangsa, agama serta negara yang tercinta ini.

Friday, 7 August 2015

PEMBOHONGAN PUTRAJAYA MENGENAI JUSTO GAGAL LAGI.... AMAT MELUCUKAN!!

Apa komen Rahman Dahlan kaki bodek minda lemah berotak udang kali ini? Baru-baru ini Rahman Dahlan mereka cerita kononnya Justo yang ditahan di Bangkok akan didakwa kerana memalsukan dokumen-dokumen 1mdb.

Yang menghairankan saya ialah ketua polis Thailand mengatakan Justo hanya akan didakwa di bawah kesalahan memeras ugut bekas majikannya saja. Tiada pendakwaan memalsukan dokumen sepertimana yang digembar-gemburkan oleh Rahman Dahlan, Putrajaya serta pihak Polis di Raja Malaysia!

Apa dah jadi kini? Rekacerita yang tidak menjadi serta apa komen Rahman Dahlan sekarang?

Rahman Dahlan juga pernah menuduh kononnya akhbar The Edge, Sarawak Report dan beberapa orang politik telah membeli dokumen palsu dari Justo mengenai 1mdb untuk mengaibkan serta nak jatuhkan perdana menteri kononnya.

Kini, semua kenyataan Rahman Dahlan tidak mempunyai asas langsung. Kemungkinan kita boleh katakan Rahman Dahlan ini memang kaki penipu!!

Yang menggelikan hati saya lagi ialah ketua polis Thailand mengatakan siasatan serta proses pendakwaan ini tiada kaitan dengan campurtangan negara luar!

Sepertimana kata Ybhg Dato Hj Nakhaie Ahmad semua propagandis ini harus dibuang secara serta-merta!! Mereka ini kalangan orang yang tak berguna!!

Wednesday, 5 August 2015

APA STATUS TAN SRI ZETI AKHTAR AZIZ MASAKINI

Adakah TS Zeti Akhtar Aziz masih lagi menjawat jawatan Gabenor Bank Negara sehingga hari ini?!

Banyak persoalan mengenai isu skandal 1mdb dan sumbangan rm2.6 billion ke dalam akaun peribadi DS Najib masih tidak mendapat sebarang maklum-balas dari TS Zeti selaku Gabenor Bank Negara!

Kenapa TS Zeti nembisu ? Apakah beliau masih memegang jawatan Gabenor Bank Negara? Ataupun adakah TS Zeti sudah ditamatkan perkhidmatan beliau selaku Gabenor Bank Negara?!

Rakyat sedang membuat spekulasi bahawa TS Zeti telah ditamatkan perkhidmatannya !

Bolehkah DS Najib selaku Menteri Kewangan memberi sedikit pencerahan kepada rakyat mengenai kedudukan serta status TS Zeti masakini??!!

KENYATAAN KHAIRY JAMALUDDIN CUKUP BODOH

Khairy Jamaluddin memang bangang kalau beliau ingat dia boleh perbodohkan rakyat! Apa saja reka cerita yang beliau cuba katakan untuk menegakkan benang yang basah tidak akan berhasil.

Tanya budak hingusan KJ ni samada dia faham atau tak undang-undang di bawah akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?

Undang-undang di bawah akta Sprm secara jelas menyatakan sumbangan kewangan itu adalah rasuah! Ini undang-undang yang jelas yang termaktub di bawah perlembagaan kita. Janganlah nak ubah tafsiran perundangan untuk ikut citarasa serta keperluan mereka bagi menutup segala kemungkaran yang telah dilakukan

Sebagai makluman ikhlas saya kepada budak hingusan KJ ini, hakikatnya rakyat tidak bodoh macam beliau.

Budak KJ ni agak bangang dan tak faham bahasa. Dalam isu ini duit sumbangan rm2.6 billion telah dimasukkan dalam akaun peribadi DS Najib yang juga menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai penggubal undang-undang, cukup malu bagi rakyat untuk dengar kenyataan bodoh yang dibuat oleh budak hingusan KJ ni!!
Saya juga nak tanya KJ mana dia resolusi dari MKT Umno untuk lantik DS Najib sebagai pemegang amanah kepada wang sumbangan tersebut? Mana akaun Umno yang diserahkan pada Registrar or Societies (ROS) pada waktu itu?! Ada tak perincian perbelanjaan wang sumbangan ini dalam akaun atau 'book keeping' Umno?! Mana bukti resit pembayaran pada lembaga hasil dalam negeri (LHDN)?

Apakah Bank Negara Malaysia dimaklumkan tentang kemasukan wang ini dengan jumlah yang amat besar? Adakah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga telah dimaklumkan mengenai jumlah wang perbelanjaan BN itu?

Janganlah nak cakap ikut sedap mulut saja kerana kita tertakluk di bawah undang-undang yang amat jelas!!

Kenapa Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri masih membisu dalam isu wang sumbangan ini yang telah dimasukkan dalam akaun peribadi DS Najib?

Di masa depan kalau budak KJ ni nak buat kenyataan, cakaplah secara ilmiah serta komprehensif. Jangan nak tegakkan benang yang basah untuk tutup segala kemungkaran serta salahlaku yang telah dilakukan.

Sekali lagi untuk pengetahuan budak hingusan KJ, yakinilah rakyat tidak bodoh macam anda!!

Tuesday, 4 August 2015

MOHON SPRM BERI PENCERAHAN DI MANA DANA KUMPULAN WANG AMANAH PENCEN (KWAP) RM4 BILLION BERADA MASAKINI?!

Rakyat ingin memohon pencerahan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Sprm) mengenai di manakah
sejumlah rm4 billion dana milik Kumpulan Wang Amanah Pencen berada pada masa ini?

Apakah wang tersebut telah lesap diselewengkan atau adakah wang tersebut disimpan dalam akaun peribadi seseorang itu?

Setakat ini rakyat tidak puashati dengan kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh Sprm kerana bersifat amat umum.

Lihat kes wang sumbangan yang masuk ke dalam akaun peribadi DS Najib di mana kenyataan Sprm cukup umum serta meninggalkan banyak persoalan terhadap rakyat jelata. Sekiranya rakyat membuat pelbagai andaian bakal dituduh cuba fitnah kerajaan!

Malangnya, pihak berkuasa yang terlibat di dalam proses siasatan ini tidak mahu memberikan satu jawapan yang komprehensif secara telus untuk memberi pencerahan kepada keseluruhan warganegara Malaysia.

Pihak berkuasa yang sedang menyiasat semua kes-kes rasuah dan skandal kewangan 1mdb mestilah memikul tanggungjawab secara teramanah yang mungkin berteraskan hukum-hakam agama islam agar 30 juta rakyat Malaysia tidak tertipu serta teraniaya oleh pemimpin-pemimpin yang korup!!

Monday, 3 August 2015

HALALKAN WANG SUMBANGAN, BAKAL HALALKAN RASUAH

Apabila Umno dan Sprm halalkan wang sumbangan politik maka di masa akan datang sekiranya terdapat banyak wang dalam akaun seseorang pemimpin itu jawab sajalah 'wang sumbangan politik'!

Senanglah nak amalkan rasuah di masa hadapan. Mana boleh wang yang begitu banyak masuk akaun peribadi Perdana Menteri, Sprm boleh mengesahkan sebagai wang sumbangan politik?

Sprm kena maklum pada rakyat secara terperinci dari sumber mana dan siapakah penderma wang sebanyak itu kepada DS Najib? 

Siapakah identiti penderma tersebut? Sprm dah siasat ker apa motif penderma tersebut yang menderma rm2.6 biliion? Untuk apa sebenarnya kegunaan wang tersebut?

Sumbangan Rm2.6 billion kepada DS Najib dari negara luar itu dibuat melalui Bank Negara ker? Bank Negara ada kah rekod kemasukan wang sumbangan tersebut? Pihak Bank Negara telah meluluskan kemasukan wang tersebut sebagai sumbangan kepada Perdana Menteri atau parti Umno? Rakyat nak tahu apa yang dicatatkan di dalam rekod Bank Negara mengenai pengaliran masuk wang tersebut?!

Kalau itu wang sumbangan untuk Umno bagi membiayai kos pilihanraya umum yang ke 13 lalu, kenapa tak masuk dalam akaun parti Umno secara terus saja? Kenapa Mkt Umno tidak melantik bendahari Umno saja sebagai pemegang amanah? Apakah Mkt Umno dah buat resolusi untuk melantik presidennya sebagai pemegang amanah untuk simpan wang rm2.6 billion itu? Adakah dicatitkan dalam minit mesyuarat bulanan Mkt Umno?

Adakah Suruhanjaya Pilihanraya (Spr) turut dimaklumkan oleh Umno secara rasmi bahawa mereka akan guna wang tersebut untuk perbelanjaan kos pilihanraya umum ke 13 yang lalu? Bolehkah kita memohon penjelasan sikit dari Spr mengenai isu ini?

Saya juga nak tanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Sprm) apa status siasatan terhadap Kumpulan Wang Amanah Pencen (Kwap) bernilai rm4 billion?

Di manakah perginya wang sejumlah rm4 billion dari tabung Kwap itu berada pada masa kini? Wang tersebut disimpan di mana serta dalam akaun syarikat mana? Ataupun disimpan dalam akaun peribadi seseorang juga? Sprm tolong bagi pencerahan!!

Hakikatnya, apa saja justifikasi dan alasan yang direka cerita disogokkan kepada rakyat, yakinilah rakyat tidak bodoh macam segelintir pemimpin-pemimpin Umno yang bangang itu!

Sama-sama kita berdoa kehadrat Allah swt agar ditunjukkan kebenaran secepat yang mungkin dan tumbangkanlah semua pemimpin-pemimpin mungkar dengan sebeberapa segera yang termampu bagi menyelamatkan negara Malaysia dari terus menempa kehancuran.

Pemimpin yang baik harus dipertahankan tetapi pemimpin mungkar wajib ditolak secara habis-habisan!!

Saturday, 1 August 2015

NAJIB BAKAL TUMBANG DI TANGAN RAKYAT BERSERTA IZIN ALLAH SWT

DS Najib boleh menyusun berbagai taktik kotor untuk membuang atau mengenakan siapa saja dari pihak berkuasa petugas khas kearah menutup kemungkarannya tetapi beliau terlupa dengan kekuasaan Allah swt serta kuasa rakyat yang bakal menghukum semua kesilapan-kesilapan skandal kewangannya.

Tunggu dan lihatlah, sesiapa saja yang berani tampil untuk mendedahkan seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap DS Najib mengenai skandal kewangan Perdana Menteri yang terbesar dalam sejarah politik negara bakal menerima berbagai implikasi negatif ataupun tekanan dari pihaknya.

Peguam negara dah dihentikan, ahli-ahli jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC) sedang dipecahkan dengan melantik beberapa anggotanya sebagai menteri dan timbalan menteri, Sprm mungkin jadi mangsa dan Gabenor Bank Negara berkemungkinan akan diaibkan juga untuk mencemarkan kredibiliti di kacamata rakyat.

Tindakan ini akan menampakkan seolah-olah semua anggota petugas khas bermasalah, tidak berintigriti dan tidak layak untuk menuduh kesalahan-kesalahan DS Najib.

Inilah kaedah mereka untuk menutup proses siasatan kes 1mdb, skandal wang rm2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi D S Najib serta juga rm2 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Rosmah Mansor.

Tindakan-tindakan DS Najib masakini sedang ditertawakan oleh keseluruhan rakyat jelata. Rakyat tidak bodoh macam mereka!

Sebab itu saya nasihatkan yb Datuk Nur Jazelan, pengerusi PAC agar jangan mengkhianati harapan rakyat yang mahukan beliau selesaikan siasatan kes skandal 1mdb ini.

Secara ikhlas saya katakan kepada beliau agar jangan terima jawatan timbalan menteri yang haprak itu untuk menganggotai sebahagian daripada anggota di bawah kabinet 'half past six' DS Najib. Jawatan itu terlalu kecil dan haprak buat yb Datuk Nur Jazelan!!

Dalam pesanan mesej peribadi saya kepada yb Datuk Nur Jazelan; saya juga nasihatkan beliau untuk beri persetujuan terima jawatan timbalan menteri tersebut secara 'bersyarat' iaitu dibenarkan habiskan dahulu siasatan kes skandal 1mdb oleh Pac kemudian baru terima jawatan haprak tersebut!

Yb Datuk Nur Jazelan bakal hilang kredibiliti dan imejnya akan hanyut ke dalam longkang sekiranya beliau terima jawatan timbalan menteri tersebut seterusnya menamatkan perkhidmatannya sebagai pengerusi PAC.  Rakyat tidak akan percaya pada beliau lagi seumur hidup!!

Rakyat akan nampak sangat yang yb Datuk Nur Jazelan ini haprak serta kejar jawatan yang tak seberapa itu. Taraf yb Datuk Nur Jazelan adalah sebagai menteri penuh bukan timbalan menteri yang haprak itu!!

Apa pun rakyat jangan gusar dengan politikus-politikus yang pentingkan pangkat, poket serta perut. Rakyat ada kuasa mutlak untuk menentukan arah tuju masa depan politik mereka.

Allah swt Yang Maha Berkuasa juga dapat menentukan nasib baik dan buruk pemimpin-pemimpin zalim serta korup!!

Saya akan tetap menyinsing lengan baju untuk lawan kemungkaran DS Najib secara habis-habisan sehingga beliau tumbang untuk menyelamatkan keseluruhan bangsa, agama serta negara kita. Insya-Allah.

Pemimpin zalim dan korup mesti diterajang keluar dari saf kepimpinan negara. Kita jangan takut pada sesama manusia tetapi wajib takut serta patuh pada hukum-hakam Allah swt saja!!

Wednesday, 29 July 2015

BAWA USUL UNDI TIDAK PERCAYA PADA NAJIB DI PERSIDANGAN PARLIMEN SERTA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO AKAN DATANG

Semua ahli parlimen yang mempunyai prinsip untuk menentang amalan rasuah serta salahlaku di negara kita harus bawa usul undi tidak percaya terhadap DS Najib pada persidangan akan datang.
Sudah sampai masanya untuk semua ahli parlimen menggalas amanah rakyat yang telah mengundi mereka untuk mengambil satu pendekatan serta tindakan yang paling tegas ke atas DS Najib yang sedang menyusun strategi bagi menutup semua skandal kewangan yang sedang membelenggui kepimpinannya masakini.

Kerajaan DS Najib yang paling kotor yang terpalit dengan pelbagai skandal khususnya penyelewengan dana 1mdb wajib ditentang secara habis-habisan sebelum Perdana Menteri mengambil berbagai tindakan susulan untuk menutup semua salahlaku tersebut. Apa yang penting pada persidangan Umno tahunan 2015 kelak, keseluruhan ahli umno juga harus bangun serta berani bagi membawa usul undi tidak percaya pada Presiden Umno yang paling kotor dalam sejarah politik kita.

Saya berdoa agar rakyat tidak takut dengan sesama manusia khususnya manusia yang cukup kotor seperti DS Najib ! Apakah kita mahu dinaungi pemimpin serta kepimpinan yang zalim lagi tidak amanah ini?

Saya yakin seandainya dato sri najib terus memimpin pun, pada PRU14 kelak BN dan umno pasti kecundang! Tetapi itu akan memakan masa yang agak lama lagi untuk kita tunggu sehingga tahun 2018 dan berbagai kemungkinan akan dapat dilakukan lagi oleh DS Najib bagi menutup semua skandal kewangan yang negara sedang hadapi kini.

Lihatlah bagaimana peguam negara TS Ghani Patail dilucutkan jawatannya untuk mengelak dari menghadapi pertuduhan semua salahlaku PM! Lihatlah PAC pulak dirombak! Jawatan menteri dalam negeri disandang oleh timbalan perdana menteri akan buatkan pihak pdrm akan lebih takut untuk melawan arus!

Kemungkinan juga kontrak gabenor bank negara bakal ditamatkan kelak? Mungkin berlaku rombakan dalam sprm?

Seandainya DS Najib berjaya manipulasikan semua badan-badan berkuasa di dalam 'task force' ini maka hajatnya untuk menutup keseluruhan kes skandal 1mdb serta salahlaku kewangan yang sedang beliau hadapi akan berjaya!

Namun, semua pihak tak harus panik kerana kita bakal menyaksikan kabinet 'half past six' yang terpendek dalam sejarah politik negara yang bakal kecundang di tangan kuasa rakyat sekiranya rakyat jelata mempunyai iltizam tinggi untuk lawan amalan rasuah di negara kita.

Tokoh pemimpin yang amat kotor lagi jijik seperti DS Najib wajib ditolak melalui proses mahupun saluran perlembagaan oleh keseluruhan rakyat demi untuk menyelamatkan masa depan bangsa, agama serta negara yang tercinta ini dari terus rebah ke lembah kehancuran secara total!!

Tuesday, 28 July 2015

BARISAN JEMAAH MENTERI 'HALF PAST SIX' BAKAL MENYAKSIKAN KABINET TERPENDEK DALAM SEJARAH POLITIK TANAHAIR KITA

Saya senantiasa berpegang pada kekuasaan Allah swt melepasi kuasa manusia mungkar yang akhirnya kebenaran akan ujud serta diterjemahkan oleh Yang Maha Esa untuk sedarkan keseluruhan ummah.

Yakinilah, barisan jemaah menteri 'half past six' negara yang terdiri dari kalangan badut-badut politik yang sanggup bersekongkol dengan kemungkaran tidak akan diberkati oleh Allah swt!! Barisan ini bakal tumbang ditangan rakyat dalam sedikit masa kerana kuasa sebenar berada di tangan rakyat jelata!!

Kita bakal melihat kemungkinan barisan kabinet yang terpendek dalam sejarah salasilah politik negara Malaysia! Akhirnya, mereka ini tidak akan dapat sokongan dari rakyat yang sedang dahagakan kepada kepimpinan yang bersih, cekap serta amanah.

Kalangan badut-badut politik kaki bodek minda lemah berotak udang yang sanggup berkompromi dengan kemungkaran akan diberi tempat di dalam kabinet tetapi para pejuang yang berprinsip yang menentang pelbagai salahlaku akan dipecat demi untuk menjaga kepentingan kedudukan politik mereka.

Hari ini, keseluruhan rakyat akar umbi amat kecewa dan mentertawakan barisan kabinet baru yang diisi dengan badut-badut politik kaki bodek minda lemah berotak udang yang seterusnya mempamerkan imej kerajaan yang paling teruk di dalam sejarah politik negara kita.

Sudah sampai masanya keseluruhan rakyat harus bersatu hati untuk sama-sama kita tolak kepimpinan masakini melalui proses amalan demokrasi bila masa ketikanya sampai kelak.

Jangan sama sekali kita sokong kerajaan yang mungkar dan zalim untuk memerintah tanahair kita! 

Pemimpin yang korup mesti ditolak secara habis-habisan. Kuasa mengundi berada di tangan rakyat jelata. Hakikinya, rakyatlah yang lebih berkuasa!

Namun, saya ingin ingatkan DS Najib agar jangan terlalu gembira lagi kerana pada realitinya beliau belum selamat lagi. Setiap salahlakunya akan muncul juga akhirnya dengan izin Allah swt.

DS Najib hanya mempunyai kuasa duniawai yang sementara saja tetapi beliau sama sekali tidak akan mampu untuk melepasi kekuasaan Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui!

Tak tahu kenapa naluri saya mengatakan kabinet 'half past six' negara bakal menyaksikan barisan jemaah menteri 'badut' yang paling pendek di dalam salasilah sejarah lanskap politik malaysia!

DS Najib harus berundur atau diundurkan oleh rakyat jelata melalui proses demokrasi secara secepat yang mungkin demi untuk menyelamatkan negara kita dari terus hancur dengan kepimpinan yang dibelenggui oleh pelbagai salahlaku yang bercanggah dengan ajaran agama islam berteraskan kepada al-quran serta as-sunnah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tumbangkanlah kepimpinan korup negara ini secara sebeberapa segera yang termampu untuk menyelamatkan bangsa, agama mahupun tanahair kami yang tercinta ini!! Amin yarabbal al lamin.....

Sunday, 26 July 2015

TEORI KONSPIRASI APA KALAU SETIAP HARI BEBERAPA ORANG TELAH DITAHAN OLEH PIHAK BERKUASA BERKAITAN 1MDB?!

Kalangan bangang kaki bodek minda lemah berotak udang hari-hari menulis serta bercakap mengenai teori konspirasi tetapi malangnya hampir setiap hari juga beberapa individu telah ditahan oleh pihak berkuasa berkaitan kes skandal penyelewengan dana 1mdb!!

Jadi saya nak tanya puak kaki bodek minda lemah berotak udang ini, di manakah asasnya teori konspirasi yang direka cipta itu? Kalau setiap hari beberapa individu ditahan untuk siasatan maknanya dakwaan penyelewangan dana dalam skandal 1mdb itu ada asas kebenaran lah!! Kalau tiada asas kenapa mereka itu ditahan untuk disiasat?!

Perdana Menteri sedang bercakap di serata dunia kita akan mencapai taraf negara maju pada tahun 2020 tetapi tindakan Putrajaya kebelakangan ini menampakkan kita bakal mencapai taraf negara mundur ke belakang pada realitinya!!

Saya ingin ingatkan Putrajaya agar jangan mudah ujudkan teori konspirasi nak jatuhkan kerajaan pada ketika rakyat menzahirkan secara terbuka perasaan tidak puashati terhadap pihak pemerintah. Konspirasi apa?! Ini bukan gerakan bawah tanah!!

Kini rakyat sedang lawan kemungkaran tokoh pemimpin mengikut lunas undang-undang dengan membuat laporan pada Pdrm, Sprm, Bank Negara dan juga jawatankuasa kira-kira parlimen (Pac); bukankah ini mengikut amalan demokrasi yang berpegang kepada perlembagaan negara?!

Saya amat tidak faham dengan teori konspirasi yang direkacipta oleh puak-puak bangang itu.

Pemimpin yang baik mesti dipertahankan tetapi pemimpin mungkar mesti ditolak berlandaskan hukum duniawi mahupun hukum agama!!

Setakat ini semua pertuduhan terhadap DS Najib tidak dapat dijawab oleh beliau. Bagi rakyat sekiranya semua tuduhan tidak dapat dinafikan oleh Perdana Menteri mengikut saluran undang-undang, maka secara logiknya segala pertuduhan-pertuduhan ke atas dirinya itu betul belaka lah!! Kenapa Perdana Menteri tak sangkal serta menafikannya mengikut proses undang-undang?

Seandainya Perdana Menteri difitnah, beliau kena buat laporan polis serta ambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang memfitnah beliau. Kenapa DS Najib tak mahu buat?

Saya nak cabar Perdana Menteri, isterinya dan anak tirinya Riza Aziz untuk buat kenyataan sumpah berkanun untuk menafikan semua pertuduhan terhadap mereka seterusnya buat laporan polis dan ambil tindakan undang-undang saman malu kepada semua yang dikatakan memfitnah mereka termasuk diri saya sendiri!!

Tolong buat cepat kerana dalam sekelip masa saja mereka dapat membersihkan imej dari perbuatan fitnah kononnya!!

Selagi mereka tidak berani untuk bertindak sedemikian rupa maka ertinya takut kerana salah lah tu!!

Sekiranya  DS Najib, DS Rosmah dan Riza Aziz tak berani untuk bertindak mengikut saluran undang-undang maka mereka bolehlah mengarahkan semua kalangan kaki bodek minda lemah berotak udang agar berhenti bercakap mengenai teori konspirasi yang tidak mempunyai asas sama sekali!!

Hari ini rakyat amat bijak tetapi yang bangang adalah segelintir dari orang-orang politik kaki bodek minda lemah berotak udang yang cuba untuk menegakkan benang yang basah serta tidak takut pada hukum-hakam agama yang berteraskan kepada al-quran serta as-sunnah.

Puak-puak bangang yang tidak amanah ini lebih pentingkan untuk mempertahankan pangkat, poket serta perut mereka saja daripada melawan kemungkaran bagi menegakkan kebenaran!!

Wednesday, 22 July 2015

KONSPIRASI JATUHKAN KERAJAAN TEORI BODOH YANG TIDAK UJUD!! PERJUANGAN MENEGAKKAN KEBENARAN LAWAN KEMUNGKARAN NAJIB TUN RAZAK SAYA AKUI BENAR!!

Siapa itu kalangan bangang kaki bodek minda lemah berotak udang seperti tun Faisal, Lokman Adam, Lee Sian See serta beberapa orang lagi?! Kalangan ini tiada 'stature' dan penulisan-penulisan mereka hanyalah dijadikan sebagai bahan tertawa rakyat jelata semata-mata!!

Hakikatnya, puak ini hanyalah kaki bodek minda lemah yang mempunyai kepentingan sesuatu untuk bertindak sedemikian rupa. Mereka ini bukan orang perjuangan pun!!

Saya orang perjuangan yang tidak mempunyai kepentingan peribadi ataupun berpaksi kepada imbuhan material. Perjuangan saya hanyalah berteraskan kebenaran demi untuk menyelamatkan bangsa, agama mahupun tanahair kita dari terus hancur seterusnya bakal memudaratkan kesejahteraan keseluruhan warganegara Malaysia.

Sepatutnya, saya tak perlu layan kalangan bangang berotak udang macam mereka ini.

Tetapi saya ingin tegaskan bahawa kenyataan-kenyataan bodoh mereka yang berandaian fantasi kononnya ujud teori untuk jatuhkan kerajaan adalah satu persepsi yang tidak ujud sama sekali!!

Namun, saya akui secara terbuka di sini bahawa perjuangan saya untuk menegakkan kebenaran bagi melawan semua kemungkaran serta salahlaku di bawah pentadbiran DS Najib memang ujud secara nyata!!

Setiap wadah perjuangan saya berteraskan keluhuran undang-undang yang selari dengan perlembagaan persekutuan

Sebab itu saya buat beberapa laporan polis keatas DS Najib dan keluarga serta syarikat 1mdb. Saya bukan anjurkan demonstrasi jalanan secara tidak demokratik untuk jatuhkan kerajaan Malaysia. Tidak sama sekali!!

Saya juga telah melaporkan kepada pihak polis apabila Perdana Menteri tipu parlimen pada bulan mac 2015 yang lepas mengenai kononnya duit 1mdb berjumlah usd1.103 billion disimpan di bank BSI Singapura dalam bentuk tunai yang hakikatnya tidak ujud.
Dah lah duit itu tidak ujud, malahan pihak bank BSI Singapura pula kata 1mdb bagi dokumen palsu pada mereka!!

Atas dasar ini saya menasihati semua ahli-ahli parlimen agar membawa usul undi tidak percaya keatas Perdana Menteri yang telah buat satu kesalahan besar dengan menipu Dewan Rakyat.

Saya nak tanya puak-puak bodoh ni, adakah tindakan saya boleh dikaitkan dengan konspirasi untuk jatuhkan kerajaan??!!

Saya pun dah penat buat banyak laporan polis keatas DS Najib. Kini, giliran DS Najib lah pulak buat laporan polis keatas diri saya seandainya selama ini saya memfitnah beliau serta keluarganya ataupun kerajaannya!!

Negara kita ada undang-undang yang cukup mantap serta memberi hak kepada sesiapa saja untuk mengambil tindakan berteraskan kepada 'rule of laws'. Saya dah pun ikut saluran undang-undang dan perlembagaan negara maka kini suruh lah DS Najib pulak ikut kaedah undang-undang untuk bersihkan namanya.

Kenapa puak-puak ini bodoh sangat? Kenapalah kalangan ini bangang sangat? Sebab itu keseluruhan rakyat jelata memaki hamun mereka hampir setiap hari kerana kalangan ini amat gemar mempamerkan sifat dungu mereka secara nenyeluruh dan berterusan!!

Dalam konteks 1mdb, saya ingin sarankan kepada kalangan kaki bodek minda lemah macam tun faisal, lee sian see, lokman adam ataupun mana-mana menteri kabinet Malaysia untuk berdebat dengan saya secara siaran langsung!! Syaratnya mesti secara siaran langsung kerana kita tidak mahu mereka putar-belitkan kenyataan.

Biar lah kita beri peluang kepada keseluruhan rakyat jelata untuk menghakimi siapa yang bercakap benar dan siapakah yang sedang menipu secara berskala besar.

Berani kerana benar....!!

Tuesday, 21 July 2015

KONSPIRASI JATUHKAN KERAJAAN PERSEPSI ORANG BODOH

Untuk menyatakan konspirasi sedang wujud untuk jatuhkan kerajaan serta Perdana Menteri adalah pemikiran puak bangang kaki bodek minda lemah berotak udang!!

Segelintir dari kalangan kaki bodek minda lemah dah buntu serta tidak tahu lagi bagaimana nak pertahankan kepimpinan yang terpalit dengan berbagai skandal serta telah mengkhianati aspirasi rakyat jelata yang telah memberi mandat untuk mereka mentadbir negara ini secara teramanah yang mungkin. Malangnya, kepimpinan masakini yang diterajui oleh DS Najib telah gagal untuk pikul amanah di antara manusia dengan Allah swt serta manusia sesama manusia.

Konspirasi tahi minyak apa?! Hampir majoriti daripada rakyat jelata secara terbuka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan masakini. Rakyat marhein seperti saya lawan kemungkaran kepimpinan DS Najib secara terbuka. Jadi teori konspirasi ini ujud dan datangnya dari mana?

Saya hanya lawan kemungkaran serta penyelewangan kewangan yang ujud di tanahair kita demi kepentingan bangsa, agama serta negara yang tercinta ini.

Saya buat beberapa laporan polis mengenai skandal 1mdb dan terhadap Perdana Menteri mahupun keluarganya. Bila saya lapor pada pihak polis bererti saya ikut lunas undang-undang negara. Saya serahkan kepada proses undang-undang untuk menyiasat skandal 1mdb, Perdana Menteri, DS Rosmah, Riza Aziz, Gabenor Bank Negara serta semua ahli lembaga pengarah 1mdb termasuk Arul Kanda Kandasamy.

Konspirasi kepala otak apa bila saya ikut perlembagaan dan keluhuran undang-undang negara?!

Saya juga telah sarankan kepada keseluruhan ahli-ahli parlimen untuk membawa usul undi tidak percaya pada DS Najib bila beliau tipu parlimen pada bulan Mac 2015!!

Sekali lagi saya ikut saluran perlembagaan negara. Konspirasi kepala otak apa konon adanya gerakan untuk nak jatuhkan kerajaan??

Andaikata saya berkempen ke seluruh negara untuk memohon rakyat anjur tunjuk perasaan untuk rampas kuasa tanpa ikut proses undang-undang, barulah teori konspirasi itu ada asasnya!!

Kini, saya sedang lawan kemungkaran kepimpinan DS Najib secara terbuka. Saya patuhi dan hormati 'rule of laws' jadi saya cukup tak faham dengan tohmahan puak kaki bodek minda lemah ini.

Menteri-menteri yang berotak udang tolong jangan pamerkan sifat dungu mereka kepada rakyat secara keterlaluan!!

Dalam isu 1mdb mereka boleh guna pelbagai reka cerita untuk alih pandangan tetapi akhirnya kalangan ini akan gagal untuk menegakkkan benang yang basah.

Isu 1mdb adalah satu skandal kewangan yang terburuk dalam sejarah di negara kita. Sesiapa saja akan gagal untuk alih pandangan rakyat dari kesahihan skandal 1mdb kerana saya perjuangkan kes ini demi untuk menyelamatkan negara kita daripada menghadapi keruntuhan ekonomi yang akhirnya akan membebankan keseluruhan warganegara malaysia!!

Tun Dr Mahathir adalah tokoh negarawan yang hanya meletakkan kepentingan bangsa serta negara di atas segala-galanya. Tun Dr Mahathir tidak pernah menipu rakyat. Tun Dr Mahathir tiada agenda kepentingan peribadi. Beliau hanya mahu lihat negara kita maju dan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera. Sifat patriotisma Tun Dr Mahathir telalu tebal. Beliau berpegang secara utuh pada hukum Allah swt berteraskan al-quran serta as-sunnah. Tun Dr Mahathir tidak akan kompromi dengan kemungkaran yang mengkhianati rakyat ataupun negara!!

Tun Dr Mahathir adalah tokoh negarawan yang boleh berdiri sendiri untuk berjuang. Pengaruh beliau terlalu kuat di peringkat akar umbi.

Politikus kerdil macam saya hanyalah haprak bagi Tun Dr Mahathir. Beliau tidak perlu orang macam saya untuk berkonspirasi. Beliau tak perlu melayan seorang ahli politik yang terlalu kerdil macam saya kerana saya bukan taraf beliau. Ilmu politik saya bagaikan langit dengan bumi jika nak dibandingkan dengan ilmu politik Tun Dr Mahathir yang bertaraf dunia.

Malahan ilmu politik DS Najib pun sebesar zarah saja jika nak dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir. Ilmu politik kita tidak setaraf sama sekali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad!!

Saya nak sarankan kepada DS Najib dengan budak-budak beliau yang bangang agar jangan kurang ajar!! DS Najib mungkin mampu menipu jutaan rakyat buat sementara saja tetapi Perdana Menteri akan gagal menipu Allah swt.

Kalau sifat amanah dah tak ujud lagi di dalam jatidiri serta jasad DS Najib, secara jujur serta ikhlas saya ingin cadangkan agar Perdana Menteri berundur lah secara terhormat!!

Teori konspirasi tidak pernah ujud. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran secara terbuka bukan satu konspirasi. Perjuangan untuk tegakkan kebenaran secara terbuka hanyalah semata-mata wadah perjuangan untuk melawan kemungkaran tokoh pemimpin yang korup. Ianya bukanlah wadah perjuangan untuk tumbangkan kerajaan!!

Takutlah pada Allah swt dan jangan sama sekali takut pada sesama manusia termasuk Perdana Menteri yang tidak amanah!!

Monday, 20 July 2015

NAJIB HARUS BERCUTI SEHINGGA SIASATAN SELESAI

DS Najib Tun Razak harus bercuti dari tugasan Perdana Menteri sehinggalah proses siasatan oleh 'task force' ke atas semua tuduhan terhadap 1mdb serta kemasukan dana rm2.6 billion dalam akaun peribadi DS Najib selesai.

Ini sepatutnya dijadikan asas untuk DS Najib memberi ruang siasatan yang bebas, telus, adil serta secara komprehensif tanpa dipengaruhi oleh bayangannya. Tetapi apa yang meragukan kita adakah 'task force' membuat siasatan dan hasil yang diperolehi bakal dilaporkan kepada Perdana Menteri?

Kaedah serta struktur ini tidak tepat sama sekali!!

Ini merupakan satu polemik dan isu yang sangat besar kerana tuduhan telah dilemparkan pada ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai bahan bukti. Bukan saja tuduhan dari dalam negara tetapi juga dari negara-negara luar. Ini amat serius!!

Ahli-ahli parlimen sepatutnya memohon dan mendesak sidang tergempar parlimen bagi menubuhkan satu 'royal commission' bagi membuat siasatan secara terperinci lagi bebas. Peranan 'task force' benar-benar meragukan rakyat jelata. Ketua-ketua dalam 'task force' adalah terdiri dari penjawat awam di bawah Perdana Menteri Malaysia.

Yakinilah isu Justo hanya untuk mengalih pandangan rakyat daripada persoalan pokok iaitu skandal syarikat 1mdb serta kemasukkan duit-duit ke dalam akaun peribadi DS Najib serta DS Rosmah Mansor.

Kes akaun peribadi DS Najib dan DS Rosmah bukan pun hasil maklumat dari Justo. Isu ini pun amat sahih!! DS Najib tak nafikan itu bukan akaun beliau tetapi sekadar menyatakan bahawa beliau tidak guna duit-duit tersebut untuk kepentingan peribadinya. Apa maksud ini??!!

Apakah pihak Polis Di Raja Malaysia dan SPRM sudah memanggil DS Najib dan DS Rosmah untuk menyiasat kes ini? Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM mesti buat kenyataan samada DS Najib dan DS Rosmah telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai punca dari mana datangnya duit-duit ini yang begitu banyak jumlahnya?

Begitu juga dengan TS Zeti Akhtar Aziz selaku Gabenor Bank Negara kena beritahu keseluruhan rakyat samada beliau mengetahui ataupun tidak mengenai akaun-akaun peribadi DS Najib serta DS Rosmah? Takkan TS Zeti tidak tahu kerana jumlah yang dimasukkan dalam akaun mereka bukan satu jumlah yang kecil!!

Kenyataan dan pengesahan dari Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Gabenor Bank Negara amat penting ke arah bersikap telus tanpa memilih bulu bagi memulihkan semula keyakinan rakyat jelata pada badan-badan berkuasa di negara kita.

Apa pun DS Najib harus bercuti sehingga semua siasatan terhadap dirinya selesai dan seandainya didapati tidak bersalah barulah beliau boleh memegang semula jawatan tampuk pemerintahan nombor satu negara ini.

Pada pendapat peribadi saya secara jujur dan ikhlas, insyallah dengan izin dan berkat dari Allah swt beliau bakal tumbang serta hanya masa terdekat bakal menentukannya!! Ameen yarabbal alameen...

Sunday, 19 July 2015

SEKAT SARAWAK REPORT LAMBANG KEBODOHAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTI-MEDIA



Apakah asas Menteri Komunikasi dan Multi-media menyekat portal Sarawak Report di negara kita? Yb DS Ahmad Shaberry Cheek nampak sangat kurang cerdik dan takut pada bayang-bayang sendiri!!

Kita tak perlu sekat portal Sarawak Report kerana negara kita tertakluk dengan pelbagai akta komunikasi dan multi-media yang mana kementerian boleh ambil tindakan selaras dengan undang-undang negara sekiranya mana-mana portal melanggari peruntukannya.

Apa yang mengancam keselamatan negara? Sarawak Report sedang mengasut rakyat di negara kita untuk berbalah di antara kaum ke?

Sarawak Report mempertikaikan hak orang-orang Melayu ke?

Sarawak Report mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu ke?

Sarawak Report menyokong pergerakan anasir Isis ke?

Apakah Kementerian Komunikasi dan Multi-media sudah mempunyai bukti sahih yang Sarawak Report menulis berteraskan maklumat palsu dari Justo kononnya? Apakah semua penulisan di dalam artikel Sarawak Report bersumberkan dari maklumat Justo?

Maklumat Justo hanyalah bersangkutan dengan Petrosaudi saja!! 

Skandal 1mdb merentasi isu-isu Petrosaudi yakni membabitkan skandal kewangan dalam bidang hartanah, aset janakuasa, pembelian tanah serta bidang-bidang pelaburan lain juga. Isu petrosaudi adalah sebahagian kecil dari salah-urus dan perbelanjaan dana 1mdb secara tidak telus.

Sarawak Report dan Wall Street Journal tetap pertahankan artikel mereka. Jadi apa tindakan selanjutnya Perdana Menteri kita?!

Kalau Sarawak Report menulis berteraskan fitnah terhadap Perdana Menteri maka DS Najib harus buat laporan polis seterusnya ambil tindakan undang-undang ke atas editor Sarawak Report! Tapi malangnya DS Najib tidak berani membuat sebarang laporan polis dan mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas Sarawak Report!! Kenapa ?? Pelik ...

Sepatutnya saman malu terus bukannya menghantar surat peguam hanya untuk meminta penjelasan!! Ini amat lucu!!

Siasatan pun belum dijalankan ke atas Sarawak Report secara komprehensif oleh pihak berkuasa Thailand ataupun Malaysia, malangnya portal ini telahpun disekat.

Situasi dan keputusan ini amat memalukan negara! Malaysia akan ditertawa oleh dunia luar dengan menyekat laporan Sarawak Report.

Perdana Menteri berapi-api kata kita sedang menuju ke arah negara maju tetapi tindakan DS Ahmad Shaberry Cheek adalah disebaliknya!!

Beliau ketika dalam parti 'semangat 46' bercakap tentang prinsip perjuangan secara berapi-api tetapi bila menjawat jawatan menteri nampak sangat beliau amat tidak bijak serta tidak bernas di dalam membuat keputusan.

Kemungkinannya, beliau pun salah seorang kaki bodek minda lemah berotak udang yang sanggup mengambil tindakan keatas seseorang atau pertubuhan yang belum diputuskan bersalah. Inilah kualiti menteri 'half past six' Malaysia !!

KITA TANYA LAIN 1MDB JAWAB LAIN

Saya tak faham dengan sikap 1mdb yang senantiasa cuba elak jawab persoalan pokok yang dipertikaikan oleh rakyat di negara kita.

Rakyat tanya mana perginya semua wang pelaburan 1mdb di kepulauan Cayman melebihi jumlah rm7 billion?! Di mana wang tersebut berada pada masa kini?!

Apa jadi dengan sejumlah wang 1mdb sepertimana kata DS Najib disimpan dalam bentuk tunai berjumlah usd1.103 billion di bank BSI Singapura?!

Selepas DS Najib tipu parlimen pada bulan Mac 2015 melalui jawapan bertulisnya dan akhirnya dipinda kononnya simpanan tersebut di dalam bentuk unit pulak, rakyat nak tahu unit apa?! Zahirkan lah kepada umum apa yang dimaksudkan dengan unit yang disimpan dalam bank BSI Singapura tersebut? Di dalam akaun syarikat Brazen Sky ni ada aset apa? Kita nak tahu!! Huraikanlah!!

1mdb telah umumkan secara terbuka bahawa wang pelaburan pada Petrosaudi sejumlah rm2.5 billion telah ditukarkan kepada pinjaman Islamik murabaha apabila perjanjian syarikat 1mdb dengan petrosaudi ditamatkan.

Persoalannya, pada pendapat peribadi saya Gabenor Bank Negara iaitu TS Zeti Akhtar Aziz sepatutnya dakwa 1mdb di bawah akta 'money laundering' atau pengubahan wang haram!!

Syarikat 1mdb bukan sebuah institusi kewangan yang mempunyai lesen perbankan Islam. Macamana 1mdb boleh beri pinjaman murabaha kepada Petrosaudi? Modal berbayar syarikat 1mdb hanyalah rm1juta, ini bermakna mereka tidak layak pun untuk memohon lesen perbankan Islam!!

Jadi keseluruhan rakyat di negara kita tanya apa kelayakan untuk 1mdb beri pinjaman murabaha tersebut pada Petrosaudi?!

Saya pun pernah tanya Gabenor Bank Negara mengenai begitu banyak wang negara yang dilaburkan oleh syarikat 1mdb di luar negara, adakah mereka memaklumkan kepada Bank Negara duit-duit tersebut masuk keluar dari negara kita? Apakah Bank Negara mempunyai rekod aliran keluar-masuk wang 1mdb ini?!

Kenapa selama ini Bank Negara hanya bersikap membisu tanpa sebarang ulasan langsung mengenai polemik skandal syarikat 1mdb ini?

Begitu juga saya tanya lembaga pengarah 1mdb syarikat mana yang buat 'valuation report' ke atas pembelian sebidang tanah di Ayer Itam, Pulau Pinang untuk tujuan pembinaan rumah kos sederhana serta kos murah? Berapa nilai sebenar harga tanah tersebut?!

Sejumlah hampir rm1.3 billion telah dibayar bagi pembelian tanah tersebut oleh 1mdb. Kenapa bayar pada kadar yang terlalu tinggi?!

Begitu juga dengan pembelian aset-aset janakuasa yang hampir tamat kontrak 'power purchase agreement' dengan Tenaga Nasional (TNB) itu yang telah dibayar pada harga yang amat tinggi. Keputusan ini amat meragukan!!

Bagaimana 1mdb dapat tanah TRX pada kadar yang murah dari kerajaan Malaysia telah diberikan hak 60% ekuiti dikuasai oleh syarikat luar dari Australia iaitu Lend Lease Ltd?! Ini tanah kerajaan tetapi kenapa bagi hak pada orang asing untuk menguasai pegangan ekuiti secara majoriti?!

Dulu kata Jho Low tiada kaitan dengan 1mdb tetapi ada 'judgement' dari mahkamah di London mengaitkan jho low mewakili 1mdb secara rasmi dengan bida pembelian sebuah hotel di sana!!

Timbalan Menteri Kewangan, Dato Ahmad Maslan tipu Parlimen kata Kementerian Kewangan tak pernah keluarkan surat jaminan untuk pinjaman 1mdb dan akhirnya terbukti di sebaliknya dan beliau kena minta maaf di dewan rakyat!!

Maklumat-maklumat ini tiada kaitan serta bukan diberikan oleh Justo pun!!

Banyak lagi persoalan skandal syarikat 1mdb yang boleh saya huraikan tetapi terlalu panjang berjela-jela. Pokoknya, maklumat persoalan-persoalan ini tiada kaitan langsung pun dengan maklumat  Justo! Hakikatnya, Justo tidak ada kena mengena pun dengan polemik skandal syarikat 1mdb di negara kita.

Tetapi kes Justo ini bakal memberi satu platform untuk berbagai-bagai lagi pendedahan skandal 1mdb dapat dimaklumkan ke seluruh dunia!! Sama-samalah kita nantikan.

Kini, Arul Kanda Kandasamy banyak bercakap tentang pelan rasionalisasi 1mdb untuk kurangkan hutang syarikat tersebut. Arul kanda tak faham persoalan sebenar yang rakyat nak tahu.

Kalaupun 1mdb jual semua aset-asetnya dan berjaya bayar hutang syarikat mereka di bawah pelan rasionalisasi ini tetapi persoalannya mana pergi duit-duit 1mdb yang dilaburkan sebelum ini??!!

Duit-duit syarikat 1mdb sebelum ini - apa dah jadi dan di mana hilangnya!!!!

Friday, 17 July 2015

APA KENA MENGENA DENGAN JUSTO DALAM PELBAGAI ISU SENSITIF DI NEGARA KITA??!!

Kalangan yang membesarkan kes Justo di Thailand adalah terdiri daripada golongan minda lemah!! Kes 1mdb tiada kaitan dengan Justo dan Perdana Menteri harus menjawab banyak persoalan yang belum terjawab.

Suatu masa dahulu YB Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan) kata Kementerian Kewangan tidak pernah keluarkan surat 'jaminan' untuk 1mdb meminjam wang tetapi akhirnya beliau didapati membohongi parlimen serta dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin parlimen untuk memohon maaf.

Apakah isu YB Datuk Ahmad Maslan ini ada kena mengena dengan Justo? Tiada kaitan pun dengan Justo!

DS Najib kata Jho Low tiada kaitan dan tak pernah terlibat dengan syarikat 1mdb tetapi akhirnya mahkamah London mengaitkan Jho Low mewakili 1mdb membida untuk beli sebuah hotel di London.
Apa kena mengena isu ini dengan maklumat Justo?

Perdana Menteri membohongi parlimen kata sebahagian duit yang ditebus dari kepulauan Cayman sejumlah usd1.103 billion disimpan di bank BSI Singapura akhirnya didapati tidak benar serta 1mdb beri dokumen palsu. Monetary Authority Singapore dah pun siasat.

Ini pun ada kaitan ke dengan matlumat palsu Justo? Tidak ada kena mengena pun!!

Duit usd700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib, apakah ini juga dengan matlumat palsu Justo? Isu ini tidak ada kaitan langsung dengan matlumat justo!!

Sejumlah wang tunai rm2 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Rosmah, apakah ini ada kaitan dengan Justo?

Justo kah yang bagi matlumat ini? Tak ada kena mengena pun!!

Banyak lagi isu-isu yang DS Najib harus jawab secara jujur, ikhlas, telus dan secara mudah difahami rakyat mengenai berbagai perkara yang rakyat nak tahu. Apa susah sangat dengan S Najib untuk memberi jawapan secara mudah bagi memberi pencerahan kepada keseluruhan masyarakat di negara kita??!!

Tolonglah jangan jadikan isu Justo untuk mengalih pandangan rakyat. Kini mentaliti rakyat lebih bijak daripada pemikiran segelintir menteri-menteri kabinet kita.

Isu Justo yang sedang diperbesarkan itu hanya menjadi bahan tertawa rakyat saja. Sesungguhnya, rakyat tidak bodoh dan Putrajaya akan gagal untuk terus memperbodohkan keseluruhan warganegara malaysia!

Isu Justo akan gagal untuk mengalih pandangan rakyat Malaysia terhadap persoalan pokok skandal syarikat 1mdb. Banyak isu-isu sensitif yang sedang melanda negara kita masakini tidak ada kena mengena langsung dengan Justo!!

Thursday, 16 July 2015

Rahman Dahlan Pun Nak Join The Bodek Club !!

Cukup-cukup lah YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, janganlah nak jadi kaki bodek minda lemah juga !!

Ini kah kualiti seorang tokoh pemimpin bertaraf Menteri kanan di dalam kabinet Malaysia? Mereka cuba nak pertahankan kemungkaran yang mustahil untuk dipertahankan pada hakikatnya? Belajar lah takut sama pada hukum-hakam agama.

Janganlah hanya tahu nak membodek demi untuk mempertahankan pangkat, perut serta poket saja. Prinsip 3P ini amat tidak bermaruah serta harus dihindarkan daripada menular dalam jatidiri kita.

Saya amat tak faham dengan sikap Datuk Rahman Dahlan ni. Kalau kata Sarawak Report memalsukan dokumen dan menulis atas dasar fakta yang tipu serta tidak tepat, maka beliau sepatutnya pergi ke balai polis terdekat untuk buat laporan polis. Senang serta mudah cerita!!

Selepas buat laporan polis terus ambil tindakan undang-undang secara tegas. Tapi janganlah jadi macam DS Najib pulak! Tak berani hantar surat saman tapi hanya hantar surat untuk minta penjelasan saja.

Penjelasan apa lagi sekiranya orang sudah memalukan dan mengaibkan maruah diri ke seluruh dunia? Sepatutnya hantarlah surat peguam untuk meminta pihak defendan mohon maaf dan tarik balik kenyataan dalam masa 14 hari. Gagal berbuat demikian terus ambil tindakan undang-undang.

Bukan hantar surat peguam untuk minta penjelasan demi penjelasan tanpa sebarang tindakan undang-undang. Itu benak namanya!!

Yb Rahman Dahlan tak perlu cuba untuk alih pandangan rakyat kerana rakyat amat bijak pada hari ini. Rakyat marhein lebih bijak dari mentaliti beliau yang hanya pandai bodek, bijak mengeluarkan kenyataan tetapi tak berani bertindak.

Berita dari puak pro DS Najib mengulangi ungkapan kononnya Sarawak Report memalsukan dokumen ribuan kali dah tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang tindakan pun!!

Namun kini, rakyat sudah jelek dengan kenyataan-kenyataan yang tidak ilmiah dari putrajaya. Mereka hanyalah retorikal saja/
Kemelut krisis keyakinan yang paling teruk melanda negara kita kini adalah disebabkan oleh sikap Perdana Menteri Malaysia yang tak tahu nak beri jawapan secara lurus, telus, tepat, jujur, iklhas serta secara mudah.

Bila rakyat tanya Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan 1, mana perginya duit-duit yang bernilai berbillion ringgit yang dilaburkan di kepulauan Cayman berada pada masa ini? Jawablah secara mudah dan tepat!! Bila rakyat tanya lagi mengenai akaun peribadi yang dimasukkan sejumlah wang bernilai lebih kurang rm2.5 billion maka DS Najib mesti jawab 'ya' ataupun 'tidak' itu akaun-akaun miliknya!!

Bukan bagi jawapan contohnya saya tak pernah guna wang tersebut untuk kepentingan peribadi. Yang kita tanya akaun itu milik peribadi DS Najib kah?? Bukan kita menyoal samada beliau telah guna ataupun tidak dana tersebut bagi kegunaan peribadi.
Inilah masalah dengan DS Najib yang gemar respon pada soalan-soalan secara tidak relevan.

Sebab itulah rakyat marah dan kecewa dengan sikap pemimpin Umno serta BN pada hari ini. Lain yang ditanya dan lain pulak yang dijawab!!

Tuesday, 14 July 2015

HUSNI HANADZLAH JANGAN TIPU RAKYAT



Terlalu awal bagi Menteri Kewangan 2 untuk menyatakan bahawa laporan awal Ketua Audit Negara telah mengesahkan tiada sebarang salahlaku ataupun unsur penyelewengan dalam syarikat 1mdb yang dibebani dengan sejumlah hutang masakini berjumlah rm42 billion.

Saya nampak YB Husni mempunyai motif untuk mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran seolah-olah syarikat 1mdb mempunyai 'clean bill of health'.

Berani tak YB Husni untuk mempamerkan butiran penuh laporan awal Ketua Audit Negara kepada keseluruhan rakyat? Biar rakyat baca seterusnya buat penilaian serta pentafsiran samada wujud atau tidak elemen salahlaku dalam pentadbiran syarikat 1mdb?!

YB Husni  jangan hanya petik perenggan tertentu saja untuk dizahirkan kepada rakyat. Pada hemat peribadi saya laporan awal Ketua Audit Negara tidak melaporkan bahawa pentadbiran syarikat 1mdb diurus-tadbir secara sempurna tanpa sebarang bentuk kepincangan yang meragukan langsung!!

Oleh yang demikian saya ingin memberi peringatan kepada YB Menteri Kewangan 2 untuk sabar tunggu laporan penuh PAC kelak serta siasatan penuh 'task force' ke atas skandal 1mdb. Terlalu awal untuk YB Husni membuat kenyataan rambang yang mengelirukan rakyat seolah-olah syarikat 1mdb telahpun bersih dari segala pertuduhan yang tidak berasas kononnya.

Inilah masalah sekiranya kita berkompromi dengan salahlaku dan penyelewangan seterusnya cuba menegakkan benang yang basah akhirnya menampakkan keterampilan yang amat bodoh!!

Sesuatu perbuatan yang salah dari segi hukum duniawi dan hukum Allah swt sukar untuk dipertahankan. Sesiapa yang cuba untuk mempertahankan kemungkaran sudah pasti akan kelihatan bodoh serta bangang kerana rakyat pada alaf ini cukup bijak serta berilmu pengetahuan kerana sumber maklumat dari pelbagai medium komunikasi yang boleh dimuat-turun hanya melalui talipon bimbit sahaja.

YB Menteri Kewangan 2 tolonglah pamerkan sedikit kebijaksanaan di dalam membuat kenyataan kepada rakyat walaupun beliau kurang bijaksana. Kenyataan YB hanya jadi bahan tertawa rakyat jelata semata-mata!!

Monday, 13 July 2015

TAN SRI KHALID ABU BAKAR - Tolong Beri Pencerahan Mengenai Kebocoran Maklumat

Sekiranya ada unsur salahlaku, penyelewengan dan rasuah secara berleluasa, apakah salah di sisi undang-undang seandainya seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab membocorkan dokumen sebagai bahan bukti bagi memerangi pelbagai perbuatan jenayah yang juga boleh mengancam kesejahteraan negara?

Ataupun boleh meruntuhkan ekonomi negara?

Kita amat memerlukan pencerahan dan penjelasan dari Ketua Polis Negara.

Saya rasa kenyataan TS Khalid selaku Ketua Polis Negara akan membuatkan semua rakyat menjadi takut untuk membongkarkan apa saja bentuk salahlaku di masa akan datang apabila pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih menitikberatkan siasatan ke atas orang atau individu yang memberi matlumat dari bertindak menyiasat sesuatu unsur jenayah itu sendiri!

Kalau maklumat salahlaku jenayah tidak boleh dibocorkan untuk dijadikan sebagai bahan bukti, di masa akan datang macamana pihak PDRM nak dapatkan butiran bukti keatas semua siasatan mereka?

Kadangkala individu yang membocorkan matlumat bagi membuktikan kesalahan jenayah telah mengambil pelbagai risiko serta telah membuat satu pengorbanan mendedahkan dirinya kepada berbagai elemen merbahaya yang kemungkinan akan menimpa dirinya!

Sudahlah mengambil risiko itu tetapi akhirnya individu yang menyampaikan matlumat pun turut kena hukuman! Kalau begini macamana seseorang yang berfikiran waras akan bertindak untuk bekerjasama dengan PDRM kerana golongan ini sudah pasti akan takut menghadapi tindakan undang-undang dari pihak berkuasa pulak.

Kalau begini macamana kita nak melawan semua kemungkaran jenayah?

Boleh kah TS Khalid memberi sedikit pencerahan mengenai peruntukan undang-undang untuk melindungi semua pelapor yang berniat murni bagi melawan seterusnya membanteras unsur-unsur kesalahan jenayah yang amat merugikan kepada bangsa, negara serta tanahair? Kita amat gusar nanti niat murni akan bertukar menjadi malapetaka kepada para pelapor yang mempunyai bahan bukti secara hitam putih!!

Apakah PDRM mempunyai sebarang peruntukan undang-undang untuk melindungi para pelapor yang mempunyai bahan bukti dalam bentuk dokumen bagi menyelamatkan negara daripada musibah amalan rasuah di masa akan datang?

Bagaimana pula dengan pengamal undang-undang atau pihak berkuasa yang mempunyai bukti tapi tak mahu bertindak selaras dengan perlembagaan negara apabila sesuatu kes itu dilaporkan?

Adakah rakyat mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak berkuasa yang tidak amanah ini??!!


DOKUMEN RAHSIA BOCOR : POLIS TIDAK TOLAK KEMUNGKINAN KONSPIRASI JATUHKAN PM

Kuala Lumpur, 13 Julai - Polis tidak menolak kemungkinan konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan perdana menteri, berikutan perbuatan jenayah membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perbuatan jenayah ini sangat serius dan meningkatkan implikasi terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata, peguam negara telah mengarahkan siasatan penuh dijalankan terhadap kebocoran dokumen rahsia itu, bahan yang dikatakan daripada siasatan kerajaan Malaysia yang tidak bernama, ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Selain itu, Polis Diraja Malaysia juga menerima laporan polis yang berkaitan dengan hal ini. Justeru, kami berkewajipan menjalankan siasatan penuh dan bebas," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata ini termasuk menyiasat kesemua anggota Pasukan Tindakan Khas, merangkumi kakitangan Bank Negara, bagi menegakkan integriti siasatan dan kepercayaan dalam sistem kewangan Malaysia," katanya.

"Kebocoran maklumat, sama ada maklumat itu dipalsukan atau sebaliknya, boleh menyebabkan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Seksyen 133, 248, 249 dan 250), Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Seksyen 145), Akta Rahsia Rasmi 1972 (Seksyen 3, 4, 7A, 7B, 8, 11 dan 14), Kanun Keseksaan melibatkan seksyen di bawah Bab XL untuk keterangan palsu dan direka-reka serta jenayah fitnah pada Seksyen 499 hingga 502.

Khalid berkata tujuan siasatan polis itu adalah untuk mengenal pasti mereka yang membocorkan bahan itu, dan menentukan sama ada dokumen itu asli atau dipalsukan, seperti dalam kes Xavier Justo, bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) yang disiasat pihak berkuasa Thailand mengenai dakwaan peras ugut dan pemerasan.

Polis Thai dilaporkan menahan Justo pada 24 Jun lepas kerana didakwa cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi, yang telah menarik perhatian Malaysia kerana dikaitkan dengan 1MDB.

- BERNAMA